PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, January 11, 2014

CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

 CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

( i )    Bahangan suria ( bahangan matahari )
  • dipancarkan oleh matahari ke permukaan bumi dalam bentuk tenaga sinaran. Bekal kira-kira 99.97 % daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi
  • melalui satu siri gelombang yang dikenali sebagai gelombang elektromagnet dengan kelajuan 300 000 km sesaat.
  • mengambil masa 9.33 minit untuk sampai ke permukaan bumi 
  • dalam bentuk gelombang pendek ( 0.2 – 0.4 mikron ) yang lebih kuat. 
  • 20 kali lebih kuat daripada gelombang panjang yang dikeluarkan oleh sinaran bumi.
  • Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.



( ii )   Bahangan bumi ( bahangan terestrial )
  • merujuk kepada pembalikan semula bahang matahari oleh sebarang permukaan di bumi ke angkasa lepas.
  • dibalikkan dalam bentuk gelombang panjang yang sifatnya lebih lemah.
  • mudah untuk diserap oleh bahan-bahan yang terampai di atmosfera terutamanya wap-wap air.
  • bahang bumi yang diserap, dipantul dan disebarkan semula ke permukaan bumi akan mewujudkan  kesan rumah hijau.
  
      ( iii )  Suhu  
  •       Merujuk kepada darjah kepanasan udara di sesuatu tempat atau kawasan.
  •     Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan                 matahari yang mempunyai tenaga haba  di dalamnyn. 
  •        Diukur dalam unit darjah celcius ( 0C ).
  •        Alat pengukurannya ialah Termometer biasa dan Termometer Six.



       ( iv )  Kerpasan 
  •     Merujuk kepada wap-wap air yang telah terpeluwap di atmosfera dan bertukar menjadi cecair atau pepejal, kemudiannya jatuh kepermukaan bumi  melalui atmosfera sama ada dalam bentuk cecair  ( hujan ) atau pepejal  ( salji, hujan batu, hujan beku ).
  •    Unit ukuran jumlah kerpasan millimeter ( mm ) alat mengukur jumlah hujan ialah Tolok Hujan.



         ( v )   Kelembapan
  •    Merujuk kepada kandungan wap air dalam udara sama ada kelembapan mutlak atau kelembapan  bandingan.     
  •     unit ukuran ialah gram per meter padu ( g/m3  ) untuk kelembapan mutlak dan peratus atau nisbah untuk  kelembapan bandingan.
  •      alat mengukur kelembapan udara ialah higrometer.



     

       








  ( vi)   Tekanan udara / atmosfera
  •   Tekanan udara merujuk kepada pengukuran beratnya atmosfera di atas satu titik pemerhatian yang  diukur dengan menggunakan Barometer dalam unit milibar  ( mb )  Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).



           Jenis-jenis tekanan udara
a.      Tekanan udara rendah       
  •       dikenali juga sebagai siklon / udara tidak stabil.
  •    terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara maksimum seperti  kawasan tropika lembab, sub tropika dan kawasan sederhana dunia semasa musim  panas. 
  •     udara bergerak masuk daripada sel tekanan tinggi ke kawasan sel tekanan udara  rendah ini. 
  •       garisan setekanan untuk sel tekanan udara rendah adalah lebih rapat.
  •   kawasan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari sepanjang tahun akan mengalami tekanan udara rendah sepanjang tahun dikenali doldrum.


b.      Tekanan udara tinggi
  •   dikenali juga sebagai antisiklon / udara stabil.terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara minimum seperti kawasan sederhana dunia semasa musim dingin.
  •       Udara bergerak keluar daripada sel tekanan ini ke sel tekanan udara rendah.  
  •       Garisan setekanan untuk sel tekanan udara tinggi lebih jarang.



         
   
( vii )  Angin
  • Angin merujuk kepada udara yang bergerak akibat terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat  dan disebabkan daya kariolis ( akibat putaran bumi di atas paksinya ) yang diukur dengan menggunakan  penunjuk arah tiupan angin untuk arah dan  anemometer untuk halaju.


         Proses pembentukan angin  
  •      terbentuk apabila terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat atau  lebih.   
  •      apabila terdapatnya satu kawasan yang bertekanan udara rendah dan satu kawasan bertekanan udara tinggi maka akan wujud satu cerun antara kedua-dua  tempat tadi.
  •      berlaku pergerakan udara antara ke dua-dua kawasan tersebut di mana udara bergerak keluar dari kawasan bertekanan udara tinggi ke kawasan  yang bertekanan  udara rendah. Pergerakan udara antara kedua-dua tempat inilah yang menghasilkan angin.




( viii ) Litupan awan
  •      merujuk kepada titisan air halus  ( diameter 0.02 – 0.06 mm ) yang terapung di atmosfera pada masa dan kawasan yang tertentu. 
  •      terbentuk akibat daripada proses penyejukan udara di bawah takat beku ( takat mengembun ), menyebabkan wap-wap air di atmosfera terpeluwap.
  •      awan dibahagikan kepada empat jenis mengikut ketinggian atau bentuknya iaitu awan tinggi, awan pertengahan , awan rendah dan awan tegak.
  •      contoh awan ialah awan sirus ( awan tinggi ), awan altokumulus ( awan pertengahan ),  awan stratus ( awan rendah ), dan awan kumulonimbus ( awan tegak ). 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...