Untuk siri pertama ini, saya akan tunjukkan bagaimana membuat akaun, dan memilih nama blog.
Klik pada gambar untuk imej screenshot yang lebih besar dan jelas
1. Pergi ke http://www.blogger.com . Sekiranya anda telah log in ke akaun Gmail, teruskan ke langkah no. 3 kerana anda akan dibawa ke dashboard. Sekiranya belum log in, anda akan dibawa ke skrin ini;
Jika anda mempunyai akaun GMail, boleh terus log in melalui form di sebelah kanan (arrow biru) dan terus ke langkah no. 3. Jika masih belum mempunyai akaun GMail, klik button “Get Started” (arrow merah).
2. Anda akan dibawa ke registration form. Isikan form tersebut, kemudian klik button “Continue” di bahagian bawah kanan halaman.
Anda boleh mengisikan petak “E-mail” dengan akaun SELAIN GMail, tetapi akaun tersebut mestilah telahpun wujud.
3. Selepas berdaftar/log-in, anda akan dibawa ke Dashboard blooger anda. Untuk membina blog baru, klik “Create a Blog” (arrow merah).
4. Sekarang anda berada di form untuk membina blog. Isikan form tersebut dengan nama blog pilihan anda, alamat blog dan word verification. Kemudian klik button “Continue”
Pilih nama dan alamat blog yang ringkas dan mudah diingati. Jika anda membina blog untuk tujuan perniagaan online ataupun berhasrat untuk bermain dengan SEO, elakkan nama yang tiada makna atau terlalu complicated. Tetapi jika anda membina blog peribadi dan tidak kisah sekiranya tiada trafik masuk ke blog anda, abaikan tips ini =P
5. Pilih template/theme yang anda minati. Tidak mengapa jika tiada pilihan template yang anda berkenan kerana anda boleh mengubahnya bila-bila masa. Klik button “Continue”
6. Sekarang tapak asas blog anda terlah pun terbina. Anda telah mempunyai nama blog dan alamat blog sendiri. Klik button “Start Blogging”
7. Paparan yang anda lihat sekarang adalah “back-end” blog anda. Paparan inilah yang anda akan gunakan untuk membuat posting, configure template dan mengubah segala setting yang berkaitan dengan blog anda. Untuk melihat bagaimana rupanya blog tersebut, klik “View Blog”
8. Ini adalah blog anda. Paparan inilah yang akan dilihat oleh pelawat blog.
Theme blog anda mungkin berlainan dengan screenshot ini jika anda memilih theme yang berlainan
Buat masa ini, blog anda masih kosong. Anda masih perlu mengedit, theme, widget, membuat posting, dan beberapa perkara lain bagi melengkapi blog anda.
Perkara-perkara tersebut akan saya tunjukkan dalam siri seterusnya.
No comments:
Post a Comment