PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, February 22, 2012

KAMBING PUN NAK MUDA


Kambing nak muda
Kambing-kambing di atas pohon biasa ditemui di Maghribi. Kambing-kambing ini memanjat pohon untuk memakan buah dari pohon Argan, yang serupa dengan buah zaitun.
Para petani tempatan biasa mengikuti kawanan-kawanan kambing ini saat mereka berpindah dari satu pohon ke pohon yang lainnya. Bukan kerana ingin melihat keanehan ini, melainkan berusaha mendapatkan biji-biji kacang dari sisa buah yang biasanya tidak dimakan oleh kambing-kambing itu.
Tiap kacang berisikan 1 hingga 3 biji yang bisa digunakan untuk membuat minyak Argan dan bahan kosmetik lainnya. Minyak ini telah digunakan orang selama ratusan tahun, tetapi perlahan-lahan pohon Argan semakin sulit ditemui akibat kayunya yang sering ditebang dan juga akibat kerosakan disebabkan kambing-kambing yang memanjatnya.
Untuk itulah sekelompok orang dan organisasi mencoba berusaha untuk menyelamatkan pohon ini dengan menjadikan lokasi utama dimana pohon ini tumbuh sebagai kawasan lindungan. Mereka juga ingin dunia memberi perhatian pada minyak Argan ini, rasanya yang lazat dan mengandung bahan anti-penuaan akan banyak dicari orang.
Bagaimanapun juga akan sulit untuk menjual minyak ini, jika orang yang akan menggunakannya untuk wajah atau memakannya menyedari dan terbayang minyak ini diperolehi dari sisa makanan kambing.
Untuk itulah satu kempen dirancang untuk mencegah kambing-kambing itu memanjat pohon- 
 pohon Argan pada masa-masa tertentu dalam setahun untuk membiarkan buah-buahnya masak dan jatuh dengan sendirinya. Biji-bijinya lalu dikumpulkan dan diproses menjadi minyak.

Saturday, February 18, 2012

FENOMENA RIBUT DENGAN HUJAN IKAN


Perkataan Ribut ( di Malaysia) atau nama lain yang disebut oleh masyarakat di dunia seperti Taufan ( di Asia Selatan ) dan Hurricane ( di benua Amerika ) merupakan ribut berskala besar, manakala rebut berskala kecil tapi amat laju seperti ribut Puting Beliung di Malaysia ( Tornado di benua Amerika ) boleh membawa apa sahaja termasuk bumbung rumah, sampah sarap bahan-bahan kecil yang ringan dan hidupan di air. Apabila kekuatan dan kelajuan ribut berkenaan sudah pelahan dan reda bahan-bahan yang dibawa bersama ribut tadi akan jatuh ke bumi.   Jadi adalah tidak menghairankan jika kita ada membaca kisah hujan ikan, hujan sampah dan lain-lain yang berlaku di dunia ini. Baca kisah dibawah.
Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.


Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

TANAMAN PADI SAWAH SECARA MODEN

Friday, February 10, 2012

IRAN DAN TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS

Tapak pelancaran Kapal angkasa membawa Satelit Iran.
 Iran mendirikan batu asas peluncuran satelit baru untuk menempatkan satelit melebihi satu ton ke orbit pada jarak melebihi 1000 kilometer dari bumi " kata Iran Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi.

Ini adalah bagi melancarkan lebih banyak satelit tahun hadapan. Jurucakap angkasa lepas Iran menyatakan terdapat permohonan dari negara-negara lain untuk menepatkan satelit negara masing-masing di angkasa. Iran sendiri memang mempunyai kepakaran dan sedang merancang untuk membina satelit raksasa dengan pelbagai fungsi ke orbit sehingga ke jarak 36,000 km di angkasa dari bumi. Rujuk Disini dan Di sini 

Tuesday, February 7, 2012

KULIAH 5 - PIRAMID PENDUDUK - JENIS DAN CIRI-CIRI

A. PIRAMID PENDUDUK PROGRESIF.
  • Tapak besar /lebar– bilangan penduduk muda ramai, kadar kelahiran tinggi.
  • Cerun melengkung/cengkung – kematian tinggi di semua peringkat umur.
  • Puncak tirus/kecil – warga tua kurang, jangka hayat pendek.
  • Negara baru membangun – Afrika, India

   Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.
 Antara ciri-ciri kependudukan yang utama bagi sesebuah piramid progresif ialah:
(a)   bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.  Ini diwakili oleh tapak piramid yang lebar. Keadaan ini banyak berlaku di negara-negara sedang membangun yang sedang mengalami peningkatan taraf kesihatan.

(b)   kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan pertambahan penduduk semula jadi menjadi begitu pesat. Kepesatan ini berpunca daripada kegagalan amalan perancangan keluarga, amalan perkahwinan di usia muda, keperluan dan kebergantungan kepada tenaga buruh manusia atau keluarga serta peningkatan kemudahan dan taraf kesihatan penduduk.

(c)   jangka hayat penduduk rendah. Jangka hayat penduduk rendah berlaku kerana kadar kematian golongan tua adalah tinggi. Secara purata jangka hayat penduduk di negara sedang membangun pada masa kini ialah di sekitar 65 tahun. Sebab utama jangka hayat penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan perubatan dan kepakaran untuk merawat penyakit. Penjagaan kehihatan seperti pemakanan seimbang, pengjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih ditahap rendah. 


B.  PIRAMID PENDUDUK REGRESIF.
  • Tapak kecil – kadar kelahiran rendah.
  • Cerun cembung – golongan produktif ramai ( golongan dewasa).
  • Puncak lebar – warga tua ramai, jangka hayat tinggi.
  • Negara maju – Sweden[lebih stabil], Perancis, Denmark, USA, UK, Jerman dan Singapura.
  • Piramid Perantaraan.
  • Kelahiran sederhana.
  • Penduduk dewasa > remaja.
  • Kurang kematian semua peringkat umur.
  • Jangka hayat tinggi.
   Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang agak tirus menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah.

 Faktor-faktor penyebab bentuk piramid peralihan:
(a)     faktor status quo
(b)     perkahwinan pada usia lewat atau lambat
(c)     keberkesanan program perancangan keluarga
(d)     penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi
(e)     dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh kerajaan
(f)       kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang sedikit, iaitu antara 
         satu atau dua orang sahaja.
  • Puncak piramid yang lebar pula menunjukkan bahawa jangka hayat penduduk adalah tinggi. Dianggarkan purata jangka hayat penduduk di negara-negara maju ialah 80 tahun ke atas. Di Britain misalnya, kira­kira 3% hingga 5% daripada jumlah penduduknya mencapai usia 80 tahun ke atas.
  • Purata jangka hayat yang tinggi di negara-negara maju dikaitkan dengan pelbagai faktor berikut:
         (a)    amalan pemakanan yang seimbang, sihat, dan berzat yang diamalkan oleh   
                  penduduk semenjak di usia muda
         (b)    kesedaran yang tinggi kepada amalan hidup sihat dan kualiti penjagaan kesihatan 
                  sepanjang hayat
         (c)    kejayaan dalam bidang  perubatan yang berupaya mengawal pelbagai penyakit 
                  merbahaya yang menyerang golongan tua.


C.  PIRAMID PENDUDUK TERGANGGU

  • Boleh berlaku ke atas mans-mans pyramid sama ada progresif, regresif, atau stabil yang menyebabkan perubahan yang ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk.
  • Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil.
  • Contohnya piramid penduduk negara Rusia pada tahun 1992 berbentuk genting  di tengah k erana  dipengaruhi oleh  bilangan  kelahiran  bayi  yang  amat kurang ketika perang dunia kedua (1941-1945). Kadar kelahiran yang rendah pada zaman perang tersebut menyebabkan penduduk yang berumur antara 45 hingga 49 tahun pada tahun 1992 menyusut dengan ketara.
  • Selain itu, bilangan penduduk lelaki yang tua juga adalah sedikit berbanding dengan golongan perempuan yang tua kerana ramai lelaki yang mati akibat peperangan dunia kedua tersebut.
  • Pada masa kini pula, negara Bostwana dilanda  wabak  AIDS yang serius yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan penduduk mudanya. Keadaan ini pasti akan mempengaruhi bentuk piramid negara Bostwana. 
  • JADUAL PIRAMID

Monday, February 6, 2012

KULIAH 2 - ATMOSFERA BUMI - KONSEP DAN CIRI

IKLIM DUNIA

DEFINISI CUACA






Cuaca adalah keadaan meterologi atmosfera di sesuatu tempat pada masa tertentu atau bagi satu tempoh masa yang singkat bagi ruang lingkup yang lebih kecil.
Contoh : hujan, panas, mendung
  
DEFINISI IKLIM
Iklim merujuk kepada keadaan purata atmosfera bagi suatu jangka masa yang panjang 
dan   ruang luas yang bergantung kepada kedudukan latitud.
Contoh : Khatulistiwa, monsoon tropika, tundra dan mediterranian

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM
  1. Bahangan Suria.
  2. Bahangan Bumi
  3. Kerpasan 
  4. Suhu 
  5. Tekanan Udara
  6. Kelembapan Udara
  7. Angin 
  8. Awan
1. BAHANG SURIA / MATAHARI
  • Matahari (72% gas hidrogen dan 27% gas helium) merupakan punca tenaga paling utama untuk menggerak dan   meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi. 
  • Tenaga matahari membekalkan kira-kira 99.97% daripada jumlah tenaga yang terdapat  dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endogenik.
  • Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.
  •  Bahangan Matahari/ suria dipancarkan  ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek (0.2 - 0.4 mikron). 
  • Bahangan suria lebih tinggi di kawasan tropika berbanding kawasan sederhana dan zon sejuk.
2. BAHANGAN BUMI. 

  • Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari / sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam.
  • Pembebasan bahangan  bumi ini berlaku dalam bentuk  gelombang panjang (suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari)
  • Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.
3. KERPASAN
  • Kerpasan adalah titisan-titisan air yang turun dari langit ke permukaan bumi
  • Contoh : hujan, salji, hujan batu
  • Alat pengukur : tolok hujan
  • Unit ukuran : inci dan millimeter
 4. SUHU
  • Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
  • Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran suria yang mempunyai tenaga haba di dalamnya.
  • Alat pengukur : termometer / termometer six
  • Unit ukuran : Fahrenheit atau Celsius
5. TEKANAN UDARA
  • Tekanan udara merupakan berat jisim udara yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.
  • Wujud dua tekanan udara iaitu tekanan udara tinggi ( udara berat, bersifat sejuk, suhu rendah ), manakala  tekanan udara rendah ( udara ringgan, bersifat panas, suhu tinggi ) 
  • Alat pengukur : barometer aneroid
  • Unit ukuran : milibar
 6. KELEMBAPAN UDARA
  • Jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
  • Kelembapan mutlak : kandungan wap air sebenar yang terdapat dalam udara dalam suatu masa
  • Kelembapan bandingan : nisbah jumlah wap air yang sebenar berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan
  • Alat pengukur : Higrometer
  • Unit ukuran :  Kelembapan mutlak : g/m3,        Kelembapan bandingan : %
 7. ANGIN
  • Udara yang bergerak secara mendatar
  • Angin bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah
  • Alat mengukur halaju angin : anemometer
 8. AWAN
  • Titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara  0.02 mm hingga  0.06 mm serta terapung-apung di udara
  • Terbentuk akibat proses pemeluwapan dan penyejukan 
  • Jenis-jenis Awan 
    1. Sirus ( awan tinggi )
    2. Kumulus ( awan tengah )
    3. Stratokumulus ( awan bawah )
    4.  Kumulonimbus ( awan menegak )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...