Keadaan Ribut Solar yang diambil di Hemisfera Utara pada 22 Jan 2012 lalu. |
Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Kajian menyatakan kejadian ini akan berlaku dalam tempoh 6 ke 7 tahun sekali. Kali terakhir berlaku adalah pada Mei 2005. Pastinya radiasi matahari akan lebih kuat pada ketika berlakunya ribut solar ini. Tahap radiasi kali ini dianggap paling kuat dan lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula akan tiba ke Bumi sejam kemudian, ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Hakikatnya setiap fenomena alam yang terjadi di bumi,bima sakti dan alam semesta pastinya ada hikmah disebalik kejadian tersebut pada 22 Januari 2012 lalu, Kesan daripada ini sedikit telah menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak dan frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.
Dalam pada itu nenurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang, iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.
Dalam pada itu nenurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang, iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.
Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME).
Suar solar (Solar flare): Ditafsirkan sebagai proses pelepasan tenaga yang besar sehingga 6×1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumlah output tenaga Matahari setiap saat). Semasa ia berlaku cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan Matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai Bumi satu atau dua hari selepas peristiwa itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk kepada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain)
Ribut Geomagnet (A geomagnetic storm): Merupakan gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh gangguan dalam medium antara planet. Ribut geomagnet adalah disebabkan oleh kejutan gelombang angin solar atau awan medan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi. Peningkatan tekanan angin suria pada mulanya memampatkan magnetosfera dan medan magnet angin solar akan berinteraksi dengan medan magnet Bumi dan memindahkan amaun yang meningkat tenaga ke dalam magnetosfera.
Pelepasan besar-besaran korona (A coronal mass ejection – CME): Proses pemecahan dan pelepasan secara besar-besaran angin solar, plasma isotop cahaya lain dan medan magnet korona ke dalam angkasa lepas. Pelepasan jisim korona sering dikaitkan dengan lain-lain bentuk aktiviti solar. Kebanyakan pelepasan berasal dari kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kumpulan-kumpulan tompok matahari di mana terdapat suar yang kerap terhasil.
Terdapat juga maklumat berita mengatakan ribut solat terbesar akan berlaku sekali lagi pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.
Akhirnya, setelah masa berlalu kita dapati kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini amat minima termasuklah, gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan minima kepada aktiviti geologi.
No comments:
Post a Comment