KULIAH
3: CUACA DAN IKLIM: TABURAN SUHU SECARA MENEGAK DAN MENDATAR
A. TABURAN SUHU
SECARA MENEGAK
Konsep
kawasan ( tanah tinggi ).
Penerangan konsep
- Taburan suhu secara menegak ini ditentukan
oleh proses pemindahan haba oleh
pergerakan udara secara menegak.
- Daripada segi tenaga , perubahan suhu menega berlaku melalui pengeluaran haba
pendam akibat proses pemeluwapan.
- Umumnya
semakin tinggi sesuatu kawasan, suhu udara semakin rendah.Walaupun
begitu,
kejatuhan suhu ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain
dan antara musim.
- Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap
kenaikan 100 meter suhu jatu sebanyak
0.65 C . Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal.
- Lapisan
udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan mempuyai banyak
bahan-bahan yang menyerap
bahangan. Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti
wap-wap air, habuk. debu,
gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat
dengan banyaknya
berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan
bahangan tersebut secara
beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran
permukaan bumi.
- Manakala
lapisan atas atmosfera udaranya lebih
nipis, kering dan bersih. Oleh
penyerapan dan pembebasan bahangan kurang
berlaku. Kesannya lapisan atmosfera
bahagian atas lebih sejuk.
Fenomena olak suhu
Konsep olak suhu
-
Merujuk
kepada keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah berhampiran
permukaan
bumi berbanding bahagian atasnya.
Penerangan konsep
- Olak suhu
merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk
daripada
lapisan atasnya.
- Olak suhu
biasanya berlaku pada waktu malam di mana pengeluaran bahangan
bumi yang pesat
menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada
bahagian atasnya.
- Udara
berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu
menyebabkan
udara tersebut turut menjadi sejuk.
- Kesannya
udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada udara
di
bahagian atasnya.
- Di
kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengali ke dasar lurah-lurah.
Faktor-faktor pembentukan olak suhu
o Waktu malam yang panjang,
contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
o Langit yang cerah tanpa awan
untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas.
o Malam yang tenang tanpa
pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat
pencampuran udara panas dan
sejuk.
o
Udara
yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap
wap-wap
air di udara.
o
Permukaan
bumi yang bersalji. Salji ini dapat membalikkan sinaran matahari pada
waktu
siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah.
B. TABURAN SUHU SECARA MENDATAR.
Konsep taburan suhu secara
mendatar
Taburan suhu secara mendatar merujuk kepada perubahan suhu antara satu
tempat dengan
satu tempat yang lain mengikut garis lintang ( latitud )
Kata kunci
-
perubahan
suhu
-
antara satu tempat dengan tempat yang lain
-
mengikut garis lintang ( latitud )
Penerangan konsep
iaitu antara 1- 2º .
-
Bezantara suhu tahunan semakin besar bermula dari
Khatulistiwa ke arah kawasan
berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ).
- Bezantara suhu tahunan besar di kawasan artik,
antartika dan kawasan-kawasan
Faktor –faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar
1. Latitud
-
Suhu
semakin berkurangan bermula dari latitue Khatulistiwa ( 0 º ) ke arah
kedua-dua kutub.
-
Sebab-sebab
perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-
i. Bahangan
matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan
khatulistiwa
lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa
terdedah
secara tegak ( 90 º ) kepada sinaran matahari. Oleh itu, keamatan
tenaga matahari yang diterima oleh
kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi.
Kesannya suhu permukaan kawasan
Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.
ii. Kawasan
latitud tinggi ( kedua-dua kutub ) ,
sudut pancaran matahari lebih jauh
dan condong.
Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah.
Oleh itu, suhu
permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah.
2. Pengaruh kebenuan dan lautan
- Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan
pada waktu siang. Oleh itu,
kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas
berbanding dengan kawasan
berhampiran dengan laut pada waktu siang.
- Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya
dan keadaan ini
menyebabkan kawasan pinggir laut menjadi lebih panas pada waktu malam
berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.
3. Pengaruh
badan-badan air yang besar
- Tasik-tasik
yang besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang
terletak lebih kurang
satu kilometer darinya .
- Badan-badan
air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada
musim panas dan
menambahkan suhu sekitarnya pada musim
sejuk.
- Contohnya
kawasan Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara.
3. Pengaruh arus lautan
- Arus
lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim
panas
kawasan-kawasan yang dilaluinya.
- Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat
memindahkan haba dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
- Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke
arah kutub dapat memanaskan
udara di kawasan kutub dan sebaliknya.
- Contoh Hanyutan Atlantik Utara ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan
latitud
rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan
pinggir
pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk
Labrador
yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu
udara di kawasan Khatulistiwa.
4. Pengaruh angin
lazim
- Angin
yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang
dilaluinya.
Contoh Angin Baratan ( angin
lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat
Eropah telah meningkatkan suhu
kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut.
Manakala pantai timurnya lebih
sejuk kerana menerima angin sejuk dari
kawasan
pedalaman benua tersebut.
- Angin
Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan
suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran
tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.
5. Pengaruh banjaran gunung
- Banjaran gunung (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan
amat berkesan
mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
- Di
hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak
bahang
matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera
utara
cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap
utara ( kutub utara ).
- Di
hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang
matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan
cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap
selatan
( Antartika ).
6. Pengaruh tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan
semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu
kawasan.
- Kawasan
yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya
lebih
rendah berbanding kawasan lapang.
- Tumbuhan
dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan
melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
- Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan
manik-manik air yang
dapat menyederhanakan suhu persekitaran.
- Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang
tersendiri, contohnya rumput mempunyai
nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya
sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan
ke ruang angkasa dan sekaligus
mengurangkan suhu kawasan tersebut.
7. Faktor albedo
-
Atmosfera
dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
-
Salji
membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian
bahangan matahari
yang diterima pada waktu siang.
-
Perlindungan
awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji
akan mengurangkan
suhu pada waktu siang.
- Kawasan
gurun panas yang tidak berawan menerima banyak
sinaran matahari
secara terus
menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut
tinggi pada waktu
siang.
No comments:
Post a Comment