Lembangan Saliran di kelilingi oleh Legeh |
Konsep lembangan saliran
Lembangan sungai
merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana terdapatnya satu sungai induk dan
cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan
luahannya yang tersendiri.
Kata kunci
-
kawasan tadahan bagi satu sistem sungai
-
terdapatnya satu sungai
-
cawangan-cawangannya
-
dipisahkan oleh legeh-legeh
-
mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri
PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN
HAKISAN PERMUKAAN
Konsep
hakisan permukaan
Proses pengukiran atau penghausan permukaan
cerun serta pengangkutan bahan oleh
agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan
glasier.
Kata Kunci
-
pengukiran. atau penghausan permukaan cerun
-
serta pengangkutan bahan
-
agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin,
titisan air hujan, dan glasier
Jenis-jenis
hakisan permukaan
Hakisan percikan
-
titisan air hujan yang turun akan mengcungkil
butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan.
- Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan,
kelebatan dan faktor perlindungan permukaan bumi.
Hakisan kepingan
-
Butiran tanah yang telah terlerai akibat
percikan air hujan akan di hakis dan diangkut oleh larian air permukaan.
-
Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan
cerun terhakis.
Hakisan galir ( rills )
Hakisan Galir & Galur |
- Bahan –bahan tanih dihakis dan diangkut
bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil.
-
Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan
akan hilang dalam tempoh yang singkat.
Hakisan galur ( gullies )
- Bahan –bahan tanih dihakis dan diangkut
bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-laur yang
luas.
-
Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas
kepada pembentukan sungai.
KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PERMUKAAN
A. Kaedah Perundangan
- Kuatkuasakan
undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan
Bangunan.
B. Kaedah bukan perundangan
Pembinaan
teres
-
Khusus
kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.
-
Teres
dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
-
Teres
dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga
kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.
Pembinaan parit / longkang
-
Air
larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
-
Air
tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya
hakisan kepingan.
-
Longkang-longkang
dibina menggunakan bahan konkrit dan
secara bertangga bagi menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan
mengurangkan kelajuan pergerakan air.
Penyimenan permukaan cerun
-
Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
-
Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi
mengawal aliran air bawah tanah.
-
Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air
hujan dan hakisan kepingan.
Penanaman rumput dan
tumbuhan kekacang
- Dapat mengurangkan hakisan percikan,
mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya menggalakkan resapan air ke
dalam tanih.
- Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut
dapat memegang dan mencengkam tanah daripada dihakis oleh air larian
permukaan.
Pendidikan
-
Melalui
pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar,
pendidikan moral dan sebagainya.
-
Pelajar-pelajar
didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar
fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.
Kempen
-
Melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen
yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS
), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.
HAKISAN SUNGAI
Konsep hakisan alur sungai
Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada
bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air mengalir, dan glasier.
Kata Kunci
-
pengukiran. atau penghausan alur-alur sungi
-
pada bahagian tebing atau dasar
-
serta pengangkutan bahan
-
agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan
glasier
JENIS HAKISAN
SUNGAI
Mendalam / menegak / dasar
-
merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
-
berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di
mana pada peringkat ini aliran air sungai deras.
-
alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam ,
sempit dan berbentuk V .
Melebar / tebing
-
merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas
kedua-dua arah tebing sungai.
-
lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana
aliran air sungai sudah mula perlahan.
-
Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk
U.
Mengundur / kebelakang
-
merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang
atau mengundur ( semakin ke hulu )
-
aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai
air terjun atau jeram.
-
hakisan air sungai yang semakin giat ke atas
air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan yang membentuk air terjun tersebut
runtuh.
-
akibatnya air terjun tersebut semakin
mengundur ke belakang.
CARA HAKISAN
SUNGAI
Hidraul
- hempasan air aliran sungai terhadap
lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai.
-
Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang
terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang terdapatnya air
terjun, jeram dan lubuk.
-
Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil
bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau
dasar sungai tersebut.
Geseran/lelasan
-
bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air
sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan sebagainya menghakis atau
bergesel dengan dasar dan tebing sungai.
Lagaan
- merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan
yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau
tebing sungai.
-
bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu
sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami perubahan saiz dan bentuk
bahan.
- perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat
pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang kasar dan berat
bergerak secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan
bergerak dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut
berlanggar antara satu sama lain.
Larutan
- merujuk kepada hakisan secara kimia di mana
air sungai bertindak melarutkan batuan yang terdapat pada dasar dan tebing sungai tersebut.
-
melibatkan batuan yang mudah larut seperti
batu kapur, dan dolomit.
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI
Isi padu dan halaju air
-
halaju aliran air sungai bertambah seiring
dengan pertambahan isipadu air sungai.
- hakisan dan halaju air bertambah semasa
isipadu sungai banyak terutama semasa
banjir.
Kecerunan
-
halaju aliran sungai adalah berkadar langsung
dengan kecerunan dasar sungai.
-
halaju
aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.
- sungai
di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air
sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada
peringkat ini.
- sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan
yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras
menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.
- di bahagian hilir sungai topografinya rata dan
rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran
sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
Bentuk alur
-
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air
sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak.
- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran
air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar
hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air
akan dimendapkan.
Jenis batuan
- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan
yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing
dan dasar sungai menjadi kurang giat.
- manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang
terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan
seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat.
Bahan muatan
- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut
oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang
dilakukan.
- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air
sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan
hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.
Pembentukan Air Terjun |
Bentuk muka
bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda )
Air terjun
-
terbentuk di bahagian hulu sungai yang
mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar dan berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut.
- lapisan
batuan lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras.
- lapisan
batuan keras yang tahan hakisan akan tertnggal lalu menghalang aliran air
sungai lalu membentuk air terjun.
Jeram
Jeram Bertingkat |
-
terbentuk di bahagian hulu sungai yang
mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang tersusun berselang seli
secara tegak atau hampir tegak.
-
hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut
menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.
-
akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu
mengalir secara melompat-lompat menuruni bonjolan yang keras.
Lubuk
-
lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di
bahagian dasar sungai.
-
tindakan aliran air sungai yang berpusar akan
mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di bahagian dasar air
terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai tersebut.
-
lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.
-
contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi,
Kedah.
Gaung dan Lurah
-
merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di
peringkat hulu sungai.
-
hakisan yang giat terhadap dasar alur sungai
menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan sempit, dan bertebing
curam.
-
lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali
sebagai gaung.
-
contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon
di sungai Colorado,
Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment