PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, March 31, 2011

TENAGA SOLAR YANG MAMPAN

Dalam pelajaran geografi di sekolah kita diberitahu guru kepentingan tenaga solar yang mesra alam. Tapi di negara kita yang menerima cahaya suria sepanjang tahun masih belum menggunakannya. Ini menjadi persoalannya, Adakah pihak TNB tidak menggalakkan kerana takut kerugian ataupun kita tiada pakar dalam bidang ini. Pada hemat saya kalau di kampung-kampung dan dibandar-bandar dapat disediakan kemudahan dan dimajukan penggunan tenaga solar ini, kita dapat menjimatkan  berbilion ringgit daripada menggunakan petroleum, gas asli dan arangbatu yang banyak digunakan oleh stesen janakuasa terma didalam negara. Selain itu ia juga dapat menyelamatkan bumi kita daripada kesan rumah hijau dan pencemaran alam.

Anda boleh merujuk buku ini, "dummies" bertapa mudahnya untuk memajukan tenaga solar ini kerana mudah nya memasang sendiri peralatan untuk mendapatkan kuasa dari solar itu.   Para pelajar jalankanlah banyak ujikaji dan keluarkan daya kreatif anda dalam memajukan tenaga yang mesra alam ini untuk negara, bangsa dan agama kita. Negara-negara yang sinaran cahaya suria hanya pada musim panas banyak mempraktikkan penggunaan tenaga solar ini, kenapa negara kita yang menerima sinaran cahaya melebihi 6 jam sehari tidak menggunakan tenaga percuma ini.

Kuasa yang diperolehi dari suria ini cukup untuk kegunaan di rumah seperti juga kuasa elektrik yang biasa kita gunakan. Cuma belanja permulaannya mungkin lebih sedikit, tetapi untuk jangka masa panjang, mungkin lebih menjimatkan.

Untuk tujuan penggunaan kuasa dari suria ini, reka bentuk rumah mungkin perlu disesuaikan agar "solar panel" yang diperlukan untuk memerangkap cahaya dari suria itu dapat di pasang di bumbung atau bahagian rumah yang terdedah keseluruhannya kepada pancaran matahari tersebut.

Di Malaysia, di mana sepanjang tahun kita mendapat pancaran matahari yang banyak, kecuali di musim tengkujuh, masih belum banyak (dari pengamatan sayalah) penggunaan kuasa dari suria ini.

Antara kegunaan kuasa dari suria ini di Malaysia ialah:

Di stesen cerapan yang jauh terpencil dan tiada bekalan elektrik yang terdapat di sana.

Lampu amaran yang perlu dipasang bereterusan, seperti di landasan kapal terbang.

Lampu di kawasan permainan yang tiada bekalan elektrik. Dan lain peraltan yang memerluka kuasa tetapi jauh dari bekalan elektrik biasa seperti untuk lampu di rumah-rumah api di pulau atau bikon-bikon di tengah laut.

Di suatu ketika nanti, apabila bekalan elektrik sudah menjadi mahal kerana kekurangan bahan api atau harga nya yang semakin mahal, tenaga suria mungkin akan menjadi pilihan. Sebelumini berlaku, negara perlu bersedia berbuat sesuatu dari sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...