"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat
1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun.
Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang
jarang diketahui dan diselidiki.
Di dalam Al Quran, buah zaitun
disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5
kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain
seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.
Gambaran ini menunjukkan betapa
banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan
kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Buah zaitun atau nama botaninya
dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat
penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di
dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana
ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani
dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk
kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dunia moden pada hari ini,
melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak
zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.Seandainya minyak
zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat
makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan
membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah
pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak
sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis
seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi
Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu
dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Dari sudut pandangan
sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang
dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan
kolesterol berbahaya di dalam darah.
Satu kajian yang telah dijalankan
oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford
melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara
yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan
sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi
pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Dalam
Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati
diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko
seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat
didalamnya.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung
kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah
minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak
daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah
zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh
itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas,
bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat.
Walaubagaimanapun,
semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses
penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan
dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit
jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun
begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya
dengan bahan ‘phenol'.
Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah
proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat
bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di
samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali
dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat
kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam
pembuatan barangan kecantikan.
Oleh itu, sememangnya kelebihan
minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat
dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya
sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan
yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan
yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan
tersendiri dari sudut kesihatan.
Minyak masak selain yang berasaskan
buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol
teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya
dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah
warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan
berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta
tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang
digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga
seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada
penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan
zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi
akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai
jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan
dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia
membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta).
Dengan ini, tidak hairanlah, ramai
yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk
kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun
dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat
pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat
bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al
Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Ditulis oleh Norkumala binti Awang.
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'.
Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.
No comments:
Post a Comment