PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, January 9, 2013

KULIAH 1 - SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA


SEKTOR PERTANIAN

 1.0.  Konsep/Jenis Petanian
   1.1.   Pertanian Kebun Kecil  -diusahakan secara kecil-kecilan, peralatan tradisional dan sedikit moden, keluasan kurang dari 100 ekar (40 hektar), millik sendiri/keluarga, jenis tanaman : getah, kelapa sawit dan buah-buahan.
   1.2.   Pertanian  Perladangan Ekstensif – Secara besar-besaran, Luas lebih daripada 100 ekar, teknologi moden, monokultur,milik syarikat tempatan (cth: tabung Haji) atau pelabur asing (cth : Guthrie, Sime Darby dan Dunlop), Pengurusan secara korporat dan sistematik, untuk pasaran tempatan dan ekspot.
    1.3.   Pertanian pindah –sejenis pertanian sara diri (konsep pindah tapak), di usahakan di kws pedalaman Sabah, Sarawak, Phg, Prk, Kltn., keluasan ½- 1 hektar, mengunakan kaedah tradisional(kapak, cangkul, kuku kambing dan binatang), di usahakan secara bersama, bergantung kepada persekitaran dan cuaca, tanaman jangka pendek (keledek, jagung, ubi kayu dan ternakan).
1.4.  Pertanian sara diri Intensif  - giat setempat,
 keperluan keluarga, tanaman utama padi 
 sawah,   keluasan 1- 1.5 hektar, mengunakan 
 teknologi moden dan tradisional , bersifat intensif 
 buruh

2.0.  Faktor yang menggalakkan kegiatan pertanian
2.1.   Bentuk muka bumi – tanah pamah, tanah 
beralun- Delta, lembangan sungai.
2.2.   Jenis tanih  – Aluvium (padi), Laterit (getah,
 kelapa sawit, teh dll), Berpasir (kelapa), Gambut (nenas), Beris (Tembakau)
2.3.   Iklim  - Suhu yang tinggi sepanjang tahun (min Suhu tahunan 27Âșc)
-       Hujan tahunan kira-kira 2500mm
-       Cahaya matahari yang mencukupi menggalakkan pertumbuhan tanaman / tempoh tanaman lebih panjang
      2.4.   Saliran – terdapat saliran yang baik  
             sebagai punca air kepada kawasan 
             tanaman.
      2.5.   Modal – kemudahan kredit 
        (Bank Pertanian), Pelabur tempatan/asing.     
      2.6.   Pasaran – permintaan tinggi – domestik 
          dan ekspot ke Eropah, AS, Jepun, Korea dsb.
2.7.    Buruh – ramai, mahir, murah – buruh asing dari Indonesia/Bangladesh
2.8.    Infrastruktur – jalan raya cekap (membawa masuk input dan memasarkan output),
        pusat-pusat pemprosesan ( menjaga kesegaran hasil), sistem pengairan cekap
2.9.   Teknologi moden – bajak, mesin penyembur racun, mesin menabur benih
2.10.    Dasar Kerajaan –subsidi, khidmat 
          nasihat, pemasaran –MARDI, PORIM, 
          FAMA, RISDA, FELCRA
2.11.    Pembangunan Wilayah – FELDA, 
          KEJORA, KETENGAH,JENGKA

3.0.  Kepentingan / sumbangan pertanian
3.1.   Pendapatan Negara – eksport, KDNK meningkat
3.2.   Peluang pekerjaan – mengurangkan kadar pengangguran, taraf hidup meningkat, mengatasi masalah kemiskinan
3.3.   Sumber makanan penduduk – padi, buah-buahan – mengurangkan import makanan
    3.4.   Memajukan industri sokongan /berkaitan – kilang    
            baja/racun, industri eksport-import, bank pertanian 
            dsb
    3.5.   Memajukan industri hiliran/membekalkan bahan 
           mentah kepada industri hiliran; kilang sabun,
           kilang kasut, kilang minyak masak dsb
    3.6.   Meningkatkan keupayaan modal dalam Negara 
           – pelabur asing
    3.7.   Memajukan infrastruktur/pembangunan bandar 
           baru – jalan raya, petempatan terancang, 
          kemudahan air, elektrik dsb
3.8.   Mewujudkan Bandar-bandar baru – Muazam Shah, Jengka,
3.9.   Menggalakan Penyelidikan dan pembangunan inovasi pertanian- biji benih, baka bermutu, jentera, kaedah dan teknik pertanian moden
                                                                                         
4.0.  Ciri-ciri Pertanian Kebun Kecil dan Perladangan Ekstensif

BIL
CIRI-CIRI
KEBUN KECIL
PERLADANGAN EKSTENSIF
1
Saiz Kawasan tanaman
< 100 ekar (40 hektar)
> 100 ekar (40 hektar)
2
Hak milik
Persendirian/ keluarga
Sy Pelabur tempatan / asing
3
Jenis tanaman
Campur- getah, kelapa sawit, durian, rambutan, duku dsb
Monokultur – kelapa sawit, getah
4
Teknologi
Konvensional/sedikit moden
Moden
5
Modal
Kecil
Besar
6
Intensif buruh/modal
Buruh
Modal
7
Pasaran
Tempatan
Ekspot

5.0.  Kesan Aktiviti Pertanian terhadap Alam sekitar fizikal
i.           Kepupusan flora dan fauna – kesan pembukaan ladang
ii.         Kemusnahan habitat/kemusnahan ekosistem – perpindahan hidupan liar
iii.       Hakisan tanah/tanah runtuh – pertanian tanah tinggi/ tanaman pada lereng-lereng bukit
iv.       Pencemaran air – kesan racun/baja yang mengalir ke dalam sungai
v.         Pencemaran tanih – racun dan baja kimia meningkatkan keasidan tanih, 
       mikroorganisma pupus, tanih hilang kesuburan
vi.       Pencemaran bau – racun, sisa pertanian seperti getah/kelapa sawit
vii.     Pencemaran udara – pembakaran hutan utk ladang, jerami padi..
viii.   Pemanasan suhu setempat- kekurangan tumbuhan hutan

5.1  Kesan Aktiviti pertanian ke atas sosio-ekonomi
a.    Perubahan landskap budaya – pembangunan tanah, perumahan, pengangkutan, pengairan dsb
b.    Wujud petempatan kelompok di ladang – rumah pekerja, kilang, pejabat, hospital
c.    Perubahan jenis tanaman – pelbagai ke monokultur
d.    Kawasan hutan menjadi ladang
e.    Pertambahan penduduk/kepadatan semakin meningkat
f.     Kemasukan buruh asing- masyarakat majmuk ; 
     India, Bangladesh, Indonesia dan Filipina
g.    Wujud Bandar Baru – Bandar Jengka, 
     Bandar Muktafibillah
h.    Wujud peluang pekerjaan

6.0.  Langkah Mengatasi Kesan Pertanian
       Terhadap alam Sekitar fizikal  

6.1.   Langkah perundangan
-            Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
-            Denda; kompaun; tarik lesen operasi dsb
-            Pemantauan; pengawalan; kerap rondaan

6.2.   Langkah pengurusan
-            Menutup permukaan bumi yang terdedah – sungkupan plastik;menanam tanaman tutup 
        bumi; bina benteng untuk stabilkan cerun
-            Penanaman berteres/kontur di kawasan bercerun, contoh teh,getah dan kelapa sawit; 
        bina saluran air hujan/perparitan yang cekap pada cerun-cerun
-            Menggantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput
-            Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir, tanaman selingan dan 
        tanaman luar musim; untuk tujuan keseimbangan nutrien; merehatkan tanah
-            Menggunakan kaedah biotik dan tidak terlalu bergantung kepada racun 
        serangga; penggunaan baja organik/kompos bagi menggantikan baja kimia
-            Meningkatkan penggunaan bioteknologi dan menjalankan R&D mencari kaedah 
        yang lebih mesra alam; contoh: kaedah hidroponik

6.3.   Kempen dan pendidikan
-            Kempen kesedaran- saluran media cetak, media elektronik; nama kempen
-            Pendidikan – ceramah, forum, sesi dialog; merentas kurikulum dalam mata pelajaran 
        Geografi, Sains, Kajian Tempatan dsb
-            Gotong royong

7.0              Masalah dihadapi sektor pertanian
a-        Ancaman fizikal – bencana alam- kemarau, banjir, letupan gunung dan serangan 
       serangga perosak, penyakit tanaman
b-        Kekurangan tenaga buruh- beralih ke perindustrian, upah buruh tempatan yang mahal
c-        Masalah Kekurangan Modal – bergantung kepada org tengah.
d-        Masalah tanah – saiz yang tak ekonomik, tanah terbiar, pemilikan, hilang kesuburan, pengambilan tanah untuk guna tanah lain,
e-        Ketidakstabilan harga- ancaman barangan tiruan. Kempen memburukan produk pertanian
f-         Teknologi yang rendah

8.0              Langkah_langkah Memajukan Sektor Pertanian Negara 
8.1    Mewujudkan program Pembangunan Wilayah secara khusus
8.2    Menjalankan system pertanian secara berkelompok – gabungkan saiz tanah yang 
       tidak ekonomik
8.3    Menyediakan kemudahan infrastruktur yang cekap – jalan raya, rancangan pengairan, 
       pusat pengumpulan dan penyimpanan dsb
8.4    Kemudahan kredit/dana disediakan kepada petani – Bank Pertanian 
       (Skim Kredit Mikro) Lembaga pertumbuhan Peladang, koperasi
8.5    Subsidi- biji benih, baja kimia, racun
8.6    Menubuhkan Jabatan Pertanian – khidmat nasihat, latihan
8.7    Mewujudkan system pemasaran hasil pertanian – FAMA, MARDEC dan BERNAS
8.8    Menjalankan R&D – MARDI, RRIM, MPOB – menghasilkan baka bermutu,
       tahan penyakit, tempoh matang yang singkat
8.9    Promosi /mencari pasaran baru  luar Negara – China, Negara Timur Tengah, 
       Negara Ocenia

KELEBIHAN GARAM

Garam bukit dilombong di Banjaran Himalaya.
Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Garam dari sejatan air laut oleh pemanasan matahari di Thailand
Terdapat pelbagai jenis garam, ada garam dari penyejatan air laut ( garam putih yang biasa digunakan oleh manusia ), terdapat juga garam bukit  atau garam batu ialah bentuk galian natrium klorida (NaCl). Ianya membentuk hablur kiub. Biasanya tidak berwarna atau putih, galian ini boleh juga berwarna biru, ungu, merah, merah jambu, kuning, jingga dan kelabu bergantung kepada jenis dan jumlah bendasing. Ada juga garam kristal yang dilombong di bawah tanah seperti di Poland dan beberapa negara Arab.

 Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam Bukit @ Batu
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu iaitu pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam kerana harga garam adalah sangat mahal. Tradisi Yunani inilah yang mula membayar gaji tentera dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi. 
Garam Kristal

Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. 

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar ” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.  Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 


Petua berdasarkan kajian

1.  Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2.  Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3.  Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

4.  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

5.  Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa / angin. Pengembara atau pelancong yang akan berjalan jauh terutama ke negara-negara beriklim sejuk atau panas akan mengalami alahan terhadap hawa / angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Tuesday, January 8, 2013

KULIAH 4 - CUACA DAN IKLIM


KULIAH 4 : CUACA DAN IKLIM: KELEMBAPAN UDARA KESTABILAN UDARA, SEJATAN, PEMELUWAPAN DAN AWAN.

3.1.1        Menjelaskan Kelembapan Udara
Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara (atmosfera) pada masa-masa tertentu. Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis:-

a)             Kelembapan Mutlak
Bermaksud jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketumpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter padu (g/m3).

b)            Kelembapan Bandingan
Bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.


3.1.2        Menjelaskan Proses

a)                  Sejatan

Konsep
Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan berlaku pada permukaan air.


Proses
Wap air yang tersejat  akan naik ke atas kerana ia menjadi ringan (berbentuk gas). Sejatan berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.

Faktor
Faktor yang mempengaruhi proses sejatan:-
i.          Suhu
ii.        Tekanan wap
iii.      Angin dan Turbulens
iv.       Kemasinan air
v.         Kelembapan bandingan
vi.       Luas permukaan air.


b)                 Pemeluwapan

Konsep
Ditakrifkan sebagai wap air kepada cecair  (titisan air). Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan mengalami perubahan. Titisan –titisan air ini (cecair) akan terapung di atmosfera sebagai awan.

Proses
Berlaku apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun (0°C). Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik, iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik, maka suhu dalamnya semakin menurun.

Faktor
Faktor yang mempengaruhi proses  pemeluwapan:-
i.               Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup
ii.             Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
iii.           Mesti terdapat nukleus pemeluwapan.


c)                  Pembentukan Awan.

Konsep
Awan  ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara dan biasanya wujud dalam kawasan ketinggian kurang dari 12000 meter. Awan biasanya  terjadi hasil daripada pemeluwapan di aras yang tinggi.

Proses
Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi  kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk.  Awan cumulonimbus melalui urutan berikut ini untuk menghasilkan hujan:


  • 1. Awan didorong oleh angin : Awan cumulonimbus mula terbentuk ketika angin mendorong beberapa awan kecil (awan cumulus) ke daerah tempat berkumpulnya awan-awan ini.

  • 2. Penyatuan : Kemudian awan-awan kecil ini bergabung, menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.

  • 3. Penumpukan : Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan ke atas pada bahagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas pada bahagian tengah awan lebih kuat berbanding dengan pada bahagian pinggir. Hasilnya kumpulan awan ini tumbuh semakin besar secara menegak, sehingga seolah-olah awan ini ditumpuk-tumpuk. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh awan mencapai kawasan yang lebih sejuk pada lapisan atmosfera atas. Di sanalah titisan-titisan air dan butiran ais terbentuk dan mula tumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan ais ini telah lebih besar dan berat berbanding dengan dorongan ke atas yang menyokong mereka, jatuhlah air dan ais ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan ais.

Butiran pembentukan awan di dalam Al-Quran


Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:


Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan , kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih , maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya ... [An-Nur : 43]

Lanjutan ayat di atas, setelah menyebutkan awan dan hujan, adalah membicarakan ais dan petir:

43.  dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, Maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

44.  Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.

Ayat di atas juga mengaitkan awan, ais dan berlakunya petir atau kilat.
Apakah ais merupakan faktor penentu pembentukan kilat?

Buku berjudul: Meteorology Today, menerangkan bahawa sebuah awan akan menjadi bercas elektrik ketika bongkahan ais jatuh melalui kawasan di dalam awan yang mengandungi kristal ais dan titis air super-sejuk. Ketika titisan air ini bertembung dengan bongkahan ais,  ianya membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan ais lebih panas  dari kristal-kristal ais di sekelilingnya.  Ianya adalah elektron yang mengalir dari benda yang lebih sejuk ke benda yang lebih panas. Oleh itu, bongkahan ais menjadi bercas negatif. Untuk lebih faham, para pelajar ambil sebaldi air lalu curahkan kepada kumpulan api bakaran sampah yang besar, ianya akan menimbulkan letupan yang kuat dan bercahaya.

Friday, January 4, 2013

KULIAH 3 - TABURAN SUHU SECARA MENEGAK DAN MENDATAR


KULIAH 3: CUACA DAN IKLIM: TABURAN SUHU SECARA MENEGAK DAN MENDATAR

A.  TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Konsep
 -     Merujuk kepada perubahan suhu akibat daripada bertambahnya ketinggian sesuatu 
      kawasan  ( tanah tinggi ).

Penerangan konsep
-  Taburan suhu secara menegak ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh
    pergerakan udara secara menegak. 
-   Daripada segi tenaga ,  perubahan suhu menega  berlaku melalui pengeluaran haba
     pendam akibat proses pemeluwapan.
-   Umumnya semakin tinggi sesuatu kawasan, suhu udara semakin rendah.Walaupun
     begitu, kejatuhan suhu ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain  
     dan antara musim.
-   Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100 meter suhu jatu sebanyak
     0.65   C .  Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal.

 Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak
-    Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan  mempuyai banyak 
    bahan-bahan yang menyerap bahangan. Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti
    wap-wap air, habuk. debu, gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat 
    dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan 
    bahangan tersebut secara beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran 
    permukaan bumi.
-   Manakala lapisan atas atmosfera  udaranya lebih nipis, kering dan bersih. Oleh 
    penyerapan dan pembebasan bahangan kurang berlaku. Kesannya lapisan atmosfera 
    bahagian atas lebih sejuk.


Fenomena olak suhu

Konsep olak suhu
-          Merujuk kepada keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah berhampiran 
permukaan bumi berbanding bahagian atasnya. 
   
Penerangan konsep
-     Olak suhu merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk 
      daripada lapisan atasnya.
-    Olak suhu biasanya berlaku pada waktu malam di mana pengeluaran bahangan 
      bumi yang pesat menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada 
      bahagian atasnya.
-    Udara berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu 
      menyebabkan udara tersebut turut menjadi sejuk.
-      Kesannya udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada udara 
     di bahagian atasnya.
-     Di kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengali ke dasar lurah-lurah.


Faktor-faktor pembentukan olak suhu
o   Waktu malam yang panjang, contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
o   Langit yang cerah tanpa awan untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas. 
o   Malam yang tenang tanpa pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat 
     pencampuran udara panas dan sejuk.
o   Udara yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap 
     wap-wap air di udara.
o   Permukaan bumi yang bersalji. Salji ini dapat membalikkan sinaran matahari pada 
     waktu siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah.  


B. TABURAN SUHU SECARA MENDATAR.

Konsep taburan suhu secara mendatar

Taburan suhu secara mendatar merujuk kepada perubahan suhu antara satu tempat dengan 
satu tempat yang lain mengikut garis lintang ( latitud )

Kata kunci

-          perubahan suhu
-          antara satu tempat dengan tempat yang lain
-          mengikut garis lintang ( latitud )

 Penerangan konsep
 -          di kawasan latitud Khatulistiwa ( 0Âș ), bezantara suhu tahunan kecil sepanjang tahun 
         iaitu antara 1- 2Âș .
-          Bezantara suhu tahunan semakin besar bermula dari Khatulistiwa ke arah kawasan 
        berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ).
-         Bezantara suhu tahunan besar di kawasan artik, antartika dan kawasan-kawasan
     

Faktor –faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar

1.  Latitud
-          Suhu semakin berkurangan bermula dari latitue Khatulistiwa ( 0 Âș  ) ke arah 
        kedua-dua kutub.
-          Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-

i.     Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan 
     khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa 
     terdedah secara tegak ( 90 Âș ) kepada sinaran matahari. Oleh itu,  keamatan 
     tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi. 
     Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.

ii. Kawasan latitud  tinggi ( kedua-dua kutub ) , sudut pancaran matahari lebih jauh 
    dan condong.  Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah.
    Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah. 

2.  Pengaruh kebenuan dan lautan
-       Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu, 
      kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan 
      berhampiran dengan laut pada waktu siang.  
-      Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini 
     menyebabkan kawasan pinggir laut  menjadi lebih panas pada waktu malam 
     berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.

3.  Pengaruh badan-badan air yang besar
-      Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang 
      terletak lebih kurang satu kilometer darinya .
-      Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada 
      musim panas dan menambahkan suhu  sekitarnya pada musim sejuk.
-      Contohnya kawasan Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara. 

3.      Pengaruh arus lautan
-       Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim 
      panas kawasan-kawasan yang dilaluinya.
-       Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari 
      satu tempat ke satu tempat yang lain.
-      Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan 
      udara di kawasan kutub dan sebaliknya. 
-      Contoh Hanyutan Atlantik Utara  ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan latitud 
      rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir 
      pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador 
      yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu 
      udara di kawasan Khatulistiwa.

4.       Pengaruh angin lazim
-      Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya.  
     Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat 
     Eropah telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut. 
     Manakala pantai timurnya lebih sejuk kerana menerima   angin sejuk dari kawasan 
     pedalaman  benua tersebut.
-     Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan 
    suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran 
    tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.

5.      Pengaruh banjaran gunung
-       Banjaran  gunung  (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan 
      mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
-      Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak 
     bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera 
     utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap 
     utara ( kutub utara ).
-     Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang 
     matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan 
     cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan 
     ( Antartika ).
                                    
6.      Pengaruh tumbuhan
-       Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu 
      kawasan.
-      Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya
      lebih rendah berbanding kawasan lapang.
-      Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan
      melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
-       Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang 
      dapat menyederhanakan suhu persekitaran.  
-       Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai 
     nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan  
     ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.

7.      Faktor albedo
-          Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
-          Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari 
 yang diterima pada waktu siang.
-          Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji 
        akan mengurangkan suhu pada waktu siang.
-         Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak  sinaran  matahari 
       secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut 
       tinggi pada waktu siang.


KULIAH 1 - STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

STPM PENGGAL 2  [942/2]



ATMOSFERA : Struktur, Ketinggian, Suhu dan Peranan.

ATMOSFERA :  Peratus dan PPM

Kandungan Gas Dalam Atmosfera

Kandungan Gas Dalam Atmosfera Ada Yang Kekal Dan Ada Yang Berubah



Wednesday, January 2, 2013

NEGARA PALESTINE BUKAN NEGARA ISRAEL DALAM BUKU TEKS DI BRITAIN

 Buku teks telah disiarkan di Britain yang termasuk peta Timur Tengah dengan "Diduduki Palestin" pinpointed ia bukannya entiti Israel.

Buku teks telah dikeluarkan oleh Pendidikan Garnet, Syarikat bebas Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) terkenal di Britain. Buku teks mengandungi peta dengan "Diduduki Palestin" di tempat Israel, menurut laporan media. Ia bertajuk "Kemahiran dalam Penulisan Bahasa Inggeris Tahap 1," yang termasuk peta Timur Tengah. Buku teks adalah salah satu daripada lebih popular dan arus perdana Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) buku teks yang diterbitkan oleh Garnet, yang cukup popular dan arus perdana sendiri. 

MOL / HE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...