Soalan 6
- Jelaskan dua punca utama yang menyebabkan
bertambahnya pencemaran sumber air di negara-negara membangun. [4]
Sebuah negara yang dikaji ialah malaysia. Di antara
punca-punca utama yang menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran sumber-sumber
air sama ada di dalam sungai, tasik, kolam, air hujan dan lain-lain.
i.
Punca perindustrian. Meningkatnya kadar pembuangan
pelbagai jenis bahan sisa perindustrian atau lebih dikenali sebagai sisa-sisa toksid
seperti mineral terlarut, otoran minyak, bahan-bahan organik, bahan-bahan
kimia, hampas dan lain-lain ke dalam sungai, tasik, kolam dan akhirnya ke laut
(termasuk pembuangan bahan sisa radioaktif). Enfluen dan perindustrian ini
bukan sahaja menyebabkan sumber air berbau busuk tetapi juga meningkatkan
kandungan BOD dalam air yang boleh mencerminkan kualiti air tidak lagi bersih,
teroksida (beracun), mengandungi berbagai jenis bakteria yang merbahaya seperti
e-coli dan coliform yang boleh memusnahkan hidupan akuatik. contoh kes seperti Sungai Gombak, Sungai Klang,
Sungai Juru, Sungai Prai dan sebagainya.
ii.
Punca domestik. Meningkatnya kadar pembuangan sisa-sisa domestik
dari perumahan seperti sampah sarap oleh penduduk dan juga sisa kumbahan
terutamanya setinggan yang tinggal di tepi sungai. Sistem pembuangan sampah dan
saliran najis yang tidak terurus telah menjadikan sungai sebagai mangsa yang
paling mudah sebagai tempat buangan.aliran sungai akan tersekat, kotor dan berbau
busuk.
iii.
Punca tumpahan minyak. Meningkatnya kejadian tumpahan minyak
dan pada pembuangan bahan-bahan berminyak di kawasan laut, teluk, muara sungai
dan di sekitar pelabuhan termasuk perlanggaran dan pembuangan oleh kapal-kapal
tangki. Tompokan minyak akan menutupi permukaan laut menerusi proses pembauran.
Kualiti air laut akan tercemar dengan ketulan-ketulan minyak mentah dan seterusnya
memberikan impak negatif kepada ekosistem laut dan hidupan maritimnya. Banyak kes
tumpahan minyak di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.
iv.
Punca pertanian. Meningkatnya penggunaan bahan-bahan
kimia (baja dan racun serangga) dalam bidang pertanian. Bahan-bahan ini akan sebati dengan air hujan
dan dilarut-resapkan ke dalam tanah, mencemarkan sumber air tanah seterusnya ke
sungai serta tasik.
v.
Sektor ternakan seperti pembuangan najis khinzir juga
menjadi punca utama pencemaran sungai. Sungai bukan sahaja berbau busuk dan sukar
untuk mengalir (dianggap sebagai sungai mati). Contoh; Sungai Sepang di
Selangor dan Sungai Nipah, Bukit Pelanduk Negeri Sembilan.
vi.
Punca pembangunan tanah. Meningkatnya aktiviti
penyahutanan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pertanian ladang, kawasan perindustrian,
perumahan, jaringan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang, padang golf dan
sebagainya. Aktiviti ini akan mencemarkan sungai-sungai yang
berhampiran.penyahhutanan akan menyebabkan pelbagai proses geomorfologi seperti
hakisan dan tanah runtuh. Larian air permukaan akan membawa lumpur, kelodak,
selut, bahan-bahan ampaian serta bahan enapan lain memasuki sistem sungai yang
menyebabkan air sungai berubah warna,keruh dan berlumpur selain proses mendapan
yang akan mencetekkan dasar sungai.
b.
Huraikan dua
langkah yang perlu diambil untuk menjamin sumber air dalam negara tersebut
bersih dan berterusan. [4]
Bagi menjamin sumber-sumber air di Malaysia sentiasa
bersih dan Berterusan, maka beberapa langkah patut diambil. Antaranya ialah :
i.
Penguatkuasaan
undang-undang. Pengawasan yang teliti, pemantauan (kawal selia) dan tindakan
yang tegas termasuk denda, penjara, menarik balik lesen operasi kepada semua
pihak yang terlibat mencemarkan sumber-sumber air sama ada ke atas kilang,
penternak, pemilik-pemilik kapal dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
sebagai Sebuah badan kerajaan diberi kuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan
undang-undang seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta kualiti alam
sekitar 1974.
ii.
Mempertingkatkan
r&d untuk merawat air yang telah tercemar khususnya daripada perkumuhan
kilang. Hal ini termasuk juga teknologi kitar semua air, memproses air misalnya
memproses air laut yang mengandungi garam menjadi air tawar yang akhirnya boleh
diguna atau mengubah teknologi perindustrian yang tidak mencemarkan air.
Kajian, penyelidikan dan pengawasan kualiti air sungai dan laut/pesisir pantai
hendaklah dilakukan dari masa ke semasa.
Mengawal aktiviti penyahhutanan terutamanya yang berdekatan dengan
kawasan tadahn air. Hutan-hutan di sekitar 10 km persegi dari kawasan tadahan hendaklah
dikekalkan. Hutan semulajadi bukan sahaja boleh bertindak sebagai kawasan
tadahan untuk memastikan keberterusan sumber air, ia juga boleh bertindak
sebagai penapis semulajadi (filter) yang paling berkesan untuk menjamin sumber
air sentiasa bersih dan selamat. Justeru kawasan hutan simpan hendaklah
dikekalkan daripada sebarang bentuk pembangunan tanah.
iii.
Kempen
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga
sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen-kempen boleh dilakukan menerusi
media massa, media cetak atau menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan
masyarakat sekitar untuk menghayati kepentingan air. Contohnya kempen “cintai
sungai kita”. “hargai air” dan lain-lain
yang berkaitan.
iv. Mempertingkatkan kerjasama serantau bagi
mengawal pencemaran laut terutamanya di perairan selat melaka. Sebagai rakan
Asean, Malaysia, Indonesia, Singapura boleh bekerjasama dalam pelbagai aspek
seperti rondaan dan pemantauan, berkongsi kos pemuliharaan perairan,
perkongsian teknologi dan maklumat serta penyelarasan undang-undang dan
peraturan laut agar aktiviti pencemaran laut khususnya oleh kapak-kapal tangki
boleh dibendung.
No comments:
Post a Comment