Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum
Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan
yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal,
ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah
Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan
Tanah Pamah Dipterokarp yang meliputi keluasan sebanyak 60%.
Tanah Tinggi Di Malaysia Timur |
Profail
hutannya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan
yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan
dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan
alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan
tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi
negara kita
Keratan Rentas Hutan Tanah Tinggi |
Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan
penting kepada manusia, negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya
meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah
yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik.
Diantara
kepentingan hutan dan peranannya ialah:
b. menjadi habitat kepada flora dan fauna
c. merupakan kawasan tadahan air
d. menjadikan kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. menjadi sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f. merupakan warisan dan kebudayaan untuk generasi masa depan.
Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
No comments:
Post a Comment