PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, June 2, 2013

PERANAN HUTAN TANAH TINGGI



Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum


Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp yang meliputi keluasan sebanyak 60%.
 
Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia



Tanah Tinggi Di Malaysia Timur

Profail hutannya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita
Keratan Rentas Hutan Tanah Tinggi


Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya.  Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. 

Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:

a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara.
b. menjadi habitat kepada flora dan fauna
c. merupakan kawasan tadahan air
d. menjadikan kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. menjadi sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f.  merupakan warisan dan kebudayaan untuk generasi masa depan.



Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

No comments:

Post a Comment