PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, February 27, 2013

ORANG TIDAK PANDAI JUGA BOLEH BERJAYA.

Kejayaan tak semestinya cemerlang dalam pelajaran
ANAK-ANAK PELAJAR SEKELIAN,

Ingatlah, jika anda termasuk dalam kumpulan orang tidak pandai, janganlah kecewa dan berputus asa. Anda sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi orang yang cemerlang dan hebat pada masa depan. lazimnya orang yang tidak berapa pandai dilengkapi Allah swt dengan beberapa keistimewaan iaitu sikap. Faktor inilah yang menjadikan anda berjaya dan cemerlang dalam  kehidupan.

Berjaya dalam bidang ternakan kambing
Paling istimewa, jika anda memang dalam kalangan mereka yang pandai dan pintar serta mempunyai sikap yang cemerlang, masya Allah, sudah tentu menjadi tokoh tersohor, insan yang hebat dan luar biasa suatu hari nanti. Andalah yang pasti  menjadi tokoh tersohor di dunia dalam bidang yang anda pilih. Insya Allah. Bersyukur kepadaNya.

Pada dasarnya semua orang boleh berjaya dan cemerlang. samada anda seorang yang pandai ataupun lemah dalam pelajaran di sekolah  Allah swt bersifat Maha Pengasih dan Maha Adil. Dia yang Maha Bijaksana dan Maha Halusi . Oleh itu carilah kekuatan dan kelemahan kita supaya boleh menjadi pedoman dan dengan sikap yang positif kita boleh merubahkan diri kita untuk berjaya. 

Tokoh koperat yang berjaya
Biasa dengar orang tidak berjaya dalam pelajaran tapi menjadi orang cemerlang dalam pekerjaan. Sebagai contoh cerita arnab dan kura-kura, biarpun kura-kura itu ditakdirkan pelahan dan lambat, tapi akhirnya dia berjaya. "sikit-sikit lama lama jadi bukit", "dimana ada kemahuan disitu ada jalan". ungkapan peribahasa ini semua menunjukkan diakhirnya akan berjaya juga jika anda ada sikap mahu berjaya. Pupuklah sikap yang ingin berjaya. bila kita berkemahuan untuk berjaya kita akan berusaha dan mencari ruang dan peluang untuk menuju kehadapan dengan gigih untuk berjaya.

Sikap orang ingin berjaya mestilah taat kepada Allah swt dan rasul, taat kepada ibubapa, hormat gurunya, tabah dan gigih, rajin dan tekun, bersikap terbuka, proaktif, tidak  mudah putus asa, bermatlamat dan suka menolong rakan dan taulan.


Monday, February 25, 2013

KULIAH 8 -PERUBAHAN IKLIM


PERUBAHAN IKLIM

Konsep Pemanasan global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikutbenua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Kata lain.
-    Dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia.
-    Peningkatan ini berlaku dalam skala mikro atau makro.
-    Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna  
     wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba antara Bumi matahari.
-    Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan  berbanding 
     dengan output haba yang dikeluarkannya.


Hasil kajian Saintis Alam Sekitar, PBB:- Faktor yang menyebabkan belakunya Pemanasan Global. 

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

a.  Punca Utama Pemanasan Global adalah peningkatan pelepasan gas Karbon Dioksida.
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum, arang batu di dalam bidang pengangkutan dan industri menyebabkan ruang atmosfera dipenuhi CO2 yang menyebabkan tenaga terestial dan bahangan bumi tidak dapat keluar ke angkasa lepas manakala bahangan suria meningkat kerapa penyerakan suria akan lebih tinggi. Ini akan meningkatkan suhu bumi.
Disamping itu pembakaran hutan dan letupan gunung berapi serta ujian senjata nuklear turut juga meningkatkan kandungan CO2. Kawasan-kawasan hutan yang menjadi penstabil udara banyak ditebang untuk tujuan ekonomi seperti untuk kayunya, tujuan pertanian, jalan perhubungan dan industri. 
Penipisan lapisan ozon disebabkan perlepasan bahan CFC turut menderitakan bumi. Bumi semakin terdedah kepada sinaran ultra Violet ( UV) yang tinggi akibat tiadanya lapisan ozon yang berperanan sebagai bahan penapis UV.

Ringkasan Punca Pemanasan Global

  • Penipisan lapisan ozon
  • Penerobosan sinar UV matahari akibat tiadanya lapisan ozon
  • Pembakaran hutan
  • Penggunaan petrol berplumbum yang menyumbang kepada kepanasan bumi
  • Kegiatan perindustrian
  • Pembukaan kawasan pertanian secara besar-besaran


b. Kesan Pemanasan Global kepada Hidupan

  • Menyebabkan kepupusan fauna di    kawasan hutan
  • Perubahan kepada proses menuai tanaman
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Sumber makanan binatang semakin berkurangan
  • Kawasan hawa sederhana menjadi panas-mengakibatkan jenis tanaman berubah.

c. Kesan kepada alam sekitar fizikal.

  •    Pencairan salji di kutub dan kawasan pergunungan
  •    Peningkatan paras air laut. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter                                        paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan   akan ditenggelami air. 
  •    Kawasan pinggir laut dan pulau-pulau kecil yang rendah akan tengelam. 
  •    Daratan mengecil  manakala kawasan lautan meluas.
  •    Kawasan hampir gurun menjadi gurun. Pergurunan meningkat / meluas
  •    Ganguan cuaca ekstrem meningkat – ribut, siklon, kemarau dan banjir . Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir


ARMADA TENTERA LAUT IRAN MELALUI SELAT MELAKA


Foto ini fail menunjukkan IranKomander Tentera Laut Iran, Laksamana Habibollah Sayyari mengumumkan bahawa armada ke 24 negara itu telah melintasi Selat Melaka untuk kali pertama sejak Revolusi Islam 1979.


"Untuk pertama kalinya sejak Revolusi Islam - Angkatan Tentera Laut  Republik Islam Iran telah melintasi Selat Melaka," Sayyari berkata pada hari Isnin. Katanya bahawa armada ke 24 Tentera Laut kapal perang, terdiri daripada Sabalan pemusnah dan Kharg helikopter pengangkut, akan memasuki Lautan Pasifik melalui Selat Melaka  pada hari Selasa 26 Feb 2013.  Sabalan kapal pengangkut helikopter adalah 207 meter panjang dan terbesar seumpamanya di Asia Barat. Pengangkut beroperasi sebagai pengangkutan pesawat satu sandaran untuk pemusnah bagi Tentera Laut  Iran di perairan antarabangsa. Sayyari menekankan kepentingan di utara  Lautan Hindi dan Tenggara Asia ke Iran bagi menjaga kepentingan dan keselamatan kapal tangki Iran yang mengangkutan petroleum dan gas ke negara-negara disebelah timur.  Laluan in penting  kerana trafik kapal  komersial melalui Selat Hormuz, Bab el-Mandeb dan Melaka. Selat Melaka adalah sempit 805 kilometer (500 batu) merupakan jlan air antara Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Sumatera di Indonesia. 

Sumber :disini

Wednesday, February 20, 2013

SKESTA AND SONGS IN ENGLISH.

On Tuesday, 19 Februari 2013, has held the competition skesta and songs in English between sports houses. The winner is still a secret to create an atmosphere of enthusiastic among PPU students.

Basically students can prepare themselves and give a great competition between the sports houses. Only English language proficiency among students is still weak. Of course the activity is to improve the English language proficiency for PPU students.


Let enjoy together the pictures and videos below.

A jury of teachers

Students performances attracted the attention among teachers


Rumah Temengong student performance
Presented a English song


Mr. Principle Tn. Hj. Rusdin giving a speech to PPU Students 

early morning Wendesday, Feb, 20th 2013

 




Saturday, February 16, 2013

KULIAH 7 - SEKTOR PERKHIDMATAN


SEKTOR PERKHIDMATAN: KAJIAN KES MALAYSIA
1.     Sektor perkhidmatan dikenali juga sebagai sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga.  Sektor  ekonomi ini tidak mengeluarkan barangan, sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.
2.    Antara contoh sektor perkhidmatan seperti sektor pengangkutan dan perhubungan, kewangan dan insuran, hartanah, perkhidmatan permagaan, pelancongan, hotel dan restoran, sektor utiliti elektrik, air dan gas, sektor pembinaan infrastruktur, serta perkhidmatan kerajaan dan swasta.
3.    Di Malaysia, sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertiar dan menjadi sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Sektor perkhidmatan mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan. Kini industri perkhidmatan negara tumbuh dan berkembang pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan sekunder.

INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara contoh aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan di Malaysia adalah seperti perkhidmatan hotel, resort dan chalet. perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong. pengangkutan dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau rekreasi. persidangan dan forum, pertandingan sukan dan kebudayaan. perkhidmatan utiliti elektrik,  air dan gas, serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong.
1.    Pada tahun 2000, Malaysia telah menerima hampir 10.2 juta pelancong, asing. Jumlah ketibaan pelancong asing sentiasa bertambah setiap tahun. Hampir 70% pelancong asing yang datang ke negara ini adalah dari kalangan negara ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat, serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Australia, dan New Zealand.

1. Jenis-Jenis Sektor Pelancongan
a. Eko-pelancongan – berkaitan keindahan alam semulajadi cth Port Dickson
b. Agro-pelancongan- berkaitan kegiatan pertanian cth Cameron Highland
c. Pelancongan kesihatan- mendapatkan rawatan pakar cth IJN
d. Pelancongan pendidikan- melanjutkan pelajaran cth UIA
e. Pelancongan budaya dan warisan- bandar Melaka
f. Pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran)
g. Pelancongan kapal mewah- cruise
h. Pelancongan sukan dan rekriasi- Formula One, Power Boat

Produk
Pelancongan
Definisi
Lokasi aktiviti
Eko
pelancongan
Aktiviti pelancongan yang berasaskan sumber semula jadi seperti pelancongan pantai, Pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya. Aktiviti pelancongan yang paling banyak berkembang di Malaysia.
Taman Negara, Hutan Simpan Belum di Perak. Hutan Simpan Endau- Rompin di Pahang, Gunung Kinabalu, T.T. Cameron, Bukit Fraser, Batu Caves, Selangor, Gua Niah di Sarawak.  Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.
Pelancongan pertanian
Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan, kawasan perkampungan nelayan, Akua-pelancongan seperti di kawasan ternakan akua-kultur, konsep
"home stay" dan lain-lain.
Pesisir pantai Terengganu Pahang dan Kelantan. Kedah dan Perlis seperti di kawasan  MADA  dan Bagan Lalang di Selangor.
Pelancongan Kesihatan
Kedatangan pelancong untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional, dan lain-lain.
Bandar-bandar besar seperti  Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Negeri Perlis yang menyediakan pusat rawatan perubatan tradisional
Pelancongan Pendidikan
Mengalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar khususnya dikalangan pelajar sekolah
Pusat-pusat pengajian tinggi, Pusat Sains Negara, Putrajaya, Pulau Langkawi, Tanah Tinggi Cameron, dan sebagainya
Pelancongan Budaya dan Warisan Sejarah
Aktiviti pelancongan kawasan tinggalan sejarah tapak arkeologi, dan muzium
diLembah Bujang,  Kedah Bandar Hilir, Melaka.
Pelancongan MICE(Persidangan Konvensyen dan Pameran)
Delegasi pelancong yang menghadiri seminar, persidangan, pameran, dan simposium
Pulau Langkawi seperti LIMA dan LID Kuala Lumpur,  Putrajaya.
Pelancongan Kapal Mewah
Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah seperti Star Cruise dan Star Leo.
Perairan Selat Melaka, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Langkawi.
Pelancongan Sukan dan Rekreasi
Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi.
Formula One, Sepang Selangor. Power boat, Tasik Putrajaya, Stadium Bukit Jalil
.                                                                    
Kawasan dan Destinasi Pelancongan Di Malaysia



























2. Faktor-Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia

ISI
HURAIAN
CONTOH
1. Iklim  Khatulistiwa
a.  Panas, sesuai bersantai
b.  Pelancong dr Negara iklim sedehana
·       Negara Eropah
2. Keindahan alam semulajadi
a. Pantai, pulau, gua, hutan, taman laut
·       Pulau Langkawi
·       Gua Niah
·       Taman Negara Bako
·       Pulau Redang
3. Tempat bersejarah
a. Tinggalan penjajah Portugis, Belanda, British
·       A Farmosa
·       Pasir Salak
4. Pengangkutan cekap, moden
a. Lapangan terbang, bas pelancongan, feri
·       KLIA
·       ERL
·       Star cruise
5. Peranan kerajaan
a. Promosi
b. Pesta, pameran
c. Kempen
·       Kementerian Pelancongan
·       TDC
·       Citrwarna
·       TMM 07
6. Budaya pelbagai kaum
a. Perayaan
b. Kesenian
·       Rumah terbuka sempena perayaan kaum
·       Pertunjukan wau, batik
7. Kemudahan penginapan dan prasarana
a. Hotel, resort
b. Restoran, kemudahan rekreasi
·       Hotel lima bintang
·       Hotel sederhana, murah

3. Kepentingan  Kegiatan Pelancongan
ISI
HURAIAN
CONTOH
1. Sumber     pendapatan
    Negara
a. Sewa hotel, cenderamata
b. Pengaliran masuk wang asing
·        Pelancong Jepun, Eropah, Negara Arab
2. Peluang pekerjaan
a. Perhotelan, pengangkutan

·        Pemandu pelancong, pekerja hotel
3. Menggalakkan
    rantaian ekonomi
a. IKS
b. Perniagaan makanan
c. Telekomunikasi
d. Pengangkutan
e. Perhotelan
·        Industri kraftangan, anyaman, ukiran
·        Restoran
4. Membangunkan
    kawasan mundur
a. Kawasan pedalaman/ luarbandar
·        Homestay,eco-pelancongan,agro-pelancongan
5. Menggalakkan  R&D
a. Kajian pemuliharaan sumber alam
b. Kajian kualiti perkhidmatan
·         Lembaga Penggalak Pelancongan (TDC)-

4. Kesan Aktiviti Pelancongan Ke atas Alam Sekitar
ISI
HURAIAN
CONTOH
1. Masalah Persekitaran
    Fizikal
a. Hakisan ditanah tinggi, pantai
b. Penarahan dan perataan bukit
·   Pembinaan hotel, padang golf
2. Pencemaran air
a. Sisa kumbahan hotel, resort, restoran
b. Tercemar bacteria E-coli
·   Pantai PD, Batu Feringgi
3. Gangguan  Ekosistem
a. Rantaian makanan  terganggu
b. Kekurangan oksigen
c. Habitat flora fauna musnah
·   Spesies  tertentu pupus spt cengal, merbau
4. Perubahan iklim mikro
a. Suhu meningkat akibat pemusnahan hutan
·   Pembinaan resort di TT. Cameron , Genting Highland
5. Pencemaran budaya
a. Pendedahan/ penyerapan budaya barat
·   Cara berpakaian, minuman keras, pergaulan bebas
6. Kesesakan di Pusat  Pelancongan popular
a. Musim cuti  sekolah dan perayaan
·   Jeti Kuala Perlis, Cameron Hingland


5. Usaha Memajukan Sektor Pelancongan
ISI
HURAIAN
CONTOH
1. Promosi
a. Dalam/Luar negara
·         Cuti-cuti Malaysia
·         Pameran kraftangan
2. Meningkatkan prasarana
a. Lapangan terbang,
b. Pengangkutan darat
c. Feri
·         KLIA
·         Lebuhraya, LRT,ERL
3. Membangunkan Kawasan
    Semulajadi
a. Pulau peranginan
b. Hutan simpan
·         Pulau Sipadan, Pulau Redang
·         Taman Negara Tahan
4. Kerjasama serantau
a. Negara ASEAN- membantu promosi pelancongan
·          Tanun Melawat Malaysia
5. Kemudahan perkhidmatan
a. Penginapan, urusan kewangan
·         Hotel, bank
6. Meningkatkan Tahap
    keselamatan
a. Sempadan laut,darat,udara
·         Polis, marin, tentera


SEKTOR KEWANGAN, INSURAN,HARTANAH, PERKHIDMATAN PERNIAGAAN
Sektor
Perkhidmatan
1.    Kewangan
-  Bank-simpanan wang
-  Syarikat kewangan – pinjaman
2.    Insurans
-  Perlindungan kepada manusia daripada  bencana alam, kemalangan,
   rawatan dan   pendidikan
3.    Hartanah
-  Jual beli rumah kediaman, rumah kedai,  ruang pejabat
4.    Perniagaan
-  Guaman, perundingan, perubatan,  pendidikan, keselamatan,  kebersihan  dan kerjaya

1.(a)     Berdasarkan  kepada sebuah negara yang telah anda kaji;
         (i)   Nyatakan empat produk pelancongan yang terdapat di kawasan  tanah tinggi
                di negara tersebut. [ 5 ]                                                                                                                          
         (ii)  Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan industri  
                pelancongan di Malaysia.  [ 10]
        (iii)  Jelaskan  sumbangan industri pelancongan terhadap  pembangunan  ekonomi 
                dan sosial negara Malaysia.  [ 10 ]

INDUSTRI  PENGANGKUTAN  DAN  TELEKOMUNIKASI
1. Industri pengangkutan dan telekomunikasi menjadi sektor perkhidmatan yang kedua penting. Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang yang utama iaitu:
(a)    pengangkutan darat seperti lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter, Monorel dan Jalinan Transit Ekspres (ERL).
(b)    pengangkutan air melibatkan sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri,    kapal pengangkut atau kapal dagang. bot dan sampan. Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Gelang, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
(c)    pengangkutan udara melibatkan kapal terbang dan helikopter. Kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan Terbang Senai, dan Lapangan Terbang Kuching membuktikan sistem pengangkutan udara di Malaysia juga mengalami perkembangan yang pesat. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini.
2.    Dalam bidang telekomunikasi pula, melibatkan penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksimili, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan intranet, dan sebagainya yang menyebabkan penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk modal, urusan perniagaan, dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat.
3.    Konsep e-dagang merupakan bidang komunikasi perdagangan global masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia. Justeru, kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.
SEKTOR KEWANGAN,  INSURANS,  HARTANAH, DAN  PERKHIDMATAN PERNIAGAAN
1.     Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat kewangan dan bank. Bank menyediakan kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada pengusaha dan peniaga.
2.    Terdapat pelbagai jenis yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Maybank, Bank Bumiputera Commerce, Bank Simpanan Nasional, Public Bank, dan lain-lain.
3.    Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia menyebabkan is berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan. Di sini diaglomerasikan pelbagai jenis syarikat kewangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan.
4.    Perkhidmatan insurans pula menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada manusia daripada bencana alam, kemalangan, rawatan, dan pendidikan dengan menggunakan pelbagai nama seperti insurans nyawa, insurans kesihatan, insurans kemalangan, dan insurans pendidikan. Terdapat dua jenis insurans di Malaysia iaitu insurans konvensional dan insurans takaful.
5.    Sektor hartanah pula melibatkan perkhidmatan jual beli rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan lain-lain. Manakala bagi perkhidmatan perniagaan, melibatkan perkhidmatan seperti guaman, perundingan (konsultansi), perubatan, pendidikan, keselamatan, kebersihan, dan kerjaya.

 SEKTOR UTILITI ELEKTRIK, AIR, DAN GAS
1.    Sektor ini merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk dan menjadi keperluan asasi manusia pada masa kini. Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada kediaman penduduk, industri, komersial, perniagaan, dan organisasi.
2.    Di Malaysia pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh syarikat bersekutu kerajaan (SBK) iaitu Tenaga Nasional Berhad TNB,- manakala bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air,( JB) di bawah kerajaan negeri masing-masing.
3.    Namun begitu, terdapat juga sesetengah negeri yang menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada penduduk seperti  SYABAS di Selangor   dan AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan.  Pada tahun 2000, 101% daripada kawasan bandar dan 93% kawasan luar bandar di Malaysia  telah dibekalkan dengan kemudahan tenaga elektrik. Manakala 98% penduduk bandar dan 87% penduduk luar bandar menikmati  perkhidmatan bekalan air bersih.

Perkhidmatan Awan dan Logo Kesatuan Kekerja Kebangsaan
 PERKHIDMATAN KERAJAAN
1.    Di Malaysia perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang amat penting kepada penduduknya walaupun negara telah  mengamalkan dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan swasta masih lagi rendah.
2.    Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan kerajaan amat releva­n sebagai usaha untuk membantu keselesaan, kesejahteraan, kebajikan- dan keselamatan rakyat.
3.    Antara sektor-sektor penting  yang disediakan oleh kerajaan dan tl'da'r-, diswastakan sepenuhnya ialah seperti sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran, keselamatan awam, dan keselamatan negara Perkhidmatan kerajaan im berlangsung dalam tiga peringkat iaitu:
(a)   kerajaan negeri
(b)   peringkat kerajaan pusat
(c)   pihak berkuasa tempatan


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
1.    Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan pesat sektor perkhidmatan di Malaysia. Antaranya seperti:
(a)           faktor fizikal
(b)           faktor ekonomi
(c)            faktor governan
(d)           faktor teknologi

FAKTOR FIZIKAL.
1.    Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia telah menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan perkhidmatan. Misalnya perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan sektor pengangkutan. pelabuhan, dan bekalan tenaga elektrik dan gas kepada penduduk Berta industri perkilangan.
2.    Manakala kewujudan sungai yang besar dan dalam pula menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti Sungai Rajang di Sarawak.
3.    Dalam konteks sektor pelancongan, hampir  90% daripadanya bergantung kepada keindahan semula jadi atau alam sekitar.  Produk  ekopelancongan  di Malaysia misalnya, penting dalam menjana perkembangan pesat sektor pelancongan negara kerana terdapatnya unsur-unsur semula jadi seperti keindahan pantai dan pulau, tanah tinggi beriklim sederhana sejuk, hutan lipur dan air terjun, tasik, gua, dan lain-lain.

FAKTOR EKONOMI.
1.    Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi asas penting untuk memperkembangkan sektor perkhidmatan negara kerana sektor perkhidmatan bergantung kepada produk ekonomi primer dan sekunder sebagai inputnya.
2.    Hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perindustrian perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran. Keadaan ini memerlukan perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk tersebut boleti sampai dengan segera kepada pengguna. Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api memainkan peranan penting.
3.    Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan, pelancongan, kesihatan, dan pendidikan tinggi bergantung kepada pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa beli yang tinggi. Jika pendapatan perkapita penduduk masih rendah maka permintaan kepada sektor perkhidmatan juga akan berkurangan.

FAKTOR GOVERNAN
1.    Di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perkhidmatan. Antara peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan pelabur asing menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka pusat pengajian tinggi, dan menyediakan perkhidmatan insurans dan bank. Contohnya, para pelabur diberikan pengecualian cukai antara 85% hingga 100% bagi menggalakkan mereka melabur di negara ini.
2.    Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar negara terns dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan pula, kerajaan bersungguh-sungguh mengembangkan industri francais, memperluaskan konsep e-dagang, menjayakan MSC, menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti membina jaringan lebuh raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk menjana sektor perkhidmatan dalam negara.
3.    Menerusi dasar penswastaan negara pula, kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air bersih, tenaga elektrik dan telekomunikasi. Justeru itu, muncul syarikat konglomerat swasta yang memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat seperti TELEKOM, CELCOM, MAXIS, dan sebagainya.

FAKTOR TEKNOLOGI
1.    Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat dibantu oleh kemajuan teknologi dan inovasi barn. Justeru itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna.
2.    Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui R&D dalam negara malah ada yang dipindahkan atau diimport dari luar negara. Secara jelas teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat di Malaysia clan perkembangan teknologi telekomunikasi ini amat membantu perkembangan sektor perkhidmatan yang lain seperti sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan, perniagaan, dan lain-lain.

 KEPENTINGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA PEMBANGUNAN  EKONOMI DAN SOSIAL
1.    Sektor perkidmatan turut terlibat dalam menjana pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. Salah satu sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan KDNK negara dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga manusia yang sekaligus mengurangkan kadar pengangguran. Sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK dan guna tenaga (pekerjaan) ditunjukkan pada Jadual 13.1.
2.    Sektor perkhidmatan juga berkepentingan dalam membantu membangunkan sektor ekonomi lain yang berkaitan khususnya sektor primer dan sekunder. Dengan adanya sektor perkhidmatan maka sektor­sektor lain juga akan turut berkembang sebagai satu rantaian tindak balas ekonomi.
3.    Misalnya, bahan mentah dan barangan siap untuk perindustrian yan.- diangkut ke kilang atau ke pasaran menerusi sistem pengangkutar­darat, air, atau udara.
4.    Sektor kewangan dan bank memberikan perkhidmatan pinjaman kredi- untuk pekilang atau pengusaha-pengusaha untuk menjalankar­operasinya. Pembekalan tenaga elektrik dan air pula menjamin sektor industri berkembang dengan baik. Kesannya seluruh peringkat kegiata- ekonomi akan dapat dimajukan.
5.    Selain itu, sektor perkhidmatan turut menyumbang dalam meningkatkan taraf sosioe konomi penduduk.  Di Malaysia, peningkatan taraf sosial dan taraf hidup penduduk amat dibantu oleh perkhidmatan kerajaan. Misalnya perkhidmatan kesihatan yang disediakan seperti  hospital,  poliklinik, klinik desa, bekalan ubat, dan doktor terlatih telah  mengurangkan kadar kematian penduduk,  meningkatkan kelahiran, dan  memanjangkan jangka hayat penduduk.
6.    Kemudahan ini disediakan khususnya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar bagi menikmati kesihatan yang sempurna.
7.    Dalam konteks pendidikan pula, kerajaan turut menyediakan sekolah, kolej, IPT yang memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat. Faktor ini akan akan membantu mengurangkan kadar buta huruf dan meningkatkan kadar celik teknologi.
8.     Sektor perkhimatan juga berperanan dalam meningkatkan teknologi dan kualiti buruh dalam negara. Melalui perkembangan ICT, Malaysia telah berjaya menjana inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang mampu berdaya saing bagi mengeluarkan produk yang berkualiti. Teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu dicipta melalui perkhidmatan ICT yang ada.
9.    MIMOS misalnya, banyak melahirkan teknologi baru yang digunapakai dalam pelbagai aspek pengurusan maklumat di negara kita.
10. Selain itu, aspek pemindahan teknologi dari luar negara juga menjadi lebih cepat dengan adanya kemudahan perkhidmatan ICT ini.
11. Dari segi kualiti buruh pula, tenaga buruh mahir dapat ditingkat melalui kemudahan ICT yang disediakan. Latihan, pengembangan, dan pembangunan sumber tenaga manusia (HRD) dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta akan dapat melahirkan ramai golongan profesional dalam negara.
12. Seterusnya sektor perkhidmatan berkepentingan dalam menambahkan aliran masuk modal ke dalam negara khususnya daripada pelabur asing. Sumbangan sektor perkhidmatan ke arah kemasukan modal asing ke Malaysia amatlah besar.
13. Dengan adanya kemudahan perbankan luar pesisir seperti di Labuan maka pelabur asing dengan mullah boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di negara kita.
14. Selain itu, perkhidmatan bank-bank dan syarikat kewangan tempatan juga banyak membantu penambahan modal negara khususnya di kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.



Pengangkutan dan Telekomunikasi
 
INDUSTRI PENGANGKUTAN
1. Jenis Pengangkutan
ISI
HURAIAN
CONTOH
a. Jalan darat
a.  Jalanraya
·      Sesuai untuk semua bmb, jarak jauh/dekat, kaw. padat penduduk
b.  Jalan keretapi
·      Bmb rata, jarak jauh, kaw kurang padat
·      bas, lori
·      LRT,
·      MONORAIL
·      ERL,
·      KOMUTER
b. Jalan udara
a.  Jarak jauh, lapangan terbang, produk ringan dan bernilai
b. Tahap keselamatan tinggi
c.  Penumpang dan kargo
·      Kapalterbang
·      MAS,
·      AIR ASIA
c. Jalan air
a.  Jalan sungai
b.  Jalan laut
  • Pelabuhan, produk berat, banyak (pukal)
  • Jarak jauh
  • Kos murah
  • Risiko rendah
·      Bot laju
·      Kapal kargo
·      Kapal tangki
·      Cruise


2. Kepentingan Pengangkutan

ISI
HURAIAN
CONTOH
a. Meningkatkan aliran barang
a. Darjah ketersampaian tinggi
·      Lebuhraya,
·      jalan keretapi
b. Mempengaruhi pola/taburan penduduk
a. Berselerak, berjajar, berkelompok
·      Kebun kecil
·      Jalan raya
·      Pusat bandar
c. Menggalakkan mobiliti penduduk
a. Migrasi, pelancong, tempat kerja
·        KLIA
d. Meningkatkan darjah ketersampaian
a. Mudah meneroka kawasan baru
·      Felda/ kawasan pedalaman
e. Meningkatkan pendapatan negara
a. Cukai jalan, tol
·      Tol Sg Besi
f. Menjimatkan masa
a. Lebuhraya, Komuter, LRT
·      Lebuh/ raya PLUS
g. Peluang pekerjaan
a. Profesional, separa mahir
·      Pemandu bas, pilot, kelasi


3. Kesan Industri Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

ISI
HURAIAN
CONTOH
a. Pencemaran udara
a. Asap kenderaan, jelaga
b. Karbon dioksida, Karbon monoksida, Plumbum
·  Lori
·  Bas
·  Kereta
b. Pencemaran bau
    dan bunyi
a. Asap dan minyak
b. Bunyi kapalterbang, keretapi

- kilang getah/sawit
- lapangan terbang
c. Kepupusan hutan –flora dan fauna
a. Bina lebuhraya, lapangan   terbang
-  L/raya timur
   barat
d. Hakisan tanah
    tanah runtuh
a. Jalanraya di tanah tinggi
- Cameron
  Highland-Tapah
e. Pencemaran air/laut
a. Tumpahan/kebocoran
    minyak kapal
- Selat melaka
f. Suhu mikro bandar
    meningkat
a. Asap kenderaan, kawasan lapangan terbang
- bandar KL