PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, June 7, 2012

KULIAH 1 - KONSEP DAN CIRI SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL


SISTEM BUMI
KONSEP SISTEM
Sistem merujuk kepada satu set angkubah yang saling bertindak balas antara satu sama lain yang mempunyai tenaga dan bahan di mana tenaga dan bahan tersebut boleh keluar masuk dari sistem tersebut. 
Kata kunci
-          satu set angkubah
-          saling bertindak balas antara satu sama lain
-          mempunyai tenaga dan bahan
-          tenaga dan bahan boleh keluar masuk dari sistem tersebut

JENIS-JENIS SISTEM

A. Sistem terpencil / Isolated System 
-   Mempunyai sempadan yang tertutup
-   Tidak membenarkan pertukaran tenaga dan jisim atau bahan melaluinya.
-   Sistem ini tidak terdapat pada alam nyata tetapi boleh didapati melalui uji kaji
    makmal.
      B. Sistem tertutup / Closed System
      -   Mempunyai sempadan yang tertutup.
      -   Menerima pertukaran tenaga sahaja manakala jisim atau bahan tidak dapat
          masuk  atau keluar melalui sistem ini.
      -  Contoh: hubungan bumi dengan matahari di mana bumi hanya menerima tenaga   
          sahaja daripada matahari tetapi tidak menerima bahan atau jisim daripada matahari.

     C. Sistem terbuka / Open System
    -          Sistem ini membenarkan kedua-duanya iaitu tenaga dan bahan masuk dan keluar
           melaluinya.
    -          Sistem ini bergerak dan beroperasi hingga ke tahap yang maksimum.
    -          Apabila berada di tahapmaksimum maka input dan output tenaga dan bahan
           menjadi seimbang.
   -     Sistem terbuka banyak didapati di alam nyata contohnya  organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem menggunakan bahan ( makanan ) dan mengeluarkan bahan kumbahan. Organisma juga menerima tenaga dan mengeluarkan tenaga ( haba )

CIRI-CIRI SISTEM
1.    Mempunyai angkubah-angkubah atau unsur-unsur
2.    Angkubah-angkubah atau unsur-unsur saling bertindak balas antara satu sama lain.
3.   Mempunyai bahan seperti air, gas, mineral yang dapat keluar masuk ke dalam sistem      
     tersebut.
4.    Mempunyai tenaga yang boleh masuk dan keluar daripada sistem terebut.
5. Angkubah-angkubah akan beroperasi sehingga ke tahap yang maksimum dan ini memerlukan tempoh yang lama.
6.    Mempunyai sempadan-sempadan tersendiri yang dapat dikenalpasti dengan jelas.

SISTEM-SISTEM DALAM SISTEM BUMI
Sistem geomorfologi
   -       Merujuk kepada kajian saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi.
   -       Contoh proses luluhawa, hakisan, gerakan jisim pengangkutan dan pemendapan bahan.
  - Kombinasi pelbagai proses ini akan menghasilkan konfigurasi bentuk bumi sama ada di lembangan saliran, pinggir pantai, kawasan gurun, kawasan pra glasier dan sebagainya. 

       Sistem atmosfera
   -    Merujuk kepada kajian saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara, kelembapan udara, tiupan angin dan sebagainya.
-       Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dikaji mengikut ruang dan masa.

Sistem hidrologi
-       Merujuk kepada kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera, atmosfera dan air dalam   tanah.
-  Tumpuan kepada kitar air, perubahan fasa air, proses-proses serta saling kaitan     unsur-unsur yang ada dalam kitaran hidrologi.

Sistem ekologi
-       Satu sistem yang mengkaji habitat fauna dan flora yang dipecah-pecahkan kepada                ekosistem-ekosistem seperti ekosistem daratan dan akuatik.
-      Tumpuan kajian adalah kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan        ekosistem tersebut.
 
HUBUNGAN / PERKAITAN ANTARA SISTEM-SISTEM
-       Keempat-empat sistem yang terdapat di permukaan bumi  ( geomorfologi, atmosfera,           hidrologi dan ekologi ) saling berinteraksi antara satu sama lain.
-       Sebarang gangguan terhadap satu system akan memberi kesan kepada sistem yang lain.
-       Contoh bermulanya kitaran hidrologi dalam system hirologi dimulakan dengan proses            sejatan yang berlaku ke atas badan-badan air seperti laut, tasik, sungai, kolam dan sebagainya. Ini diikuti dengan proses pemeluwapan dan seterusnya berlaku kerpasan.
-       Kerpasan yang turun kepermukaan bumi akan membentuk larian air permukaan.
-       Permukaan bumi ( sistem geomorfologi ) akan mengalami penghausan akibat hakisan          tindakan air yang mengalir ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...