AJK PPU telah merancang dan melaksanakan aktiviti berbalas pantun antara rumah sukan. Rumah sukan yang terlibat adalah rumah temengong, laksamana, panglima dan bendahara. Pertandingan adalah secara kalah mati. Akhirnya dimenangi oleh rumah panglima.
Rumah Temengong dengan Rumah Panglima, yang tengah dua orang
adalah Pengerusi Majlis
Antara Juri Pengadil Tn. Hj. Abdul Malik, Cikgu Zaini Yaakob dan Pn. Najihah,
manakala Hjh. Norlina adalah sebagai pemerhati
Rumah Bendahara dengan Rumah Laksamana |
Antara hadirin yang hadir. |
PANTUN PEMBUKA MAJLIS
Melati kuntum
tumbuh melata,
Sayang merbah di
pohon cemara;
Assalamualaikum
mulanya kata,
Saya sembah pembuka
bicara.
Ingin rasa memakan
kari,
Kari cendawan
batang keladi;
Girang rasa tidak
terperi,
Bertemu tuan yang
baik budi.
Mencari timba si
anak dara,
Di bawah sarang
burung tempua;
Salam sembah
pembuka bicara,
Selamat datang
untuk semua.
Sayang kumbang
mencari makan,
Terbang seiring di
tepi kali;
Selamat datang kami
ucapkan,
Moga diiring restu
Ilahi.
Ke Pekan Kuala
membeli bingka,
Sayang pesanan
terlupa sudah;
Majlis bermula
tirai dibuka,
Dengan alunan madah
yang indah.
Indah berbalam si
awan petang,
Berarak di celah
pepohon ara;
Pemanis kalam
selamat datang,
Awal bismillah
pembuka bicara.
Mega berarak indah
berbalam,
Dipuput bayu ke
pohon ara;
Pemanis kalam
selamat malam,
Awal bismillah
pembuka bicara.
|
GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Anak cina pasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Sebagai rambut bersimpul mati Batang selasih permainan budak Daun selasih dimakan kuda Bercerai kasih talak tiada Seribu tahun kembali juga Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan Kalau tuan mudik ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga
Banyak
hari antara hari
Tidak semulia hari
jumaat
Banyak nabi antara
nabi
Tidak semulia Nabi
Muhammad
Anak ayam turun
sepuluh.
Mati seekor tinggal
sembilan
Bangun pagi
sembahyang subuh
Minta ampun kepada tuhan
|
No comments:
Post a Comment