PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label STPM PENGGAL 3 / GEOGRAFI 942/3 - BAHAGIAN A. Show all posts
Showing posts with label STPM PENGGAL 3 / GEOGRAFI 942/3 - BAHAGIAN A. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

PERANAN HUTAN TANAH TINGGI



Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum


Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp yang meliputi keluasan sebanyak 60%.
 
Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia



Tanah Tinggi Di Malaysia Timur

Profail hutannya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita
Keratan Rentas Hutan Tanah Tinggi


Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya.  Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. 

Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:

a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara.
b. menjadi habitat kepada flora dan fauna
c. merupakan kawasan tadahan air
d. menjadikan kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. menjadi sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f.  merupakan warisan dan kebudayaan untuk generasi masa depan.



Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Saturday, June 1, 2013

KOMPONEN EKOSISTEM



 KOMPONEN EKOSISTEM





Komponen biotik



Konsep

Komponen biotik kepada hidupan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. Susunan komponen biotik di dalam sesebuah ekosistem seperti berikut :-



A.     KOMPONEN PENGELUAR

–      merujuk kepada tumbuhan yang terdapat dalam sesebuah ekosistem yang berupaya untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosentesis seperti tumbuhan, alga, plankton, lumut dan sebagainya.



B.      KOMPONEN PENGGUNA   

–      merujuk kepada haiwan seperti serangga, burung, ikan, katak dan sebagainya yang  makan organisma pengeluar dan organisma pengguna lain untuk hidup.   Komponen pengena dalam sesebuah ekosistem dapat di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu :-



                    i.            Penguna primier ( herbivor )

-          Pengguna primier merujuk kepada pengguna herbivor yang  makan tumbuh-tumbuhan sahaja untuk hidup , bergerak dan membesar seperti belalang, ulat, pelanduk, ikan kecil, zooplankton dan sebagainya.



                  ii.            Penguna sekunder ( karnivor )

-          Pengguna sekunder merujuk kepada pengguna karnivor yang  makan organisma haiwan yang lain sahaja untuk hidup , bergerak dan membesar seperti   ikan besar, harimau,  singa, dan sebagainya.

  

                iii.            Penguna tertier ( omnivor )

-          Pengguna tertier merujuk kepada pengguna karnivor yang  makan

 tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk hidup , bergerak dan     membesar seperti  manusia.







C.      KOMPONEN PENGURAI

–        Merujuk kepada organisma pengurai yang berfungsi menjalankan proses pereputan organisma yang telah mati kepada bentuk nutrient atau bahan kimia yang kemudiaannya dapat digunakan semula oleh pengeluar.  Contoh organisma pengurai ialah bakteria, kulat, protozoa dan sebagainya.

 

        

RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN



Konsep Rantaian Makanan

Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa sebatian jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran tersebut. Pemindahan/Aliran tenaga dalam konteks hubungan mangsa dengan pemangsa.





 Gambar rajah :  Rantaian makanan dalam ekosistem tasik





Konsep Siratan Makanan



Merupakan pemindahan tenaga secara bersilang/berjaring dan kompleks. Sesuatu organism itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepasa satu organism sahaja tetapi kepada banyak organism.




                                               Siratan / Jaringan Makanan



A.            EKOSISTEM TASIK 


PROSES PEMINDAHAN / ALIRAN TENAGA DALAM EKOSISTEM TASIK




Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan Ekosistem Tasik.



 

Aliran tenaga dalam siratan makanan tasik berkenaan berlaku seperti berikut:-

a)  Tenaga dari matahari terus ke tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan tasik atau tebing tasik. Tumbuhan ini memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosintesis setelah memperolehi tenaga secara langsung dari matahari. Tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofiInya. Dalam konteks ini tumbuhan hijau bertindak sebagai pengeluar Justeru matahari berfungsi membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut.



b)  Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau seperti lumut dan alga akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini zooplankton bertindak sebagai pengguna primer.

c)  Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah pengguna sekunder seperti ikan kecil dan cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan  diguna untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

d)  Seterusnya tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke pengguna tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan cacing untuk bergerak, membesar dan membiak.

e)  Akhirnya tenaga akan berpindah kepada penghurai yang terdiri daripada bacteria dan fungi apabila ia menghurai segala pengeluar dan pengguna yang mati dan reput. Bahan organic yang mati dan reput akan meningkatkan kadar nutrient dalam tasik yang seterusnya digunakan kembali oleh tumbuhan hijau untuk tumbuhbesaran.

MANUSIA DAN EKOSISTEM

Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang
menggunakan antara disiplin yang 
menggunakan suatu pencapaian holistik untuk
menolong orang menyelesaikan masalah
dan menambah potensi manusia dalam alam
yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga,
rumah, dan masyarakat mereka. Ahli ekologi 
manusia mengalakkan keadaan baik individu, 
keluarga, dan masyarakat melalui pendidikan,
pencegahan, dan pemberian kuasa. 

– University of Alberta, Dept. of Human Ecology



Kesan-kesan fenomena penyahutanan di negara-negara Asia Tenggara 
terhadap alam sekitar yang boleh dibincangkan ialah:
Kesan ke atas sistem geomorfologi.
o  Penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti Luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh.permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.
o Pencemaran sungai/kekeruhan dan dasar sungai menjadi cetek Yang mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Bahan-bahan termendap di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek dan lebih cepat mengalirlimpahkan Airnya. Misalnya kejadian banjir lumpur.

Kesan ke atas sistem hidrologi    

Mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Penyahhutanan untuk tujuan perinduatrian akan menghilangkan kawasan tadahan hujan yang menjadi Stok/simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, Tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah, proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu Sistem Bekalan Air. Mengurangkan jumlah hujan tempatan. Penyahhutanan bererti  menghapuskan proses sejat-peluhan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi penyumbang utama kepada kelembapan udara untuk menghasilkan awan dan hujan. Akhirnya, curahan hujan di kawasan tersebut akan berkurangan dan kawasan tersebut akan mengalami kemarau. 
Selain daripada itu kegiatan perinduatrian akan menurunkan kualiti sumber air terutamanya di kawasan-kawasan bekas hutan paya bakau dan paya nipah yang dibangunkan untuk tujuan perindustrian.

Kesan ke atas atmosfera

o  Penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan/peningkatan indeks Suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan Pemanasan setempat. Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk Menyederhanakan suhu dan mengekalkan peratus kelembapan Udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air).kawasan tersebut juga akan terdedah kepada bahangan matahari. Secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh tumbuhan.  Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.

Kesan ke atas sistem ekologi
Penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada Biodiversiti. Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan habitat dan ekosistemnya serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain kepupusan Spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari Habitat yang baru.



Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif akibat pembangunan pertanian terhadap alam sekitar . Antaranya ialah:

Rumah Burung Hantu
    Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti akta jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka khususnya di Tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh Diambil seperti denda/kompaun kepada mana-mana individu atau Saman/menarik balik lesen perniagaan/di sitar kepada mana-mana Syarikat atau agensi yang didapati bersalah. 
o   Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan baja Organik di samping dapat memelihara alam sekitar. Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan Tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain. Kacang tanah sebagai contoh membekalkan nitrat yang tinggi kepada tanah. Dengan itu, kita boleh mengelakkan keburukan amalan tanaman sejenis.
Itek memakan siput gondang
o   Tanaman bercampur dan tanaman selingan pula sesuai dilakukan di kawasan ladang getah dan kelapa sawit di peringkat awal penanaman atau selepas proses tanam semula dilakukan sebagai contoh, kelapa sawit diselangi dengan tanaman Pisang, ubi kayu, keledek, kacang tanah dan lain-lain lagi yang bersifat jangka pendek. Tanaman-tanaman ini bukan sahaja boleh menjadi pelindung tanah kepada agen-agen hakisan malah ia mampu mengekalkan nutrien semula jadi tanah.  Menanam tanaman tutup bumi dan juga pokok-pokok pelindung bagi sesuatu kawasan tanah yang baru dibuka/ditanam. 

     Tanah-tanah yang baru dibuka seperti untuk perladangan getah dan Kelapa sawit mempunyai struktur yang agak longgar akibat keterdedahan kepada agen-agen geomorfologi. Justeru, di Peringkat awal penanaman atau ketika pokok sedang membesar, tanaman kekacang amat perlu ditanam sebagai pelindung tanah daripada mengalami hakisan dan larut resap yang berterusan. Tanaman kekacang atau rumput mampu bertindak mengikat butiran tanah melalui sistem akarnya yang berserabut dan kompleks. Di Samping itu, tanaman kacang juga boleh menambahkan kandungan Nitrat tanih.
Ladybird memakan dan membunuh serangga penyakit
o  Amalan pertanian berteres/mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan/kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit yang Beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakan hakisan Larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil). 
Rumah Sayur
o   Melaksanakan kawalan ekologi di kawasan-kawasan tanah pertanian termasuk memperbaiki tekstur tanih dengan bantuan Baja organik.  Kaedah ini akan mengurangkan tanih  kebergantungan kepada baja kimia dapat dikurangkan yang kelak boleh mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D  dalam bidang pertanian khusunya teknologi baru yang bersifat  mesra alam. Seperti penggunaan kaedah hidroponik. Kaedah tanaman ini tidak memerlukan tanah dan baja kimia sebaliknya larutan-larutan nutrien digunakan. Dengan itu, tekanan kepada Sumber tanah dapat dikurangkan. 


     Selain daripada itu penggunaan burung hantu untuk mengatasi masalah tikus dan ular di kawasan ladang kelapa sawit dan sawah padi adalah satu tindakan yang mesra alam. Pemeliharaan itek, ladybird dan burung walid juga terbukti boleh mengatasi masalah siput gondang, serangga perosak padi dan kalapa sawit.

Friday, July 29, 2011

SISTEM EKOLOGI


SISTEM EKOLOGI

Konsep ekologi
Ekologi merujuk kepada satu bidang sains daripada cabang biologi yang mengkaji tentang habitat  atau tempat tinggal organisma-organisma.

Dengan kata lain ekologi adalah ilmu yang mempelajari interaksi antara organisme dengan lingkungannya dan yang lainnya. Berasal dari kata Yunani oikos ("habitat") dan logos ("ilmu"). Ekologi diartikan sebagai ilmu yang mempelajari baik interaksi antar makhluk hidup maupun interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya. Istilah ekologi pertama kali dikemukakan oleh Ernst Haeckel (1834 - 1914). Dalam ekologi, makhluk hidup dipelajari sebagai kesatuan atau sistem dengan lingkungannya.


EKOSISTEM

Konsep ekosistem
Ekosistem pula adalah gabungan dua perkataan –ekologi dan sistem contoh ekosistem yang kecil sebuah kolam ikan mengandungi ikan dan organisma lain yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Ekosistem merujuk kepada kajian berkaitan dengan hubungan timbal balik yang wujud antara makhluk ( hidupan ) seperti manusia dan haiwan dengan persekitarannya.

 Jadi, pembahasan ekologi tidak lepas dari pembahasan ekosistem dengan berbagai komponen penyusunnya, iaitu faktor abiotik dan biotik. Faktor abiotik antara lain suhu, air, kelembaban, cahaya, dan topografi, sedangkan faktor biotik adalah makhluk hidup yang terdiri dari manusia, haiwan, tumbuhan, dan mikro organisasi. Ekologi juga berhubungan erat dengan tingkatan-tingkatan organisasi makhluk hidup, iaitu populasi, komuniti, dan ekosistem yang saling mempengaruhi dan merupakan suatu sistem yang menunjukkan kesatuan yang sering berinteraksi ke arah kesempurnaan @ kestabilan.

KOMPONEN ASAS DALAM EKOSISTEM



A.     Individu
-          Merupakan satu unit organisma yang bertindak balas dengan persekitaran mereka dengan cara melibatkan pertukaran tenaga.
-          Contoh, Komponen paling asas dalam ekosistem adalah seperti seekor rusa merupakan satu individu.

B.        Populasi
-          Pengumpulan beberapa ekor rusa dalam hutan membentuk satu populasi rusa dalam sebuah hutan.

C.        Komuniti
-          Pergantungan sekumpulan haiwan dari pelbagai populasi dan tumbuhan yang hidup dalam persekitaran yang sama digelar komuniti.

D.       Habitat
-          Kawasan di mana organisma hidup memperolehi  makanan, perlindungan dan seterusnya membiak digelar habitat.
-          Semua komponen ( bersaiz kecil atau besar) dalam ekosistem saling bergantungan antara satu sama lain untuk menstabilkan persaingannya.
-          Perubahan fizikal alam sekitar mengganggu keseimbangan pusingan ekosistem. cth. kemarau yang panjang mengubah edaran sesuatu ekosistem


JENIS-JENIS EKOSISTEM

Ekosistem terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
i.                    Ekosistem daratan
ii.                  Ekosistem akuatik

          Ekosistem daratan merujuk kepada ekosistem daratan seperti ekosistem hutan hujan hutan,ekosistem gurun, ekosistem  padang rumput dan sebagainya.   
    
          Ekosistem akuatik pula merujuk kepada ekosistem yang wujud di kawasan yang berair seperti ekosistem kolam, tasik, sungai, lautan dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...