PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, May 16, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL 1 - STPM [GEOGRAFI KERTAS 1 ]


Jawap empat soalan sahaja.

1.      a) Nyatakan tiga aspek perbezaan antara ekuinoks dan solstis.                                       [5]
b) Terangkan kesan kecondongan paksi bumi terhadap penerimaan bahangan matahari     [8]
c)  Huraikan empat pengaruh tenaga suria terhadap aktiviti manusia.                                 [12]

2.      a) i.  Apakah yang dimaksudkan dengan plat tektonik                                                        [3]
    ii. Labelkan lima plat tektonik di atas peta dunia yang disediakan.                                 [5]
b) Jelaskan proses-proses pergerakan plat tektonik                                                          [9]
c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.                         [8]

3.      a) Berdasarkan peta 1 Lembangan Sungai  Mesra yang berskala 1: 50 000,
            i.    Apakah yang dimaksudkan dengan garisan kontur?                                           [3]
            ii.   Nyatakan  tiga ciri fizikal dan tiga ciri budaya  yang terdapat pada peta.              [3]
            iii.  Kira kecerunan poin   X (345 m)  dengan  poin Y.                                               [3]
            iv.  Dengan menggunakan skala tegak yang sesuai, lukis keratan rentas  pada sepanjang
                  garisan utaraan 27                                                                                            [8]
            v.   Beri cadangan guna tanah yang sesuai bagi kawasan peta tersebut.                      [8]                                                     
 ATAU
      
        b) i.   Apakah yang dimaksudkan dengan hanyutan pantai.                                           [4]
           ii.   Terangkan punca-punca utama pertambahan bekalan bahan mendak yang terdapat
                  dipinggir pantai.                                                                                                [9]
          iii.   Jelaskan kepentingan penebusgunaan tanah kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti
                manusia.                                                                                                             [12]

4. a)  Terangkan kaedah,
            i.   mengukur  suhu maksimum  dan minimum.                                                          [5]
             ii.  mengukur julat suhu harian.                                                                                [3]
            iii.  mengukur hujan tahunan                                                                                    [3 ]   
b)  Namakan alatan untuk menyukat suhu, hujan, kelembapan bandingan dan tekanan udara.[4]
c)  Huraikan faktor-faktor  yang  mempengaruhi  taburan  suhu   secara  mendatar  yang  tidak
     seragam di permukaan bumi.                                                                                       [10]

5.    Berdasarkan gambar rajah di atas,
a)      Apakah yang dimaksudkan dengan  fenomena cuaca dan iklim di atas?              [5]
b)      Terangkan proses I, II dan III.                                                                            [10]
c)      Jelaskan kesan-kesan fenomena  cuaca dan iklim di atas terhadap persekitaran fizikal 
     dan manusia setempat.                                                                                           [10]

6.  a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan udara ?                                                 [5]
     b) Lukis gambar rajah yang sesuai serta  huraikan  mekanisma kejadian bayu darat  dan bayu laut. [10]  
     c) Huraikan kesan perubahan cuaca ekstrim terhadap kehidupan manusia.                       [10]

7. a) Nyatakan kandungan juzuk bukan gas di atmosfera                                                [5]
    b) Huraikan punca menyebabkan berlakunya fenomena jerebu.                                        [10]
    c) Terangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kesan  jerebu.[10]     

8. Jadual 3 menunjukkan min suhu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X.
Jadual 3: Min suhu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X
        Bulan Pembolehubah
J
F
M
A
M
J
J
O
S
O
N
D
Suhu (° C)
25
26
24
23
21
20
20
20
24
24
23
23
Hujan (mm)
40
60
130
210
160
50
20
30
40
60
110
80

a)        Lukis graf yang sesuai bagi menunjukkan pola taburan min suhu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X.                                                                                          [12]
b)        Jelaskan pola hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.                                 [5]
c)        Huraikan kesan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut terhadap aktiviti pertanian.[8]

 
Peta 2  untuk menjawab soalan 3a.
Peta 2.   Lembangan Sungai Mesra.


Peta Dunia untuk menjawab soalan 2aii.


Tuesday, May 15, 2012

GAMBAR BERCERITA

Hoi!!! Mak Chik, Kakak.... ini tempat ambil nombor ekor bukan ambil tiket bas express.

Nak tunjuk teror tak bertempat. Karang buat kawan terkejut jatuh kot.

Who want to go to this place ? 







Tak tergamak teman nak jamah durian ni.



Ada lagi rakyat Malaysia tinggal rumah macam ni.


Awan pelik di Maxico


Sebelum ni tak jumpa pun. aleh-aleh baru jumpa!!!


Tentu masyarakatnya pun mangkuk. Jangan mangkuk hayun dah!!!


  Eh! eh! ganasnya. Relek ja koma di atas                      






























KEHIDUPAN SEBELUM MANUSIA DI BUMI


ZAMAN TAMADUN PURBA
 
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2012, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC + 2012AD = 6012 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 



Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.


ZAMAN DINOSAUR
Fosil Dinosaur
Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur. Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya. Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT
,


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya? Untuk menjawab persoalan ini kita rujuk kepada buku dari Muhammad Isa Dawud.
 
Muhammad.Isa Dawud
HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Uranium terurai di Oklo, Afrika
Gambar (di sebelah) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
 
Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Young Hol Chan


Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupa bumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as. 


Gua Goat's Hole, di Pavillon, Gower
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Rangka Red Lady
Lukisan Purba di Lascaux Cave, Perancis
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di kiri) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya. 
Gambar (di kanan) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Rangka manusia di Mohenjo-Daro
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Makhluk Bumi yang hidup sebelum zaman Jin
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

Friday, May 11, 2012

SURAH-SURAH MUJARAB UNTUK DIAMALKAN


.

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan di gua Hira’ ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul ‘Izzah, seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj (berperingkat) kepada Rasulullah SAW

“Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah”(Hasan al-Banna)

10 surah dalam Al-Quran yang paling mujarab dan sangat baik untuk diamalkan. InsyaAllah.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2.  SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.

Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3.  SURAH AD-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.




5.  SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6.  SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7.  SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8.  SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9.  SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10.  SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Jom kita sama-sama amalkan membaca Al-Quran. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada kita.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya

wanitasihat.

Sunday, May 6, 2012

BANDAR MAMPAN - ECO CITY TIANJIN, CHINA

Bandar Eko- Tianjin
Tianjin, China.; Bandar mampan yang terbesar di dunia, seluas hampir 30 kilometer persegi, dengan keadaan kehidupan bandar  akan dibangunkan di Selatan negara China. Pembangunan bandar ini adalah secara usahasama antara kerajaan China dan Singapura

Berasal dari tanah pinggir akan ditukarkan kepada  eko-bandarTianjin terletak 150 kilometer di tenggara  Beijing, yang dihubungkan kurang daripada satu jam dengan kereta api berkelajuan tinggi yang serba baru.

Bandar, yang direka bentuk untuk lebih kurang separuh daripada saiz Manhattan Island di Amerika Syarikat, dijadualkan akan dijana dengan teknologi penjimatan tenaga paling hebat abad ini iaitu tenaga solar.

Direka oleh  Kumpulan Perancangan Bandar-Suburban, bandar ini juga dirancang untuk mempunyai sistem transit aliran ringan termaju dan pelbagai eko-landskap di antara dari solarscape berkuasa matahari untuk kehijauan  earthscape  berpenghuni anggaran 350,000 penduduk.

Sebuah bandar yang mampan atau eko-bandar merupakan sebuah bandar yang terancang untuk menghasilkan tenaga, makanan dan air  sendiri dengan cara yang tidak menyebabkan kemudaratan kepada alam dalam bentuk seperti sisa, pencemaran air atau kerosakan kepada udara. Kaedah ini adalah mengikut Richard Register mula-mula menggunakan istilah 'ecocity' dalam bukunya, Ecocity Berkeley: Membina Bandar Masa Depan yang sihat (1987).


"Di Tianjin, penduduk dijangka untuk mengambil dayausaha sendiri untuk menghijau bandar. Jika mereka mengambil bas dan menyusun sampah mereka untuk dikitar semula. Aspek sistem harian di bandar ini sedang digunakan sebagai "guinea pigs" untuk teknologi baru yang mampan.

General Motors, sebagai contoh, menjalankan projek di Tianjin untuk menguji operasi pemanduan kereta elektrik dalam trafik biasa,  yang penuh dengan pemandu, pejalan kaki dan penunggang basikal yang tidak menentu.

Projek percubaan lain termasuk pemasangan lampu rendah tenaga, oleh Gergasi elektronik  Philips. Tong sampah juga akan mengosongkan diri mereka dengan menghisap kandungan sampah ke dalam rangkaian penyingkiran bawah tanah.

Sebagai pengetahuan, Treasure Island dan Arcosanti di Amerika Syarikat, Masdar City di Abu Dhabi dan Clonburris di Ireland adalah sebahagian daripada eko-bandar-bandar terkenal di dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...