PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, June 1, 2013

MANUSIA DAN EKOSISTEM

Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang
menggunakan antara disiplin yang 
menggunakan suatu pencapaian holistik untuk
menolong orang menyelesaikan masalah
dan menambah potensi manusia dalam alam
yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga,
rumah, dan masyarakat mereka. Ahli ekologi 
manusia mengalakkan keadaan baik individu, 
keluarga, dan masyarakat melalui pendidikan,
pencegahan, dan pemberian kuasa. 

University of Alberta, Dept. of Human Ecology



Kesan-kesan fenomena penyahutanan di negara-negara Asia Tenggara 
terhadap alam sekitar yang boleh dibincangkan ialah:
Kesan ke atas sistem geomorfologi.
o  Penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti Luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh.permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.
o Pencemaran sungai/kekeruhan dan dasar sungai menjadi cetek Yang mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Bahan-bahan termendap di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek dan lebih cepat mengalirlimpahkan Airnya. Misalnya kejadian banjir lumpur.

Kesan ke atas sistem hidrologi    

Mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Penyahhutanan untuk tujuan perinduatrian akan menghilangkan kawasan tadahan hujan yang menjadi Stok/simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, Tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah, proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu Sistem Bekalan Air. Mengurangkan jumlah hujan tempatan. Penyahhutanan bererti  menghapuskan proses sejat-peluhan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi penyumbang utama kepada kelembapan udara untuk menghasilkan awan dan hujan. Akhirnya, curahan hujan di kawasan tersebut akan berkurangan dan kawasan tersebut akan mengalami kemarau. 
Selain daripada itu kegiatan perinduatrian akan menurunkan kualiti sumber air terutamanya di kawasan-kawasan bekas hutan paya bakau dan paya nipah yang dibangunkan untuk tujuan perindustrian.

Kesan ke atas atmosfera

o  Penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan/peningkatan indeks Suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan Pemanasan setempat. Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk Menyederhanakan suhu dan mengekalkan peratus kelembapan Udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air).kawasan tersebut juga akan terdedah kepada bahangan matahari. Secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh tumbuhan.  Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.

Kesan ke atas sistem ekologi
Penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada Biodiversiti. Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan habitat dan ekosistemnya serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain kepupusan Spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari Habitat yang baru.



Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif akibat pembangunan pertanian terhadap alam sekitar . Antaranya ialah:

Rumah Burung Hantu
    Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti akta jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka khususnya di Tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh Diambil seperti denda/kompaun kepada mana-mana individu atau Saman/menarik balik lesen perniagaan/di sitar kepada mana-mana Syarikat atau agensi yang didapati bersalah. 
o   Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan baja Organik di samping dapat memelihara alam sekitar. Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan Tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain. Kacang tanah sebagai contoh membekalkan nitrat yang tinggi kepada tanah. Dengan itu, kita boleh mengelakkan keburukan amalan tanaman sejenis.
Itek memakan siput gondang
o   Tanaman bercampur dan tanaman selingan pula sesuai dilakukan di kawasan ladang getah dan kelapa sawit di peringkat awal penanaman atau selepas proses tanam semula dilakukan sebagai contoh, kelapa sawit diselangi dengan tanaman Pisang, ubi kayu, keledek, kacang tanah dan lain-lain lagi yang bersifat jangka pendek. Tanaman-tanaman ini bukan sahaja boleh menjadi pelindung tanah kepada agen-agen hakisan malah ia mampu mengekalkan nutrien semula jadi tanah.  Menanam tanaman tutup bumi dan juga pokok-pokok pelindung bagi sesuatu kawasan tanah yang baru dibuka/ditanam. 

     Tanah-tanah yang baru dibuka seperti untuk perladangan getah dan Kelapa sawit mempunyai struktur yang agak longgar akibat keterdedahan kepada agen-agen geomorfologi. Justeru, di Peringkat awal penanaman atau ketika pokok sedang membesar, tanaman kekacang amat perlu ditanam sebagai pelindung tanah daripada mengalami hakisan dan larut resap yang berterusan. Tanaman kekacang atau rumput mampu bertindak mengikat butiran tanah melalui sistem akarnya yang berserabut dan kompleks. Di Samping itu, tanaman kacang juga boleh menambahkan kandungan Nitrat tanih.
Ladybird memakan dan membunuh serangga penyakit
o  Amalan pertanian berteres/mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan/kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit yang Beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakan hakisan Larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil). 
Rumah Sayur
o   Melaksanakan kawalan ekologi di kawasan-kawasan tanah pertanian termasuk memperbaiki tekstur tanih dengan bantuan Baja organik.  Kaedah ini akan mengurangkan tanih  kebergantungan kepada baja kimia dapat dikurangkan yang kelak boleh mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D  dalam bidang pertanian khusunya teknologi baru yang bersifat  mesra alam. Seperti penggunaan kaedah hidroponik. Kaedah tanaman ini tidak memerlukan tanah dan baja kimia sebaliknya larutan-larutan nutrien digunakan. Dengan itu, tekanan kepada Sumber tanah dapat dikurangkan. 


     Selain daripada itu penggunaan burung hantu untuk mengatasi masalah tikus dan ular di kawasan ladang kelapa sawit dan sawah padi adalah satu tindakan yang mesra alam. Pemeliharaan itek, ladybird dan burung walid juga terbukti boleh mengatasi masalah siput gondang, serangga perosak padi dan kalapa sawit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...