PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, March 20, 2011

KEJAYAAN IRAN DALAM PENJELAJAHAN ANGKASA DAN PERSENJATAAN


 Kapsul Kavoshgar 3 bersama tikus, kura-kura dan cacing dilancarkan ke angkasa lepas.
 
Kavoshgar 3 , Kapal pembawa satelite dan penjelajahan angkasa lepas Iran di lepaskan dalam usaha menjelajah angkasa lepas, tahun lepas 2010.
Iran mengumumkan kejayaan mengirim tikus, kura-kura dan cacing ke luar angkasa. Mereka berkeyakinan mengirim manusia ke angkasa selepas ini. Hari ini melalui laporan Press TV, Iran melancar pula pesawat penggempur.

            “Saeqeh” Pesawat Tempur Terbaru Buatan Iran

General Alavi, IRIAF Timbalan Komander  Udara Republik Iran menyatakan mereka telah melancar pesawat- pesawat penggempur berkuasa tinggi buatan tempatan. Pesawat ini akan digunakan bagi mempertahankan ruang udara Iran dari dicerobohi pihak asing.


         “Zohal” Piring Terbang mirip UFO.

Saintis Iran juga mendakwa telah mencipta piring terbang pertama, meskipun belum jelas ketinggian objek itu mampu terbang, Media menyebut pesawat itu mirip UFO. Piring terbang bernama Zohal yang bererti Saturnus itu merupakan pesawat ruang angkasa tidak berawak yang dirancang untuk pencitraan udara. Piring Terbang ini juga boleh digunakan untuk pelbagai misi yang tidak diperincikan oleh Iran.

"Alat transport yang mudah diluncur, terbang, sedikit bunyi dan memiliki keuntungan yang sama dengan pesawat lain," tulis laporan ISNA (Iran’s Student’s News Agency).

Perangkat itu dilengkapi autopilot, pengatur stabiliti gambar, GPS dan alat perakam kualiti HD. Program luar angkasa Iran yang bercita-cita tinggi, nampaknya menjadi peringatan bagi dunia Barat, kerana pada waktu yang sama, teknologi misil yang digunakan untuk program luar angkasa sama dengan teknologi membangun pelancar roket antarabenua.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...