PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, April 19, 2011

TEMA 1, KONSEP PENDUDUK


TEMA 1: PENDUDUK DAN SUMBER

BAB 1 - KONSEP PENDUDUK

1.1.  Alam Sekitar Fizikal  & Manusia [Terbahagi kepada Tiga Fahaman]

A. Determinisme Alam Sekitar
·       Pandangan determinisme meletakkan alam sekitar fizikal sebagai unsur yang aktif manakala manusia sebagai unsur yang pasif. Dalam hubungan ini manusia terpaksa tunduk dan akur terhadap ketentuan alam sekitar.

B.  Possibilisme Alam Sekitar
·       Pandangan Possibilisme alam sekitar pula melihat manusia sebagai unsur yang aktif sedangkan alam sekitar adalah pasif. Melalui ilmu dan teknologi yang ada manusia boleh dan mampu mengubah halangan alam sekitar fizikal yang ada.
C.  Paradigma Alam Sekitar Baru dan Pendekatan Sistem
·       Paradigma alam sekitar yang baru menitikberatkan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar demi mencapai kesejahteraan hidup manusia pada masa kini dan akan datang. la berteraskan konsep "pembangunan mapan".
·       Justeru itu antara manusia dengan alam sekitarnya saling berkaitan dan saling bergantungan. Jika perubahan dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar, is turut mengimpak manusia kembali.
Manusia mengubah alam sekitar fizikal dan dampak yang dialami oleh alam sekitar fizikal serta impaknya keatas manusia.
Kesan/Dampak Terhadap Alam
Sekitar Fizikal
Kesan/Impak ke atas Alam Sekitar Manusia
Sistem Geomorfologi: (Fenomena hakisan tanah  dan gerakan jisim).
Masalah tanah runtuh, tanah menclap yang boleh meragut nyawa, merosakkan bangunan/kediaman, jalan raya, dan infrastruktur lain.
Sistem Hidrologi: (Fenomena pencemaran air seperti sungai, tasik, kolam, laut, dan lain-lain)
Kepupusan sumber akuatik boleh menjejaskan sumber pendapatan nelayan, bekalan protien ikan untuk manusia berkurangan, masalah kekurangan bekalan air bersih untuk kegunaan harian. Pencemaran laut memusnahkan taman-taman laut, pencemaran pantai yang seterusnya menjejaskan industri pelancongan.



Sistem Ekologi: (Fenomena Penyahutanan)
Masalah kekurangan air/kemarau setempat dan kehilangan khazanah fauna dan flora yang berharga kepada generasi akan datang. Kehilangan sumber-sumber kayu kayan akan menjejaskan industri pembalakan.
Sistem Atmosfera: (Fenomena Pemanasan global dan pulau haba bandar).
Di bandar membawa kesan ketidakselesaan dan kepanasan di camping kepelbagaian penyakit kulit. Pemanasan global membawa risiko banjir laut akibat pencairan ais yang akan menggelamkan kawasan daratan yang rendah. Benua menjadi semakin kecil.


Konsep sumber dan sumber alam
·       Sumber adalah sesuatu yang mempunyai nilai faedah (utiliti) seperti sumber alam (sumber semula jadi), sumber manusia, sumber ekonomi seperti modal, jentera, buruh, teknologi clan sebagainya.
·       Sumber alam boleh dibahagikan kepada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
·       Istilah sumber adalah berbeza mengikut masa dan tempat serta keupayaan teknologi untuk menjananya.
·       Sumber alam amat penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.
·       Sumber manusia pula merujuk kepada sumber tenaganya serta kepakaran dan pengalaman yang ada pada seseorang itu.

Penduduk
§  Manusia yang tinggal di dalam satu-satu kawasan.
§  Berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain (taburan).

Penduduk bersifat dinamik
§  Berubah dari semasa ke semasa.
§  Penduduk sebagai sumber manusia dari segi kuantiti dan kualiti.

Jumlah/Bilangan/Saiz penduduk [ Kuantiti Penduduk]
§  Bilangan/saiz penduduk yg tinggal dlm. Satu2 kawasan/tempat pada satu2 masa tertentu.
Cth: Jumlah penduduk dunia pada tahun 2000 = 6 bilion dan dianggar meningkat kpd 6.9 bilion menjelang 2010.
§  Negara paling ramai penduduk ialah Republik Rakyat China (> 1 bilion).
§  Saiz penduduk penting sebagai satu penentu bekalan sumber manusia yg ada.
§  Negara besar seperti China, India, Brazil dan Indonesia mempunyai bekalan sumber manusia tidak terhad berbanding negara berpenduduk kecil seperti Malaysia, Arab Saudi, Australia dan New Zealand.
§  Semakin besar jumlah penduduk semakin besar sumber tenaga kerja dan keperluan mempertahan dan menjaga keselamatan negara.
§  Sumber manusia tidak hanya bergantung pada saiz tetapi juga umur & jantina dan kualiti penduduk.

Umur

§  Belum produktif (<15 thn)/muda  – masih ditanggung
§  Produktif (15-64 thn.)/dewasa – aktif dari segi ekonomi untuk menanggung penduduk muda dan tua
§  Tidak lagi produktif (>64 thn)/tua – tidak aktif dari segi ekonomi

Kualiti penduduk

Petunjuk
§  Taraf pendidikan & kemahiran, (modal insan).
§  Kadar buta huruf dewasa.
§  Bilangan ahli sains dan jurutera per 1 juta penduduk (memerlukan kolej & universiti).
§  Taraf kesihatan.
§  Kadar kematian bayi & jangka hayat.
§  Berkait rapat dengan kemiskinan (penduduk negara miskin terdedah kpd pelbagai penyakit.
§  Kualiti makanan.
§  Sikap penduduk sesebuah negara.

1.1.2.     Penduduk sebagai agen perubahan

§  Penduduk sebagai sebahagian dari sumber (buruh).
§  Penduduk penting bagi menjana pembangunan negara.
§  Kuantiti penduduk (bil. penduduk) sahaja bukan penentu kpd kemajuan negara.
§  Sesebuah negara perlu penduduk berkualiti.
§  Penduduk penting – sebagai sumber buruh bagi kemajuan sektor pertanian, perindustrian, perikanan dan lain-lain.

LATIHAN BAB 1

1.    Huraikan konsep determinisme dan possibilisme alam sekitar. [10]
2.    Jelaskan tentang paradigma alam sekitar dan pendekatan sistem dalam disiplin geografi. [10]
3.    Berdasarkan kepada sebuah negara di Asia Tenggara,
a.       nyatakan sumber-sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. [5]
b.      Bezakan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. [10]
c.       Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menjamin keberterusan sumber-sumber alam tersebut. [10]
4.    Apakah yang dimaksudkan dengan kuantiti dan kualiti penduduk? [10]
5.    Huraikan tiga langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk sesebuah negara. [10]
6.    Mengapakah kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...