PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, April 4, 2012

KENAPA BERCERAI


Persoalan di atas menjadi bualan orang ramai jika ada sepasang suami isteri bercerai. Kebanyakkan jawapan adalah kerana, tiada persefahaman.  Maka tiada persefahaman ini lahir kerana suami isteri sering bergaduh, bertengkar, tidak menghormati antara satu sama lain, kurang belanja, masalah kesihatan, masalah sex, campurtangan berlebihan dari keluarga, ada orang lain yang disayangi, hubungan terlarang dan sebagainya.

Pada saya ada lima perkara pokok yang menyebabkan perceraian samada dipihak suami maupun isteri.

Pertama pasangan mula memandang remeh perkara-perkara yang dilakukan semasa bahagia dari segi ungkapan kata-kata manis yang mengembirakan pasangan. Perlahiran ucapan seperti “ Saya sayang anda “, “ Cantik anda hari ini”, “ Sedap masakan awak”, “ Abanglah segala-galanya dalam hidup saya” dan lain-lain yang menjadi kebiasaan semasa bercinta. Cuba bayangkan jika anda baru mengenali pasangan anda apa sahaja yang di kecapi adalah mengembirakan tetapi bila sudah kawin dan beranak pinak kebahagian itu hilang. Semasa menempuh zaman bahagia apa yang kita ( suami isteri lakukan untuk mengembirakan pasangan masing-masing ) tetapi lama kelamaan perkara yang remeh temeh di tinggal dan dilupakan.

Kedua menemani  pasangan di meja makan (utamanya), kerumah saudara-mara, kenduri kendara, ke pasar dan sebagainya. Bila semakin banyak tugas di tempat kerja, beban kerja dalam masyarakat, perkara ini sering di lupakan terutama  para isteri. Dalam bab makan, ramai para isteri rajin belajar memasak kononnya untuk menambat hati suami. Saya tidak dinafikan memang ramai para isteri bagus bab masak, aneka masakan dipelajari, siap dengan cara hidangan untuk mengikat selera makan. Itu diamalkan ketika belum boleh anak, tapi bila ada anak lain jadinya. Ini tidak menjadi rutin lagi. Bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadahnya?! Lalu makanlah suami  seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami dengan pelbagai perkara durjana. Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat  BAHAYA!  Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Ada kajian menyatakan bahawa suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. Kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami anda makan seorang diri bersama syaitan.

Ketiga menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Nasihat saya, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:  “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”  InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus  kali sebelum mahu bercerai.

Keempat suami isteri perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. Terutama sekali, isteri perlu mentaati dan menghormati ibubapa suami. Sentiasa menunjukkan rasa hormat dan gembira dan mengutama ibubapa suami melebihi anak-anak dan ibu bagai sendiri. Ini adalah kerana syurga para isteri terletak kepada keredhaan suami. Jika para isteri tidak menghormati keluarga suami bagaimana mungkin suami akan redha akan anda. Para suami wajib mentaat ibubapanya kerana untuk mendapat Syurga Allah, keredhaan ibubapa adalah asas utama para suami. Jadi para isteri tolonglah taati ibubapa suami untuk mendapat keredhaan mereka supaya kehidupan rumah tangga anda  akan lebih harmoni dan di naungi para malaikat.

Kelima tidak wajib tapi seboleh-bolehnya pandai memasak terutama bagi para isteri. Masakan isteri yang lazat akan dapat menambat hati suami dan anak-anak. Kemana sahaja suami pergi ataupun anak-anak berada mesti semasa hendak makan akan teringat masakan isteri dan ibunya. Kadang-kadang jika tidak sempat memasak isteri boleh membeli makanan kegemaran suami dan anak-anak dan dihidang di rumah. Biasa dengar dengan kata-kata “air tangan isteri pengikat kasih suami dan anak-anak”.

Sekian, yang baik daripada Allah semata-mata, jadikan pedoman kita bersama-sama. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...