Soalan 4.
a. Bagaimanakah fenomena penyahutanan berlaku di
Malaysia? [3]
Fenomena penyahutanan bererti pemusnahan sumber-sumber hutan
yang berlaku secara besar-besaran. Di negara-negara Asia tenggara, fenomena
kemusnahan dan kepupusan ini berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:
i.
Pembukaan tanah baru yang melibatkan kawasan hutan untuk
pelbagai pembinaan kawasan industri, jaringan pengangkutan seperti lebuh raya
dan sebagainya. Kawasan dan sumber hutan akan dimusnahkan secara besar-besaran
demi mengejar pembangunan atau untuk menampung pertumbuhan penduduk yang begitu
pesat.
ii. Melalui
aktivit pembalakan yang tidak terkawal seperti pembalakan haram atau kegiatan
pembalakan yang terlalu lama di satu-satu tempat. Aktiviti pembalakan tanpa
kawalan akan menyebabkan segala spesies kayu yang berharga terutama sekali kayu
keras tropika akan diambil tanpa mempedulikan usaha-usaha baik-pulihnya.
iii. Amalan
pertanian pindah. Melalui aktiviti hutan-hutan primer akan ditebang-bakar oleh
puak-puak asli di kawasan pendalaman bagi menjalankan kegiatan pertanian
mereka. Apabila sesuatu kawasan sudah tidak menjadi subur lagi ia akan ditinggalkan
dan kawasan hutan yang baru pula akan dimusnahkan untuk dijadikan tapak
pertanian. Proses yang sama dalam jangka masa yang terlalu lama akhirnya
menyahkan hutan tersebut.
iv. Melalui
projek hidroelektrik. Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan dua cara,
iaitu pertama penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan
kedua penenggelaman hutan bagi tujuan menakung air. Penenggelaman hutan lebih
besar kemusnahannya melibatkan satu kawasan tadahan air dan sumber-sumbernya
akan dilenyapkan terus.
v. Kemusnahan
semula jadi. Seperti kebakaran hutan besar-besaran yang berlaku secara semula
jadi akibat cuaca panas El-Nino sepeti mana yang terjadi di sumatera dan
kalimantan-Indonesia pada tahun 1997. Hutan juga boleh musnah akibat letusan
gunung berapi atau ancaman perosak dan penyakit hutan.
b. Jelaskan dua kepentingan usaha-usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan di negara-negara tersebut.
Pemeliharaan hutan melibatkan aktiviti penjagaan dan pengawalan
hutan daripada diteroka/dimusnahkan manakala pemuliharaan pula melibatkan
aktiviti membaik-pulih sumber hutan yang sudah diteroka/ dimusnahkan. Antara
sebab-sebab Hutan perlu dipelihara dan dipulihara.
i.
Untuk mengekalkan/mengawal kawasan tadahan air. Hutan menadah
dan menyimpan air hujan melalui fungsi cegatan silara oleh kanopinya dan juga
proses susupan. Oleh itu, simpanan air dalam tanah di kawasan hutan adalah
tinggi. Air bawah tanah ini menyumbang/membekalkan air kepada sistem sungai
agar sentiasa ada dan berterusan yang seterusnya menjamin kitar hidrologi
sesuatu tempat tidak terganggu.
ii. Untuk
mengawal kadar hakisan tanih, tanah runtuh dan banjir lumpur. Hutan bertindak
sebagai pelindung semula jadi tanah yang terbaik. Kanopinya yang berlapis-lapis
serta cengkaman akarnya boleh mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan
seterusnya menjamin kestabilan cerun.
iii. Pengekalkan
ekosistem semula jadi dan menjamin kepelbagaian Biologi/kepelbagaian spesis
daripada diancam kepupusan. Pengekalan alam semula jadi membolehkan pula
pembangunan ‘eko-pelancongan’ dapat dilaksanakan yang berupaya menambahkan
pendapatan negara-negara asia tenggara.enjamin bekalan kayu balak yang berharga
pada masa depan.
iv. Sumber
hutan dikawal dan dipulihara maka sumber kayu yang berharga seperti meranti,
cengal, seraya, keruing, jati dan sebagainya sentiasa ada,terjamin bekalannya
dan berterusan. Hal ini akan dapat membantu mengekalkan pendapatan eksport
negara-negara asia tenggara.
v. Menjamin
industri-industri yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan boleh
beroperasi pengilangan papan dan papan lapis, pembuatan perabot dan iks-iks
yang berkaitan. Dengan itu, peluang pekerjaan masih terbuka sekali gus pengangguran
dalam sesebuah negara dapat dielakkan. Jika sumber hutan tidak dikawal dan
dipulihara maka industri yang bergantung kepadanya akan ditutup, pengangguran
akan berlaku.
vi. Menjamin
masyarakat orang asli meneruskan kehidupannya. Hutan sebagai persekitaran,
habitat, sumber makanan bagi puak-puak asli yang masih ramai di negara-negara Asia
tenggara. Masyarakat ini amat bergantung kepada sumber hutan. Jika dimusnahkan, ’survival’ mereka akan
terputus. Selain Itu, hutan juga bertindak sebagai medan untuk menjalankan penyelidikan
khususnya yang berkaitan dengan perubatan dan herba.
No comments:
Post a Comment