PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 11, 2016

KEMAHIRAN GEOGRAFI - SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN





KEMAHIRAN GEOGRAFI
Jawab semua soalan.

1
Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah penduduk bandar mengikut negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.



Negeri
Penduduk Bandar
 Tahun 2000
Penduduk Bandar Tahun 2010
Selangor
3,483,765
6,389,851
Johor
1,638,772
3,089,056
Sabah
1,182,890
2,191,048
Perak
1,207,948
1,507,422
Kuala Lumpur
1,297,526
1,775,337
Sarawak
963,232
1,443,637
Pulau Pinang
974,779
1,235,545
Kedah
608,696
999,021
Kelantan
451,861
797,001
Pahang
518,176
793,950
Negeri Sembilan
456,535
706,857
Terengganu
434,273
697,451
Melaka
405,917
607,266
Perlis
67,084
87,256
Labuan
54,162
82,881



(a)
Berdasarkan jadual 1, hitung peratus perubahan penduduk bandar bagi setiap negeri di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010   
                                  
(5m)

(b)
Kenalpasti negeri yang mengalami peratus perubahan penduduk Bandar yang paling tinggi dan jelaskan mengapa ia berlaku ?   
                             
(10m)

(c)
“Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar fiizikal di bandar”.  Sejauh manakah pernyataan ini benar.                                                                                                
(13m)



SKEMA JAWAPAN

1.
(a)
Berdasarkan jadual 1, hitung peratus perubahan penduduk bandar bagi setiap negeri di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010   
                                  
(5m)


Formula peratus perubahan: 
Penduduk Tahun 2010 – Penduduk tahun 2000
                                                                                                                X 100
                                                      Penduduk tahun 2000        





Negeri
Penduduk Bandar
 Tahun 2000
Penduduk Bandar Tahun 2010
Peratus perubahan (%)
Markah
Selangor
3,483,765
6,389,851
83.41

1
Johor
1,638,772
3,089,056
88.49
Sabah
1,182,890
2,191,048
85.22
Perak
1,207,948
1,507,422
24.79

1
Kuala Lumpur
1,297,526
1,775,337
36.82
Sarawak
963,232
1,443,637
49.87
Pulau Pinang
974,779
1,235,545
26.75

1
Kedah
608,696
999,021
64.12
Kelantan
451,861
797,001
76.38
Pahang
518,176
793,950
53.22

1
Negeri Sembilan
456,535
706,857
54.83
Terengganu
434,273
697,451
60.60
Melaka
405,917
607,266
49.60

1
Perlis
67,084
87,256
30.14
Labuan
54,162
82,881
53.02
Pemarkahan: 3 negeri betul = 1 markah.
15 negeri ÷ 3 markah = MAX 5

MAX 5



(b)
Kenalpasti negeri yang mengalami peratus perubahan penduduk Bandar yang paling tinggi dan jelaskan mengapa ia berlaku ?   
                          
(6m)



Isi Jawapan
Huraian dan contoh
Markah
Mengenalpasti negeri peratus perubahan tertinggi = Johor (88.49%)
1
Sebab-sebab negeri Johor mengalami pertambahan penduduk bandar yang paling tinggi:

B1
Faktor migrasi masuk
Johor menerima kadar migrasi masuk yang tinggi teruatamnya dari negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini disebabkan oleh:

  • Sektor ekonomi perindustrian dan perkhidmatan yang berkembang dengan pesat telah mencipta banyak peluang pekerjaan di bandar-bandar besar negeri Johor dengan tawaran gaji yang tinggi.
  • Pembangunan bandar yang pesat. Kemudahan pembandaran yang menarik; prasarana lengkap, perumahan, perkhidmatan sosial, pasar raya, dan kemudahan hiburan dan rekreasi. Di samping kewujudan bandar-bandar moden seperti di Nusa Jaya
  • Kemudahan pengangkutan yang baik yang meningkatkan kadar ketersampaian antara satu tempat dengan satu tempat yang lain yang memudahkan pergerakan penduduk.
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih banyak dengan kewujudan pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) di negeri Johor.


1



1




1




1



1

MAX 4

B2
Faktor pertumbuhan semula jadi penduduk.
Faktor pertumbuhan semula jadi penduduk bandar yang dikaitkan dengan kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah:
  • Kadar kelahiran yang tinggi penduduk bandar di negeri Johor disebabkan oleh perkahwinan di antara migran yang berusia muda yang mempunyai aras kesuburan yang tinggi.
  • Kadar kematian rendah - Kadar ini dipengaruhi oleh taraf kesihatan yang bertambah baik (ubat-ubatan, bilangan doktor, kewujudan lebih banyak hospital, poliklinik, klinik swasta dll
  • Pendapatan dan taraf hidup penduduk bandar yang meningkat. Peningkatan pendapatan dan taraf hidup membolehkan pasangan mampu memiliki saiz keluarga yang lebih ramai.


1

1




1


1

MAX 2


Pemarkahan: Kenalpasti negeri = 1 Markah + Faktor Migrasi = 4  Markah + Faktor semulajadi = 2 markah. MAX 7 markah.

MAX 7




(c)
“Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar fiizikal di bandar”.  Sejauh manakah pernyataan ini benar.                                                                                                
(13m)



Judul Isi Jawapan
Huraian dan contoh
Markah
Kesan negatif ke atas alam sekitar manusia di bandar akibat pertumbuhan penduduk yang pesat :

C1
Menjejaskan kesihatan penduduk
·         Impak sosial seperti penyakit kerongkong, lelah/asma akibat pencemaran udara dan jerebu di bandar. Di samping penyakit bawaan air seperti kencing tikus dan taun di kawasan setinggan yang sumber airnya tercemar.
·         Rebakan penyakit yang cepat seperti denggi, selsema burung, SARS akibat kepadatan penduduk yang tinggi – sukar di kawal.



2
C2
Fenomena setinggan.
·         Persaingan guna tanah yang tinggi menyebabkan kos hartanah di bandar menjadi sangat mahal. Nilai harga rumah kediaman terlalu tinggi.
·         Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam bandar tidak mampu memiliki rumah dan terpaksa mendiami kawasan setinggan.



2
C3
Kemiskinan bandar.
·         Daya saing ekonomi penduduk bandar yang lemah  meningkatkan kadar pengangguran yang seterusnya mengakibatkan fenomena kemiskinan bandar.
·         Permasalahan ini berlaku disebabkan kurangnya kemahiran dan kelulusan yang rendah - tidak dapat memenuhi sektor pekerjaan formal di bandar.
·         Kebanyakan migran bandar hanya bekerja dalam sektor tidak formal yang menghasilkan pendapatan yang kecil relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar.
·         Ini menyebabkan mereka tergolong dalam lingkungan miskin bandar.



2
C4
Kesesakan bandar
·         Kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan kesesakan di kawasan padat (slum area) seperti di kawasan setinggan.
·         Kesesakan lalu lintas juga berlaku terutama di pusat bandar-bandar besar di sebabkan oleh pertambahan kenderaan dan sikap penduduk yang sukar di kawal.



2
C5
Masalah sosial.
·         Kadar pengangguran yang tinggi akan mengakibatkan pelbagai isu sosial yang bersabit dengan kemiskinan, jenayah, dan kacau ganggu. 
·         Masalah ragut, jenayah – pembunuhan, rompakan dan penyalahgunaan dadah berleluasa di bandar.
·         Penyerapan budaya liar seperti – LGBT,seks bebas dan Black Metal juga menyerap dengan cepat dalam kalangan penduduk miskin dan padat di bandar.






2
C6
Kualiti hidup merosot.
·         Kualiti hidup merosot disebabkan oleh peningkatan kos hidup yang tinggi di bandar dan tidak mampu dimiliki oleh golongan miskin bandar seperti kos kesihatan, pendidikan, pengangkutan dll.
·         Wujudnya golongan gelandangan dalam bandar – tiada rumah/hidup melarat sebagai pengemis.
·         Kemerosotan kualiti hidup di sebabkan alam sekitar tercemar seperti pencemaran udara, air, bunyi dan bau.




2

Selain itu, pertumbuhan penduduk bandar yang pesat juga memberikan kesan positif ke atas alam sekitar manusia di bandar. Di antaranya ialah:


1
C7
Aset tenaga kerja.
·         Penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja yang mudah dan murah dalam sektor pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan.
·         Kesannya sektor ekonomi bandar dan rantaiannya berkembang dengan lebih cepat – kekurangan buruh dapat di atasi.



2
C8
Perluasan pasaran.
·         Pertambahan penduduk menyebabkan saiz pasaran domestik menjadi lebih luas – barangan dan perkhidmatan dapat dijual dengan mudah di bandar.
·         Pertambahan golongan menengah dalam bandar meningkatkan kuasa beli pengguna – barangan mewah dan berjenama boleh dijual dengan mudah. Ekonomi perniagaan cepat berkembang.



2
C9
Pertambahan kawasan pilihanraya.
·         Pertambahan penduduk memerlukan persempadanan semula kawasan pilihanraya supaya lebih seimbang.
·         Kawasan parlimen dan DUN akan bertambah untuk mewakili penduduk.
·         Kuasa dan suara politik menjadi semakin kuat untuk membela penduduk secara adil mewakili semua lapisan masyarakat.
·         Perkhidmatan wakil rakyat menjadi lebih mudah, fokus dan lebih berkesan apabila saiz DUN dan parlimen yang diwakilinya menjadi lebih kecil mengikut jumlah populasi.





2


Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah penilaian sejauhmana = 13 Markah.
Pecahan isi : Kesan Negatif + Kesan Positif (3 + 3 atau 4 + 2)

MAX 13


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...