Presiden dan Perdana Menteri Turki yang bijak |
MEYAKINI negara dipimpin kerajaan Islam yang kononnya 'konservatif',bakal mengalami kemerosotan dan kemunduran adalah suatu kesalahan besar. Bank Dunia hari ini menetapkan Turki bakal menjadi negeri paling tinggi pendapatan perkapitanya dalam lima tahun ke depan, kerana Turki kini diperintah oleh seorang presiden Muslim yang keras tegas, iaitu Recep Tayyip Erdogan.
Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Selasa (13/1), Bank Dunia melihat kesungguhan kerajaan Erdogan meningkatkan produktiviti kerja mereka serta penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan baik. Di bawah kepimpinan Erdogan, Turki bangkit dari terperusuk dalam krisis kewangan global pada 2007 dan mempunyai kedudukan ekonomi setara Mexico.
Meski demikian beberapa kenaikan dan kemajuan ekonomi sempat terhenti terutama di tengah pilihan raya umum sengit dan cabaran keselamatan serantau. Erdogan dianggap berjaya menangani masalah dalam negera termasuk tunjuk perasaan besar-besaran awal tahun lalu.
Namun kerajaan Erdogan punya cara unik yakni mengurangkan belanja negara sebanyak 3-4 peratus untuk tahun ini. Perkapita Turki naik menjadi USD 12.746 setelah sebelumnya di angka USD 11.000.
Keberkatan dari pemimpin yang jujur dan amanah serta tegas dalam menerapkan syariah kepada rakyat dan negara. Mereka bekerja keras dalam membangunkan negara Turki sehingga menjadi sebuah negara yang kualiti hidup rakyatnya semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment