ZAMAN TAMADUN PURBA
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa
tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu
sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2012, ini bermakna tamadun
Mesopotamia adalah berusia :
4000BC + 2012AD = 6012
tahun
Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai
usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk
seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama
Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah
sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.
Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur
Nabi Adam as ada dinyatakan hidup di bumi selama 930
tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan
usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun
Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu
adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
ZAMAN DINOSAUR
Fosil Dinosaur |
Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama
di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila
menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan
rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan
ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.
Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur. Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur. Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh
kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan
tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi
berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa
yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan
malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia.
Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya. Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa)
kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?.
Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan
logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi
Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT
semasa Allah mencipta Adam as?
MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT ,
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan
Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah 2: 30)
Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu
satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan
manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan
Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui
rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk
makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap
makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya? Untuk menjawab persoalan ini kita rujuk kepada buku dari Muhammad Isa Dawud.
Muhammad.Isa Dawud |
HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA
DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya
bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa
penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang
dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal
dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah
darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum
manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam
berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada
Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat
kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’
untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Uranium terurai di Oklo, Afrika |
Gambar (di sebelah) Saintis menunjuk uranium-uranium
yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang
lampau di Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.
JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA
Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.
Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.
MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta
tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk
mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah
membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar
terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga
terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan
peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah
memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh
manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang
tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan
jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Young Hol Chan |
Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja
menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada
Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah
lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupa bumi.
Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat
Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah
diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah
ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady |
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010
tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’
sebelum kedatangan Nabi Adam as.
Gua Goat's Hole, di Pavillon, Gower |
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford,
William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira
18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah
rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Rangka Red Lady |
Lukisan Purba di Lascaux Cave, Perancis |
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat
kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang
mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang
diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di kiri) adalah rangka Red Lady dianggarkan
berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka
Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang
wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di kanan) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di
Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun.
Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Rangka manusia di Mohenjo-Daro |
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan
rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus.
Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat
letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih
sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Makhluk Bumi yang hidup sebelum zaman Jin |
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan
mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini
kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut.
Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah
wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun,
sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah
tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..
No comments:
Post a Comment