Bahan-bahan yang diangkut oleh Sungai |
PENGANGKUTAN
SUNGAI
Konsep pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada proses pergerakan bahan-bahan atau
pemindahan beban yang sedang atau yang
telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai
seperti air mengalir , dan glasier.
Kata Kunci
-
proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan
beban
-
beban
yang sedang atau telah terhakis
-
mengikut
aliran sungai
-
oleh
agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier
CARA
PENGANGKUTAN
Cara apungan
-
bahan diangkut oleh aliran
sungai di atas permukaan air.
-
melibatkan bahan-bahan yang
ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang mempunyai daya
apungan yang tinggi.
Cara ampaian
-
bahan-bahan diangkut oleh
aliran sungai hampir dengan permukaan.
-
melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
-
bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran
permukaan air.
Cara golekan
-
melibatkan pergerakan bahan
/ batuan secara bergolek di dasar sungai.
-
bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya
berat dan berbentuk bulat.
Cara
loncatan/lompatan
-
melibatkan pergerakan bahan
seperti serpihan batuan yang bentuknya bersegi-segi atau bujur.
-
batuan ini bergerak secara
melompat-lompat di bahagian dasar sungai.
Cara larutan
-
batuan yang mudah larut
seperti batu kapur, dolomit akan dilarutkan oleh air sungai.
-
bukti adanya proses larutan
berdasarkan perubahan warna, rasa dan bau air sungai.
Cara
seretan
-
berlaku
kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
-
proses
ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
Tenaga
-
berkait
rapat dengan halaju dan isipadu air sungai.
- semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa
banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah.
-
aliran air sungai yang deras mempunyai tenaga
kinetik yang tinggi.
-
dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran air
sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.
Cerun
-
pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan
mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini semua bahan yang dihakis
akan diangkut secara maksimum.
-
pada peringkat tengah, cerun sungai agak
landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan
pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan
sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.
-
manakala pada peringkat hilir, cerun sungai
landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai mulai memendapkan bahan
yang diangkutnya.
Kekasaran alur
-
merujuk kepada licin atau kasar (
berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai.
-
sekiranya alur sungai licin, bahan-bahan
diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara golekan dan seretan.
-
alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan
bahan yang diangkut akan tersekat dan melompat- lompat di dasar sungai
tersebut.
Halangan
-
sungai yang lurus dan tanpa
halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-
sungai yang pada alurnya
terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan
berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu
memendapkannya.
Bentuk alur
-
alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air
sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan
keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-
alur sungai yang berliku menyebabkan aliran
air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan
dimendapkan.
Saiz bahan
-
bahan yang bersaiz besar dan berat seperti
batu tongkol diangkut secara perlahan
melalui cara golekan atau seretan.
-
bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan
seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.
Jenis bahan
-
bahan yang
mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian
akan diangkut
oleh aliran air sungai dengan cara apungan.
-
bahan
yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.
Bentuk bahan
-
bahan yang berbentuk bulat atau hamper bulat
akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.
-
bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat
di
dasar sungai.
BENTUK MUKA
BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )
-
Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan
sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).
-
Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan
proses pengangkutan ( proses yang
dominan ).
-
Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana
berbanding peringkat hulu.
-
Kesannya
aliran air kurang deras berbanding di hulu. (
tenaga kinetiknya mulai hilang )
-
Isipadu
sungai semakin bertambah kerana percantungan beberapa cawangan sungai
mengalakkan proses pengangkutan sungai.
Bentuk Muka Bumi Peringkat Dewasa |
PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep
pemendapan
Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang
diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh
aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut .
Kata Kunci
-
proses pemendapan
bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
-
di bahagian tebing , dasar
atau hilir sungai
-
oleh aliran air sungai itu sendiri
- akibat daripada hilangnya tenaga
pengangkutan aliran air sungai tersebut
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN
Isi padu air/ halaju air sungai
-
Isi padu atau kuantiti air
sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan pemendapan bahan.
-
Semasa isipadu air sungai
tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang
melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir,
lumpur dan sebagainya ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan
dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir surut.
-
Isipadu sungai yang tinggi
juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju mempunyai
keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir
sungai. Bahan yang banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir
atau muara sungai.
-
Walaupun begitu, isipadu
air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan ini
mengurangkan proses pemendapan.
Kecerunan
-
Kecerunan dasar sungai
mempengaruhi halaju air sungai.
-
Cerun dasar sungai yang
curam di kawasan hulu sungai menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh itu,
proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan
pengangkutan bahan secara besar-besaran di kawasan ini.
-
Cerun yang landai di
kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air
sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
dimendapkan di kawasan ini.
Muatan sungai
-
Muatan sungai merujuk
kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur,
pasir, kelikir dan sebagainya .
-
Bahan-bahan tersebut
berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai,
hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di
bahagian hulu sungai.
-
Sungai yang banyak muatan
bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan sungai yang
tidak mempunyai bahan yang dibawa.
Bentuk alur
-
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air
sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan
keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-
Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran
air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan
dimendapkan.
Jenis batuan
-
sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai
terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan , maka
kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.
-
hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing
sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak yang diangkut oleh aliran
sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat.
Halangan
-
sungai yang lurus dan tanpa
halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-
sungai yang pada alurnya
terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan
berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu
memendapkannya.
BENTUK MUKA BUMI
PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )
Dataran banjir
-
banjir yang melimpahi
tebing sungai akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur,
kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.
-
kejadian banjir yang
berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu
dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.
-
satu contoh dataran banjir
yang terkenal di Malaysia
ialah Dataran Kedah – Perlis.
Tasik ladam
-
pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga
peringkat.
-
Peringkat 1 -
Hakisan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala
pemendapan berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan
pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi
semakin rapat.
-
Peringkat 2 - Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir
terus.
-
Peringkat 3 - Pemendapan yang berterusan membentuk likuan
sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang
terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi
sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam.
Pembentukan Tasik Ladam |
Tetambak
-
merujuk kepada permatang
rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
-
terbentuk apabila banjir
yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.
-
timbunan bahan ini dibentuk
secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.
-
contoh tetambak ialah di
tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.
Pulau
-
terbentuk di bahagian hilir sungai.
-
bahan-bahan yang dibawa
oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
-
pemendapan bahan berlaku
secara berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai jenis
tumbuhan.
-
Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh
Pulau Duyung di Terengganu.
Beting Pasir
-
merujuk kepada timbunan
pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan tebing
sungai.
-
beting pasir terbentuk
apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula pasir
tersebut.
Delta
-
merujuk kepada satu dataran mendap yang luas
dan rata.
-
terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh
aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara sungai.
-
sebahagian besar bahan yang membentuk delta
ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan lain-lain.
-
contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.
Pembentukan Tasik Ladam di Peringkat Hilir |
KEPENTINGAN BENTUK
BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA
Bentuk muka bumi ( hakisan )
|
kepentingan
|
Air terjun
|
Pelancongan
|
Jeram
|
Pelancongan
|
Lubuk
|
Perikanan
|
Gaung/ lurah
|
Pelancongan
|
Bentuk muka bumi ( pemendapan )
|
Kepentingan
|
Dataran banjir
|
Pertanian, perhubungan, akuakultur
|
Delta
|
Pertanian, perhubungan, akuakultur
|
Tasik ladam
|
Perikanan, rekreasi, akuakultur
|
Tetambak
|
Perhubungan, petempatan
|
Pulau
|
Rekreasi / pelancongan , pertanian
|
Beting pasir
|
Perlombongan, rekreasi.
|
No comments:
Post a Comment