PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 25, 2016

SAMBAL IKAN BERDAGING ULAR SAWA


sambal ikan tapi daging ular sawa

PENGGUNA
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi kerabu segera dalam paket keluaran negara asing.
Ini kerana, sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut diperbuat daripada daging ular sawa.
JAKIM mengesahkan bahawa produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT) pada tahun 2012.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM, pihaknya mengesahkan bahawa  produk tersebut bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT dan tindakan mahkamah telah diambil kerana pengalahgunaan logo halal.
“Walau bagaimanapun, produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CITOT. Isu ini masih di bawah tindakan Mahkamah Negara Thailand atas isu penggunakan logo halal yang telah tamat tempoh,” tulis JAKIM dalam kenyataan berikut.
JAKIM juga meminta netizen agar sentiasa menyemak status produk yang diragui kehalalannya terutama jika membeli produk keluaran negara asing di laman web www.halal.gov atau muat turun aplikasi telefon pintar, myjakim untuk mendapatkan kepastian. 
(IH)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...