PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, July 15, 2014

ISI PADU AIR SUNGAI - PENGUKURAN DI LAPANGAN

Pengukuran Isipadu Air Sungai.

Plot kawasan saiz  keluasan

Alatan yang diperlukan:

i.       Pita Ukur
ii.      Kayu Pancang
iii.     Benang
iv.     Kalkulator
v. Getah

Ukuran Saiz Keluasan Sungai













Saiz kedalaman Air Sungai Untuk Dapatkan Saiz Tinggi







Kaedah pengukuran isi padu air sungai.

i.  Dapatkan ukuran panjang dan lebar sungai serta kedalaman sungai.

ii.  Untuk mendapat panjang dan lebar sungai gunakan pita ukur, ukur panjang sungai sejarak 10 m dan lebar sungai dari tebing ketebing (katakan saiz lebar sungai adalah 10 m juga). Untuk mendapat purata kedalaman sungai yang lebih tepat dengan perbanyakkan mata-mata saiz kedalaman . Sebagai contoh, boleh ukur titik kedalaman sepanjang garisan AD dan BC menggunakan kaedah ukuran keratan rentas. Jumlah semua saiz bagi setiap mata dan dibahagi dengan jumlah bilangan mata, kita akan dapat purata kedalaman sungai. (Katakan hasil kiraan purata bagi mata-mata pada garisan AD dan BC adalah 1.33 m).


iii.    Jadi bagi mendapat isipadu air sungai pada keluasan (Lebar-10m darab Panjang -
                   10m darab tinggi 1.33M). Jawapannya adalah 133 m 3 .



Ukur kedalaman Keratan Rentas AD dan BC


KERATAN RENTAS SUNGAI - PENGUKURAN DI LAPANGAN

Pengukuran Keratan Rentas Sungai - menggunakan alatan tradisional.

Alatan yang diperlukan adalah:

i.        Kayu Pancang
ii.       Benang
iii.      Pita Ukur
iv.      Paip Penimbang Air
v.       Gelung getah.



KeratasRentas Sungai AB

KaedahPengukuran.
i.   Kayu pancang @ buluh kecil digunakan dipacakkan kedalam tanah di kedua-dua bahagian  tebing sungai seperti di kedudukan A dan B.

ii.   Selaraskan ketinggian di A dan B menggunakan Paip Penimbang Air, seeloknya lebih tinggi daripada paras air sungai (sekurang-kurangnya 1 kaki dari muka air). Tandakan laras air di kayu pancang A dan B menggunakan gelung getah.

iii.   Tarik dan tegangkan merentang sungai menggunakan benang serta ikat di tempat  bertanda  dengan  gelung getah di kayu pancang A dan B.

iv.  Daripada kedudukan A guna pita ukur, ukur jarak 1 meter (dari A ke a1) dan seorang akan memegang kayu pancang di a1 pada rengangan benang yang merentang sungai. Tandakan poin ini  sebagai a1, sukat kedalaman kayu  pancang a1 dari kedudukan benang kedasar sungai. Catatkan kedalaman poin a1 olehseorangpencatat.

v.   Seterusnya orang ketiga dengan satu kayu pancang lain bergerak kepoin a2. Ukur jarak   a1 ke a2 adalah 1 meter. Catat ukuran menegak kedalaman dari titik benang ke dasar  sungai.

vi.   Ulang proses ini sehingga sampai ke poin B.

vii.  Lukis kembali rajah keratan rentas ini dengan lebih baik pada kertas graf semasa di kelas.

Proses melaraskan ketinggian.
Proses mengukur poin keratan rentas

Saturday, July 12, 2014

PENGUKURAN PROFIL PANJANG SUNGAI DAN HALAJU AIR SUNGAI.

PENGUKURAN PROFIL PANJANG SUNGAI DAN HALAJU AIR SUNGAI.

Alatan yang diperlukan adalah seperti: -
i.                    Kayu pancang jajar @ Buluh kuning.
ii.                  Pita Ukur
iii.                Paip getah sukat air (biasa tukang rumah guna)
iv.                Gegelong getah (Rubber Band).
v.                  Bola Ping   Pong
vi.                Jam Randik @ Telefon bimbit Phone.

Kaedah dan teknik pengukuran.

Gambar rajah: Pengukuran Profil Panjang Sungai dan hadlaju Air Sungai
berjarak 100 meter.

            Dua orang dengan setiap seorang sebatang kayu pancang @ buluh diletakkan pada dasar sungai secara menegak serta di laraskan, ditengah-tengah alur sungai (pastikan sungai yang tidak berapa dalam) dalam jarak 10 meter antara satu sama lain. Pada kedudukan a1 sukat kedalaman dasar sungai dan tanda dengan gelung getah pada kayu pancang a1.   Catat kedalaman a1 pada kertas catatan. Orang kedua di kedudukan a2 melaraskan kedalaman a1 pada a2 dengan menggunakan paip penyukat air.


Proses Pelarasan Kecerunan Pada a1

 Proses Pelarasan Kecerunan Pada a2




            Tandakan dengan menggunakan gelung getah pada kayu pancang a2. Sukat kedalaman dasar sungai di kedudukan a2 bermula dari titik gegelung getah yang telah dilaraskan hingga ke dasar sungai.   Biasanya   jarak   antara gegelung getah ke dasar sungai di a2 adalah lebih panjang berbanding di kedudukan a1. Saiz ini untuk mendapat kecerunan sungai pada jarak 10 m.

            Bagi menyukat halaju air sungai orang ketiga dengan 3 bola ping pong di tangan di kedudukan a1 melepaskan bola serentak. Pastikan ada tiga orang rakan lain di kedudukan a2 dalam kedudukan selari dengan jam randik ditangan mencatat kelajuan pergerakan bola ping pong yang dilepaskan oleh rakan di kedudukan a1 .

            Semula aktiviti di atas pada a3 sehingga ke a11 bagi mendapat kecerunan pada jarak 100m dan purata halaju air sungai pada jarak 100m juga.  Selesai saiz ini para pelajar boleh melukis kembali rajah profil panjang sungai menggunakan data yang didapati dari pengukuran di lapangan. Hasilnya kita dapat satu jadual jarak, kecerunan dan halaju sungai, sebagai contoh di bawah,

BIL
JARAK
(METER)
KECERUNAN
(METER)
HALAJU SUNGAI (minit)
PURATA HALAJU
(MINIT)
BOLA 1
BOLA 2
Bola3
1
10M   PERTAMA
0.23
1.25
1.39
1
1.21
2
10M KEDUA
0.28
0.56
0.5
0
0.35
3
10M KETIGA
0.3
0.45
0.55
1
0.67
4
10M KEEMPAT
0.2
1.3
1.29
1.32
1.30
5
10M KELIMA
0.25
1.12
1.21
1.25
1.19
6
10M KEENAM
0.39
0.4
0.41
0.39
0.40
7
10M KETUJUH
0.35
0.55
0.61
0.44
0.53
8
10M KELAPAN
0.45
0.3
0.33
0.25
0.29
9
10M KESEMBILAN
0.19
1.9
2.1
2.5
2.17
10
10M KEPULUH
0.15
2.9
2.9
2.8
2.87
11
100M KESELURUHAN
2.79
10.73
11.29
10.95
10.99
Jadual: Kajian Pengukuran Kecerunan dan Halaju Sungai

            Menggunakan skala tegak dan mendatar yang bersesuaian, cari Kecerunan dan Lampauan Tegak kecerunan sungai tersebut sepertimana yang anda belajar di dalam bilik kuliah. Manakala bagi halaju air sungai boleh direkodkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan mengira purata halaju air sungai. Para pelajar boleh membuat tafsiran dengan menggunakan jadual halaju air sungai bagi setiap 10m pertama hingga 10m akhir mesti tidak sama catatan kerana ada pelbagai halangan dan rintangan pergerakan air seperti rintangan batuan, arus dari pelbagai arah dan pusaran air di beberapa tempat.



Kedudukan di a1
3 Bola Ping Pong Digunakan dalam Kajian Halaju Sungai.


Kedudukan di a2

Bola Ping Pong di lepaskan di a1 dan diambil ukuran halaju pada kedudukan a2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...