PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, December 17, 2012

AMALAN BERSUNAT

circumcision
Lebih sejuta kanak-kanak lelaki USA disunatkan setiap tahun
Amalah Islam bersunat/ berkitan  merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Saw. Merupakan  anugerah Allah untuk hamba-hambanya. Allah yang mencipta manusia maka sudah tentu Dialah yang tahu kelemahan dan kebaikan untuk hamba-hamba-Nya. Kini terbukti dari kajian-kajian saintifik kebaikan amalan bersunat, malah disahkan oleh sekumpulan doktor kanak-kanak di Amerika Syarikat yang berpengaruh mengatakan amalan bersunat terhadap bayi yang baru lahir memberi manfaat kesihatan yang jauh lebih tinggi berbanding risikonya.

Persatuan doktor kanak-kanak Amerika menyebut bahawa data yang mereka miliki menunjukkan sunat mengurangkan risiko kanser zakar, jangkitan saluran air seni, dan penularan penyakit seksual seperti HIV. Sokongan terhadap sunat ini merupakan sebuah perubahan dari sikap mereka 13 tahun sebelumnya yang neutral.

Namun demikian persatuan doktor anak itu juga menekankan bahawa keputusan yang terkini ada di tangan orang tua bayi. Amalan sunat sendiri telah turun mendadak di Amerika kerana sebelum ini dianggap berisiko dan memberi manfaat perubatan yang relatif boleh diabaikan.
Rujuk SINI .

In Assiut, voters hope 'yes' vote will mean stability


High turnout for referendum
ASSIUT — Canvassing the Upper Egyptian city of Assiut on referendum day, the denser population in rural areas were predominantly leaning toward voting “yes” on the draft constitution, in hopes that this would mean stability.
A few hours later, initial results showed that the “yes” voters were indeed the majority, totaling 76 percent, versus 24 percent for the “no” camp.
Throughout Saturday, long queues were visible outside polling stations, but while it seemed the turnout would be high, figures show that only 590,675 out of 2,127,688 eligible voters actually cast their ballots.

While numerous voters Egypt Independent spoke to at polling stations rejected the constitution, the majority gave it their approval, with Assiut coming in third place in “yes” votes, after North Sinai at 82.2 percent and Sohag at 78.7 percent.
The result may come as a surprise after the 17 November collision in Assiut, when a train slammed into a bus and killed 51 children. At the time, residents of the area put the blame on the government and there was a seeming rejection of the ruling power.
But in the presidential poll, after picking former Prime Minister Ahmed Shafiq in round one, the majority of more than 60 percent in Assiut chose President Mohamed Morsy in the runoff.
Earlier in the March 2011 Constitutional Declaration referendum under the then-ruling military council, a “yes” vote was billed as a vote for stability, and this was the choice for which the emerging Islamist forces campaigned at the time. Seventy percent in Assiut chose “yes” then, too.
Standing in line at a polling station in the village of Maasara, the craving for stability was palpable. Voters confidently told Egypt Independent that everyone there would vote “yes,” and then started chanting “stability.”
We want things to move along in the country; we don’t like the trouble and violence between people that we’re seeing,” says Ahmed Farhan, an employee at Assiut University.
Even though many had admittedly not studied the constitution carefully, they believe it will guarantee social equality by advocating for the rights of the poor.
The most important thing is that it guarantees the rights of workers and farmers. These segments [of the population] get lost while people talk about big plans and ideas, but the constitution acknowledges them and gives them their rights,” says Shaaban Othman, a company worker.
Not everyone would agree, as evident by a wave of walkouts that hit the Constituent Assembly at the tail end of its drafting of the constitution, which included representatives of farmers. Shortly after, Morsy issued the controversial 22 November constitutional declaration that gave him sweeping powers, making his decisions immune to judicial review and protecting a possible dissolution of the assembly by the court.
What ensued led to the current political and social polarization Egypt is facing, in the midst of which the snap referendum was conducted. The opposition of civil forces has since amalgamated mainly in the National Salvation Front, led by Mohamed ElBaradei, Hamdeen Sabbahi and Amr Moussa, all of whom have been accused by Morsy supporters of a slew of conspiracy theories.
Those voting “yes” say mobilization against the constitution is a conspiracy by remnants of the former Mubarak regime, with the aforementioned names thrown around frequently by voters who accuse them of being a self-serving group working against the interests of the country.
All those making this fuss, what have they done for the country?” asks ambulance worker Mostafa Ali. “All those saying ‘no’ are only worried about their own interests.”
Kamel Thabet, a retired school headmaster, says the former regime is using the referendum as an opportunity to make a comeback on the political scene.
We want to take the country from the old oppression to a new and free regime. We don’t want to go back, we want to keep going on this path. We don’t want remnants of the old regime to mess with us,” Thabet says.
Some voted “yes” as an expression of support for Egypt’s president, as much as many who voted “no” did so out of a rejection of Morsy and his recent maneuvers.
“‘Yes’ because I see the country improving. I don’t see anything wrong,” says Mohamed Abdel Mohsen, a monitor at a food company.
In the urban center of Assiut, however, the “no” vote was more prominent.
The large Christian community filling one polling station say their “no” votes reflect a rejection of the president’s management of the country, as well as the constitution.
We want national unity, stability and for everyone to live well with no discrimination,” says Nashaat, an accountant who only gave his first name. He cast a “no” vote, deeming Morsy incapable of realizing these hopes.
Nabil Anwar, a dentist, also voted “no,” explaining: “I vote ‘no’ because a constitution is supposed to be built on consensus and not hijacked by one movement. This constitution will determine my life; my opinion has to be represented.”
Meanwhile, election monitors have documented various violations, including campaigning and mobilization by Muslim Brotherhood members inside and outside polling stations for a “yes” vote, according to National Salvation Front representatives in Assiut.
The front and the April 6 Youth Movement have filed cases against Brotherhood members, accusing them of assaulting monitors at some polling stations.
Ahmed Gamal, an April 6 member in Assiut, says some polling stations had to be closed due to the absence of judges, as a large movement of judges who reject the referendum have boycotted its supervision.
Latest news fron Egypt:  Heba Afify, Egypt Independent.

Saturday, December 15, 2012

RENTETAN PERANG ARAB DAN ISRAEL [1947 - 1974]


Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan Perang Arab-Israel 1948. 

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Perang Arab-Israel 1948 , dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: النكبة, "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel.

Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956. Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir  yang dipimpin oleh Jen. Gamal Abdel Nasser  pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan. Akhirnya Mesir dikalah dan Semenanjung Sinai dan terusan suez di tadbir oleh United Nations Emergency Force ( UNEF)

Perang Enam Hari juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel menghadapi gabungan tiga negara Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria, dan ketiganya juga mendapatkan bantuan aktif dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan dan Aljazair. Perang tersebut berlangsung selama enam hari.  Pada bulan Mei tahun 1967, Mesir mengusir United Nations Emergency Force(UNEF) dari Semenanjung Sinai; Mesir mempersiapkan 1.000 tank dan 100.000 pasukan di perbatasan dan mengepung Selat Tiran (pintu masuk menuju Teluk Aqaba) terhadap kapal Israel dan memanggil negara-negara Arab lainnya untuk bersatu melawan Israel. Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan udara Mesir karena takut akan terjadinya serangan oleh Mesir. Israel menyerang Jordan lalu menyerang Jerusalem Barat dan Netanya. Pada akhir perang, Israel merebut Jerusalem Timur, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tepi Barat, dan Dataran Tinggi Golan. Hasil dari perang ini memengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sampai hari ini.

Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi “bulan penuh”)
.
Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.

Sebagai balasan pada tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal ‘Sagger’, daripada Kesatuan Soviet serta memperbaiki taktik-taktik tenteranya.justeru itu pelbagai inisiatif dijalankan,termasuk meninjau kedudukan musuh terlebih dahulu sebelum melakukan serangan.

Oleh itu,tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur — tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel. Semasa peperangan, Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112 orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria bersama dengan sistem pertahanan udara(anti pesawat) mereka menembak jatuh 114 buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.

Di Mesir dan Syria, Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang “tidak dapat ditawan” telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria dan Mesir melalui beberapa perjanjian “pengunduran”, walaupun keamanan menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.

Tempat bersejarah yang dilawati oleh rombngan kami dalam siri menjejak rasul dibumi Mesir iaitu kubu Israel di Semenanjung Sinai.
Kawasan kubu tentera Israel yang ditawan dengan memacutkan air


Penulis bersama Anak saudara Amirudin masih
 belajar Maahad Buut, Al Azhar di Mesir
Pada mulanya sukar, bagi tentera Mesir untuk menawan kubu Israel kerana kubunya diselubungi oleh timbunan pasir.Saya mengambil satu contoh mimpi yang benar iaitu mimpi mantan Syeikh al-Azhar sebelum ini,iaitu Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud. Mimpi beliau mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel. Mimpi ini meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.

Teropong ini boleh melihat kapal di Laut Merah.
Menurut anggaran kajian perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 – 10,000) tercedera. 295 orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62 oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan tahun 1974.


Salah satu Terowong yang dibina oleh askar Israel.

Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan,akan tetapi tentera Israel mencabuli gencatan senjata pada 24 oktober 1974 dan berlaku beberapa peperangan kecil dalam kawasan Bandar Suez. Akibat dari serangan tentera mesir dan syria menyebabkan kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang marah menuntut beliau meletakkan jawatan. Presiden Mahkamah Agung menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.

Kelengkapan perang Israel yang ditawan oleh askar Mesir
Akibat daripada serangan Israel secara mengejut di Bandar suez, sepertimana yang dinyatakan sebelum ini,mereka menemui kegagalan yang menyebabkan pihak tentera Israel mengambil jalan dengan cara penyelesaian dimana mereka mengadakan ‘pertemuan damai’.
Selepas itu,kedua-dua pihak menjalankan urusan pengebumian tentera masing-masing yang terkorban. Tentera mesir dan rakyatnya meraikan kemenangan dengan kejayaan mereka merampas kembali tanah semananjung Sinai yang di tawan Israel pada 
tahun 1967.

Meriam Israel apabila menembak dibuka pintu kemudian tutup balik supaya
peluru tentera Mesir tidak menembusi kubu mereka.

Tentera Mesir sentiasa mengiringi kami kerana takut ada periuk api.



Friday, December 14, 2012

MURSI, GAZA DAN AMERIKA SYARIKAT


Ketamadunan Mesir, lebih dari puluhan dekad lalu telah lama hancur sejak Muhammad Ali Pasha menjadi gabenornya di sana, iaitu ketika detik penguasaan Empayar Uthmaniyyah hampir jatuh. Semua sendi kehidupan masyarakat Arab Mesir ketika itu menuju keruntuhan apabila "kiblat politik" mereka beralih ke negara-negara Eropah untuk di"sekular"kan. Rifaat Ath-Thahthawi, Luthfi Al-Munfaluthi adalah antara tokoh-tokoh liberalisme yang terhasil dari projek pem"barat"an tersebut.

Jika bukan kerana rahmat Allah yang mengekalkan mercu keilmuan Al-Azhar As-Syarif, nescaya masyarakat Mesir hilang pedoman mencari solusi keterperukan mereka. Mercu tersebut membezakan kebangkitan "Arab Spring" dengan negara-negara Arab yang lain yang ditohori dengan semangat dan iman, bukannya dengan perasaan dan nafsu.

Apabila Muhammad Mursi (Presiden pasca-revolusi) ditaqdirkan mentadbir negara setelah begitu lama ralit ditindas "telunjuk Barat", yakni ketika era rejim Mubarak, maka tugas berat menanti Mursi untuk membangunkan semula negara Mesir dari sudut ekonomi, kemajuan sosial dan pendidikannya. Ia adalah hal yang sewajarnya disedari, negara Mesir tempang di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia Arab selama 30 tahun lamanya sejak rejim Mubarak memerintah.

Sekalipun Mubarak tewas ditangan rakyatnya, kekuatan rejim masih lagi berbisa di tampuk lembaga pemerintahan negara, dan akan terus meributkan kestabilan pemerintahan Mursi jika ia tidak ditangani. Dalam keadaan negara yang masih menongkat bangunnya, sangat sukar membereskan Mesir dari cengkaman "fulul" (mantan rejim Mubarak) yang rakus mengintai peluang menamatkan pengaruh Mursi di dunia politik asia barat.

Pada 22 November 2012, Presiden Mursi telah mengumumkan sebuah keputusan yang mengejutkan rakyatnya dengan pengisytiharan konstitusi (sistem) yang memberikan kekebalan kepada seluruh keputusan-keputusan politiknya. Akibatnya beliau mendapat penentangan keras oleh musuh-musuhnya yang terdiri dari pelbagai aliran sekular yang mendakwa Mursi memonopoli proses menggubal draf piagam undang-undang negara. Sedangkan pengumuman Mursi itu bersifat sementara sahaja dan terhad kepada ‘isu-isu berhubung kedaulatan negara’.
Namun, para pendemonstran terus merusuh yang sebenarnya di balik gerakan tersebut terdapat kepentingan pihak-pihak sekuler, liberal, nasionalis dan "fulul", termasuklah juga campur tangan agenda Amerika dan Israel untuk menggoncang stabiliti politik Mesir. Hal ini disahkan dengan satu maklumat yang disampaikan oleh Badan Perisikan Mesir bahawa terdapat satu perjumpaan sulit antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan), Ahmed Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir) dan Ahmed Shafiq (seteru politik Mursi yang tewas di dalam calon presiden pilihan).

Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour, seorang peguam dan orang kanan Mubarak yang merancang supaya hakim-hakim tersebut membuat tiga keputusan berikut :
  1. Membubarkan Dewan Senat (Syura).
  2. Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara.
  3. Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi, sekali gus beliau akan dipecat daripada jawatan presidennya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau angkat sumpah pada awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah.
Apabila laporan perisikan ini sampai ke pengetahuan Mursi, atas kebijakannya beliau memintas terlebih dahulu tindakan jahat dalang konflik tersebut dengan keputusan seperti di bawah ini :
  • Memutuskan semua kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. Ini kerana sehingga ke hari ini semua kes yang dibicarakan menyaksikan tertuduh dibebaskan oleh mahkamah ekoran pendakwaan yang dikemukakan terlalu lemah dari sudut bukti.
Di sini ada sisi positif dalam konstitusi yang diumumkan oleh Mursi ini yang tidak boleh diabaikan, kerana tindakan Mursi sebenarnya bersesuaian dengan tuntutan rakyat untuk mengadili para kroni rejim sebelumnya yang telah dibebaskan oleh pengadilan dengan alasan tiada bukti-bukti pembabitan mereka. Khususnya kepada para pegawai tertinggi kerajaan yang memberikan perintah menembak rakyat yang berhimpun di Tahrir Square (Dataran Tahrin) di saat pemerintahan rejim Mubarak digulingkan. Kira-kira 850 penunjuk perasaan terbunuh semasa pemberontakan, manakala beratus-ratus lagi meninggal dunia sejak peristiwa itu.
  • Bahawa semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah. Hal ini merangkumi kes pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Senat dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.
Keputusan yang kedua (2) inilah yang mencetuskan kebangkitan golongan sekular mengadakan demonstrasi di Dataran Tahrir, lantas mendakwa Mursi bertindak seperti diktator. Draf inilah yang mendorong El-Barada'ie, bekas ketua pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuduh Presiden Mursi sebagai "Firaun Moden" dalam reaksi pertamanya ketika konstitusi Mursi diumumkan.

Langkah-langkah yang diambil oleh Mursi sebenarnya adalah bersifat sementara, bukan bertujuan untuk menumpukan kuasa, tetapi untuk menyerahkannya kepada parlimen yang dipilih secara demokratik, memelihara kesaksamaan badan kehakiman serta mengelakkannya daripada di"politik"kan.
  • Bahawa bagi Presiden Republik apabila terdapat anasir yang mengancam ketohoran Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanah air atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.
  • Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan (dilanjutkan selama 2 bulan) dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. Ini bagi mengelakkan Mahkamah Tinggi Perlembagaan membubarkan dua institusi milik rakyat ini seperti yang dilakukan kepada Dewan Rakyat yang telah dibubarkan.
  • Presiden berhak melantik Peguam Negara daripada kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun, yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuat kuasa kepada Peguam Negara yang baharu.
  • Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.
Khabar yang terbaharu, Tala'at Ibrahim berkata, "Pengadilan mahkamah terhadap mangsa revolusi akan ditubuhkan yang mana Mubarak, anak-anaknya dan ketua-ketua keselamatan akan dibicarakan semula jika terdapat bukti baru."
Sebelum ini  Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negaranya telah dihukum penjara seumur hidup atas pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan "Arab Spring" tahun lepas, tetapi enam ketua keselamatan telah dibebaskan dalam kes yang sama, dan hal ini mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
Bagaimanapun kehebatan Unit Perisikan Mesir yang memecahkan maklumat sulit untuk menjatuhkan Presiden Mursi ini wajar diberikan pujian kerana impaknya mereka berhasil mengagalkan dalang perancangan jahat menjatuhkan Mursi. Dan ini bermakna, suatu konspirasi halus lagi licik telah berjalan untuk menjatuhkan Mursi supaya pihak-pihak yang berkiblat kepada Israel dan Barat terutamanya Amerika Syarikat dapat merampas kembali kuasa dengan bantuan institusi kehakiman dan tentera Mesir.

Jika Mursi jatuh ini bermakna Israel akan lebih mudah bergerak kerana Mesir adalah penghalang kepada segala tindakan Israel ke atas Gaza sekarang. Apabila Mursi melonggarkan pembukaan pintu sempadan Rafah sebenarnya ia mengemukakan masalah kepada usaha Tel Aviv menguasai Palestin. Kita tidak pasti sejauh manakah pihak tentera mengambil kesempatan daripada demonstrasi ini bagi mengeruhkan keadaan dan memporak-perandakan situasi supaya pihak tentera boleh mengisytiharkan darurat dan menguasai Mesir semula.

Persoalan kini yang timbul, adakah rakyat Mesir faham perancangan kudeta terhadap Mursi ini dianggotai bukan sahaja seteru di dalam negara tetapi juga seteru di luar negara mereka?

Mesir, dalam kondisi yang rencam ini memerlukan segala kebijaksanaan dan orang-orang yang bijaksana untuk menghindari pelbagai konspirasi yang dipintal untuk mengembalikannya ke ribaan Amerika dan sekutunya Israel. Inilah yang diinginkan oleh Amerika dan Israel untuk menguburkan kejayaan revolusi Mesir. Kerana negara-negara Barat 'tidak redha' membiarkan Mursi atau gerakan induknya, Ikhwanul Muslimin berkuasa di Mesir meskipun pemilihan presiden pasca-revolusi rakyat dilakukan dengan cara paling 'demokratik'.

Hal ini mengingatkan lagi kepada kemenangan Hamas di dalam pilihanraya pada tahun 2006, namun Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mengakui dan memilih bonekanya, Mahmoud Abbas.

Hal ini juga mengingatkan apa yang pernah berlaku kepada FIS di Algeria pada tahun 1991, di mana Amerika Syarikat turut menjadi dalang untuk menggagalkan kemenangan parti Islam itu.

Dalam soal Gaza misalnya, Mursi secara terbuka menyatakan dukungan kepada rakyat Gaza dan gerakan Hamas. Ketika Israel membungkam Gaza dengan bedilan bom pada minggu lalu, Mursi mengecam Israel sebagai negara yang biadab dan menyatakan,"Cairo will not leave Gaza on its own. Egypt today is not the Egypt of yesterday, and Arabs today are not the Arabs of yesterday."

Israel semakin sakit jiwa apabila Mursi berjanji akan membuka perbatasan Gaza 24 jam. Mursi memang menjadi harapan besar rakyat Mesir agar dapat berperanan besar dalam perjuangan membebaskan Gaza. Ketika beliau baharu menjawat jawatan presiden, para pendukungnya menyatakan, "Tomorrow Mursy will liberate Gaza. Yes, we will either pray in Jerusalem or we will be martyred there."

Malah dalam kempen-kempen pidoto Mursi juga sebelum ini beliau sering berjanji untuk membebaskan Gaza. Tentunya keinginan dan cita-cita Ikhwanul Muslimin dengan presidennya, Muhammad Mursi itu memomokkan lena panjang "kuasa besar dunia", Amerika. Meskipun Hillary Clinton beberapa hari lalu datang ke Mesir untuk berunding bersama Mursi tentang keamanan Palestin dan Israel, tetapi sikap kedua-dua pemimpin itu jelas berbeza.
Hillary Clinton dalam konferensi medianya pada 20 November 2012 lalu, bersama PM Israel Netanyahu di Jerussalem menyatakan,"...President Obama asked me to come to Israel with a very clear message; America’s commitment to Israel’s security is rock solid and unwavering. That is why we believe it is essential to de-escalate the situation in Gaza. The rocket attacks from terrorist organizations inside Gaza on Israeli cities and towns must end and a broader calm restored. The goal must be a durable outcome that promotes regional stability and advances the security and legitimate aspirations of Israelis and Palestinians alike."

Perhatikan bicara Hillary, menurutnya Hamas yang memimpin pemerintahan Gaza saat ini masih didakwa sebagai parti dokongan rakyat yang tidak sah dan juga sebuah organisasi "teroris". Kerana itu Hillary tidak segan-segan menyatakan bahawa komitmen pemerintah Amerika untuk keamanan Israel adalah solid dan tidak berubah.

Di sinilah nampaknya kemungkinan besar adanya konspirasi Amerika mendukung tokoh-tokoh atau aktivis sekuler-liberal secara "diam-diam" cuba menjatuhkan Presiden Mursi.

Semoga Allah membantu Presiden Mursi, dan menggagalkan perancangan seteru politiknya.
poa dari:  AKADEMI TARBIYAH DPPM, dalam laman tarbawi 

SUARA SOKONGAN REFERENDUM PRESIDEN MURSI


Fatwa Syaikh Al-Barrak Perihal Memberikan Suara dalam Referendum Perlembagaan Mesir



al-ikhwan.net - Saudi,
 

Segala puji hanyalah bagi ALLah, sholawat dan salam atas hamba dan Rasul-Nya Muhammad SAW, beserta keluarga dan para sahabat. Amma ba'du,
Syaikh Abdur Rahman Al-Barrak

Telah sampai kepadaku terjadinya perbedaaan pendapat di antara saudara kami para Ahli Sunnah di Mesir seputar permasalahan pemberian suara dalam Referendum Perlembagaan Mesir. Perbezaan di antara mereka adalah seputar hukumnya: apakah haram, boleh atau bahkan wajib. Sebagaimana diketahui bahawa setiap mereka mempunyai hujjah dan dalil untuk menguatkan pendapatnya. Dan saya telah mengkaji dalil dan hujjah mereka, dan sepanjang yang saya dapati cara beristidlal (berhujjah dengan dalil) sama-sama kuat yang mungkin membuat bingung mereka yang mengkajinya.
Dan awal timbulnya perbezaan dalam hal ini adalah disebabkan:
  1. Isi kandungan undang-undang yang mengandungi bahan-bahan kekufuran yang semua saudara kita tidak berbeza pendapat seputar kebatilannya, serta haramnya bahan-bahan ini dalam keadaan sukarela tanpa paksaan.
  2. Isi kandungan undang-undang yang mengandungi bahan-bahan kebaikan  yang akan mendekatkan penguatkuasaan undang-undang syariah. muatan inilah yang membuat kaum pembangkang tidak rela adanya penguatkuasaan syariah melalui perlembagaan ini.
Yang tergambar bagiku setelah mengkaji pelbagai paradigma dan cara berfikir saudara-saudara kami ahli Sunnah, bahawa hukum pemberian suara untuk menyokong perlembagaan ini jika tidaklah wajib maka boleh (jaiz). Dan hal tersebut sama sekali tidak termasuk dalam kategori mengakui dan meredhai kekufuran. Hal ini tidak lebih dari bab menolak keburukan yang lebih berbahaya dari keburukan yang ada, serta memilih hal yang dianggap lebih ringan kerosakannya (akhoffu dororain).
Dan tidak ada lagi di hadapan kaum muslimin yang akan memberikan suara kecuali hal ini, atau justeru hal yang lebih buruk lagi. Dan bukanlah bahagian dari hikmah (kebajikan), baik secara logik mahupun syar'i, ketika kita meninggalkan sebuah urusan (referendum), yang hal ini akan memberikan peluang bagi golongan batil yang terdiri dari kaum kafir dan munafiq untuk mewujudkan keinginan mereka.
Tidak ragu lagi bahawa mereka yang bersemangat untuk menegakkan syariah - yang memang menjadi komitmen setiap yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya - meskipun mereka berbeza pendapat dalam urusan referendum ini, sesungguhnya mereka adalah para mujtahidun sehingga urusan mereka seputar antara mendapatkan satu atau dua pahala. Tetapi (yang lebih penting lagi) adalah wajib bagi mereka bersungguh-sungguh untuk menyatukan barisan kaum muslimin di hadapan musuh yang tidak mahukan Islam tegak di negeri mereka.
Dan aku tidak melihat ada perbezaan ketara antara pemilihan Presiden dengan referendum perlembagaan ini.Sesungguhnya setiap yang berakal dan memahami realiti mengetahui sepenuhnya bahawa presiden muslim yang terpilih ini, tidak mampu menegakkan syariah secara dominan, apalagi mewujudkan penguatkuasaan syariah sepenuhnya sebagaimana yang dikehendaki mereka kaum muslimun yang soleh dan ikhlas. Hal ini disebabkan kerana ada kekuatan dan simbol-simbol kebatilan yang telah menguasai negeri ini, begitu pula disebabkan kerana keadaan masyarakat antarabangsa yang dikendalikan PBB yang disetiri oleh Amerika.
Presiden Mesir yang terpilih saat ini - semoga Allah SWT sentiasa menjaganya dan memberikan taufik-, ia tidak mempunyai penyokong di tengah masyarakat antarabangsa, maka dukung dan bantulah ia agar mampu menegakkan syariah sesuai dengan kemampuannya, dan loloskanlah Perlembagaan ini yang Presiden saat ini-dengan keterbatasannya - belum boleh membuat yang lebih baik dari yang ada.
Dan engkau sekalian sama-sama mengetahui, bahawa meninggalkan pemberian suara dalam referendum perlembagaan ini, akan memudahkan musuh baik dari dalam mahupun luar, dan hal inilah yang selalu dinanti-nantikan mereka dari kamu. Maka bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu (kaum muslimin) ..
Sudah sama difahami bahawa tidak ada seorang pun dari kalian meredhai atas pasal-pasal di perlembagaan ini yang bertentangan dengan syariah, akan tetapi meloloskan perlembagaan ini adalah sebuah hal yang teramat mendesak (dhorurot), untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk lagi.
Seandainya seorang dari kalian diminta memilih siapa yang akan memerintah negeri diantara Komunis atau Nasrani, maka secara syar'i dan logik pasti akan memutuskan untuk memilih yang paling ringan keburukan dan permusuhannya terhadap kaum muslimin.
Sebuah hal yang sama difahami, bahawa sebuah kewajipan yang tidak mampu untuk bekerja (kerana keadaan dan situasi tertentu), pada dasarnya hukumnya bukan lagi wajib.
Dan kaum muslimin sepenuhnya bersama kalian dengan hati-hati mereka dan kesungguhan mereka. Maka janganlah perbezaan di antara kalian menjadi sebab terhapusnya impian mereka. Aku memohon kepada Allah agar Ia mengilhamkan kepada penggunaan, dan menyatukan hati-hati kamu.
Dan jika memang ditakdirkan masih tersisa perbezaan diantara kalian, maka wajib berhati-hati jangan sampai melambatkan atau menghalang orang-orang yang akan memberikan suara, dan juga berhati-hati jangan sampai ada saling menyerang, mengkafirkan, melabelkan sebagai pengkhianat, dan mengolok-olok yang lain. Kerana tidaklah hal berdosa sebuah perbezaan antara mujtahid, tetapi dosa ada pada permusuhan dan pembangkangan.Semoga Allah SWT melindungi kamu dari hal yang demikian, serta memperbaiki hati dan niat kamu, meluruskan fikiran kamu, dan memenangkan agama-Nya melalui diri kamu.
 Ini teks asli Fatwa Syaikh Abdur Rahman bin Nasir Al-Barrak-hafizhahullah-:

Thursday, December 13, 2012

KISAH NABI MUSA A.S. - BAHAGIAN 1

Negara Mesir Kuno Sepanjang Sg. Nil
Kerajaan Mesir Kuno (Kerajaan Raja Firaun ) bermula pada tahun sebelum 4000 - 5000 SM

Piramid Di Giza merupakan tinggalan Raja-raja Mesir Kuno.
Mengikut ceritanya apabila sakit atau matinya seseorang Raja Mesir Kuno, Mereka akan mendirikan sebuah piramid untuk tempat semadinya. Satu cerita lain disebut bahawa Raja Firaun kerana takut nyawanya diambil oleh malaikat Izrael, maka dibinalah piramid ini dan dimasukkan semua isteri-isterinya serta inang dengan harapan malaikat tidak dapat masuk, sebab itu piramid ditutup semuanya sehingga tidak tahu dimana pintu masuknya. akhirnya mereka sendiri mati juga dengan qada Allah.

Pintu untuk masuk kedalam Piramid


Nabi Musa bin Imran bin Qahat bin Lawi bin Ya`qub dengan beribukan Yukabad. Beliau dilahirkan di Mesir yang diperintah oleh Raja Firaun yang sangat kejam malah mengaku tuhan. 
Suatu hari Raja Firaun dikejutkan oleh ahli nujum negara yang menurut firasatnya akan lahir seorang kanak-kanak dari kaum bani Isra`il yang akan menjadi musuh malah akan membinasakan kerajaan Mesir kelak. Maka Raja Firaun memerintahkan semua anak lelaki bani Isra`il yang baru dilahirkan dibunuh tiada terkecuali.

Yukabad telah selamat melahir bayinya dan hanya sempat memelihara Musa selama 3 bulan dengan berpakat dengan bidan bagi menyembunyi rahsia kelahiran Musa.  Akan tetapi tentera Firaun masih menjalankan pengelidahan dari rumah kerumah bagi mencari kanak-kanak lelaki bani Isra`il menyebabkan Yukabad menghanyut Musa ke sungai atas perintah Allah.

Sungai Nil inilah dimana Nabi Musa AS dihanyutkan dan dipunggut
oleh Aishah, isteri  Raja Firaun.
 Ayat 9 Surah Al Qashash menjelaskan isteri Firaun diberikan Allah sifat keibuan yang amat sayang dan suka kepada kanak-kanak, mengambil Nabi Musa as. sebagai anak angkat. Beliau dapat memujuk Firaun agar menerima Nabi Musa dan menamakan Musa yakni MU = air, SA= pohon berdasarkan tempat penemuan Musa. Ayat 12 dan 13 menjelaskan aturan Allah bagi memulangkan musa kepada ibunya, melalui musa yang tidak mahu memetek orang lain selain ibu kandungnya. 

Sambung disiri akan datang.

Gambar rombongan kembara kami dari Madrasah Nur As Salam, Selama, Perak.
Penulis, Tn. Hj. Abdullah dan Ustaz Mahizam serta guru dan pelajar dari
sebuah sekolah di Mansurah, Egypt.

Binaan Zaman Firaun

Tn. Hj. Abdullah bergambar di atas batuan piramid. Lihat bagaiman besarnya batu
yang digunakan untuk membuat piramid


Surah Al Qashash : ayat 4 hingga 13.

¨bÎ) šcöqtãöÏù Ÿxtã Îû ÇÚöF{$# Ÿ@yèy_ur $ygn=÷dr& $YèuÏ© ß#ÏèôÒtGó¡o Zpxÿͬ!$sÛ öNåk÷]ÏiB ßxÎn/xムöNèduä!$oYö/r& ¾ÄÓ÷ÕtGó¡our öNèduä!$|¡ÏR 4 ¼çm¯RÎ) šc%x. z`ÏB tûïÏÅ¡øÿßJø9$# ÇÍÈ
߃̍çRur br& £`ßJ¯R n?tã šúïÏ%©!$# (#qàÿÏèôÒçGó$# Îû ÇÚöF{$# öNßgn=yèøgwUur Zp£Jͬr& ãNßgn=yèôftRur šúüÏOͺuqø9$# ÇÎÈ
z`Åj3yJçRur öNçlm; Îû ÇÚöF{$# y̍çRur šcöqtãöÏù z`»yJ»ydur $yJèdyŠqãZã_ur Nßg÷YÏB $¨B (#qçR$Ÿ2 šcrâxøts ÇÏÈ
!$uZøŠym÷rr&ur #n<Î) ÏdQé& #ÓyqãB ÷br& ÏmÏèÅÊör& ( #sŒÎ*sù ÏMøÿÅz Ïmøn=tã ÏmŠÉ)ø9r'sù Îû ÉdOuŠø9$# Ÿwur Îû$sƒrB Ÿwur þÎTtøtrB ( $¯RÎ) çnrŠ!#u Å7øs9Î) çnqè=Ïæ%y`ur šÆÏB šúüÎ=yößJø9$# ÇÐÈ
ÿ¼çmsÜs)tGø9$$sù ãA#uä šcöqtãöÏù tbqà6uÏ9 óOßgs9 #xrßtã $ºRtymur 3 žcÎ) šcöqtãöÏù z`»yJ»ydur $yJèdyŠqãZã_ur (#qçR$Ÿ2 šúüÏ«ÏÜ»yz ÇÑÈ
ÏMs9$s%ur ßNr&tøB$# šcöqtãöÏù ßN§è% &û÷ütã Ík< y7s9ur ( Ÿw çnqè=çFø)s? #Ó|¤tã br& !$oYyèxÿZtƒ ÷rr& ¼çnxÏ­GtR #V$s!ur öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÒÈ
yxt7ô¹r&ur ߊ#xsèù ÏdQé& 4yqãB %¸ñ̍»sù ( bÎ) ôNyŠ$Ÿ2 Ïö7çFs9 ¾ÏmÎ/ Iwöqs9 br& $oYôÜt/§ 4n?tã $ygÎ6ù=s% šcqä3tGÏ9 z`ÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÊÉÈ
ôMs9$s%ur ¾ÏmÏG÷zT{ ÏmÅ_Áè% ( ôNuŽÝÇt7sù ¾ÏmÎ/ `tã 5=ãZã_ öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÊÊÈ
* $oYøB§ymur Ïmøn=tã yìÅÊ#tyJø9$# `ÏB ã@ö6s% ôMs9$s)sù ö@yd ö/ä39ߊr& #n?tã È@÷dr& ;MøŠt/ ¼çmtRqè=àÿõ3tƒ öNà6s9 öNèdur ¼çms9 šcqßsÅÁ»tR ÇÊËÈ
çm»tR÷ŠyŠtsù #n<Î) ¾ÏmÏiBé& ös1 §s)s? $ygãYøŠtã Ÿwur šctóss? zOn=÷ètGÏ9ur žcr& yôãur «!$# ?Yym £`Å3»s9ur öNèduŽsYò2r& Ÿw šcqßJn=ôètƒ ÇÊÌÈ

4.  Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka[1111]. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.
5.  Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)[1112],
6.  Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang Se- lalu mereka khawatirkan dari mereka itu[1113].
7.  Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul.
8.  Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.
9.  Dan berkatalah isteri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. janganlah kamu membunuhnya, Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedang mereka tiada menyadari.
10.  Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa[1114]. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak kami teguhkan hati- nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).
11.  Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan: "Ikutilah dia" Maka kelihatanlah olehnya Musa dari jauh, sedang mereka tidak mengetahuinya,
12.  Dan kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; Maka berkatalah saudara Musa: "Maukah kamu Aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?".
13.  Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

[1111]  golongan yang ditindas itu ialah Bani Israil, yang anak- anak laki-laki mereka dibunuh dan anak-anak perempuan mereka dibiarkan hidup.
[1112]  Maksudnya: negeri Syam dan Mesir dan negeri-negeri sekitar keduanya yang pernah dikuasai Fir'aun dahulu. sesudah kerjaan Fir'aun runtuh, negeri-negeri Ini diwarisi oleh Bani Israil.
[1113]  Fir'aun selalu khawatir bahwa kerajaannya akan dihancurkan oleh Bani Israil Karena itu dia membunuh anak-anak laki-laki yang lahir dalam kalangan Bani Israil. ayat Ini menyatakan bahwa akan terjadi apa yang dikhawatirkannya itu.
[1114]  setelah ibu Musa menghanyutkan Musa di sungai Nil, Maka timbullah penyesalan dan kesangsian hatinya lantaran kekhawatiran atas keselamatan Musa bahkan hampir-hampir ia berteriak meminta tolong kepada orang untuk mengambil anaknya itu kembali, yang akan mengakibatkan terbukanya rahasia bahwa Musa adalah anaknya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...