PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, February 28, 2012

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 2 NEGERI PAHANG 2011


Soalan 1
a)         Takrifkan maksud lebihan penduduk                                                [ 5 Markah ]

Judul Isi Jawapan
Markah
Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk melebihi daya tampung sumber alam yang ada di sesebuah Negara/kawasan.

2
Terbahagi kepada 2 iaitu:
·      lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis digunakan.
·      lebihan penduduk relatif iaitu  sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana  sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.



2

Contoh Negara:
·      Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland dll
·      lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll.

2

JUMLAH
MAX 5

(b)        Mengapakah sesetengah negara mengalami lebihan penduduk?. [ 10 Markah ]

Sebab-sebab berlakunya lebihan penduduk:
Judul Isi Jawapan
Markah
a)     Kadar Kelahiran yang tinggi dan Kadar Kematian yang rendah disebabkan oleh:

1.   Peningkatan kemudahan kesihatan (hospital/klinik) , sistem dan peralatan perubatan moden serta doktor. Menyebabkan kadar kematian bayi menurun –pelbagai penyakit dapat diubati seperti hepatitis B.

2.   Kegagalan/kurang berkesan program perancangan keluarga untuk menjarakkan kelahiran – akibat taraf pendidikan yang rendah, status ekonomi, pemikiran (konservatif) di sesetangah masyarakat.

3.   Faktor sosial – agama, adat, status quo masyarakat (kebanggaan dan kekuasaan memiliki bilangan anak ramai atau saiz keluarga besar)

4.   Kahwin awal. Perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar fertiliti. Tahap kesuburan wanita ialah antara umur (15 – 45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum tamat kesuburan.

5.   Keperluan buruh/tenaga manusia. Di sesetangah negara seperti India tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya daripada ahli keluarga. Anak yang ramai kos buruh menjadi lebih murah.

6.   Kualiti hidup penduduk disesetangah negara meningkat. Pendapatan perkapita meningkat mampu untuk menyara keluarga yang ramai. Amalan pemakanan berzat/seimbang dan penjagaan kesihatan yang baik meningkatkan jangka hayat penduduk – mengurangkan kadar kematian.


2



2



2



2



2



2
b)     Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/Governan.

7.   Di sesetengah negara teknologi untuk meneroka,menjana dan mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagi menampung keperluan penduduk  masih rendah. Sumber terbiar sebagai stok atau diguna secara membazir. Keperluan makanan, tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat dipenuhi. Banyak berlaku di negara yang mengalami lebihan penduduk mutlak.

8.   Kelemahan kerajaan/faktor politik. Ketidakcekapan kerajaan untuk mengawal kelahiran,menyebarkan inovasi/pendidikan kekeluargaan,masalah ketidakstabilan politik/negara bergolak yang menyebabkan dasar kependudukan tidak dapat dilaksanakan. Contoh di Sudan.



2





2
Pemarkahan: open marking, max 10 Markah
MAX 10

(c)    Jelaskan kesan negatif  lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi sesebuah negara.                                                                                                        [ 10 Markah ]

Kesan negatif lebihan penduduk  terhadap sosio ekonomi :
Isi Utama
Huraian dan contoh
Markah

1.     Kadar pengganguran yang tinggi
·      Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber  pekerjaan yang terhad/tidak dipelbagaikan.
·      Persaingan tinggi dan ini akan menyebabkan pengganguran ketara – mendorong kepada masalah sosial dan migrasi.
·      Disesetengah negara kadar pengganguran melebihi 3% seperti di Indonesia




2

2.   Fenomena kemiskinan dan kemunduran
·      Lingkaran kemiskinan – Berpunca daripada pendapatan perkapita yang rendah ekoran penduduk yang terlalu ramai.
·      Pendapatan keluarga menjadi kecil - kesannya kuasa beli dan tabungan menjadi rendah.
·      Ini menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk yang rendah.
·      Ekonomi secukup hidup – hanya memenuhi keperluan asas sahaja.




2

3.     Masalah perumahan
·      Keupayaan pemilikan rumah amat terhad , hartanah mahal, kos rumah tinggi, fenomena setinggan.
·      perumahan/setinggan, kesesakan, pencemaran alam sekitar, wabak penyakit yang menjejaskan kesihatan penduduk dll indeks kualiti hidup yang merosot.



2

4.     Masalah kekurangan bekalan makanan
·      Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan,penternakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang terlalu ramai.
·      Sumber makanan terhad boleh menyebabkan fenomena kebuluran/kelaparan.
·      Produktiviti pertanian rendah – apabila tanah terlalu kerap digunakan untuk pertanian – bekalan makanan berkurangan. Contohnya di Pulau Jawa.



2

5.      Taraf pendidikan yang rendah.
·      Kadar buta huruf dan buta ICT yang tinggi, ekoran daripada kemiskinan keluarga yang tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka.
·      Pendidikan tertiari – seperti universiti,kolej,institut kemahiran dll terhad.
·      Teknologi dan R&D lambat berkembang - Inovasi pembangunan berkurangan.
·      Daya saing sumber manusia lemah.




2

6.       Taraf kesihatan yang rendah
·      Penularan wabak penyakit yang sukar dikawal seperti taun,denggi H1N1 dll begitu cepat kerana kesedaran penjagaan kesihatan yang rendah.
·      Kemudahan kesihatan, ubat dan doktor masih ketinggalan.
·      Kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman khususnya kematian di kalangan bayi.
·      Amalan perubatan tradisional masih berleluasa di kalangan masyarakat.




2

7. Masalah sosial bertambah.
·      Kadar jenayah seperti mencuri,merompak,samun meningkat demi survival kehidupan.
·      Gejala sosial seperti pengedaran dan penyalahgunaan dadah,pelacuran juga meningkat bagi meringankan beban hidup.
·      Kewujudan masyarakat merempat/gelandangan – golongan miskin dalam bandar.





2

8.    Bebanan kerajaan sangat besar.
·      Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.
·      Beban kerajaan bertambah – terpaksa berhutang dengan bank dunia dan IMF.



2
PEMARKAHAN :   open marking, max 10 Markah
MAX 10

Soalan 2:

Rajah 1 di bawah menunjukkan Piramid Penduduk bagi negara Malaysia dan Singapura pada tahun 2010.

Piramid Penduduk Malaysia, 2010
Piramid Penduduk Singapura, 2010



(a)  i. Berdasarkan rajah 1, namakan bentuk piramid penduduk bagi Malaysia dan Singapura  
    dan,  [ 2 Markah]             
ii. Bezakankan ciri-ciri demografi antara Malaysia dengan Singapura pada tahun 2010.                                                                                    [ 8 Markah ]

Bentuk Piramid Tahun 2010
Markah
Malaysia = Progresif
Singapura = Regresif
1
1

Max 2

Perbezaan Ciri Demografi:

Judul Isi Jawapan
Malaysia 2010
Singapura 2010
Markah

1.Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian
Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah. Dibuktikan dengan saiz tapak piramid yang lebar.Kelompok 0 – 9 tahun paling ramai.
·      Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik – mengawal penyakit di kalangan bayi dan ibu yang mengandung.
·      Kemudahan kesihatan/bilangan doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup tinggi.
·      Dasar 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.
Kadar kelahiran  dan kadar kematian  rendah. Tapak piramid kecil – golongan muda sedikit.
·      Dikaitkan dengan kesan dasar saiz keluarga kecil era 1970-an.
·      Tahap pendidikan tinggi, keberkesanan program perancangan keluarga, gaya hidup masyarakat moden (kosmopolitan) teknologi perubatan yang canggih dan lalin-lain.                                                







2-4



2. Jangka Hayat/Penuaaan penduduk.
Jangka hayat masih rendah berbanding Singapura terutama golongan lelaki.
Walaupun berlaku proses penuaan penduduk (ageing population) tetapi kadarnya masih perlahan.
·      Dikaitkan dengan kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan warga tua, kemudahan rawatan untuk golongan tua masih terhad berbanding Singapura.
·      Amalan pemakanan kurang  seimbang terutamanya dikalangan lelaki, gaya hidup tidak sihat seperti budaya merokok dll yang mengurangkan jangka hayat.
Jangka hayat yang tinggi terutamanya perempuan. Golongan tua yang melebihi 70 tahun adalah ramai/mengalami proses penuaan penduduk.
·      Dikaitkan dengan peningkatan taraf kesihatan/ kemajuan dalam bidang perubatan,
·      Kesedaran tinggi dalam amalan penjagaan kesihatan serta pemakanan/diet yang seimbang dikalangan penduduk








2-4

3. Nisbah Tanggungan
Kumpulan umur di bawah tanggungan (0 – 19 tahun) masih lagi tinggi berbanding dengan kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan.

Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan perkapita
Nisbah tanggungan rendah – kerana golongan dewasa yang produktif  daripada segi ekonomi adalah lebih ramai berbanding dengan golongan muda.

Tetapi nisbah tanggungan menjadi tinggi apabila  golongan tua bertambah (melebihi 60 tahun) – seperti kos rawatan, penjagaan, hak istimewa warga emas dll.





2-4

4. Ciri Jantina dan Struktur Umur

Secara keseluruhannya jumlah penduduk lelaki dengan perempuan hampir seimbang di peringkat umur muda dan dewasa. Tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke atas) wanita lebih ramai berbanding lelaki.Kadar kematian lelaki lebih tinggi apabila mencecah umur tua.
Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan penduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita.

Pada keseluruhannya jumlah penduduk perempuan lebih ramai berbanding lelaki.
Diperingkat umur muda menunjukkan keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi di peringkat umur dewasa (25 tahun dan ke atas) serta umur tua, golongan  wanita lebih ramai berbanding lelaki. Proses penuaan penduduk perempuan lebih tinggi berbanding lelaki.                                        




2-4


(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk ?               [ 5 Markah ]
MAKSUD: Penuaan penduduk ialah proses peningkatan jangka hayat penduduk sesebuah negara yang melebihi 60 tahun.

CIRI:   Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan peningkatan kualiti hidup,peningkatan taraf kesihatan dan perubatan serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan yang tinggi.

CONTOH:  Jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2005 ialah 75 tahun manakala jangka hayat penduduk Jepun ialah 85 Tahun.
Markah
2


2


1
MAX 5

(c)        Jelaskan kesan penuaan penduduk di sesebuah negara sedang membangun.  [1
Judul Isi Jawapan
Markah
1. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
·      Penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang sempurna oleh kerajaan, swasta dan NGO.
·      Penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus.


2
2.  Beban kewangan kerajaan bertambah
·      Bayaran pencen, KWSP, ganjaran dll
·      Hak keistimewaan warga emas diberikan – rebat perkhidmatan/peningkatan subsidi.

2
3. Nisbah tanggungan semakin meningkat.
·      Golongan tua sudah tidak produktif.
·      Golongan dewasa terpaksa menanggung khususnya kos perubatan.
·      Kadar pencen tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin bertambah.



2
4. Kemerosotan nilai murni masyarakat.
·      merosotnya nilai tanggungjawab sosial golongan muda terhadap warga emas disebabkan oleh tekanan hidup.
·      Golongan tua dibiarkan di rumah-rumah kebajikan.
·      Nilai murni hidup merosot.




2
5. Tenaga profesional meningkat.
·      Tenaga profesional di peringkat pengurusan tertinggi masih lagi ramai.
·      Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.
·      Contoh pensyarah universiti – sehingga 65 tahun.
·      Ekonomi di peringkat kuarterner dan kuiner boleh dibangunkan.




2
6. Perubahan ciri demografi dan struktur umur dalam jangka masa panjang.
·      Peningkatan kumpulan umur tua (60 tahun ke atas) –puncak piramid penduduk semakin melebar.
·      Menggambarkan kualiti hidup semakin meningkat.
·      Dalam jangka masa panjang bentuk piramid boleh berubah dari progresif kepada refresif dan stabil sepertimana yang dialami oleh Singapura dan Jepun.



2

KEGIATAN PERTANIAN MAPAN / LESTARI


Bidang Pertanian dan penternakan merupakan kegiatan ekonomi purba semejak zaman Nabi Adam lagi. Anak Nabi Adam, Qabil petani menanam gandum manakala Habil bekerja sebagai penternak kambing. Revolusi dalam bidang pertanian sedang berlaku di seluruh  pelosok dunia di mana masyarakat  ingin  mewujudkan   kaedah pertanian dan penternakan  moden  secara mesra alam.     
Banyak perbincangan mengenai pertanian dan penternakan mapan/lestari  diadakan  di mana  hasil daripada itu perundangan baru dan piawaian diperkenalkan oleh kerajaan.  Petani/penternak, pemborong, peruncit  dan pengguna perlu didedahkan dengan konsep pertanian mapan / lestari. Apa beberapa tindakan oleh individu, kumpulan dan malah kerajaan perlu di praktikkan jika mahu maju tanpa menjejaskan alam sekitar atau ekosistem kita.                    

Pertanian / Penternakan Mapam mempunyai tiga matlamat utama;-
1.   Kesihatan alam sekitar
2.   Keuntungan kepada petani
3.   Keseimbangan  alam, sosial, dan ekonomi

Perbezaan yang jelas di antara pertanian mapan dan pertanian konvensional yang diamatkan oleh banyak negara ialah kesedaran bahawa ekosistem, masyarakat dan dimensi sosial berkait rapat dengan persekitaran pertanian. Pertanian mapan melibatkan keharmonian dan kesejahteraan alam sekitar dengan keuntungan, pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab sosial. Ini bermakna walaupun pertanian mapan tertumpu kepada keuntungan untuk jangka masa pendek, ianya juga mampu memelihara masyarakat luar bandar dan sumber semulajadi untuk jangka masa panjang.
 

Beberapa cadangan  yang perlu  dilakukan oleh penternak?

1.  Memilih jenis dan baka ternakan yang mempunyai impak minima kepada alam sekitar.
2. Memilih lokasi ladang ternakan jauh daripada kawasan penempatan manusia supaya tidak timbul masalah kesihatan jika wabak penyakit tercetus di ladang tersebut.
3.   Tidak mencemarkan sumber dan alur air dengan sisa buangan ladang.
4.   Mengurus pemakanan ternakan secara efisien dengan menggunakan produk sampingan pertanian dan makanan ternakan lain secara seimbang. Kaedah ini memastikan guna dan kitar semula sisa buangan pertanian.
5.   Menggunakan asid organik daripada buah‑ buahan dan tanaman yang difermentasi untuk mengawal flora usus dan meningkatkan tumbesaran ternakan

Cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak pemerintah / kerajaan ?
  • Memberi insentif kepada petani ladang organik dan ladang "hijau"   
  • Memperkenalkan polisi baru dengan mewujudkan institusi bagi membolehkan pengeluar/petani yang mengamalkan amalan pertanian mapan dapat memasarkan produk-produk mereka secara meluas.  
  • Mengharamkan penggunaan antibiotik dalam pemakanan ternakan untuk menjaga kesihatan awam (Kesatuan Eropah telah melaksanakannya semenjak tahun 2003).   
  • Meluluskan undang-undang tanah dengan klausa yang berkait dengan pengurusan air dan tanah secara mapan. 
  • Menyediakan Loji air kumbahan kepada penternak untuk mengetakkan pencemaran air. 
  •  Menstabilkan harga makanan ternakan akibat spekulasi.   
  • Menjalankan penyelidikan mengenai bahan buangan biomas pertanian untuk mengenalpasti enzim semulajadi yang boleh menghadam 'phytate' tumbuhan di dalam usus haiwan 
  • Menghasilkan lebih banyak asid organik daripada buah-buahan dan tanaman yang difermentasi untuk mengawal bakteria usus yang secara tidak langsung dapat meningkatkan tumbesaran ternakan. 
  • Mengkaji keberkesanan minyak triglicerid daripada kelapa sawit untuk meningkatkan daya tahan kelahiran  anak dan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Pengguna boleh memainkan peranan penting dalam menghasilkan sistem pemakanan mapan. Melalui kuasa membeli, pengguna dapat menghantar mesej yang kuat kepada pengusaha dan pemborong produk pertanian, mengenai pemilihan mereka.

Kesimpulannya, pertanian mapan merupakan revolusi pertanian baru yang dapat memulihara alam sekitar untuk masa depan. Oleh itu, ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang penghasilan makanan bermula dengan petani, pemproses, pemborong, pihak berkuasa, pengguna dan orang ramai.

Friday, February 24, 2012

PERTANIAN MESRA ALAM

Logo SALM

SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. 

Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

Kerajaan Malaysia telah melancarkan  skim Amalan Pertanian Baik (APB) bagi  mempertingkatkan kuantiti dan kualiti hasiI pertanian, supaya hasiI kita setanding dengan piawaian pengeluar utama yang lain" APB didefinasikan sebagai amalan-amalan yang pertu diikuti dalam system pengeluaran pertanian mapan yang mengambil kira kebersihan alam sekitar, keselamatan dan kebajikan pekerja serta berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.
Skim yang pertama diperkenalkan ialah 'Skim Akreditasi Ladang Mataysia (SALM)' oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Mataysia. Skim ini kemudiannya ditukar nama kepada 'Skim Amalan Ladang Baik Malaysia' tetapi dengan singkatan yang sama. SALM telah dilancarkan pada 31 Januari 2002. Petani yang berminat perlulah mendaftar dan mematuhi langkah tertentu sebelum ladang mereka diberi pengiktirafan.

Keperluan Pensijilan SALM
  • Sejarah kegunaan tanah, contohnya, tanah bekas lombong yang mengandungi bahan bertoksik hasil dari pertombongan tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pertanian. Tanah yang melebihi 1,000 m atas paras laut dan kecerunan melebihi 45o tidak boleh dipertimbangkan kerana ia boleh menimbulkan masalah hakisan tanah. 
  • Sumber air untuk pengairan yang bersih. 
  • Ladang terletak 1 km atau lebih dari tapak pelupusan. 
  • Bukan bekas tapak sisa industri atau ladang Ternakan. 
  • Tidak menggunakan bahan tanaman yang telah diubah kandungan genetiknya. 
  • Tidak menggunakan sisa binatang atau industri sebagai baja. 
  • Menggunakan racun perosak yang berdaftar dan pada kadar yang disyorkan.  
  • Mengikuti jarak masa penggunaan racun perosak yang dicadangkan dengan baik, terutama jarak masa sebelum menuai. 
  • Mengamalkan pengurusan perosak secara bersepadu, samada sebahagian atau keseluruhannya. 
  • Pembuangan sisa ladang termasuk bekas racun secara mesra alam. 
  • Menyimpan racun perosak, baja dan peralatan ladang di dalam stor yang mempunyai peredaran udara yang baik. 
  • Pekerja hendaktah berumur 16 tahun ke atas. 
  •  Pekerja asing mestilah mempunyai dokumen yang sah.  
  • Menjaga kesihatan dan kesejahteraan pekerja.Pekerja menggunakan pakaian yang sesuai semasa proses penyemburan racun.
Tanaman Secara Fetigasi

Bagi ladang yang diberi pengiktirafan SALM, analisis sisa baki racun perosak dan logam berat perlu dilakukan. Kandungan sisa baki tidak boleh melebihi had maksimum sisa baki seperti yang telah ditetapkan oleh Akta Makanan 1983 Jadual 16. Sampel hendaktah diambil sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pengeluaran.
Membaja dan Meracun Mengikut Jadual Berkala

Setakat ini, penyertaan skim ini adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, untuk barangan Malaysia memasuki dan bersaing di pasaran dunia, kesemua ladang yang ber­potensi hendaklah mempunyai sijil SALM.
Diharap dengan Jabatan Pertanian mempekenalkan SALM ini akan meningkatkan kualiti mesra alam balam bidang pertanian di Malaysia.

Thursday, February 23, 2012

PEMANASAN GLOBAL

Konsep

Pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Peningkatan ini berlaku di semua skala mikro atau makro. Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba antara bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan  berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya. Perubahan iklim global telah dipercepatkan kerana penglibatan manusia. Untuk 2,5 juta tahun lalu iklim bumi telah berubah-ubah, berbasikal dari zaman ais untuk tempoh yang lebih panas. Dalam abad yang lalu, suhu planet telah meningkat luar biasa cepat, kira-kira 1.2 hingga 1.5 darjah Fahrenheit. Saintis percaya ia adalah aktiviti manusia yang menyebabkan peningkatan suhu dalam proses yang dikenali sebagai Pemanasan Global.


Punca Pemanasan Global
  • Penipisan lapisan ozon
  • Penerobosan sinar UV matahari akibat tiadanya lapisan ozon. 
  • Pembakaran hutan  
  • Penggunaan petrol berplumbum yang menyumbang kepada kepanasan bumi  
  • Kegiatan perindustrian.
  • Pembukaan kawasan pertanian secara besar-besaran

Kesan Pemanasan Global kepada Hidupan
  • Menyebabkan kepupusan fauna di kawasan hutan
  • Perubahan kepada proses menuai tanaman
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Sumber makanan binatang semakin berkurangan
  • Kawasan hawa sederhana menjadi panas-mengakibatkan jenis tanaman berubah.

Kesan kepada alam sekitar fizikal.
  • Pencairan salji di kutub dan kawasan pergunungan
  • Peningkatan paras air laut.
  • Kawasan pinggir laut dan pulau-pulau kecil yang rendah akan tengelam. Daratan mengecil manakala kawasan lautan meluas.
  • Kawasan hampir gurun menjadi gurun. Pergurunan meningkat / meluas
  • Ganguan cuaca ekstrem meningkat – ribut, siklon, kemarau dan banjir .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...