Salah
satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun.
Sejak abad ke-7 M, umat Islam telah membangunkan sebuah gaya hidup bersih yang
mutakhir.
Menurut
Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya yang berjudul Technology Transfer in the Chemical
Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah
(Iraq) telah menjadi sentra industri sabun. "Sabun yang kita kenal hari
ini adalah warisan dari tamadun Islam," papar Al-Hassan.
Menurut
Al-Hassan, sabun yang diperbuat dari minyak sayur-sayuran, seperti minyak
zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di
era kekhalifahan.
Salah
seorang sarjana Muslim yang telah mampu mencipta formula sabun adalah
Al-Razikimiawan legenda dari Parsi. "Hingga kini, formula untuk membuat
sabun tak pernah berubah," kata Al-Hassan.
Sabun
yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.
Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun batangan. Bahkan, pada masa itu
sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur misai dan janggut.
Harga
sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (syiling perak) atau setara 0.3 Dinar
(syiling emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang
doktor terkemuka dari Andalusia, Sepanyol, bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi
alias Abulcassis (936-1013 M).
Ahli
kosmetik ini memaparkan tata cara membuat sabun dalam kitabnya yang monumental
bertajuk Al-Tasreef. Al-Tasreef merupakan ensiklopedia perubatan yang terdiri
daripada 30 volume. Kitab itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
digunakan sebagai buku rujukan utama di beberapa buah universiti Eropah yang
terkemuka.
Sang
doktor memaparkan resepi-resepi pembuatan pelbagai alat kosmetik pada volume
ke-19 dalam kitab Al-Tasreef. Selain itu, resep pembuatan sabun yang lengkap
tercatat dalam sebuah risalah bertarikh abad 13 M.
Manuskrip
itu memaparkan secara jelas dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta ini
menunjukkan betapa dunia Islam telah jauh lebih maju berbanding peradaban Barat.
Masyarakat Barat, khususnya Eropah, dianggarkan baru mengenal pembuatan sabun
pada abad ke-16 M. sumber dari republika.co.id
No comments:
Post a Comment