a)
Tekanan Udara
Merujuk kepada daya yang terdapat
pada sesuatu turus udara terhadap kawasan di bawahnya. Tekanan ini berubah mengikut
ketinggian. Biasanya tekanan udara akan berkurangan apabila semakin jauh ke
troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira setengah
daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki.
Tekanan udara sedunia adalah tidak
sama antara satu tempat dengan tempat yang lain
dan juga antara satu masa dengan
masa yang lain. Ini kerana taburan
tenaga dan lembapan global adalah tidak sama. Terdapat satu
perkaitan antara taburan tenaga dengan
taburan tekanan. Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan bertekanan udara
rendah manakala kawasan yang kekurangan tenaga merupakan kawasan bertekanan
udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu
taburan daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud (garis lintang).
Dalam konteks edaran umum atmosfera,
sebahagian besar tenaga haba yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam
bentuk haba rasa dan selebihnya dalam bentuk haba pendam yang bergerak dalam
bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses sejatan. Akibat putaran bumi
yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi lebih kompleks.
Ini kerana arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan
dipengaruhi oleh daya korolis tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi
terbias.
b)
Jenis-jenis Angin
Angin Dunia/Global/Monsun/ Wilayah
Edaran
Angin Secara Global
Ø
Punca edaran angin global adalah perbezaan tenaga haba
yang diterima di bumi. Keadaan ini menwujudkan perbezaan tekanan udara. Maka
berlakulah pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan
rendah sama ada secara melintang maupun menegak.
Ø
Umunnya, kawasan G.L. Rendah menerima haba suria yang
tinggi mewujudkan tekanan rendah, manakala di G.L. Tinggi menerima haba suria
yang sedikit mewujudkan tekanan tinggi. Kawasan yang mengalami tekanan rendah
akan belaku sejatan udara secara menegak dan keadaan vacuum ini akan diisikan
oleh udara dari kawasan tekanan tinggi melalui pergerakan melintang
Ø
Haba yang
banyak diterima di kawasan G.L. Rendah
dipindahkan secara haba rasa
melalui pergerakan arus lautan panas ke kawasan G.L. Tinggi dan yang selebihnya
akan berpindah melalui sejatan secara haba
pendam dan akan turun kembali sebagai kerpasan melalui proses perluwapan
(pembezaan haba pendam).
Ø
Sebenarnya tidak mudah untuk menyatakan pergerakan
angin. Ianya lebih kompleks dari yang dijangkakan dengan adanya daya koroilis ( pemesongan pergerakan angin
akibat putaran bumi pada paksinya ) dan juga pengaruh tempatan seperti
halangan dan sebagainya.
Ø
Kawasan tekanan rendah dunia sepanjang tahun (
khatulistiwa ) dikenali sebagai doldrum. Daerah tekanan rendah
dipanggil lekukan / siklon manakala
daerah tekanan tinggi dipanggil antisiklon.
Ø
Daerah tekanan tinggi dunia adalah kutub utara dan
kutub selatan, serta kawasan di latitud 30O Utara dan Selatan.
Ø
Daerah tekanan rendah dunia adalah di sekitar garisan
khatulistiwa dan kawasan latitud 60O Utara dan Selatan.
Ø
Daya koroilis menyebabkan angin terbias mengikut Hukum
Ferrel ( semua bendalir akan terbias apabila bergerak mendatar ), di
hemisfera utara angin dibias ke kanan manakala di hemisfera selatan
angin terbias ke kiri.
Ø
Angin dunia terbahagi kepada dua jenis yang utama
mengikut punca arahnya iaitu timua atau barat.
o
Angin timuran ( bertiup daripada arah timur benua ).
o
Angin
baratan ( bertiup daripada arah barat benua )
ANGIN
MONSUN
Ø
Merupakan sistem angin yang mempunyai pertukaran haluan
di antara musim sejuk dan musim panas.
Ø
Pertukaran angin disebabkan oleh pemanasan dan
penyejukan benua pada musim panas dan pada musim sejuk yang seterusnya
menghasilkan pertukaran corak taburan tekanan udara di kawasan ini.
Ø
Pada musim panas di Hemisfera Utara satu kawasan
tekanan rendah terbentuk di barat laut benua India, manakala di Hemisfera
Selatan terbentuk tekanan tinggi hampir tropika dan terhasil satu kecerunan
tekanan yang menyeberang khatulistiwa hingga ke barat laut India.
Ø
Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, keadaan yang amat
sejuk terjadi ti tengah Asia akibat pembentukan tekanan udara tinggi yang
hebat, manakala di Hemisfera Selatan pula terdapat tekanan udara rendah
menyebabkan angin sejuk dan kering bertiup keluar dari barat laut mempunyai
tekanan udara rendah dan terbias oleh daya koriolis.
Konsep
Angin Monsun
Istilah Monsun berasal daripada perkataan arab yang
bermaksud musim . Angin monsun merujuk kepada perubahan tiupan angin lazim yang
berlaku dua kali setahun di kawasan benua dan lautan yang berhampiran kawasan
tropika lembab. Secara umumnya monsun digunakan bagi sistem angin yang
mengalami perubahan yang jelas dari segi musim.
Kawasan yang mengalami angin monsun amat luas dan kebanyakannya terdapat
di kawasan tropika lembab.
Jenis-jenis
angin monsun di Malaysia
1. Angin
Monsun Timur Laut
ANGIN MONSUN TIMUR LAUT |
2. Angin
Monsun Barat Daya
ANGIN MONSUN BARAT DAYA |
Angin monsun barat daya bertiup semasa hemisfera utara
mengalami musim panas iaitu dari Mei hingga September. Pada masa ini kawasan
pedalaman Asia akan wujud sel- sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan
suhunya yang tinggi. Sebaliknya pada masa yang sama di benua Australia dan
lautan sekitar akan wujud sel-sel sel
tekanan udara tinggi akibat daripada keadaan suhunya yang rendah. Abibat
perbezaan tekanan antara kedua-dua tempat ini akan menyebabkan wujudnya satu
cerun tekanan antara kedua-dua tempat tersebut. Kumpulan udara sejuk dari benua
Australian dan lautan sekitarnya akan bergerak keluar menuju kawasan sel
tekanan udara rendah pedalaman Asia. Kumpulan angin ini pada asalnya merupakan
sistem angi monsun tenggara kerana dibias kekiri oleh daya koriolis. Sebaik
sahaja angin tersebut merentasi khatulistiwa kumpulan angin ini akan terbias ke
kanan oleh daya koriolis yang sama di hemisfera utara. Angin ini dikenali sebagai monsun barat daya.
Angin ini agak kurang membawa hujan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia kerana
tiupannya dihalang oleh banjaran gunung di Pulau Sumatera.
PENGARUH ANGIN MONSUN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA DI
ASIA
Pertanian
Angin
monsun membawa hujan yang berbeza mengikut musim. Semasa Monsun timur laut (
November- Mac ) kawasan-kawasan di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan menerima
hujan yang lebat. Hujan yang lebat akan membekalkan air yang banyak
untuk tanaman padi contohnya di Delta Kelantan.
Semasa Monsun barat daya ( Mei – Sept ) Pantai Barat Semenajung Malaysia
menerima hujan yang agak lebat. Oleh itu kegiatan penanaman padi di Pantai
Barat Semenanjung dapat dijalankan dengan giat. Pada masa yang sama Pantai
TimurSemenanjung kurang menerima hujan, tanaman yang kurang memerlukan air
seperti tembakau ditanam.
Perikanan
Angin
monsun timur laut ( Nov- Mac ) bukan sahaja membawa hujan yang lebat ke Pantai
Timur Semenanjung Malaysia malah membawa bersamanya angin yang kencang. Angin
yang kencang ini boleh menyebabkan laut bergelora dan berbahaya kepada bot-bot
nelayan yang kecil. Semasa tiupan angin monsun timur laut, kegiatan perikanan
di Pantai Timur Semenanjung Tergendala dan menjejaskan tangkapan nelayan. Walau
pun begitu semasa monsun barat daya keadaan laut di pantai Timur Senanjung agak
tenang. Pada masa ini nelayan akan turun ke laut dan ini akan menambahkan hasil
tangkapan nelayan. Di Pantai Barat Semenanjung kegiatan perikanan dapat
dijalankan sepanjang tahun kerana tiupan angin monsun barat daya tidak kencang
kerana dihalang oleh banjaran gunung di Kepulauan Sumatera.
Pembalakan
Kegiatan
pembalakan akan dijalankan semasa musim kering kerana semasa musim hujan
jalan-jalan menjadi licin dan berbahaya.
Kegiatan pembalakan di Thailand dan Myanmar ( di bahagian utara )
dilakukan semasa tiupan angin monsun timur laut kerana angin monsun timur laut
yang berasal daripada pedalaman Asia kurang membawa hujan ke kawasan
tersebut. Ketika hujan lebat semasa
monsun barat daya kegitan pembalakan dihentikan buat sementara.
Pelancongan/
Rekreasi
Kegiatan
Pelancongan khususnya pelancongan pinggir pantai di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia akan terjejas semasa musim monsun timur laut ( Nov- Mac ).
Angin yang kencang dan diikuti dengan laut yang bergelora berbahaya kepada kegiatan air di kawasan pinggir
pantai. Pada musim monsun timur
laut permainan layang-layang merupakan aktiviti yang penting bagi
sebahagian besar penduduk. Angin yang kencang dan tetap merupakan faktor utama
permainan layang-layang dapat dilakukan pada musim ini.
Pengangkutan
Kegiatan
pengangkutan air di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terhenti buat sementara
semasa tiupan angin monsun timur laut.
Perkhidmatan bot-bot penumpang ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman,
Pulau Kapas dan sebagainya dihentikan kerana tiupan angin monsun timur laut
menghasilkan ombak yang besar dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Perkhidmatan
bot di sungai-sungai utama sperti di Sungai Tembeling juga dihentikan kerana
semasa tiupan angin monsun timur laut sungai ini akan mengalami banjir besar yang
menghasilkan arus yang deras. Banjir
besar juga menyebabkan jalan raya utama dinaiki air . Keadaan ini akan
menganggu pengangkutan darat.
Musim Antara Monsun ( Peralihan Monsun )
Musim antara monsun atau lebih dikenali sebagai
Peralihan Monsun merujuk kepada satu tempoh yang singkat di mana angin monsun
bertukar arahnya. Tiupan angin semasa antara mosun tidak tepat arahnya dan
keadaan udara sentiasa tenang. Di
Semenanjung Malaysia , terdapat dua musim antara monsun iaitu pada bulan April
( semasa angin monsun timur laut bertukar kepada monsun barat daya ) dan pada
bulan oktober iaitu semasa angin monsun barat daya bertukar kepada monsun timur
laut ). Semasa peralihan monsun, kebanyakan hujan yang turun adalah dalam
bentuk ribut petir yang berasal daripada hujan perolakan.
Angin Tempatan.
Angin Fohn Dan Cinuk, Angin Katabatik, Angin
Anabatik, Bayu Laut Dan Bayu Darat Serta
Angin Badai Selari. Angin bersifat local hanya berlaku di sesuatu tempat.
PEMBENTUKAN
ANGIN TEMPATAN DAN KESAN-KESANNYA.
o Belaku pada
waktu siang bila bumi lebih
cepat menyerap haba berbanding laut
o Bumi jadi lebih
cepat panas menyebab-
kan belakunya tekanan rendah di daratan.
Angin menjadi
kering dan ringan lalu naik
ke atas meninggalkan permukaan bumi vaccum.
o Keadaan vaccun ini
akan diganti oleh angin
dari lautan yang mengalami tekanan tinggi
kerana ianya
lebih sejuk.
o Pergerakan
angin dari laut ke darat ini
dipanggil bayu laut.
Ø Angin Bayu
Darat
lebih cepat membebaskan haba berbanding
laut.
o Permukaan air
laut yang lebih
panas mewujudkan tekanan rendah.
o Laut
membebaskan wap air melalui
kenaikan keatas meninggalkan permukaan
laut yang
vaccum lalu diganti oleh angin
dari daratan
yang bertekanan tinggi.
o
Pergerakan
angin dari darat ke laut ini dipanggil bayu darat.
Ø Kesan Angin
Bayu.
o Kawasan pinggir
laut suhunya lebih seragam di mana pada waktu siang suhunya direndahkan oleh
bayu laut, manakala pada waktu malam suhunya lebih tinggi daripada sepatut
kerana dipanaskan oleh kepanasan wap air laut.
o Sesuai untuk
tujuan pelancongan kerana suhunya lebih selesa dan nyaman.
o Nelayan pinggir
pantai yang masih mengguna perahu layar menggunakan pengaruh bayu darat untuk
keluar ke laut di awal pagi dan balik dengan bayu laut.
Ø Angin Katabatik.
o Pada waktu
malam cerun gunung cepat menjadi sejuk menyebabkan udara di atas cerun menjadi
lebih sejuk berbanding dilurah.
o Keadaan ini
menyebabkan udara dari atas cerun akan turun pelahan-lahan ke lurah dan menolah
udara dilurah naik ke atas ( fenomena olak suhu tempatan )
o Di sesetengah
tempat, ketumpatan angin sejuk yang tinggi bergabung dengan pengaruh kuasa
tarikan graviti menyebabkan angin katabatik bertiup meneruni cerun dengan
halaju yang kencang
o Kesan yang
nyata kejadian fros di kawasan iklim sederhana dunia yang boleh merosakkan
tanaman dan meragut nyawa manusia kerana kedinginan malam di lurah pergunungan.
Bagi kawasan tropika boleh menyebabkan kejadian kabus tebal dan angin sejuk
yang agak kencang pada waktu malam.
Ø Angin
Anabatik / Angin Lembah.
o Belaku pada
siang hari semasa matahati terbit hingga waktu tengahari.
o Kawasan atas
cerun yang berdekatan dengan cerun pergunungan yang menghadap matahari ( di
kawasan iklim sedarhana ) akan lebih cepat dipanas oleh pemindahan haba panas
oleh cerun dan juga pemanasan matahari berbanding kawasan yang jauh dari cerun.
o Kawasan di
bawah cerun dan yang berjauhan daripada cerun yang lebih sejuk akan menolak udara
panas di cerun naik ke atas.
o Bila matahari
telah naik seluruh cerun telah dipanaskan maka tiada lagi pergerakan angin
sejuk untuk menolak angin panas naik.
o Kesan angin ini
akan menwujudkan awan komulus di kawasan pergunungan. Manakala kawasan pergunungan
di pinggir pantai akan menggalakkan tiupan bayu laut dengan lebih kencang dan
menyederhanakan suhu pinggir pantai.
Ø Angin Cinuk
/Fohn
o Berasal dari
angin lazim laut yang lembap bergerak menuju ke daratan. Lalu terpaksa mendaki
cerun kerana dihalang oleh gunung atau banjaran.
o Proses
pendakian ini mengakibatkan penurunan suhu yang lebih cepat daripada kadar
adiabatik kering dan menghasilkan udara tidak stabil.
o Penyejukan
udara lembap menyebabkan kelembapan bandingannya bertambah sehingga mencapai
takat tepu lalu menghasilkan awan komulusnimbus sehingga menurunkan hujan di
kawasan cerun hadap angin.
o Udara yang
telah mengalami pemeluwapan membebaskan haba pendam dan bergerak terus
menyeberangi tanah tinggi mengakibatkan menjadi kering dan bergerak ke kawasan lindungan
hujan menjadi angin cinuk / fohn.
o Kesan utama
angin ini akan memanaskan kawasan lindungan hujan yang dilaluinya dan boleh
mencairkan fros serta meningkatkan suhu musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
Ini menyebabkan masa penananam akan lebih panjang.
o Selain daripada
itu angin tidak membawa hujan malah boleh mengeringkan lagi kawasan-kawasan
yang dilaluinya seperti di Prairie. Pertanian yang sesuai adalah tanaman jenis
kontang atau dengan bantuan sistem
pengairan.
No comments:
Post a Comment