PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, August 12, 2011

AL- HAFIZ AL QURAN - MENCARI KEREZAAN ALLAH DAN MEMILIKI KECERDASAN HOLISTIK


Madrasah Nur Assalam


Sistem pengajian Islam kini semakin mendapat tempat dewasa ini. Umat Islam semakin berminat mendalami ajaran Islam yang mereka anuti. Oleh itu, dengan wujudnya pusat-pusat pengajian Islam beroreantasikan pondok ini sedikit sebanyak dapat menyediakan ruang dan peluang kepada golongan ini untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Wajarlah sistem pengajian ala pondok ini diperbanyak dan diperkembangkan serta diberi sokongan oleh semua lapisan masyarakat.
MADRASAH NUR AS-SALAM
(Pondok Bukit Salam) Lot 1949, Kg Bukit Sg. Nor, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak.

Rayuan Sumbangan

Pihak madrasah kini sedang dalam proses menyiapkan  bangunan 2 tingkat asrama kediaman pelajar. Bangunan ini dijangka akan dapat menempatkan lebih kurang 100 orang pelajar. Pembinaan bangunan asrama ini baru sahaja 15% siap dan masih memerlukan RM 300,000 untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan tersebut.
Sumbangan dari anda amat dialu-alukan bagi menambah baik kemudahan di madrasah. Sumbangan boleh disalurkan ke
Akaun Maybank cawangan Selama, Perak
No akaun : 5582 1131 1976
Nama akaun : MADRASAH NUR AS-SALAM
(Pondok Bukit Salam) Lot 1949, Kg Bukit Sg. Nor, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak.




Menghafal Al-Quran menguatkan hubungan dengan Allah sang pemilik ilmu.
Sesungguhnya semua ilmu pengetahuan adalah milik-NYA, Dialah Al Aliim. Dialah pemilik semua jawaban dan dengan kasih-NYA Ia menurunkan setetes ilmu di dunia ini agar manusia memiliki makna yang istimewa, supaya manusia memiliki perangkat untuk tampil sebagai khalifah, agar manusia dapat mengelola dengan baik (mengambil dan memelihara) semua rezeki yang dikurniakan-NYA di dunia ini.
Dari semua ilmu, ulumul Quranlah yang paling utama. Dari semua kitab (buku) AlQuranlah yang paling mulia. Jika kita mempelajari Al-Quran dan berinteraksi dengannya, natijahnya kita sedang mengambil jalan kemuliaan dihadapan Allah sang pemilik ilmu.
Dan karenanyalah Insya Allah sang penghafal Al-Quran akan mendapat jaminan kemudahan dari Allah SWT dalam dua bentuk, iaitu ; kemudahan mempelajari Al-Quran (QS Al-Qamar 17)  dan karunia kemudahan pada ilmu-ilmu yang lain (QS Al-Mujadilah 11).
“Dan Sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran? (QS Al-Qamar 17)
“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”  (QS Al-Mujadilah 11).
Andai seseorang ingin mempelajari teori quantum pada ilmu fizika. Ia harus menghabiskan waktu sebulan agar dapat memahaminya dengan baik, namun apabila ia menggunakan sebagian waktu dan tenaganya untuk menghafal Quran, maka Allah yang rahim sang pemilik ilmu dan kemudahan itu akan mengganti waktu dan jerih payahnya menghafal Al-Quran itu dengan cara membuka kecerdasan sang penghafal Quran, sehingga dalam waktu lebih singkat – seminggu- ia sudah berhasil memahami dengan baik teori Quantum. Inilah yang dialami oleh para tokoh Islam yang tidak hanya dikenal sebagai Ulama besar, tetapi sekaligus juga ilmuwan dari berbagai bidang.
Mengherankan ada manusia yang bisa sedemikian banyak memahami berbagai bidang ilmu, misalnya Imam Ghazali adalah seorang teolog, filasuf (filsafat Islam), ahli fikih, ahli tasawuf, pakar psikologi, logika bahkan ekonom dan  kosmologi. Atau Ibnu Sina seorang ulama yang sedari kecil mempelajari ilmu tafsir, Fikih, Tasawuf, tiba-tiba biasa disebut sebagai pakar kedokteran dan digelari ‘Medicorium Principal’(Rajanya ara dokter) dan buku yang ditulisnya ; Al-Qanun Fith-Thib menjadi bahan pelajaran semua doktor didunia.
Faktor penting yang menjadikan mereka mampu menguasai keilmuan yang melintasi /intergrasi cabang keilmuan yang seolah (bagi mereka yang dikategorikan -suka memisahkan ilmu agama dengan ilmu umum)  ini adalah karena mereka menghafal dan mempelajari Al-Quran sehingga Allah SWT sang pemilik ilmu membukakan bagi mereka pintu gerbang ilmu-ilmu lainnya.

Menghafal adalah dasar dari ilmu pengetahuan
Menghafal adalah dasar dari semua aktiviti otak. setelah data terpahat dengan baik, baru dapat dilakukan pengolahan lebih lanjut ; misalnya identifikasi, pengklasifikasi berdasarkan kesamaan, membandingkan dan mencari perbedaan, mengkombinasikan persamaan dan atau perbedaan untuk melahirkan sesuatu yang baru, dan lain sebagainya.
Misalnya abjad, seorang anak harus menghafalnya terlebih dahulu baru boleh digunakan untuk membaca dan menulis. Angka harus dihafal dahulu sebelum dipermainkan dalam bidang matematik. Setiap pasal dan ayat dalam undang-undang harus dihafal dahulu sebelum digunakan para hakim, pengacara, dan penuntut di ruang pengadilan.
Menghafal adalah dasar dari semua ilmu. Tanpa masteri hafalan tidak ada data yang boleh diolah, tanpa olahan data maka ilmu pengetahuan tidak akan pernah ada. Menghafal adalah tangga pertama ilmu pengetahuan, menghafal adalah langkah wajib untuk cerdas.
Ada yang mengatakan bahwa menghafal akan melemahkan kemampuan analisa si anak, pernyataan ini mungkin benar, kalau si anak hanya disuruh menghafal saja tanpa melanjutkan ke proses lainnya. Menghafal adalah tahap awal berinteraksi dengan Al-Quran ( Nabi  saw sendiri diajar membaca dan menghafal ), sesudah menghafal dan belajar membaca dengan benar maka harus disambung pada frasa berikutnya iaitu mempelajari maknanya baik harafiah maupun penafsirannya, setelah itu mengaplikasikannya dalam kehidupan pribadi maupun yang berkait dengan kehidupan bermasyarakat, seorang muslim yang cerdas akan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menjawab semua persoalan, lalu frasa terakhir adalah mengajarkannya kepada semua orang muslim. Itulah tahap berinteraksi dengan Al-Quran yang sebenar. proses ini berkelanjutan tak boleh berhenti, tidak boleh hanya menghafalnya saja, atau hanya belajar membaca saja.

Sunday, August 7, 2011

SIMPAN EMAS

Saya  terbaca blog PASPB tentang perkara yang saya copy N paste di bawah. Rencana ini menarik minat saya untuk berkongsi pengetahuan tentang sistem kewangan konvensional dengan sistem dinar syariah. Saya dapati apa yang ingin dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan adalah amat releven dengan permasalahan kelembapan ekonomi sekarang . Penggunaan wang syariah terutamanya dinar dan dirham yang mempunyai pelbagai kepentingan seperti:-

1. Sandaran nilai emas dan perak yang tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

2. Mudah dicairkan dalam pasaran ekonomi yang relevan pada masa sekarang.

3. Tidak mudah rosak samada dalam kebakaran dan sebagainya.

4. Mempunyai nilai yang tinggi diserata dunia tidak seperti nilai wang yang berbeza mengikut negara dan tidak boleh dilakukan sebagai tukaran wang dinegara berlainan. contohnya wang Malaysia tidak bernilai di negara lain.

5. Paling penting Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Untuk pengetahuan semua, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!   [ sila rujuk kembali statistic kenaikan harga emas dunia di bawah.

Jadi, sekiranya pelabur boleh membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.
Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.
Dato’ Salleh (bekas pengerusi BSKL) turut menceritakan mengenai emas pelaburan yang terbaik iaitu wafer/jongkong 999.9 dan waktu terbaik membeli emas ialah pada bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu harga emas turun.

6. Emas mudah dicagar dan digadai di Ar Rahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Yapiem, Koperasi dan Ar Rahnu milikan Kerajaan Negeri. Harga gadaian adalah tinggi dari 60% ke 70% daripada nilai marhun.
 
Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
Harga emas sekarang Ogos 2011 = di sekitar USD 1665.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg


TERKINI!! Amerika Syarikat bakal muflis, apa tindakan Malaysia??


Sheikh Imran Hosien pernah berkata:

"15 tahun lalu, saya pernah berkata bahawa Dolar Amerika akan jatuh. Semua orang mentertawakan saya. Tapi kini mereka tidak ketawa lagi."


Dengan hutangnya bernilai AS$14.3 trilion (RM43.3 trilion) iaitu sekitar seperlima keluaran kasar ekonomi dunia, memang Amerika berada di ambang kemuflisan.


Namun asas-asas ekonominya, terutama kehadiran firma gergasinya seperti Apples, Microsoft dan sebagainya masih kukuh. Amerika masih menguasai pacuan teknologi dunia.


Namun kini berlaku kebuntuan dalam menaikkan siling atau paras hutang yang dapat diterima oleh Kongres dan pihak Presiden Barack Obama. Kongres, terutama Dewan Perwakilan, dikuasai Parti Republikan yang sedapat mungkin cuba mengatasi ikhtiar Obama.


Anehnya, telah tercatat dalam sejarah bahawa kemelesetan dunia yang berpunca dari Wall Street New York merupakan padah daripada kesilapan pendahulunya, pentadbiran George W Bush Jr.


Namun Republikan seakan-akan menafikan kenyataan ini dan cuba menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Program pemulihan ekonomi dan rombakan sistem jagaan kesihatan Obama terus terhalang di peringkat Kongres.


Akibatnya jumlah pekerjaan tidak dapat dipacu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.


Suasana berpihak menurut parti telah dikenal pasti sebagai kelemahan besar Amerika sebagai adikuasa dunia.


Namun proses ini sukar dirombak dan amat memerlukan kecekapan pentadbiran Obama untuk memujuk dan mendesak semua pihak agar menerima persetujuan bagi masa depan Amerika yang kedudukan ekonominya jauh lebih lemah berbanding China.


Namun China, ekonomi kedua terbesar dunia, masih belum dapat menggantikan peranan Amerika. Bahkan suasana ekonomi dunai turut terancam oleh keadaan muflis negara-negara Eropah dan suasana kesan tribencana raksasa di Jepun.


Oleh itu, Amerika perlu menunjukkan azam waja dan kearifan dalam membetulkan masalah rumah tangganya.


Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencapai hadnya sebanyak US$14.3 Trilion (RM43.3 Trilion) dalam waktu terdekat.

Dolar Amerika mungkin tidak wujud lagi selepas tarikh 1 September 2011.

Amerika hanya mempunyai beberapa hari atau minggu sebelum negara itu kehabisan wang tunai untuk membayar semua bil perbelanjaannya.


Mereka yang tidak sependapat dengan Presiden AS, Barack Obama telah membantah peningkatan had hutang kerana bimbang terpaksa mengurangkan perbelanjaan.


Anggaran jumlah penduduk AS sekarang ialah lebih 310juta orang.


Sekiranya Hutang AS sekarang ialah USD 14.3 Trilion.


Jadi, diibaratkan setiap penduduk negara itu berkongsi hutang sebanyak USD 46Ribu (RM139 Ribu).


Masih ingatkah lagi kita kepada Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008?


Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008.


Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan.


Bursa Saham Wall Street terus jatuh sehingga menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.


Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur.


Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis.


Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi. - Sumber Wikipedia.


Kita dapat lihat bagaimana Krisis Kewangan AS 2008 yang akhirnya sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi seluruh dunia.


Tetapi bagaimana pula dengan hutang AS yang semakin mencapai 'limit' sekarang?


Apakah yang akan berlaku sekiranya AS muflis?


Mungkinkah sistem wang kertas akan jatuh selepas ini untuk memberi laluan kepada Kerajaan dan Sistem Wang Digital yang berpusat di Israel?


Bagaimana pula dengan kebangkitan sistem matawang Dinar dan Dirham di Timur?


Apa kaitannya?


APA TINDAKAN MALAYSIA YANG SEPATUTNYA?


1) Oleh kerana matawang Amerika makin lemah, jangan sandarkan nilai komoditi yang kita eskport dalam matawang tersebut lagi. Sebaiknya gunakan matawang Euro yang lebih fleksibel atau gunakan sistem barter (tukar barang).


2) Kesemua bon-bon terbitan Amerika yang dibeli Malaysia terutamanya zaman Mahathir kini tidak boleh ditebus kerana mereka sendiri pun tiada wang untuk membayar. Cuba dapatkan pembeli bon-bon dari pengurus dana yang mahu membeli dengan syarat tukaran haruslah dalam matawang lebih kukuh atau emas.


3) Kadar faedah mesti dikekalkan seberapa lama yang boleh. Ini bagi mengelakkan berlaku spekulasi terhadap fleksibiliti dan daya tahan ekonomi Malaysia.


4) Hentikan membeli matawang lain, sebaliknya terus mencari dan menyimpan rizab emas yang lebih stabil harganya. Kini harga emas sangat tinggi, USD1400 segram! Kekuatan ringgit kini terletak kepada berapa banyak rizab emas yang kita ada.


APA YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU LAKUKAN?


1) Simpan wang di pejabat pos atau saham amanah. Jangan simpan lagi di bank atau institusi kewangan, sekiranya berlaku isyarat Amerika diisytihar muflis.


2) Beli emas dan perak seberapa banyak dan simpan. Keluarkan semua simpanan emas dan perak di bank dan jangan gadai atau cagar semula. Simpan dan cuma gadai apabila perlu sahaja.


3) Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Bank akan mengenakan syarat lebih ketat dan tidak masuk akal bila bila masa tanpa notis yang bakal menjerat kita ke kancah muflis pula.


4) Jimatkan segala perbelanjaan dan potong mana yang tidak perlu. Simpan lebihan gaji dan laburkan di simpanan emas atau sukuk.
JP

Friday, August 5, 2011

MANUSIA DAN EKOLOGI


a.         Kesan-kesan fenomena penyahutanan di negara-negara Asia Tenggara terhadap alam sekitar yang boleh dibincangkan ialah:
Kesan ke atas sistem geomorfologi.
o   penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti Luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh.permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.
o   pencemaran sungai/kekeruhan dan dasar sungai menjadi cetek Yang mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Bahan-bahan termendap di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek dan lebih cepat mengalirlimpahkan Airnya. Misalnya kejadian banjir lumpur.

Kesan ke atas sistem hidrologi
o   mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Penyahhutanan akan menghilangkan kawasan tadahan hujan yang menjadi Stok/simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, Tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah, proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu Sistem Bekalan Air. Mengurangkan jumlah hujan tempatan. Penyahhutanan bererti  menghapuskan proses sejat-peluhan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi penyumbang utama kepada kelembapan udara untuk menghasilkan awan dan hujan. Akhirnya, curahan hujan di kawasan tersebut akan berkurangan dan kawasan tersebut akan mengalami kemarau.

Kesan ke atas atmosfera
o   penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan/peningkatan indeks Suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan Pemanasan setempat. Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk Menyederhanakan suhu dan mengekalkan peratus kelembapan Udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air).kawasan tersebut juga akan terdedah kepada bahangan matahari. Secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh tumbuhan.  Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.

Kesan ke atas sistem ekologi
penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada Biodiversiti. Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan habitat dan ekosistemnya serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain kepupusan Spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari Habitat yang baru.



Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif akibat pembangunan pertanian terhadap alam sekitar . Antaranya ialah:

o   Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti akta jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka khususnya di Tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh Diambil seperti denda/kompaun kepada mana-mana individu atau Saman/menarik balik lesen perniagaan/di sitar kepada mana-mana Syarikat atau agensi yang didapati bersalah.
o   Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan baja Organik di samping dapat memelihara alam sekitar.
o   Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan Tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain. Kacang tanah sebagai contoh membekalkan nitrat yang tinggi kepada tanah. Dengan itu, kita boleh mengelakkan keburukan amalan tanaman sejenis.
o   Tanaman bercampur dan tanaman selingan pula sesuai dilakukan di kawasan ladang getah dan kelapa sawit di peringkat awal penanaman atau selepas proses tanam semula dilakukan sebagai contoh, kelapa sawit diselangi dengan tanaman Pisang, ubi kayu, keledek, kacang tanah dan lain-lain lagi yang bersifat jangka pendek. Tanaman-tanaman ini bukan sahaja boleh menjadi pelindung tanah kepada agen-agen hakisan malah ia mampu mengekalkan nutrien semula jadi tanah.  Menanam tanaman tutup bumi dan juga pokok-pokok pelindung bagi sesuatu kawasan tanah yang baru dibuka/ditanam. Tanah-tanah yang baru dibuka seperti untuk perladangan getah dan Kelapa sawit mempunyai struktur yang agak longgar akibat keterdedahan kepada agen-agen geomorfologi. Justeru, di Peringkat awal penanaman atau ketika pokok sedang membesar, tanaman kekacang amat perlu ditanam sebagai pelindung tanah daripada mengalami hakisan dan larut resap yang berterusan. Tanaman kekacang atau rumput mampu bertindak mengikat butiran tanah melalui sistem akarnya yang berserabut dan kompleks. Di Samping itu, tanaman kacang juga boleh menambahkan kandungan Nitrat tanih.
o   Amalan pertanian berteres/mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan/kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit yang Beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakan hakisan Larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil).
Itek memakan siput gondang
Rumah Burung Hantu
o   Melaksanakan kawalan ekologi di kawasan-kawasan tanah pertanian termasuk memperbaiki tekstur tanih dengan bantuan Baja organik.  Kaedah ini akan mengurangkan tanih  kebergantungan kepada baja kimia dapat dikurangkan yang kelak boleh mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D  dalam bidang pertanian khusunya teknologi baru yang bersifat  mesra alam. Seperti penggunaan kaedah hidroponik. Kaedah tanaman ini tidak memerlukan tanah dan baja kimia sebaliknya larutan-larutan nutrien digunakan. Dengan itu, tekanan kepada Sumber tanah dapat dikurangkan. 

Ladybird memakan dan membunuh serangga penyakit


Rumah Sayur
   Selain daripada itu penggunaan burung hantu untuk mengatasi masalah tikus dan ular di kawasan ladang kelapa sawit dan sawah padi adalah satu tindakan yang mesra alam. Pemeliharaan itek, ladybird dan burung walid juga terbukti boleh mengatasi masalah siput gondang, serangga perosak padi dan kalapa sawit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...