1. a. Apakah yang dimaksudkan dengan saling kebergantungan antara system? [ 4 ]
b. Jelaskan bagaimana letusan gunung berapi mempengaruhi alam sekitar fizikal. [10]
c. Huraikan bagaimana system hidroloji yang terganggu mempengaruhi aktiviti manusia. [11]
2. a. i. Takrifkan maksud proses pergerakan jisim ? [ 3 ]
ii. Nyakatan empat proses pergerakan jisim di kawasan tropika lembap. [ 4 ]
b. Mengapakah proses pergerakan jisim mudah berlaku di kawasan tropika lembap. [10]
c. Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim. [ 8 ]
3. a. i. Apakah yang dimaksudkan dengan hakisan tanih ? [ 5 ]
ii. Nyatakan empat proses hakisan tanih di kawasan cerun. [ 4 ]
iii. Huraikan kesan hakisan tanih kepada alam sekitar fizikal. [ 8 ]
iv. Jelaskan empat langkah kejuruteraan untuk mengatasi hakisan tanah di kawasan tropika
lembap. [ 8 ]
ATAU
b. i. Nyatakan empat cara pengangkutan bahan di zon pesisir pantai. [ 4 ]
ii. Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir
pantai. [ 8 ]
iii. Huraikan proses pembentukan anak tanjung. [ 5 ]
iv. Bagaimanakah manusia mempengaruhi proses pemendapan pinggir pantai. [ 8 ]
4. a. Apakah yang dimaksudkan gradient tekanan udara ? [ 4 ]
b. i. Berdasarkan peta 1, plot garisan isobar untuk mengambarkan perubahan tekanan di Benua
Asia. [ 8 ]
ii. Tunjukkan arah pergerakan angin sehingga melintasi garisan khatulistiwa. [ 3 ]
c. Bincangkan kesan siklon tropika terhadap alam sekitar manusia. [10]
5. Berdasarkan kajian luar yang anda telah jalankan,
a. Terangkan kaedah untuk menyukat hujan. [ 5 ]
b. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah hujan yang diterima di kawasan
tersebut. [10]
c. Jelaskan bagaimana perubahan sumber air mengganggu aktiviti manusia. [10]
6. Jadual 1 : Luahan Yang Diukur Di Sungai Harimau ( m3s-1)
Bulan | J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D |
Puncak | 120 | 077 | 66 | 165 | 060 | 013 | 170 | 275 | 032 | 150 | 060 | 130 |
Purata Maks. Hujan | 75 | 60 | 35 | 75 | 44 | 08 | 60 | 78 | 18 | 69 | 30 | 55 |
Purata Min. Hujan | 02 | 04 | 02 | 03 | 02 | 01 | 02 | 02 | 02 | 03 | 01 | 03 |
a. Berdasarkan jadual di atas, lukiskan graf garis untuk menunjukkan luahan puncak, purata maksimum harian dan purata minimum harian. [10]
b. Berdasarkan graf yang anda lukis, huraikan variasi luahan bulanan. [ 5 ]
c. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luahan sungai di kawasan tropika
Lembap. [10]
7. a. i) Nyatakan tiga fasa proses perubahan air. [ 3 ]
ii) Huraikan hubungan antara perubahan fasa air dengan tenaga. [ 6 ]
b. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi fasa air dengan tenaga. [ 8 ]
c. Huraikan pengaruh aktiviti manusia terhadap kitaran hidrologi di kawasan tropika lembap.[ 8 ]
8. a. Nyatakan dua fasa kitar nutrient dalam sesuatu ekosistem. [ 5 ]
b. Huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan. [10]
c. Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan. [10]
Peta 1 untuk soalan 4 (b).
No comments:
Post a Comment