Soalan 3.
a. Berdasarkan contoh negara Malaysia, tunjukkan dua kesan fenomena penyahhutanan
terhadap alam sekitar. [4]
i.
Kesan ke atas sistem geomorfologi.
Penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung
kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan dan tanah
runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan
daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan
cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan galir dan galur
dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.
ii.
Kesan ke atas sistem hidrologi.
Bahan dari hakisan akan dimendapkan di dasar sungai lalu
menjadi cetek yang boleh mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada
hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan
memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Penyahhutanan akan juga menghilangkan
kawasan tadahan hujan yang menjadi stok / simpanan air utama kepada sistem
saliran seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah.
Proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan,
sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh
mengganggu sistem bekalan air.
iii.
Kesan ke atas Atmosfera
Penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan / peningkatan
indeks suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan pemanasan setempat.
Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk menyederhanakan suhu dan mengekalkan
peratus kelembapan udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air) permukaan
bumi terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan
diserap oleh tumbuhan. Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.
iv.
Kesan ke atas Sistem Ekologi
Penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada biodiversiti.
Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan
habitat dan ekosistemnya, serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain
kepupusan spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari habitat
yang baru.
b. “Malaysia merupakan salah sebuah negara asia tenggara
yang terbaik dalam melaksanakan program pengurusan sumber hutannya”. Huraikan dua kaedah pemeliharaan dan
pemuliharaan yang dilaksanakan di Malaysia. [4]
Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh malaysia
ialah:
i.
Penubuhan kawasan hutan simpan kekal yang dibahagikan kepada
tiga kelas,iaitu hutan perlindungan, hutan berhasil dan Hutan lipur yang
diuruskan dengan sempurna, sistematik dan
sainstifik. contoh: Taman Negara, Hutan Belum di perak dan Hutan Simpan Endau-Rompin
di Pahang.
ii.
Langkah perundangan, meluluskan dan melaksanakan Akta
Perhutanan Negara 1984 yang mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas
mana-mana individu / syarikat yang menceroboh kawasan hutan simpan kekal sama
ada aktiviti, menebang, memotong, menggelang,menanda atau mengambil sumber-sumber
yang ada dengan apa jua cara sekalipun.
iii.
Melaksanakan dua sistem penebangan hutan, iaitu Sistem
Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-duanya
membolehkan tumbesaran dan kematangan pokok dengan sempurna bagi menjamin
keberterusan pengusahasilan dan pengeluarannya pada masa-masa akan datang.
iv.
Menanam semula hutan/perladangan hutan melalui projek
Ladang Hutan Kompensatori. Spesis-spesis pokok kayu keras Tropika yang cepat
membesar dan matang seperti Acacia Mangium, yamane, sentang, exotic, dan bantai
ditanam semula secara sisematik dan saintifik di kawasan-kawasan hutan yang sudah
dibalak
v.
Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)
khususnya yang berkaitan dengan sivikultur, penjagaan dan perawatan hutan
daripada perosak dan penyakit ,biak baik pokok serta sifat dan kepelbagaian
guna sumber-sumber hutan. Kebanyakkan program R&D dijalankan oleh FRIM dan UPM.
Di samping menjalankan program latihan
perhutanan dan Sains Perhutanan.
No comments:
Post a Comment