PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, September 5, 2016

PENDUDUK - SOALAN DAN JAWAPAN



KONSEP PENDUDUK
Jawab semua soalan.

1
(a)
Apakah yang di maksudkan dengan penduduk sebagai sumber manusia?          
(3m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...






(b)
Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara.                                         
(6m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..…………………………………….....................................................................................






(c)
Perihalkan tiga cara bagaimana penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikalnya.                                        
(6m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………...
………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………


SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)
1.
(a)
Apakah yang di maksudkan dengan penduduk sebagai sumber manusia?
         
(3m)


Sumber manusia ialah aset / tenaga buruh / tenaga kerja dalam sesebuah negara yang diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti.

Ciri-ciri
-          sumber manusia diukur berdasarkan kuantiti / bilangan seperti: Jumlah / bilangan / saiz penduduk Umur dan jantina
Ciri-ciri
-          sumber manusia diukur berdasarkan kualiti seperti: Taraf pendidikan / tahap kemahiran / kepakaran dalam sesuatu bidang secara saintifik Tahap kesihatan / kemenjadian / kualiti fizikal
-          Sikap / amalan budaya / kemahiran insaniah (soft-skill) – kepimpinan, kerjasama, cekap, amanah, kebolehan berkomunikasi.






(b)
Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. 
                                       
(6m)


b1        Pendidikan – Kelulusan akademik, kadar celik huruf / celik ICT tinggi.
b2        Kemahiran – Kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional dll
b3        Tahap kesihatan – jika sihat daya tahan tinggi, produktif, kuat kerja – akses kemudahan kesihatan yang baik – peningkatan kualiti hidup – kemenjadian penduduk.
b4        Kebolehkerjaan (fizikal dan mental) budaya kerja yang positif – menepati masa – mobiliti buruh – patuh arahan.
b5        Sikap positif – tahap kepimpinan yang tinggi dan berdaya tahan – kecekapan berkomunikasi – tahap integriti – keterbukaan minda

b6        Dasar Kerajaan – Kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus, insentif, biasiswa – akses pendidikan – galakan pendidikan – galakan R&D.



(c)
Perihalkan tiga cara bagaimana penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikalnya.   
                                    
(6m)


c1        Pertanian – mengubah bentuk muka bumi melalui penyahhutanan – aktiviti ragutan – pencemaran air, tanih dan udara.
c2        Perlombongan – tebuk, gerudi, gali, letup – kehabisan sumber mineral- kerosakan dan pencemaran alam sekitar.
c3        Pembalakan – tebang pokok- kesan gondol, hakisan, tanah runtuh – kepupusan kepelbagaian biologi.
c4        Perkilangan – pembakaran bahan tenaga fosil dan pelepasan sisa – menyebabkan pencemaran alam.
c5        Pembangunan tanah dan pembinaan – penerokaan tanah, perataan tanah, peneresan tanah – berlaku hakisan dan tanah runtuh.
c6        Perikanan – Memukat, menuba, mengebom, bina prasarana perikanan, akuakultur – kerosakan terumbu karang – pencemaran air
c7        Pengangkutan – pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pembakaran bahan api fosil – pelepasan asap – pencemaran udara, bunyi
c8        Pelancongan – Pembinaan infrastruktur, pembuangan sisa – pencemaran air – perubahan suhu – pembinaan kawasan rekreasi.
c9        Pembangunan kawasan petempatan / domestik – Pembuangan sisa, pembuangan bahan kumbahan. Pembakaran terbuka – pencemaran alam sekitar.
c10      Aktiviti bukan ekonomi – peperangan/ pilihan raya/ demonstrasi/ ujian nuklear – mengganggu alam sekitar – pencemaran alam sekitar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...