PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, December 23, 2011

SISTEM BUMI-KONSEP, SOALAN DAN JAWAPAN

TEMA 1 – Sistem Bumi
Bab 1 :
Konsep
Huraian
1. Sistem Alam
    Sekitar Fizikal

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi  di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.
2. Sistem Atmosfera

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.
3. Sistem
    Geomorfologi
Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro atau yg mikro.
4. Sistem Hidrologi

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.
5. Sistem Ekologi

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

 Bab 2 :
Konsep
Huraian
1. Sistem Suria

Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet-planet dan bintang-bintang yg mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8  buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa).
2.  Nebula atau Galaksi
Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti / Milky Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang.

CONTOH SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN.
1.a.  Apakah bukti-buktij yang menunjukkan bumi berbentuk sfera?                      [6 m]
    b.  Secara ringkas, nyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi.                         [4 m]
    c.  Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.                   [15 m]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada tiga bahagian.
Soalan (a) meminta calon memberikan bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera.
Soalan (b) meminta calon menyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi dan
Soalan (c) meminta calon menjelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.
 UNTUK MEMAHAMI LEBIH LANJUT DAN TAMBAHAN ILMU  KLIK SINI
SKEMA JAWAPAN
a.    Bukti-bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera
Ai.   Bukti pelayaran mengelilingi bumi — tempat permulaan dan berakhir pelayaran mengelilingi bumi          boleh dilakukan pada tempat yang sama.
Aii.  Melihat kapal di laut — bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu, barulah diikuti oleh seluruh  
        badan kapal berkenaan.
Aiii.   Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung ianya dapat dilihat di kawasan pantai /pinggir    
          laut.
Aiv.  Terbit dan terbenamnya matahari  pada waktu yang berbeza mengikut zon masa antarabangsa.
Av.   Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan.
Avi.  Bukti satelit  dimana gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas berbentuk sfera.

b.      Kesan-kesan putaran bumi
Bi.   Kejadian Siang dan malam dimana bumi yang menghadap matahari terbit  menjadi siang manakala  
        Bahagian terlindung  malam.
Bii.  Perbezaan waktu tempatan, iaitu  4 minit bagi 1 darjah garisan longitud.
Biii. Pembiasan arus lautan dunia dan sistem angin dunia yang berkaitan  dengan daya koriolis.
Biv. Kejadian pasang dan surut air laut setiap hari.

c.       Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia
        Ci.  Terhadap jenis dan aktiviti pertanian -  mempengaruhi kitaran aktiviti pertanian dalam bentuk
               tempoh masa /bilangan hari penanaman
       Cii.  Terhadap aktiviti penternakan – mempengaruhi jenis  ternakan dan aktiviti pindak ternak mengikut
               musim.
       Ciii. Terhadap aktiviti perikanan - bilangan hari menangkap ilkan di laut bergantung  keadaan
               musim panas/sejuk.
       Civ. Terhadap aktiviti pelancongan - jenis dan aktiviti pelancongan mengikut musim misalnya  musim            
               panas, musim dingin, luruh dan bunga, maka aktiviti pelancongan adalah berbeza-beza.
       Cv.  Terhadap aktiviti pembalakan -  kitaran kerja dipengaruhi oleh keadaan cuaca/musim sejuk dan
            panas. Misalnya di kawasan haws sederhana - penebangan berlaku pada musim sejuk
             manakala pengangkutan berlaku di musim panas dengan cairan salji.
       Cvi. Terhadap pengangkutan - jenis dan kadar pengangkutan berbeza mengikut musim khususnya di
               kawasan yang dilanda empat musim.
       Cvii. Terhadap aktiviti sosial - seperti bersukan, beriadah dan lain-lain amat bergantung kepada keadaan
                cuaca sama ada panas melampau/kemarau, hujan berpanjangan dan sebagainya.

2a.  Bezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem bumi.          [6 m ]
  b.  Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem­sistem bumi.                              [12 m ]   
   c.      Jelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan
        menerima  lebihan tenaga eksogenik.                                                                                                   [7 m ]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a) meminta pelajar membezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem bumi.
Soalan (b) pula meminta pelajar menunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem bumi dan
Soalan (c) meminta pelajar menjelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi menerima lebihan tenaga eksogenik.

SKEMA JAWAPAN
(a)    Perbezaan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik
Ai.   Perbezaan dari segi punca tenaga - Tenaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi
       manakala tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari.
Aii.  Perbezaan contoh tenaga - Tenaga endogenik seperti tenaga seismik ( gempa bumi ), tenaga
       volkanik (gunung berapi) dan tenaga atomik daripada galian plutonium, uranium dan lain-
       lain. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang boleh bertukar menjadi tenaga potensi,
        kinetik, kimia dan lain­-lain.
Aiii. Tenaga eksogenik / matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh system bumi samada
        system geomorfologi, atmosfent, hidrologi dan juga ekologi. Manakala tenaga endogenik
       amat penting menghidupkan sistem bumi/aktiviti ignias jalar dalam dan jalar luar.

(b)   Kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sistem bumi.
 Tenaga eksogenik/tenaga matahari adalah amat penting untuk menggerakkan seluruh  
  operasi sistem-sistem bumi. Tanpanya, sistem-sistem bumi akan mati. Antara kepentingan yang
  boleh dibincangkan ialah:
Bi.    Membolekkan proses luluhawa berlaku. Samada luluhawa kimia atau luluhawa fizikal
        kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi/tenaga haba yang cukup.
Bii.   Membolekkan proses hakisan dan gerakan jisim berlaku. Misalnya dalam proses hakisan
       galsier, proses ini boleh berlaku apabila mempunyai tenagahaba yang cukup untuk
         mencairkan salji.
Biii.  Membolehhan berlakunya proses sejat-peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan daripada
       permukaan air, sejatan daripada lembapan tanih dan perpe1uhan daripada tumbuhan
       tidak akan terjadi jika tidak mempunyai bekalan tenaga haba matahari yang cukup.
Biv.   Membolehikan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup daripada tekanan tinggi  
       kepada tekanan rendah. Untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini mestilah wujud
        perbezaan suhu/perbezaan haba antara dua tempat.
Bv.   Membolehkan tumbuh-tumbuhan membina makanan dalam sistem ekologi. Tenaga cahaya
       yang cukup membolehkan proses fotosintesis boleh berlaku. Begitu jugs organisma-
      organisma yang lain memerlukan tenaga matahari untuk pelbagai proses seperti
      proses perpeluhan/respirasi dan tumbuhbesaran.

c) Kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik
    Mengenalpasti  punca/sebab-sebab sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik. Misalnya
     daripada "Kesan Rumah Hijau" dan juga "Penipisan Lapisan Ozon”.
Ci.    Fenomen pengurunan dimana saiz kawasan gurun semakain besar akibat cuaca dan persekitaran kawasan gurun semakin kering-kontang, tandus, dan gersang.  Proses-proses luluhawa fizikal serta hakisan layangan angin semakin dominan.
Cii.       Pencairan ais kutub - misalnya litupan ais Antartika dan Greenland. Pencairan ini menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko daratan yang rendah tenggelam.
Ciii.     Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggi kerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.
Civ.     Banjir laut - peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan pantai meningkat/saiz pantai semakin sempit.
Cv.      Peningkatan kadar luluhawa fizikal - pemanasan batuan menyebabkan  batuan mudah pecah dan tersepai.

3a.  Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi? [6m]
  b. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks.  [6m]
  c.  Jelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi akibat penipisan lapisan ozon
        terhad manusia.   [13m ]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a) meminta menerangkan bagaimana tenaga haba dipindahkan daripada imikiliari kepada permukaan bumi.
Soalan (b) meminta pelajar menyatakan ciri­ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks terjadi. Soalan (c) pula meminta pelajar menjelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumf akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia.

SKEMA JAWAPAN
a.   Tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi melalui dua cara iaitu:
Ai.  Pemindahan tenaga haba melalui bahangan - bahagan matahari akan melalui peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai mediumnya. Bahagan tersebut akan ditapis, diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partikel-partikel dalam udara.
Aii. Pemindahan tenaga haba melalui gelombang elektromagnet dan cahaya. Gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek.

b.        Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi  semasa terjadinya musim ekuinoks
Bi.    Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di muka bumi  ini.
Bii.   Pancaran matahari waktu tengah hari  tepat di atas garisan khatulistiwa pada 21 Mac dan 23 Sept.
Biii.  Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan khatulistiwa.
Biv.  Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana.
Bv.   Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana.
Bvi.   Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari.
Bvii.  Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga huJan.

c.       Kesan lebihan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia
Ci.    Kesan kepada kulit - menjadi gelap dan terbakar. Pendedahan yang begitu  lama  bolet  menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar  UV (Ultra Violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati.
Cii.   Kesan kepada mata - merosakkan penglihatan manusia/penyakit katarak  mata.  Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari.
Ciii.  Melemahkan  sistem pelalian manusia (imunisasi) - juga berpunca daripada penerimaan sinar UV yang berlebihan.
Civ.  Kehilangan air badan secara berlebihan - badan cepat berpeluh akibat peningkatan  metabolism yang berpunca daripada cuaca panas. Kehilangan  Tenaga / kelesuan yang kelak memudaratkan kesihatan manusia.
Cv.   Mempengaruhi  genetik  manusia - menyebabkan kecacatan yang berpunca daripada  radiasi 
        bahangan matahari secara belebihan.
Cvi.  Kekurangan sumber makanan - akibat perubahan/kekurangan pembentukkan
         zooplankton,  fitoplankton dan lain-lain. Tumbuhan menjadi layu,  proses fotosintesis sukar
          dijalankan, spesis ikan kurang membiak dan mungkin berhi.jrah ke kawasan lain akibat cuaca yang 
         terlalu  panas.
Cvii. Menghadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global - juga  boleh menyebabkan
         fenomena lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti harian dan membahaya   
         kesihatan  manusia.

Sunday, December 18, 2011

RAHSIA AIS


Air Kelapa Muda penawar bisa
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan
semulajadi alam yang mengawal tekanan graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
 
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.




Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Terapi menggunakan Ais

Thursday, December 15, 2011

AL QURAN UNTUK DIBACA DAN DIAMBIL MANFAATNYA BUKAN UNTUK HIASAN

Surah Ar Ra`d
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa..
lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.
Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.
Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil

Wednesday, December 14, 2011

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Harga Belian (al-Thaman)

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Monday, December 12, 2011

GERHANA BULAN - TARIKAN GRAVITI BULAN YANG PALING KUAT

Kekuatan graviti bulan ketika gerhana bulan menjadi paling kuat kerana terdapat dua tarikan sebenarnya iaitu bulan dan matahari yang menyebabkan banyak benda didunia berkemungkinan akan tertarik ke arah bulan. Bukan telur sahaja boleh berdiri malah letupan gunung berapi dan gempa bumi juga turut boleh berlaku. Fenomena gerhana bulan penuh telah belaku dua kali di angkasaraya Malaysia untuk tahun ini, 2011 iaitu pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm, manakala kali  pertama berlaku pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. 
Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. 3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi dan Tsunami di Jepun, Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh. Kaitan gerhana bulan penuh (supermoon) memang menjadi realiti di bumi  dengan kejadian  gempa bumi, tsunami dan letupan gunung berapi.

Pada 19 Mac 2011, bulan akan bergerak mengelilingi Bumi dengan lebih rapat daripada 18 tahun yang lalu. Kedudukan bumi dari bulan hanya 221.567 batu (356577 kilometer). Selain itu, bulan akan penuh. Dan salah seorang ahli astrologi percaya ia boleh menyebabkan kerosakan besar-besaran di planet ini. Kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun belaku pada 11 Mac 2011 beberapa hari sebelum big supermoon paling hampir dengan bumi.   Pautan disini.
Supermoon
 Berikut satu experimen yang dilakukan oleh saudara Mohd Ezli Mashut [Facebook] seorang Journalist TV Selangor. Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahwa tarikan graviti semakin kuat. 
Sumber Google



Bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di antara matahari dan bumi. Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi, mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat dari tempat lain.Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak. Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.

Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan. Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.










Thursday, December 8, 2011

KAABAH DARI KACA MATA SAINS



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...