Soalan 2
- Berdasarkan konteks sektor pertanian, terangkan secara ringkas
konsep Pembangunan Berterusan (lestari) . [3]
Konsep pembangunan lestari dalam sektor pertanian pembangunan
berterusan yang menggunakan pendekatan untuk mempertingkatkan sumber-sumber
pertanian dan
produktiviti pertanian agar ia dapat memenuhi keperluan
masa kini dan generasi akan datang. Nikmat kemajuan pembangunan pertanian bukan
hanya untuk generasi semasa sahaja tetapi berterusan sampai ke bila-bila pun.
Tambahan produktiviti dan
pendapatan dalam sektor pertanian komersil yang dinikmati
kini.
Pertambahan
pengeluaran tanaman makanan mestilah dapat menampung keperluan penduduk semasa
dan generasi seterusnya agar mereka juga tidak mengalami krisis.
Kelestarian juga bermakna
mengoptimumkan sumber-sumber pertanian khususnya sumber tanah agar ia
tidak membazir dan terbiar, contoh pembangunan lestari dalam sektor pertanian
adalah seperti kaedah pertanian hidroponik, kaedah kawalan biologi untuk
mengawal perosak , penggunaan baja organik, amalan tanaman tutup bumi dan
lain-lain kaedah yang membawa kesan yang paling minimum terhadap alam sekitar
- Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik, jelaskan dua kaedah bagaimana
pembangunan pertanian yang dijalankan di dalam negara tersebut boleh
menjejaskan alam sekitar fizikalnya . [3]
Negara yang dipilih ialah Malaysia. Antara kaedah/amalan
pembangunan pertanian yang boleh menjejaskan alam sekitar ;-
Alam Sekitar Fizikal ialah :
i.
Melalui program pembangunan tanah/pembukaan tanah baru untuk
pertanian ladang oleh kerajaan atau swasta yang melibatkan kerja-kerja
penyahhutanan secara besar-besaran seperti dalam rancangan pembangunan
wilayah. Penyahhutanan ini akan
menyebabkan kemusnahan ekosistem serta kepelbagaian biologinya, keterdedahan
tanah kepada hakisan, banjir lumpur, pencemaran dan kecetekan sungai dan
lain-lain yang berkaitan.contoh-contoh kawasan yang pernah mengalami ialah
seperti wilayah Jengka, Dara, Kejora, Kesedar dan juga Ketengah. Pada peringkat
pembukaan tanah tersebut di sekitar tahun 1970-an. amalan pembakaran terbuka
untuk pembersihan tapak ladang / tani atau untuk proses penanaman semula.
ii. Satu
kaedah yang paling cepat dan mudah bagi tujuan membersihkan ladang ialah
melalui pembakaran, misalnya pembakaran terbuka di Ladang Tebu Chuping, Perlis,
setelah tebu ditebang dan diambil.
iii. Pembakaran
kawasan sawah setelah padi dituai atau pembakaran pokok kelapa sawit yang telah
ditebang untuk penanaman semula. Kaedah ini telah menyebabkan berlakunya
pencemaran udara dan jerebu. Misalnya ketika negara dilanda fenomena El-Nino
pada tahun 1997, amalan pembakaran terbuka di tapak-tapak pertanian telah memudaratkan
lagi keadaan jerebu yang sedia ada sekali gus meningkatkan indeks pencemaran
udara (IPU).
iv. Penyemburan
racun secara besar-besaran/penggunaan baja kimia berlebihan yang boleh
menyebabkan pencemaran sumber air, tanah dan udara. Dalam konteks pembangunan
pertanian ladang yang begitu luas, penyemburan racun dan penaburan baja
biasanya dilakukan dengan menggunakan kapal terbang. Kaedah ini bukan sahaja boleh mencemarkan
udara malah memungkinkan berlakunya Hujan Asid, walaupun pada skala yang kecil.selain
itu,racun dan baja kimia yang dilarut-resapkan ke dalam tanah di kawasan pertanian
menyebabkan sitem akuifer dan air bawah tanah tercemar. Larian air permukaan
pula boleh membawa sebatian racun dan bahan kimia tersebut ke dalam
sungai-sungai yang berhampiran dengan kawasan perladangan. Apabila sistem
sungai tercemar dengan racun, ia akan memusnahkan ekosistem akuatik.
v. Amalan
pertanian tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa jagaan yang rapi terhadap tanih
pertanian.kawasan terbuka dan terdedah kepada hakisan percikan air hujan dan
larian air permukaan yang boleh menyebabkan ketandusan tanih. Larian air
permukaan akan bertindak untuk mengangkut
lapisan atas tanih yang subur (top soils) dan meninggalkan lapisan tanih yang
kurang subur. Regolith tanih yang dibawa oleh larian permukaan itu pula akan memasuki
sistem sungai, sungai tercemar , termendap / mencetekkan sungai, meningkatkan
risiko kejadian banjir.
- Cadangkan dua
langkah yang wajar untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan
pertanian terhadap alam sekitar . [4]
Langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan
kesan-kesan negatif pembangunan pertanian terhadap alam sekitar :-
i.
Langkah-langkah perundangan/pengawalan dan pengurusan
yang cekap.antaranya ialah: Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak
pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti
Akta Jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran
terbuka khususnya di tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh
diambil seperti denda / kompaun kepada mana-mana individu atau saman / menarik
balik lesen perniagaan /disita kepada
mana-mana syarikat atau agensi yang didapati bersalah.
ii. Selain
itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang-bakar ditukar
kepada tebang-reput untuk menghasilkan Baja Organik di samping dapat memelihara
alam sekitar.
iii. Mengamalkan
kaedah pertanian campur, tanaman
bergilir dan tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini
amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu
direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi
perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain.
iv. Amalan
pertanian berteres / mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan
sistem perparitan / kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng
bukit yang beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron
yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur
boleh mengurangkan pergerakan hakisan larian air permukaan manakala sistem
perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak
melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan
permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil).
No comments:
Post a Comment