PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, October 19, 2011

PERCUBAAN STPM KEDAH 2011 GEOGRAFI KERTAS 2


SOALAN 1


1a)  Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk dan  pola taburan  
       penduduk ?
[ 5 ]
Kepadatan penduduk:
-       bilangan penduduk bagi setiap satu kilometer persegi                                         1m
-       formula pengiraan:
Kepadatan penduduk = Jumlah Penduduk 
                                          Luas Kawasan                                                      1m

Pola taburan penduduk:
-       bentuk sebaran penduduk di satu-satu kawasan                                                 1m
-       biasanya tidak sekata                                                                                           1m
-       sama ada kawasan padat, sederhana padat dan jarang                                      1m


b)    Berdasarkan jadual di atas, dengan menggunakan Peta 1 lukis peta koroplet bagi menunjukkan taburan jumlah penduduk negeri-negeri di Malaysia pada
tahun 2010.                                                                                                                   [10]

Peta koroplet

Kriteria pemarkahan :

                           Tajuk               - 1m
                           Petunjuk          - 1m
                           Skala Jeda      - 1m
                           Plotan              - 6m
                           KK                   - 1m

                           Jumlah            - 10m
                          


c)    Huraikan LIMA kesan kepadatan penduduk terhadap  sumber alam di Malaysia pada masa kini.                                                                                              [ 10 ]
-     c1  Kemerosotan sumber makanan - kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas, ekploitasi dibuat untuk menampung penduduk padat      2m

-     c2  Kemerosotan sumber tanih --  Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas.                                                                                            2m

-     c3  Kemerosotan sumber hutan - Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapak bina bandar, pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll.                                                                               2m

-     c4  Kemerosotan sumber-sumber mineral – Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk.                                                                                      2m

-     c5  Kemerosotan sumber udara dan air bersih – Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik dll.                                                                       2m

-     c6  Kemerosotan sumber marin – akibat eksploitasi sumber perikanan secara berlebihan, kawalselia yang longgar, tumpahan minyak dan pencemaran enfluen industri.                      2m

                                                                  Pemarkahan :  5  x  2 =  10 markah

SOALAN 2
a)   Nyatakan ciri-ciri demografi penduduk negara sedang membangun                [ 5 ]                                                             
1.    Keseluruhannya piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncaknya yang
tajam/tirus dan dasar atau tapaknya yang lebar serta keadaan cerunnya yang cekung            1m
2.      Bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.                                                                                                                 1m 
3.      Jangka hayat penduduk yang masih rendah. Keadaan ini dibayangkan oleh puncak piramid
yang tirus                                                                                                                                     1m
4.      Nisbah tanggungan yang tinggi.  Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang cekung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah sedikit berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung                                                                                   1m
5.      Saiz keluarga juga adalah besar yang menyebabkan taraf hidup sesebuah keluarga masih rendah                                                                                                                                    1m                                              
  
Pemarkahan : 5 x 1 = 5 markah
  (Perlu huraian ringkas)

     b.    Jelaskan masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara membangun
            akibat ciri demografi sedemikian.                                                               [10] 
                                                                                                                                                                                                                             
Isi Utama
Huraian
Mark
b1.Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur
Ekoran daripada ketidakseimbangan antara golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi yang sedikit berbanding golongan muda yang tidak produktif yang ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya di Brazil mempunyai lebih daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di Pakistan pula hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang aktif daripada segi ekonomi.
         2


b2Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang tinggi
Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang membangun masih dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh.
         2
b3Pendapatan perkapita penduduk yang rendah
Pendapatan kecil terpaksa dibahagikan dengan saiz keluarga yang besar (nisbah tanggungan tinggi). Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk.
         2
b4Pasaran  domestik yang lemah
Pasaran  domestik yang lemah akibat kuasa beli penduduk yang rendah.
         2
b5Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar
Penyediaan kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan,pengangkutan dan sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk muda yang ramai sedangkan kemampuan kewangan negara sedang membangun adalah terhad.
2
b6Kadar pengganguran tinggi
Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian agak terhad. Sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan masih lemah perkembangannya.
2
b7Masalah sosial
Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah yang menyebabkan mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun, denggi, malaria, Aids, Sars dan lain-lain  yang boleh membawa maut. Selain itu masalah peningkatan gejala sosial seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi.
2
                                                                                    Pemarkahan: 5 x 2 = 10 markah
c)  Bagaimanakah pertambahan penduduk yang pesat di negara membangun
     boleh memberi kesan negatif kepada sumber alam negara berkenaan            [10]                                                                                                
Isi Utama
Huraian
Markah
c1 Eksploitasi besar-besaran  terhadap sumber khususnya sumber tanah
Persaingan guna tanah akan berlaku seperti untuk pertanian, petempatan, kemudahan asas yang menyebabkan saiz guna tanah secara relatifnya semakin sempit dan kualiti tanah semakin merosot.
          
2
c2 Penggunaan Sumber alam secara berlebihan
Berlaku terutamanya pada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber tenaga dan mineral kerana sumber tersebut akan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung keperluan penduduk yang ramai dan mendesak.
       

2
c3 Kurang kesedaran manusia
Meningkatnya pencemaran air, udara  tanah,bau serta bunyi akibat pertambahan aktiviti manusia
      2
c4 Permintaan  bekalan sumber makanan yang berlebihan
Pengeluaran sumber makanan tidak sepadan dengan keperluan penduduk yang ramai apatah lagi dengan kadar pertumbuhannya yang terus meningkat. Stok sumber makanan seperti pertanian, perikanan dan penternakan kian merosot akibat eksploitasi berlebihan oleh penduduk. Di sesetengah negara menghadapi krisis makanan dan ancaman kebuluran seperti Bangladesh & India
        

2
c5 Ketiadaan pengawasan terhadap sumber alam
Kejadian hakisan dan tanah runtuh terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti di bandar-bandar besar.                      Pemarkahan: 5 x 2 = 10 markah
       
2

SOALAN 3a)
3   i)   Takrifkan konsep kegiatan  ekonomi sekunder dan ciri-cirinya.                       [5]
Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi peringkat kedua yang
melibatkan aktiviti pemprosesan, pembuatan dan pembinaan.                                             1m

Sektor ini banyak menggunakan bahan mentah daripada sektor primer seperti
pertanian, perikanan, perlombongan dan perhutanan untuk menghasilkan barangan
siap dan barangan separa siap.                                                                                              1m

Terbahagi kepada dua,  iaitu industri yang berasaskan sumber(bahan semula jadi)
 dan industri  yang tidak berasaskan sumber (industri pembuatan)                                     1m

Ciri-ciri kegiatan ekonomi sekunder ialah :
i. Skala Pengeluaran : Secara besar-besaran, sederhana atau kecil-kecilan, IKS                                                               bergantung  kepada bilangan buruh dan modal yang dilaburkan. 1m
                                                                                                                                  
ii. Orientasi pengeluaran : Pasaran domestik atau luar negara.
                                           Fasa industri penggantian import atau mengeluarkan
                                           hasil eksport,                                                                            1m
                                          
iii. Penggunaan Modal : Modal tinggi sama ada modal tempatan atau pelabur asing.      1m

iv. Teknologi                : Teknologi moden seperti peralatan dan mesin berteknologi
                                      tinggi, penggunaan ICT  dan bioteknologi.                                   1m                                
v. Tenaga buruh         :Sebahagian besar industri pembuatan berintensif buruh.                                              

 (Maksud konsep = 3m dan mana-mana 2 ciri =2m )
  atau 2m dan mana-mana 3 ciri =2m


3   ii)  Huraikan kepentingan industri perkilangan terhadap pembangunan kawasan
          luar bandar.                                                                                                             [10]

Isi Utama
Huraian
Markah
1. Peluang pekerjaan
·      Membuka dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.
·      Meliputi pelbagai peringkat pekerjaan seperti  pengeluaran, pemprosesan,,pembungkusan dan pemasaran
·      Dapat mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan guna tenaga negara.
·      Contoh : Industri elektrik dan elektronik,tekstil,dan pembuatan petrokimia


2
2. Meningkatkan pendapatan    dan  taraf hidup penduduk
·      Menyumbangkan pendapatan kepada penduduk daripada upah /gaji yang diperolehi.
·      Dapat meningkatkan kuasa beli, tabungan dan sekaligus taraf hidup penduduk akan meningkat.
·      Dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan mengurangkan ketaksamaan dalam negara.



2
3. Perkembangan sektor     industri lain
·      Membantu perkembangan industri lain seperti industri tertier
·      Contoh sektor perkhidmatan pengangkutan awam, telekomunikasi, sektor kewangan, perbankan dan insurans akan berkembang di luar bandar

2
4. Perkembangan sektor     ekonomi primer.
·      Membuka pasaran yang luas kepada sektor ekonomi primer seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan pembalakan.
·      Contohnya permintaan kelapa sawit untuk industri membuat minyak masak, sabun, majerin dan lilin.
·      Permintaan sumber petroleum dan gas asli untuk kilang petrokimia

2
5. Perkembangan dan    pembangunan infrastruktur.
·      Mempercepatkan pembangunan infrastruktur di luar bandar melalui dasar penyelerakan industri ke luar bandar.
·      Mewujudkan perkembangan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, hospital, sekolah, kemudahan telekomunikasi dan lain-lain.


2
6. Pengaliran kepakaran dan    teknologi moden.
·      Pemindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti buruh mahir dari negara maju telah membantu pembangunan di luar bandar.
·      Rakyat dapat mempelajari teknologi moden,inovasi baru melalui projek usahasama,latihan lanjutan di luar negara dan perjanjian persefahaman dengan negara maju.
·      Contoh kerjasama Proton dengan Syarikat Mitsubishi Jepun.


2
7. Mewujudkan bandar-    bandar baru.
·      Dasar Penyelerakan industri dan pemberian taraf perintis telah menggalakkan pelaburan ke luar bandar.
·      Kerajaan telah mewujudkan kemudahan asas dan prasarana yang setanding dengan kawasan bandar.
·      Contoh bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan, Bandar Baru Batu Rakit dan Kertih di Terengganu, Bandar Baru Gebeng dan Semambu di Pahang.



2
8. Pembauran Inovasi
·      Lingkungan pengaruh bandar semakin luas.
·      Kawasan luar bandar akan mengalami rebakan, penularan dan penyebaran inovasi/ idea baru kerana perkembangan sektor perindustrian.

2





Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah


3   iii)  Jelaskan kesan negatif aktiviti perindustrian ke atas persekitaran fizikal
          di Malaysia.                                                                                                                   [10]

Isi Utama
Huraian
Markah maksimum
iii)1 Pencemaran       udara  dan jerebu
·      Pelepasan bahan pencemar udara seperti Karbon Dioksida, Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida dll.
·      Pembebasan pertikel-partikel terampai  (PM 10) di atmosfera seperti asap, debu dan habuk boleh menyebabkan  jerebu.


2
iii)2 Hujan asid
·      Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar di udara menyebabkan hujan asid.

2
iii)3 Pencemaran air
·      pelepasan sisa toksid atau bahan enap cemar ke dalam sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, kolam paya muara dan laut.
·      Kualiti air bersih terjejas, kadar BOD akan meningkat
·      Sungai akan menjadi keruh, berubah warna, berbau busuk dan bertoksid.

2
iii)4 Kemusnahan       ekosistem akuatik
·      Pelbagai spesies hidupan air mati, pupus seperti ikan dan udang.
·      Rantaian makanan terjejas, habitat dan elemen ekosistem akuatik mengalami kerosakan akibat pencemaran air.


2
iii)5 Pemanasan       setempat
·      Kewujudan bahan pencemar di atmosfera akan memerangkap bahangan bumi.  Mekanisme kesan rumah hijau berlaku.
·      Indeks suhu akan meningkat kerana kepekatan karbon yang tinggi di Atmosfera yang dilepaskan oleh pelbagai industri.
·      Haba yang dikeluarkan oleh generator kilang juga menyebabkan pemanasan setempat.

2
iii)6 Pencemaran       bunyi dan bau
·      Bunyi bising datangnya dari generator kilang yang beroperasi mengeluarkan getaran antara (60 hingga 70 dBA)
·      Pencemaran bau datangnya daripada hasil /sisa kilang yang berbau busuk seperti kilang getah dan kelapa sawit.

2
iii)7 Pencemaran tanih
·      Pelupusan sisa toksid yang berbahaya oleh kilang-kilang haram menyebabkan tanah berasid.
·      Kualiti sumber air tanah juga terjejas melalui proses larut resap.
2
iii)8 Pencemaran       persekitaran/      sampah-sarap
·      Pembuangan sisa pepejal dari kilang menyebabkan pencemaran sampah-sarap
·      Contohnya pembuangan plastik, kotak, sisa kayu, tandan kelapa sawit dan lain-lain.

2

Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah =10 markah
ATAU
SOALAN 3b)
(i)        Namakan 5 kawasan Taman Negara utama yang terdapat di Malaysia?            [ 5 ]
1)    Taman Negara Pahang                                        1m                              
2)    Taman Negara Bako                                            1m
3)    Taman Negara Niah                                             1m
4)    Taman Negara Gunung Mulu                               1m
5)    Taman Negara Perbukitan Lambir                       1m
6)    Taman Negara Similajau                                      1m
7)    Taman Negara Gunung Gading                           1m
8)    Taman Negara Kinabalu                                       1m
9)    Taman Negara Tuanku Abdul Rahman               1m
10) Taman Negara Pulau Penyu                                1m
11) Taman Negara Pulau Tiga                                   1m
12) Taman Negara Perbukitan Tawau                       1m
13) Taman Negara Banjaran Crocker                        1m
(5 X 1 markah = 5 markah)

(ii)      Jelaskan impak terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pembalakan
 di Malaysia.                                                                                                                           [10]
           
Isi Utama
Huraian
Markah
ii1 Peningkatan kadar hakisan


ii2 Pencemaran sungai




ii3 Peningkatan suhu mikro



ii4 Kemusnahan ekosistem hutan


ii5 Kemusnahan kawasan tadahan air dan mengganggu keseimbangan hidrologi

ii6 Kualiti udara merosot / keseimbangan gas terganggu

Hakisan air hujan disebabkan kecerunan akibat penerbangan pokok – peranan akar mencengkam tanah


Partikal-partikal tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan dihakis-angkut oleh larian air permukaan, masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur

 Penerbangan pokok melalui aktiviti pembalakan akan mengganggu proses transpirasi, kelembapan udara sekitar berkurangan, hujan tempatan berkurangan, suhu sekitar meningkat

Kepupusan kepelbagaian biologinya, kemusnahan habitat, rantaian makanan, spesis flora dan fauna serta lain-lain yang berkaitan dengan ekosistem

Mengganggu proses susupan dan aliran air bawah tanah, larian air permukaan dan lain-lain yang berkaitan dengan komponen hidrologi



Lebihan karbon dioksida dalam udara akan menyebabkan terbentuknya selimut atmosfera yang akan memerangkap bahangan bumi
2

2


2

2

2



2

                                                                                   
Pemarkahan  : 5 X 2 markah = 10 markah

(iii)       Terangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang
           dijalankan di Malaysia.                                                                                               [10]
Isi Utama
Huraian
Markah

iii1 Langkah perundangan
     (pemeliharaan)


ii2 Langkah pengurusan
    (pemuliharaan)








iii3 Kempen dan pendidikan
    (pemeliharaan)

i- mengawal aktiviti pembalakan, pelancongan, pertanian
ii- langkah penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 – pemantauan, amaran, denda, kompaun
iii- langkah pencegahan melalui EIA

i- pengurusan strategi  - mewujudkan hutan simpan, taman negara,silvikultur
ii- jadual pemungutan teratur oleh PBT; penyediaan tong sampah, kitar semula
iii- menjalankan penerbangan terpilih – pokok yang matang sahaja ditebang
iv- Penanaman semula- menggantikan pokok yang telah ditebang
v. Tanaman berteres, tanaman tutup bumi, sungkupan, benteng, insinerator,
vi. rawatan air

i- kempen kesedaran melalui media cetak dan elektronik
ii- pendidikan formal dan tidak formal
iii- peranan orang awam – melaporkan aktiviti yang merosakkan alam sekitar

2
2

2

2

2

2

2
2

2

2


(mana-mana isi yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan – beri 2m)

                                                Pemarkahan : 2 pemeliharaan + 3 pemuliharaan @
3 pemeliharaan + 2 pemuliharaan  = 10 markah

SOALAN 4
a) Namakan lima contoh sistem perhubungan dan telekomunikasi yang terdapat di
            Malaysia.
1.    telefon                   1m
2.    internet                  1m
3.    fax                         1m
4.    televisyen              1m
5.    radio                      1m
6.    satelit                     1m
7.    GPS                      1m
(5 X 1 markah = 5 markah)
(b) Huraikan peranan sistem perhubungan dan telekomunikasi terhadap pembangunan
     sosioekonomi di Malaysia.                                                                                             [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
b1 mempercepatkan urusan


b2 menjimatkan kos



b3 menjimatkan masa



b4 memudahkan perhubungan antara kawasan disesebuah negara

b5 pemangkin sektor ekonomi lain

b6 membantu mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi dan mahir
Segala urusan dalam aktiviti dalam kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan cepat seperti pelancongan, pentadbiran, perniagaan dan lain-lain

Aktiviti ekonomi yang melibatkan pemasaran dapat dilakukan dengan mudah dam menjimatkan kos seperti dapat mengiklankan produk melalui media elektronik serta dapat meluaskan pasaran

Urusan dapat dijalankan dengan cepat melalui penggunaan ICT – tidak lagi menggunakan kaedah pos untuk sampaikan apa-apa maklumat

Penggunaan ICT dalam telekomunikasi, talian satelit, laman sesawang, internet dapat memudahkan hubungan seseorang – facebook antara laman sesawang yang paling popular


Kemudahan teknologi seperti e-pembankan, e-dagang, e-pembelajaran yang melibatkan pelbagai sektor

Mempertingkatkan produktiviti yang berkualiti dan berkemahiran dalam bidang ICT – tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi yang serba canggih
2

2

2

2

2
Pemarkahan : 5 X 2 markah = 10 markah
c) Jelaskan kesan perkembangan sistem perhubungan dan telekomunikasi
    terhadap  sesebuah negara.                                                                                            [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
Kesan positif
c1 Peluang pekerjaan



c2 Teknologi bertambah

c3 Rakyat berpengetahuan


c4 Membantu dari segi globalisasi ekonomi

Kesan negatif
c5 Penyalahgunaan teknologi

c6 Penularan budaya kuning

c8 Penghakisan kedaulatan bahasa

c9 Hubungan kemasyarakatan semakin renggang

Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang perhubungan dan telekomunikasi – meningkatkan taraf hidup – mengurangkan pengangguran – contoh TELEKOM, Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain 

Teknologi bertambah dengan penciptaan teknologi baru yang dapat memudahkan segala urusan

Perkembangan teknologi kini menyebabkan rakyat lebih bermaklumat – maklumat disampaikan dengan mudah dan cepat

Urusan berkaitan dengan ekonomi yang melibatkan negara luar dapat dijalankan dengan cepat dan mudah – tidak perlu ke negara lain untuk menjalankan urusan



Salah satu punca gejala sosial disebabkan oleh penyalahgunaan internet yang melibatkan golongan remaja

Penularan unsur-unsur negatif dalam internet – pelbagai laman web lucah dalam internet yang mudah diakses

Penyalahgunaan bahasa secara berleluasa



Peningkatan penggunaan teknologi kini telah mengurangkan proses sosialisasi masyarakat kerana lebih bergantung kepada kecanggihan teknologi

2


  


2



2



2



2



2

2



2




                        Pemarkahan : 3 positif  + 2 negatif atau 3 negatif + 2 positif  =  10 markah

SOALAN 5

5    a)  i. Namakan empat buah bandar raya global                                                     [ 4 ]

              New York, Tokyo, Paris, Los Angeles dan London                                4m

    ii. Nyatakan 5 ciri-ciri bandaraya global                                                             [ 5 ]

      -  ciri penduduk  – lebih 10 juta, padat dan tepu bina                         1m
      -  ciri ekonomi    – bersifat global,penentu keputusan ekonomi, pusat
                                    Kewangan dunia/transaksi, pusat pebauran                     1m
      -  ciri sosial         -  pusat persidangan dunia                                                   1m
      -  ciri kualiti hidup – taraf hidup tinggi, masyarakat kosmopolitan                  1m
      -  ciri teknologi  –  termaju, pusat maklumat,bertaraf global                          1m
      -  ciri fizikal         -  bandar terancang, banguna padat, berkembang
                                   secara vertical, nilai ruang/hartanah tinggi                        1m

b) Perihalkan fungsi utama bandaraya global                                                      [ 8 ]

Isi Utama
Huraian
Markah
b1 Pusat kewangan dunia


Pusat kewangan, pusat membeli belah bertaraf dunia
Contoh; firma dagang dunia, bursa saham,
ICI, GEC, EXXON, Nestle

2
b2 Pusat Penggubalan/ penetapan dasar
-Pusat penggubalan dasar-ekonomi,politik,
Sosial dan kewangan


2
b3 Pusat globalisasi


-Pusat perkembangan ICT, perdagangan, pelaburan,Bank Perdagangan dll.
-Memacu perdagangan dunia sebagai pusat maklumat,teknologi,pasaran,
-Pergantungan negara lain kepada dasar perdagangan yang dibentuk di bandar ini.


2
b4 Kemudahan perkhidmatan bertaraf mega

Pelbagai kemudahan / infrastruktur bertaraf dunia / tinggi – pengangkutan moden, pusat ICT moden (hub komunikasi), banyak hotel bertaraf lima bintang

2
b5 Pembauran inovasi
ke seluruh dunia
Penyebaran inovasi teknologi dalam semua aspek ke seluruh dunia


2
b6 Pusat kebudayaan dan pendidikan
-Universiti-universiti bertaraf dunia
-Pusat kajian dan penyelidikan
-Pusat fesyen
-Masyarakat kosmopolitan dan gaya  hidup moden


2
     
Pemarkahan :  4 x  2  = 8 markah

c) Jelaskan kesan kepadatan penduduk di bandar  terhadap alam sekitar
    manusia                                                                                                                       [ 8 ] 
Isi utama
Huraian
Markah
b1  Masalah perumahan / hartanah
·      Masalah kekurangan perumahan kos rendah dan sederhana. Nilai hartanah sangat mahal.
·      Penduduk miskin tidak mampu memiliki atau menyewanya. Terpaksa tinggal di petempatan setinggan.
·      Wujud masyarakat gelandangan – tiada tempat tinggal.
·      Kewujudan kawasan setinggan – cth di negara membangun


2
b2  Masalah pekerjaan /  kemiskinan bandar

·      Masalah pengangguran dan kemiskinan bandar meningkat – akibat persaingan  kerja yang pesat.
·      Peluang pekerjaan terhad – relatif dengan penduduk bandar yang ramai dan kekurangan kelulusan/kemahiran.
·      Persaingan kerja dengan warga asing.
·      Wujud golongan miskin tegar dalam bandar.

2
b3  Kos hidup bandar yang tinggi

·      Peningkatan harga barang keperluan tidak sepadan dengan peningkatan pendapatan.
·      Kos pengangkutan meningkat – ekoran kenaikan harga minyak dan juga kenaikan kadar tol.
·      Kos perkhidmatan juga meningkat seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, utiliti dan perkhidmatan bandaran yang dikenakan kepada penduduk
·      Belanja isi rumah, kediaman, makanan, pengangkutan, dll


2
b4  Masalah sosial bertambah / kualiti hidup menurun


·      Masalah sosial / keselamatan - kadar jenayah yang tinggi, maksiat, pelacuran, penyalahgunaan dadah, dll kerana kos dan tekanan hidup yang tinggi di bandar.
·      Nilai murni sosial merosot – dipengaruhi oleh budaya luar yang liar (disko, pub dsb), ikatan kekeluargaan yang longgar – keruntuhan nilai moral spt gejala gay, pengkid.
·      Psikologi dan penyakit mental - akibat tekanan hidup di bandar.
·      Perebakan penyakit di kawasan tertentu seperti kawasan setinggan (slum area). Persekitaran setinggan yang kotor – memudahkan berlakunya penularan penyakit berjangkit seperti denggi, H1N1, taun dll.
·      Masalah sistem pembentungan juga menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

Max 4
b6  Masalah kesesakan
·      Kesesakan lalu lintas (trafik jam)  melambatkan perjalanan – merugikan masa. Cth Bangkok, Tehran, Jakarta
·      Risiko kemalangan jalan raya meningkat.
2
Pemarkahan: Open Marking
Max 8m

SOALAN 6
Berdasarkan kajian yang telah anda lakukan di sebuah bandar kecil,

a)         Namakan bandar tersebut                                                                         [ 1 ]

Menamakan sebuah bandar /pekan kecil yang jumlah penduduknya tidak lebih 10 000 orang 1m                                                                                       


b)         Berdasarkan bukti yang telah anda temui di lapangan,huraikan peranan yang dimainkan oleh bandar tersebut dalam membantu memajukan

            i) penduduk bandar tersebut                                                                     [ 6 ] 

1.Pusat aktiviti perniagaan ,perdagangan dan pemasaran-sumber  ekonomi penduduk            2m                                                                                                   
2 Menyediakan peluang pekerjaan  dalam pelbagai bidang-perkilangan,perkhidmatan.              2m                                                                                                                                        

3 Sebagai pusat penerimaan dan percambahan  pemodenan dalam aspek teknologi dan       
   budaya                                                                                                                           2m

4 Menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan seperti perkhidmatan-
   pengangkutan,telekomunikasi,ICT                                                                                2m

5 Menjadi pusat  pembauran inovasi-kemasukan teknologi luar melalui aktiviti  pembandaran  2m.                                                                                                               
     

            ii) Penduduk kawasan sekitarnya                                                           [ 6 ]

1.Peranan sebagai pusat Pentadbiran daerah. Di sini letaknya pelbagai pejabat kerajaan yang   berfungsi untuk melicinkan pentadbiran peringkat daerah. Misalnya Pejabat Tanah dan Daerah.   Dengan adanya jabatan-jabatan ini maka memudahkan lagi urusan seharian penduduk desa sekitar seperti urusan tanah,pembayaran cukai tanah dan perniagaan tanpa perlu bergerak ke bandar yang lebih jauh                                                                                                         2m
                                                               
2.Peranan  Sebagai Penyedia/Pembekal Barangan Penduduk di Sekitarnya serta Pasaran Produk Desa.                                                                                                                   2m
                                                                                                                   
3.Peranan Sebagai  pusat peluang pekerjaan. Terdapat  industri memproses /pembuatab/sektor perkhimatan/perniagaan/perdagangan dll di bandar ini .  Dengan adanya pelbagai kegiatan ekonomi  maka ia membuka lebih banyak peluang perkerjaan yang mampu menyerap lebihan buruh di desa sekitarnya                                                                                                                          2m

4.Membekalkan Perkhidmatan Sosial.  Fungsi perkhidmatan sosial di bandar  juga adalah pelbagai seperti perkhidmatan pendidikan (adanya Pejabat Pendidikan Daerah , sekolah rendah dan menengah), fungsi kesihatan (adanya pusat kesihatan besar), perkhidmatan pos,balai polis,bomba,balai informasi,pejabat penerangan daerah,telekomunikasi,pengangkutan  dan sebagainya. Semua perkhidmatan ini penting bagi pembangunan penduduk desa sekitarnya.   2m                                                                                                                                                                                                       
5 Menjadi pusat  pembauran inovasi-kemasukan teknologi luar melalui aktiviti       
Pembandaran dan disebarkan ke kawasan sekitar.                                                            2m

Pemarkahan : 3 x 2 = 6 markah


c) Huraikan masalah persekitaran fizikal yang dialami penduduk
    akibat aktiviti ekonomi yang dijalankan di bandar tersebut                            [ 6 ]        
                                                                                                                                         

1.Kesan-kesan hakisan dan gegalur  akibat larian air permukaan di atas permukaan cerun-cerun bukit yang sudah dipotong dan ditarah bagi tujuan pembinaan tapak perumahan. Penyahutanan dan pemotongan bukit telah mendedahkan permukaan tanah secara terus kepada hakisan percikan air hujan dan larian air permukaan.                                              2m

2.Pencemaran sungai/akuatik. Terdapat  sungai  yang berhampiran dengan kawasan projek perumahan /perkilangan yang telah menjadi mangsa pencemaran kelodak dan ampaian         2m                                                                                                                                                                                                                                                                             
3.Pencemaran udara-aktiviti perkilangan,pembakaran terbuka dan asap kenderaan      2m

4.Pencemaran bau dan bunyi-kilang,kenderaan dan aktiviti pembinaan.Pembuangan sampah dan aktiviti perkilangan yang menghasilkan bau busuk.                                                     2m

5.Banjir kilat-sistem perparitan yang tidak dapat menampung larian air permukaan dan kawasan berturap yang terlalu luas.                                                                            2m

                                                                                   Pemarkahan : 3 x 2 = 6 markah


d)  Apakah bukti yang ditemui di lapangan yang boleh menunjukkan bahawa Pihak
     Berkuasa Tempatan(PBT) dan penduduk telah mengambil tindakan bagi mengatasi
     masalah persekitaran fizikal di bandar tersebut                                                         
  [ 6 ]
                                                                                                       
1.Penyediaan tong-tong sampah di sekitar kawasan bandar/pekan                                    2m
2.Pungutan sampah dijalankan oleh pihak PBT                                                                   2m
3.Penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan premis mematuhi arahan tentang            2m 
   kebersihan-denda dan kompaun dikenakan kepada premis yang mencemarkan alam
   sekitar.                                                                                                                               2m
4.Gotong royong dijalankan oleh penduduk/PBT/NGO.                                                       2m
5.Poster/banner/ceramah kesihatan,kempen kebersihan oleh Jabatan Kesihatan dll.       2m                       


Pemarkahan :

1. Soalan ini adalah soalan kajian luar,oleh itu jawapan haruslah menggambarkan
    ciri-ciri kajian luar dan bersifat lokaliti.
2. Jika calon memilih bandar besar,markah maksimum adalah 5/25.                           


SOALAN 7

7a)   Namakan tiga Pakatan Pertumbuhan Segitiga ASEAN.                                      [3]
        Tiga Pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN ialah :
        i)     Pertumbuhan Segitiga Indonesia, Malaysia dan Singapura (IMS-GT)                1
        ii)    Pertumbuhan Segitiga Indonesia, Malaysia dan Thailang (IMT-GT)                   1
        iii)   Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA)                                         1

7b)   Mengapa Pakatan Pertumbuhan Segitiga ditubuhkan ?                                    [12]

        Isi Utama
Huraian
Markah Maksimum
b1 Mempercepatkan      pertumbuhan ekonomi      wilayah
·       Sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan sempadan antara negara ASEAN yang berjiran.
·       Setiap negeri/wilayah yang menjadi ahli pakatan ini perlulah membangunkan wilayah masing-masing sebagai satu entiti tanpa sempadan dengan memudahkan aliran masuk modal,buruh,barangan dan perkhidmatan tanpa karenah birokrasi.
·       Contohnya di bawah IMT-GT  kawasan seperti Pulau Langkawi, Utara Kedah- Perlis seperti Bukit Kayu Hitam, Utara Acheh dan selatan Thai pasti mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.

2
b2 Untuk saling      memperoleh  keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam.
·       Kawasan Segitiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam seperti sumber hutan, sumber air, sumber tenaga,sumber pelancongan, sumber manusia dan lain-lain.
·       Melalui konsep perkongsian bijak sumber ini boleh dibangunkan dengan cepat tanpa dibazirkan.


2
b3 Perluasan pasaran      dan perdagangan.
·       Menambah saiz pasaran dan kuasa beli.
·       Barangan dan perkhidmatan dapat dijual dengan lebih murah dan mudah.
·       Contoh kawasan bebas cukai seperti Bukit Kayu Hitam, Langkawi dan Pengkalan Kubor.

2
b4 Perkongsian       pelaburan modal.
·       Masalah kekurangan modal sesebuah negara akan ditampung oleh pihak swasta negara lain.
·       Wujud keadaan saling melengkapi melalui konsep perkongsian bijak..
·       Contoh Projek Line ke-2 yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di bawah IMT-GT yang menguntungkan kedua-dua Negara dari segi aliran barangan, perkhidmatan dan penduduk.


2
b5 Perkongsian      teknologi,R&D dan      inovasi baru.
·       Pemindahan teknologi dari Negara jiran yang lebih maju ke kawasan segitiga terbabit.
·       Sumber-sumber dapat dibangunkan dengan cepat.
·       Contohnya pemindahan teknologi daripada Singapura dan Malaysia   ke  Indonesia dan Filipina.

2

b6 Pengaliran buruh dan      tenaga pakar.
·       Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segitiga akan dapat ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari Negara jiran.
·       Contohnya kekurangan buruh di Malaysia akan ditampung oleh kemasukan buruh dari Indonesia.

2
b7 Kerjasama penjagaan      alam sekitar
·       Kerjasama dalam menangani permasalahan alam sekitar seperti isu pencemaran dan menjaga perairan Selat Melaka.
·       Contohnya usahasama mengesan, membuat rondaan, pengawasan dan pemuliharaan jika berlaku kes-kes pembuangan enap cemar oleh kapal dagang yang melalui  Selat Melaka oleh Negara Singapura, Malaysia dan Indonesia..


2




Pemarkahan : Mana-mana 6 isi X 2 = 12 markah
7c)   Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh wilayah yang menyertai
        Pakatan Pertumbuhan Segitiga.                                                                                   [10]
           
Isi Utama
Huraian
Markah
c1 Kegawatan    ekonomi serantau
·      Kejatuhan nilai matawang telah menjejaskan banyak projek pembangunan
·      Kos operasi projek telah meningkat.
·      Projek terhenti kerana pelabur tempatan kekurangan modal.
·      Contohnya Indonesia yang masih berhadapan dengan kegawatan ekonomi hingga ke hari ini.

2
c2 Masalah fizikal
·      Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berpulau,cuaca dan bencana alam menyukarkan pembangunan ekonomi serantau.
·      Sukar untuk dihubungi (Darjah Ketersampaian rendah)
·      Contohnya bentuk muka bumi yang bergunung-ganang telah menghalang pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo dalam kawasan BIMP-EAGA


2
c3 Masalah      Teknologi,modal      kepakaran yang      rendah.
·      Sukar untuk menjalankan projek secara besar-besaran.
·      Terpaksa mengimport teknologi dari Negara maju.
·      Kemudahan infrastruktur  yang tidak cukup menyukarkan pemindahan teknologi moden dan teknologi maklumat (IT) ke kawasan segi tiga pertumbuhan.
·      Kekurangan modal – kerana wilayah yang agak  mundur; Contoh Selatan Thai, Acheh

2
c4 Masalah politik      dan keselamatan.
·      Ancaman lanun dan keselamatan di sempadan.
·      Pergolakan politik wilayah dalam negara anggota pertumbuhan Segitiga.
·      Contohnya masalah ancaman lanun di Filipina dan konflik politik di Selatan Thai.

2
c5 Masalah       pasaran yang       terhad.
·      Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli menjadi rendah.
·      Kebanyakan kawasan segitiga pertumbuhan mempunyai penduduk yang jarang dan taraf hidup yang rendah.
·      Perluasan pasaran, kuasa beli, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan menjadi terhad.
·      Contohnya penduduk di Kepulauan Borneo.


2
c6 Keluaran       barangan yang       homogeneus
·      Berlaku persaingan sesama negara pengeluar kerana mempunyai sumber yang sama.
·      Kesannya berlaku lambakan di pasaran dan kejatuhan harga komoditi.
·      Contohnya :komoditi getah, kelapa sawit dan bijih timah antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.           


2
Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah
    SOALAN 8
a)    Nyatakan lima kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan
       lestari yang disertai oleh Malaysia                                                                  [ 5 ]                                                                        
                                                                                                                                          
1.Persidangan Stockholm
2.Persidangan Rio
3.Persidangan Johanesburg
4.Protokol Montreal
5.Persidangan Kyoto
6.Deklarasi Langkawi


b)  Huraikan  3 impak aktiviti primer dan 2 impak aktiviti sekunder terhadap
     kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal                                                          [10]

Calon mesti menyebut aktiviti yang dijalankan –Primer dan sekunder (pertanian,perlombongan,penternakan,pembalakan,perkilangan,pembuatan,
pemprosesan ) dan menghuraikan kesannya pada kualiti alam sekitar fizikal.Jika tidak menyebut aktiviti markah markah maksimum 1 markah.

Isi Utama
Huraian
Markah
Aktiviti Primer/Sekunder
Pertanian perlombongan,penternakan,pembalakan,perkilangan,
Pembuatan,pemprosesan

b1.Pencemaran udara
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2
b2.Pencemaran air/tanah
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2
b3.Pencemaran bau/bunyi
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2
b4.Penyahutanan/perubahan landskap
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2
b5.Hakisan/tanah runtuh /gegalur
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2
b6.Peningkatan suhu mikro/tempatan
Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya
2

b7.Ekosistem terjejas

Menghuraikan kegiatan ekonomi dan kesannya

2


c)  Bagaimanakah kemerosotan kualiti alam sekitar boleh menjejaskan
     kehidupan manusia?                                                                                           [10]                                                       
                                                                                                                                        
      Menerangkan cara bagaimana kualiti alam sekitar yang merosot menjejaskan
      kehidupan manusia.

Isi Utama
Huraian
Markah
c1Pencemaran udara
Menjejaskan kesihatan-batuk,bronkitis,asma,penyakit kulit kerana kualiti udara tercemar
2
c2.Jerebu
Menjejaskan kesihatan-sakit mata,menghalang pandangan,penerbangan,tanam-tanaman terjejas.Menjejaskan kegiatan ekonomi seperti pelancongan, perdagangan. Mengganggu kegiatan sosial/rekreasi
2
c3.Pencemaran air
Bakteria E Coli menjejaskan air minuman dan hidupan akuatik kegunaan manusia.
2
c4.Tanah runtuh/hakisan
Menjejaskan keselamatan penduduk terutamanya rumah di cerun bukit,lebuh raya dan kawasan pelancongan
2
c5.Peningkatan suhu
Suhu yang tinggi-dehidrasi dan masalah kulit.Menjejaskan golongan berisiko seperti warga tua dan kanak-kanak
2
c6.Pencemaran bau/bunyi
Sisa sampah sarap/bunyi jentera menjejaskan keselesaan manusia.
2
c7.Banjir
Menjejaskan kegiatan ekonomi dan keselamatan
2
c8.Kemarau
Menjejaskan ekonomi terutamnya pertanian/kebakaran dan masalah air
2
c9.Kepupusan kepelbagaian biologi/habitat dan rantaian makanan
Kemerosotan hidupan dan tumbuhan akan menjejaskan sumber air dan makanan
2

                                                                                   Pemarkahan : 5 x 2 = 10 markah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...