Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:
(a) Menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu
planet yang memperoleh tenaga dari matahari.
(b) Menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera;
(c) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya
mengelilingi matahari;
(d) Menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi;
(e) Menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan
aktiviti manusia.
KONSEP SISTEM SURIA
1. NEBULA
Nebula (Latin: “awan”) merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).
Antara nebula yang wujud ialah:
|
NEBULA MATA KUCING |
1. Cat’s Eye Nebula (Nebula Mata Kucing).
2. Horse Head Nebula (Nebula Kepala Kuda).
3. Crab Nebula (Nebula Ketam).
4. Ant Nebula (Nebula Semut).
5. Eagle Nebula (Nebula Elang).
6. Tarantula Nebula (Nebula Kala Jengking).
7. Orion Nebula (Nebula Orion).
8. Eskimo Nebula (Nebula Eskimo).
9. Rosette Nebula (Nebula Bunga Mawar).
10. Red Square Nebula (Nebula Segi Empat Merah).
11. Ring Nebula (Nebula Cincin)
12. Eyes Of God Nebula
13. Barnard’s Loop.
14. Boomerang Nebula atau banyak disebut kupu-kupu galaksi.
15. Hourglass Nebula.
2. BIMA SAKTI
Galaksi Bima Sakti (
Milky Way - terjemahan daripada Bahasa Latin: berasal daripada Bahasa Greek: Γαλαξίας (Galaxias) kadang kala merujuk kepada "the Galaxy"), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria.
Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya
di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi
kepada nama galaksi ini.
3. SISTEM SURIA
Sistem suria merujuk kepada salah satu
daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti yang terdiri
daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut
orbit yang berbeza pada satah yang rata.
|
Matahari dan 8 planet dlam sistem suria |
Sistem Suria terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu antara planetari.
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort. Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kata kunci
-
salah satu daripada sistem-sistem
-
terdapat dalam Galaksi Bima Sakti
-
terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang
-
mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
KEDUDUKAN BUMI
DALAM SISTEM SURIA
1 A.
Bumi sebagai planet berbentuk sfera
Ciri-ciri bumi
berbentuk sfera
- Bumi berbentuk sfera
iaitu rata pada kedua-dua kutub.
- Jejari bumi pada garisan
khatulistiwa sepanjang 6357 km dan di
kutub sepanjang
- Memerhatikan kaki langit yang melengkung dari
jarak jauh.
- Memerhatikan kapal yang muncul di kaki langit
akan didapati tiang layar terlebih dahulu kelihatan daripada bahagian-bahagian
yang lain.
- Semasa kejadian gerhana bulan, bayang-bayang bumi
yang terdapat di permukaan bulan berbentuk sebahagian garis lengkung sesuatu
bulatan.
2 B.
Kecondongan paksi bumi dan kesannya
Konsep kecondongan
paksi bumi
Kecondongan paksi bumi merujuk kepada satu garisan condong sebanyak 23½o
daripada satah tegak yang di lukis dari utara ke selatan melalui bahagian
tengah bumi di mana paksi ini sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan (
lokasi ) yang menyebabkan kejadian empat musim dan panjang siang dan malam yang
tidak sama di permukaan bumi.
Kata kunci
- satu garisan condong sebanyak 23½o
daripada satah tegak.
- dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian
tengah bumi
- sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan (
lokasi )
- menyebabkan kejadian empat musim dan panjang
siang dan malam yang tidak sama di permukaan bumi
Penerangan konsep
- Paksi bumi merujuk kepada garisan yang dilukis
secara menegak melalui bahagian tengah bumi iaitu dari utara ke selatan.
- Paksi bumi berkeadaan condong sebanyak 23 ½o
daripada satah tegak.
- Kecondongan ini sentiasa dalam keadaan yang sama
di atas orbitnya pada semua tempat semasa bumi beredar mengelilingi matahari.
- Paksi tersebut berkeadaan selari bagi setiap
lokasi dalam peredaran mengelilingi matahari tersebut.
- Kecondongan paksi ini telah menyebabkan
berlakunya berberapa kesan di permukaan bumi seperti kejadian empat musim, panjang siang dan malam yang tidak sama
antara kawasan.
Kesan-kesan kecondongan paksi bumi
1. Kejadian empat musim
- Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di
hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari
tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
- Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim
dingin di hemisfera Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di
garisan sartan. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim dingin
- Pada 23 September (
ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim bunga.
- Pada 22 Disember (
solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi.
Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk
dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim panas.
2. Perbezaan panjang
siang dan malam
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera
utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari
tegak di atas kepala di garisan sartan.
Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang
daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang
malam melebihi siang.
- Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di
hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) , matahari
tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
- Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) ,
matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami
panjang siang dan malam yang hampir sama.
PUTARAN BUMI DAN
KESANNYA
Konsep putaran bumi
Putaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong
sebanyak 23 ½º daripada satah tegak dan
dalam keadaan selari pada semua tempat dari arah barat ke timur dengan
mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
Kata kunci
-
putaran bumi di atas paksinya yang
condong sebanyak 23 ½º daripada satah tegak
- dalam keadaan selari
pada semua tempat
-
dari arah barat ke timur
-
mengambil masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
Kesan-kesan putaran bumi
1. Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian
bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari manakala satu bahagian lagi
membelakangi matahari.
-
Bahagian yang mengadap matahari akan
mengalami waktu siang.
-
Bahagian yang membelakangi matahari akan
mengalami waktu malam.
| | |
Bahagian Bumi yang mengadap matahati siang bahagian bumi terlindung malam |
2.
Kejadian pasang surut air laut
- Berlaku dua kali dalam
tempoh 24 jam.
- Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan
matahari
- Tarikan graviti bulan yang kuat terhadap air yang
berhampiran dengannya
menyebabkan aras air naik lalu terjadilah air pasang.
- Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula
akan mengalami air surut kerana
air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan
berhampiran bulan.
3.
Perbezaan waktu tempatan
|
Waktu Tempatan Dunia |
- Satu putaran lengkap bumi ( 360 O)
mengambil masa 24 jam.
- Bumi berputar sebanyak 15 O longitud
dalam masa 24 jam iaitu kira-kira 4 minit
bagi 1O longitud.
4.
Pembiasan angin dan arus lautan
- Bumi berputar dari barat ke timur
- Di hemisfera utara angin
dan arus terbias ke arah kanan.
-
Di hemisfera selatan angin dan arus
terbias ke arah kiri.
PEREDARAN BUMI DAN
KESANNYA
Konsep peredaran
bumi
Peredaran bumi merujuk kepada peredaran bumi di
atas orbitnya yang elips ikut arah lawan jam dengan mengambil masa 365 ¼ hari (
1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.
Kata kunci
- peredaran bumi di atas orbitnya yang elips
-
ikut arah lawan jam
- mengambil masa 365 ¼ hari ( 1 tahun ) bagi
melengkapkan satu peredaran.
Kesan-kesan peredaran bumi
1.
Kejadian
empat musim
-
Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di
hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan ) , matahari
tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
- Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim
dingin di hemisfera Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di
garisan sartan. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana
dunia hemisfera selatan mengalami musim dingin.
- Pada 23 September (
ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan
khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim bunga.
- Pada 22 Disember (
solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi.
Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk
dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim panas.
2.
Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera
utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari
tegak di atas kepala di garisan sartan.
Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang
daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang
malam melebihi siang.
-
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim
panas di hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di
garisan jadi. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam
-
lebih panjang daripada siang dan kawasan
sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
-
Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks
) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami
panjang siang dan malam yang hampir sama.
3.
Kejadian
gerhana
Konsep
gerhana
-
Gerhana merujuk kepada gerhana matahari
atau bulan di mana kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam satah
mendatar yang sama.
- Jika semasa bumi beredar
mengelilingi
matahari , bumi berada
pada kedudukan di Antara matahari dan
bulan maka bayang
bumi akan jatuh
pada bulan dan keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya gerhana
bulan.
- Sekiranya semasa peredaran bumi
mengelilingi matahari tersebut bulan
berada
antara bumi dengan matahari
maka bayang bulan akan jatuh ke
permukaan bumi dan keadaan ini akan
menyebabkan berlaku gerhana matahari.
4.
Perubahan kedudukan ketinggian matahari
- Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah
seiring dengan perubahan musim.
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera
utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) kedudukan matahari tengah
hari tegak di atas kepala pada garisan
sartan.
- Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di
hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan ) kedudukan
matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan jadi.
- Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) ,
matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan khatulistiwa.
5.
Kejadian
perihelion dan afelion
Konsep perihelion dan afelion
Perihelion dan aphelion merujuk kepada
jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips di mana
perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hampir iaitu
kira-kira 147 juta km yang berlaku pada bulan Julai manakala aphelion pula
merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh iaitu kira-kira 152
juta km yang berlaku pada bulan Januari.
Kata kunci
-
jarak bumi dengan matahari ketika bumi
berada orbitnya yang elips
-
perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hamper
-
aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling jauh
Penerangan
konsep
-
Orbit bumi yang elips mengakibatkan bumi
tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dengan matahari sepanjang
peredarannya mengelilingi matahari.
-
Kedudukan bumi yang paling hampir dengan
matahari ( 147 juta km ) dikenali sebagai perihelion yang berlaku pada bulan
Julai.
-
Kedudukan bumi yang paling jauh ( 152 juta km) dikenali sebagai afelion
berlaku pada bulan Januari.
FAKTOR BERLAKUNYA KEJADIAN EMPAT MUSIM
DI KAWASAN SEDERHANA DUNIA
1.
Kecondongan
paksi bumi
-
Paksi bumi merujuk kepada satu garisan
yang melalui bahagian tengah bumi dari utara ke selatan.
-
Kecondongan paksi bumi sentiasa berada
dalam keadaan yang sama bagi semua tempat dalam orbit bumi.
-
Istilah keselarian digunakan untuk
menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada dalam keadaan
selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
-
Keselarian paksi inilah yang menyebabkan
berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi kawasan-kawasan tertentu.
2.
Peredaran bumi mengelilingi matahari
- Menyebabkan kedudukan matahari tengah hari
sentiasa berubah-ubah mengikut musim.
- Pada 21 Mac ( ekuinoks musim
bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di
atas kepala di garisan khatulistiwa.
- Kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan
mengalami musim luruh.
-
Pada 21 Jun ( soltis musim panas di
hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) kedudukan
matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan sartan.
- Kawasan sederhana dunia
di hemisfera utara mengalami musim panas
dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim dingin.
- Pada 23 September (
ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim bunga.
- Pada 22 Disember (
soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
3.
Putaran bumi atas paksinya
-
Putaran bumi menyebabkan hanya satu
bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari manakala satu bahagian lagi
membelakangi matahari.
-
Bahagian yang mengadap matahari akan
mengalami waktu siang.
-
Bahagian yang membelakangi matahari akan
mengalami waktu malam.
4. Keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari
- Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan
fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada dalam keadaan selari bagi
setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
- Keselarian paksi inilah yang menyebabkan
berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi kawasan-kawasan tertentu.
5.
Kesferaan bumi
-
Bumi berbentuk sfera dengan permukaan
yang rata pada kedua-dua kutub.
-
Bahangan matahari lebih tertumpu di
kawasan tropika kerana lengkungan permukaan yang lebih sempit dan menjadikan
kawasan tersebut sentiasa panas.
-
Bahangan matahari akan disebarkan dengan
lebih luas di kawasan berlatitud tinggi kerana lengkungan bumi yang lebih luas
menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk daripada kawasan tropika.
DAYA KORIOLIS
Daya koriolis merujuk kepada satu objek
yang seolah-olah dipesongkan semasa objek ini bergerak dalam lingkungan satu
koordinat yang sedang berputar menyebabkan berlakunya pembiasan objek tersebut
( contohnya angin ) di mana daya
biasannya lebih tinggi di latitud tinggi dan sifar di latitud rendah.