PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 1.

a.                 Apakah yang dimaksudkan dengan “konsep pembangunan Lestari”?   [3]

Pembangunan yang berteraskan kepada prinsip ‘pembangunan Berterusan’. Pembangunan secara berterusan tanpa tempoh masa yang tertentu dan nikmat pembangunan itu bukan untuk satu-satu generasi sahaja tetapi boleh dirasai dan berterusan sampai ke generasi-generasi akan datang. Dalam konteks alam sekitar, Pembangunan lestari bermakna membangun tanpa mengorbankan alam sekitar. Untuk mencapai nikmat pembangunan yang berterusan maka pembangunan ekonomi mestilah diadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar ia tidak merosot, sentiasa bernilai untuk semua generasi.
Pemeliharaan membawa maksud menjaga/melindungi sumber-sumber alam sekitar manakala pemuliharaan bermakna membaikpulih atau menggantikan sumber-sumber yang sudah rosak / pupus. Contoh pembangunan lestari pembangunan bandar:  ‘bandar dalam taman’, pembalakan dengan penghutanan semula dan perindustrian dengan kitar semula.



b.      Jelaskan dua kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. [4]

Kesan-kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari.
i.  Pencemaran udara. Industri memproses membebaskan asap, hidrokarbon, gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan lain-lain pencemar yang boleh meningkatkan indeks IPU serta menggalakkan fenomena jerebu. Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah, kilang papan, kilang padi dan lain-lain.
ii.  Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau yang boleh meningkatkan indeks suhu sekitar. Pemanasan global atau pulau haba bandar melalui pembebasan CFC. karbon dioksida, karbon monoksida sulfur dan lain-lain daripada industri kimia, Pembuatan elektrik dan elektronik dan sebagainya tanpa kawalan.

iii. Fenomena hujan asid di mana Industri petrokimia, industri baja kimia dan lain-lain yang membebaskan sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dan lain sebagainya bertindak sebagai  nukleus kondensasi menarik wap-wap air membentuk manik-manik hujan asid, melunturkan warna bangunan, merosakkan liang stoma daun serta tisu badan.

iv. Pencemaran air khususnya sungai dan laut yang menjadi tempat perlepasan exfluen  hasil-hasil industri. Sisa-sisa toksid ini memusnahkan ekosistem akuatik. Di Malaysia  seperti kes Sungai Gombak, Sungai Klang dan juga Sungai Langat.

v.  Penyahhutanan untuk pembinaan industri akan memusnahkan biodiversiti, kualiti dan  kuantiti air, ekosistem hutan, menggalakkan hakisan, banjir dan sebagainya.


c.   Bincangkan bagaimana konsep pembangunan lestari boleh diterapkan dalam 
     sektor perhutanan di malaysia.  [3]

Langkah adalah seperti berikut:-
i.     Mewartakan hutan simpan (Hutan Perlindungan, hutan lipur dan hutan berhasil) dan Perlaksanaan akta perhutanan negara 1984. denda, hukuman penjara dan menarik balik lesen/konsesi balak.
ii.   Melaksanakan kaedah penebangan hutan secara sistematik seperti sistem sebaya  malaya (MUS) dan juga Sistem Pengurusan Tebangan  Memilih (SMS).
iii.  Melaksanakan sivilkultur atau projek perladangan hutan secara kompensatori (CFPP) dengan menanam spesis kayu yang cepat berhasil seperti acacia mangium, yamane, batai, sentang dan exotic.
iv.  Mengembangkan bidang R&D yang berkaitan dengan perhutanan seperti pengurusan hutan, biak balik, kepelbagaian spesis, perawatan perosak dan penyakit hutan, latihan perhutanan dan lain-lain yang berkaitan.
v.  Mengitar semula bahan buangan seperti kertas bagi tujuan menjimatkan pergantungan kepada bahan-bahan yang berasaskan sumber hutan atau beralih kepada sumber-sumber pengganti seperti barangan plastik, getah, simen, fiber, asbestos dan lain-lain agar permintaan kepada hasil hutan dapat dikurangkan.

vi.   Melaksanakan kempen-kempen kesedaran dan kefahaman kepada Masyarakat umum tentang peri pentingnya khazanah hutan. Dipelihara serta dipulihara melalui sumber media, Agensi  Pembangunan Setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...