PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, February 16, 2013

KULIAH 7 - KAITAN SISTEM ATMOSFERA DENGAN MANUSIA


Sawah Padi banjir

 Pengaruh cuaca  dan Iklim terhadap aktiviti ekonomi.
i.              Perikanan - Musim tengkujuh nelayan pinggir pantai
         tidak dapat turun keluat
ii.           Pertanian – setiap jenis tanaman memerlukan iklim dan 
        cuaca yang berlainan.
iii.         Perdagangan
iv.        Pelancongan – Iklim yang berlainan di kawasan 
        berlainan telah mewujudkan pelbagai jenis tarikan 
        semulajadi.
v.              Perindustrian
vi.            Pembalakan.

Menjelaskan fenomena Iklim

i)               Banjir

Konsep
Kawasan Kilang banjir
Seringkali dataran-dataran tanah pamah yang terletak berhampiran tebing sungai akan mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang tutun dengan intensisti yang tinggi. Contoh-contoh sungai dan dataran tanah pamah yang seringkali mengalami fenomena banjir teruk ialah sungai Huang Ho di China, Delta Muara Sg Ganges di India. Banjir besar seumpama ini akan mengorbankan nyawa manusia, ternakan dan harta benda.

Sawah padi dilanda kemarau
ii)             Kemarau

Konsep
Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi  jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang. Kemarau boleh terjadi disebabkan faktor semulajadi (seperti fenomena El- Nino) dan faktor manusia.




iii)           Siklon Tropika

Konsep
Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia. Siklon Tropika boleh dibahagi kepada Ribut Tropika / Taufan dan Tornado.

a)             Ribut Tropika/ taufan

Konsep
Hurricane Ivan
rlaku di kawasan garis lintang 8o-35o U dan selatan  Khatulistiwa.
-       Ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, misalnya di Lautan Pasifik.
-       Terjadi akibat pemanasan yang tinggi dari habaMatahari, arus lautan juga menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara  yang rendah di bawahnya.
-       Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi, maka angin akan bertiup masuk dengan kencang ke kawasan tekanan udara rendah tersebut.
-       Angin mampu bertiup kencang melebihi 270 km sejam dalam bentuk berpusar.
-       Contoh: Negara yg kerap dilanda taufan- Filipina.

Tornada 

      b)       Tornado

   -       Ia berbeza dengan taufan dari segi Kawasan liputan , hala tuju serta tempoh ia berlak tetapi dari segi mekanisme kejadian masih sama.
   -       Saiz liputan tornado adalah lebih kecil, namun halajunya lebih tinggi (melebihi 650 ksejam) tetapi tempoh berlaku lebih pendek berbanding taufan.
   -       Juga dikenali sebagai puting beliung.





El Nino di Asia Tenggara
                             c)        Fenomena El -Nino.
                  
Konsep El-Nino
  -       Merujuk peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas.
   -       Ia seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau


Proses Kejadian
-       Ia adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam setiap 3 – 5 tahun.
-       Dalam keadaan normal, angin timuran akan bertiup dari timur ke  barat merentasi Lautan Pasifik.
-       Angin ini akan mengangkut kelembapan udara  (awan). Yang terbentuk di Lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan monsun di bahagian  barat Pasifik seperti Malaysia dan di kawasan Asia Tenggara dan Australia.
-       Semasa kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku. Air laut yang panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.
-       Hal ini akan melemahkan, menghentikan atau mengubah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur.
-       Oleh sebab itu, hujan monsun turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya di Asia Tenggara.
-       Kesannya cuaca panas, kemarau dan suhu yang tinggi di alami di  Negara Asia Tenggara.

Kesan Fenomena El - Nino.
      i.          Kejadian kemarau yang panjang.
    ii.          Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutan
  iii.          Menjejaskan kesihatan
  iv.          Mengancam penghasilan pertanian makanan
    v.          Krisis bekalan air
  vi.          Mengancam sumber kehidupan akuatik.

d).  Fenomena La – Nina.
La Nina melanda Amerika Selatan

  Konsep La-Nina.
  Merujuk kepada kejadian fenomena banjir.

 Proses kejadian fenomena La- Nina.
-       Apabila El- Nino berakhir, bermakna suhu permukaan Lautan Pasifik juga akan menurun (dianggarkan 3-5°C).
-       Kejatuhan  suhu Lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi berbanding bahagian daratan.
-       Ini membolehkan angina bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan.
-       Antara contoh keladian La - Nina yang telah dialami oleh negara-negara terletak di timur Lautan Pasifik.

 Kesan-kesan Fenomena La - Nina.
-       Kejadian banjir besar. Contoh: Bandar Itaqui di Selatan Brazil, Bandar Santiago di Chile.
-       Mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
-       Kehilangan tempat tinggal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...