PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, December 14, 2011

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Harga Belian (al-Thaman)

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Monday, December 12, 2011

GERHANA BULAN - TARIKAN GRAVITI BULAN YANG PALING KUAT

Kekuatan graviti bulan ketika gerhana bulan menjadi paling kuat kerana terdapat dua tarikan sebenarnya iaitu bulan dan matahari yang menyebabkan banyak benda didunia berkemungkinan akan tertarik ke arah bulan. Bukan telur sahaja boleh berdiri malah letupan gunung berapi dan gempa bumi juga turut boleh berlaku. Fenomena gerhana bulan penuh telah belaku dua kali di angkasaraya Malaysia untuk tahun ini, 2011 iaitu pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm, manakala kali  pertama berlaku pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. 
Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. 3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi dan Tsunami di Jepun, Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh. Kaitan gerhana bulan penuh (supermoon) memang menjadi realiti di bumi  dengan kejadian  gempa bumi, tsunami dan letupan gunung berapi.

Pada 19 Mac 2011, bulan akan bergerak mengelilingi Bumi dengan lebih rapat daripada 18 tahun yang lalu. Kedudukan bumi dari bulan hanya 221.567 batu (356577 kilometer). Selain itu, bulan akan penuh. Dan salah seorang ahli astrologi percaya ia boleh menyebabkan kerosakan besar-besaran di planet ini. Kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun belaku pada 11 Mac 2011 beberapa hari sebelum big supermoon paling hampir dengan bumi.   Pautan disini.
Supermoon
 Berikut satu experimen yang dilakukan oleh saudara Mohd Ezli Mashut [Facebook] seorang Journalist TV Selangor. Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahwa tarikan graviti semakin kuat. 
Sumber Google



Bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di antara matahari dan bumi. Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi, mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat dari tempat lain.Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak. Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.

Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan. Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.










Thursday, December 8, 2011

KAABAH DARI KACA MATA SAINS



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Thursday, November 24, 2011

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 1 STPM, NEGERI KELANTAN 2011


1.    a.  Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga kinetik.  [5]
     Tenaga pergerakan iaitu tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu jasad yang bergerak bergantung  kepada kekuatan pergerakannya.

     b.  Jelaskan proses tenaga kinetic yang berlaku dalam system geomorfologi dan system hidrologi. [8]
          Sistem Geomorfologi : Aliran air sungai, tenaga matahari, kecerunan sungai.
                                                 : Tenaga ombak yg dijana oleh angin, apabila dasar semakin  cetek ombak pecah.
          Sistem Hidrologi : Sejatan oleh pemanasan tenaga matahari dari badan air, cecair berubah menjadi wap air, molekul air ringan dan bergerak naik ke atas.

     c.  Terangkan bagaimana manusia menjana tenaga dari sumber semulajadi.  [12]
·      Aliran air : pembinaan empangan untuk jana tenaga hidroelektrik.
·      Tenaga angin : bina kincir angin untuk menjalankan generator bagi menjana tenaga elektrik.
·      Tenaga ombak : mengerakkan kincir air bagi mengerakkan generator utk jana tenaga elektrik.
·      Tenaga biomass : pembakaran sisa organic bagi menjalankan engine dan sebagainya.
·      Tenaga geothermal : wap air panas dari kawasan gunung berapi akan mengerakkan turbine bagi    mengerakkan generator  untuk menjana tenaga elektrik.
·      Tenaga nuclear dari uraian paparan uranium.
·       Tenaga soalr : panel-panel perangkap haba.

2.    a.  Nyatakan dua jenis batuan igneus.  [5]
       Batuan igneus rejahan [ jalar dalam]  dan bayuan igneus terobosan [jalar luar].

      b.  Jelaskan perbezaan proses pembentukan batuan igneus dan batuan enapan.  [12]
Ciri pembentukan
Batuan Igneus
Batuan enapan
Kekerasan
Amat keras dan tahan hakisan / luluhawa
Kurang ketahanan / mudah dihakis dan luluhawa
Proses
Penyejukan dan pembekuan magma di dalam / dipermukaan bumi
Pemadatan dan penyimenan melalui proses luluhawa dan hakisan
jangkamasa
lama
Sangat lama
Struktur
Berhablur, tidak berlapis-lapis
Tidak berhablur, berlapis-lapis
kandungan
Tidak bercampur dengan fosil
Bercampur dengan fosil

      c.  Terangkan kepentingan jenis batuan terhadap aktiviti manusia.  [8]
·         industry perkilangan –simen [batuan kapur] , marmar [ batuan jelmaan]
·         industry pembinaan – pasir , kapur dan batu konkrit
·         perhiasan – batu permata, jed , Kristal garam.
·         Pelacungan – gua-gua batu kapur dan kawasan kast.
·         Perubatan – batuan garam/ Kristal nitrate

3.    a. Soalan2 yang berikut adalah berdasarkan Peta 1 yang berskala  1 : 50000.
i.      Nyatakan dua bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan yang bertanda A dan dua bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan yang bertanda B.  [4]
Kawasan A – tebing tinggi, batu bonjol, batu mandi
Kawasan B – pulau pasir, benting pasir, anak tanjung, tombolo.

ii.     Jelaskan factor yang mempengaruhi pembentukan bentuk muka bumi di kawasan A.  [6]
·         Pantai curam,
·         Pantai berbatu
·         Tindakan hakisan ombak
·         Tiupan Angin bersudut tepat atau serong
·         Kedudukan pantai –tanjung /teluk

iii.   Cadangkan aktiviti manusia yang boleh diambil untuk memelihara hutan paya pinggir pantai.[9]
·         Undang-undang dan akta.
·         Kempen dan pendidikan.
·         Tanam semula tumbuhan paya bakau
·         Memajukan ekopelancongan
·         Mewartakan hutan simpan.
·         Kajian dan penyelidikan biologi.

iv.   Jelaskan tiga aktiviti manusia yang menyebabkan kemerosotan alam sekitar pinggir pantai. [6]
·      Penebangan pokok bakau.
·      Perlombongan pasir pantai.
·      Pelancongan – pencemaran sampah sarap
·      Penambakan pinggir pantai –kemusnahan habitat
·      Penyaluran sisa domestic dan kilang
                                          ATAU
      b. Soalan2 yang berikut adalah berdasar Peta 2 yang berskala   1 :  50000
i.   Takrifkan konsep pemendapan.   [4]
Longgokan bahan-bahan longgar dan peroi yang dibawa oleh sungai dan tindakan ombak di kawasan cerun landai.

ii.  Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pinggir pantai yang terdapat pada Peta 2 [9]
Bentuk Muka Bumi
Proses Pembentukan
Tombolo
Arus persisir pantai, tindakan ombak Pembina; pemendapan menyambung pulau dengan pantai.
Anak Tanjung
Arus persisir pantai; pantai berteluk; longgokan berterusan dan menganjur ke laut.
Benting Pasir/Benting Muara / Pantai.
Arus persisir pantai; tindakan ombak Pembina; longgokan pasir berterusan. Arus persisir pantai; ombak Pembina; pantai landai dan luas.
Pulau Pasir
Longgokan mendapan aselrek; pulau-pulau kecil; tindakan ombak pembina

iii. Jelaskan kepentingan pemendapan di pinggir pantai terhadap aktiviti manusia. [12]
·         Pelancongan – pemendapan di kawasan pantai cerun landai dan luas, terlindung
·         Industry kecil dan sederhana- aktiviti mengeringkan & memproses hasil laut.
·         Sukan dan rekreasi – pesta pantai, aktiviti berkuda dan sukan air.
·         Perlombongan pasir – kawasan pemupukan pasir pantai.
·         Perikanan ; mencari kerang , siput , kepah dll.
·         Lain-lain yang bersesuaian.

4.    a. Apakah yang dimaksudkan dengan albedo?   [5]
Suatu nisbah radiasi solar yang dibalikkan semula dari sesuatu permukaan dibumi  yang menpunyai darjah keputihan yang tinggi atau rendah. Darjah keputihan tinggi banyak membalikan  semula radiasi ke atmosfera manakala kadar kehitaman yang tinggi menyerap radiasi lebih tinggi.

b. Jelaskan factor yang menyebabkan pelbagai jenis permukaan mempunyai nilai albedo yang berbeza[10]
·         warna @ kecerahan permukaan; gelap menyerap haba tinggi
·         struktur permukaan ; mendatar menyerap lebih banyak haba.
·         Tektur permukaan ; kasar dan kasap menyerap lebih haba dari permukaan licin
·         Kandungan mineral batuan; silica danmika cerah membalikkan haba, gabro dan basalt lebih menyerap haba.
·         Cerun hadap matahari dan lindung matahari
·         Jarak bumi dengan matahari [semasa perihelion dan aphelion.

c. Terangkan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi peningkatan suhu secara global. [10]
·         Aktiviti perkilangan; peningkatan C2O dan gas-gas lain.
·         Penebangan hutan untuk pelbagai tujuan.
·         Peningkatan pembakaran bahan api fosil; kilang dan kenderaan.
·         Penjanaan kuasa nuclear.
·         Pembakaran terbuka; sampah, jerami dan hutan

5.    a. Takrifkan mikro iklim Bandar.  [5]
Pusat Bandar yang mengalami suhu yang lebih tinggi berbanding dari kawasan luar dan pinggir Bandar.

b. Huraikan factor  pembentukan mikro iklim Bandar  [10]
Factor Fizikal ;-
·         susun atur bangunan yang padat.
·         Permukaan Bandar yang berturap.
·         Bahan binaan dari simen konkrit dan kaca/cermin.
·         Kurang liputan tumbuhan
·         Kuran badan air.

Faktor Manusia.;-
·         Pembakaran bahan api fosil [ kenderaan]
·         Pencemaran kilang
·         Pembakaran terbuka ; sampah-sarap
·         Penggunaan CFC dan pendingin udara.
·         Haba metabolism manusia.

c.  Jelaskan kesan perubahan mikro iklim Bandar terhadap alam sekitar fizikal.  [10]
·         kekerapan berlakunya hujan
·         peningkatan suhu
·         kekerapan ribut petir
·         kejadian angin kencang
·         kelembapan yang rendah
·         peningkatan bahan partikulat /ampaian diudara

6.       a.  Nyatakan proses menegak dalam kitar hidrologi. [4]
·         proses sejatan
·         proses sejatpeluhan
·         proses kerpasan
·         proses inflitrasi /resapan.

    b.  Berdasarkan gambar rajah yang anda lukis, huraikan tiga proses menegak kitar hidrologi.[12]

 
Huraian proses;-
·         proses sejatan atas badan air
·         sejatpeluhan atas tumbuhan.
·         Proses kepersan, hujan dan salji
·         Proses infiltrasi /resapan.

    c.  Jelaskan tiga kesan ketidakseimbangan air negatif. [9]
 Air negatif merujuk kepada kemarau. Kesannya ialah;-
·         Tanah kering dan merekah.
·         Tumbuhan layu dan mati.
·         Proses sejatan tinggi, kerpasan rendah.
·         Lain-lain yang sesuai.

7. a. Takrifkan aras trofik dalam sesebuah ekosistem. [5]
Aras trofik ialah kedudukan sesuatu organisasi di dalam sesebuah ekosistem bermula dengan aras trofik pertama[ pengeluar],  aras trofik kedua [pengguna premier ], ketiga [ pengguna sekunder ] dan keempat [ pengguna tertier ].

    b.  Jelaskan aliran tenaga yang belaku dalam ekosistem sawah padi. [10]
·         aliran tenaga bermula dengan tenaga matahari.
·         Padi menggunakan tenaga matahari untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
·         Pengguna premier memaan padi untuk mendapatkan tenaga dan menggunakan tenaga untuk bergerak, membiak dan membesar.
·         Pengguna sekunder memakan pengguna primer untuk mendapatkan tenaga dan menggunakan tenaga untuk bergerak, membiak dan membesar.
·         Pengguna tertier memakan pengguna sekunder untuk mendapatkan tenaga  dan menggunakan tenaga untuk bergerak, membiak dan membesar.

    c.  Terangkan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi keseimbangan ekosistem sawah padi. [10]
·         Penggunaan baja dan racun kimia secara berlebihan.
·         Penambakan kawasan sawah padi untuk pelbagai tujuan.
·         Pencemaran daripada punca domestik.
·         Pembakaran sisa pertanian
·         Pembuangan sisa kilang.
·         Membina kolam ternakan akuakultur.

8.  Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan sekitar sekolah anda.
a.  Sebutkan alat yang digunakan untuk menyukat hujan dan suhu.  [5]
·         Alat – tolok hujan ; selinder penyukat ;  unit milimeter [ hujan]
·         Alat – termometer ; unit darjah celsius [suhu]

b.  Jelaskan bagaimana anda dapat;-
      i. menyukat hujan, dan   [6]
·           Tolok hujan diletak ditempat lapang.
·           Ambil jumlah hujan guna selinder penyukat.

     ii. mengira purata hujan bulanan.  [4]
·            Jumlahkan semua hujan harian selama sebulan dan kemudian dibahagi dengan jumlah
         hari dalam sebulan

c.  Jelaskan faktor yang menentukan keberkesanan hujan di kawasan kajian anda.  [10]
·         kekerapan turunnya hujan.
·         Jangka masa hujan
·         Intensiti hujan semada renyai atau lebat
·         Kawasan lindungan atau hadap hujan
·         Musim kemarau atau tengkujuh.

Wednesday, November 23, 2011

PAKAGE PEMIMPIN LENGKAP MENGIKUT CIRI KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ

Pemimpin yang menjaga hak rakyat dan Hak Allah

Fox NewsTV (USA) bertanya

kepada Presiden Iran

Mahmud Ahmedinejad,

'Apabila anda melihat ke dalam cermin pada waktu pagi, apa yang kamu katakan kepada diri sendiri'?

Beliau menjawab: Saya melihat orang di cermin dan beritahu dia 'Ingat' anda tidak lebih hanyalah seorang hamba yang kecil, di hadapan anda hari ini adalah tanggungjawab yang berat, dan itu adalah untuk berkhidmat kepada negara Iran '.

Mahmood Ahmedinejad, Presiden Iran yang menjadi kehairanan ramai apabila dia mula-mula sampai ke pejabat Presiden dengan mendermakan segala permaidani Iran yang mahal di pejabatnya kepada masjid-masjid di Tehran dengan menggantikannya dengan permaidani kos rendah biasa.  Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah ruang tamu yang besar mewah untuk menerima dan mengalu-alukan orang kenamaan dan beliau mengarahkan ia ditutup dan meminta pejabat protokol untuk mengatur bilik biasa hanya dengan kerusi-kerusi kayu.

Kebiasaannya, beliau menyertai kakitangan pembersihan perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan di kawasan di mana rumah beliau dan Presiden terletak.

Di bawah kuasanya apabila beliau melantik menteri dalam pelbagai jawatan dia membuat perjanjian dengan menandatangani suatu dokumen yang disaksikan oleh orang ramai. Beliau menekankan bahawa menterinya hendaklah mengekalkan peribadi sederhana. Akaun saudara-mara para menterinya akan diperhati bagi memastikan menterinya apabila meninggalkan kementerian itu hendaklah dengan maruah , dan oleh itu tidak sah di sisi undang-undang bagi dia atau saudara-maranya untuk mengambil apa-apa kelebihan jawatannya.  
Pertama dia mengisytiharkan harta yang dimilikinya adalah sebuah Peugeot 504 kereta, model 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah satu zon yang termiskin di Tehran. Akaun dengan baki sifar dan wang yang masuk akaunnya  adalah dari gajinya sebagai pensyarah dari universiti dengan jumlah sebanyak USA $ 250 sahaja.

Untuk maklumat anda Presiden masih tinggal di rumah yang sama. Ini semua adalah apa yang dia memiliki; presiden salah satu negara-negara penting di dunia; strategik, ekonomi, politik dan yang berkaitan minyak dan pertahanan. Dia juga tidak mengambil gaji peribadinya dengan hujah bahawa semua kekayaannya milik negara.

Salah satu perkara yang mengkagumi kakitangannya di pejabat presiden adalah beg Presiden yang dibawanya setiap hari, yang mengandungi sarapan; beberapa sandwic atau roti dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya dan beliau menikmati dengan selesa dan senang hati bersama-sama kakitangannya.

Satu lagi yang beliau ubah adalah 'Pesawat peribadi Presiden' ditukar dengan pesawat kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada perbendaharaan awam dan beliau mengarahkan bahawa beliau akan terbang dengan syarikat penerbangan biasa dalam kelas ekonomi ..

Dia menganjurkan  mesyuarat kabinet dengan lebih kerap. Beliau mengambil berat setiap aktiviti para menterinya. Bagi mencapai kecekapan maksima beliau menutup pejabat Pengurus presiden dan mana-mana menteri boleh masuk ke pejabatnya tanpa kebenaran sesiapa. Beliau juga meniadakan upacara alu-alukan seperti sambutan permaidani merah, sesi foto atau apa-apa iklan peribadi atau berkenaan dengan apa-apa jenis pembaziran  semasa melawat mana-mana tempat di dalam negaranya.

Apabila dia telah tinggal di mana-mana hotel, beliau meminta mereka untuk memastikan tidak memberinya bilik dengan katil besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil tetapi lebih suka tidur di atas lantai di atas karpet atau tilam biasa dengan selimut.

Merujuk kepada beberapa gambar  yang mengesahkan bahawa Presiden Iran tidur di dalam bilik tetamu rumahnya selepas ditinggal oleh pengawal peribadinya selepas tugas. Gambar yang diambil oleh adiknya mengikut akhbar Wifaq yang diterbitkan keesokan harinya dan foto itu telah diterbitkan dalam kebanyakan akhbar dan majalah di dunia dan khususnya Amerika.

Tidak kehadapan ketika solat, tiada karpet merah/kuning


Presiden Iran dengan isteri dan tiga anak, 2 lelaki dan seorang perempuan di rumah pusaka ayahnya di Narmak, timur Tehran. Dua anaknya lelaki dan perempuan adalah penuntut Kejuruteraan Electronik manakala yang lelaki bongsu masih belajar di sekolah tinggi. Isterinya sorang guru dan pengaji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...