Kawasan Lautan Pasifik |
Perbincangan kali ini saya memfocuskan kepada keajaibkan ciptaan Allah SWT iaitu membentuk jurang laut yang paling dalam di dunia.
Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Pertembungan antara dua plat ini akan menyebabkan plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang sangat dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut.
Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut

Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.
Tekanan hidrostatik
Ketika anda masuk ke dalam laut (atau badan air) dan anda menyelam ke bawah, semakin anda menyelam semakin banyak air dari atas Anda. Air yang terdapat diantara anda dan permukaan air, semakin besar tekanan pada tubuh karena berat air melebihi anda. Tekanan ini disebut tekanan hidrostatik.
Anda dapat benar-benar dapat rasa tekanan hidrostatik ketika Anda masuk ke kolam renang dan menyelam sampai ke dasar terdalam. Anda akan merasakan tekanan hidrostatik terhadap gendang telinga anda seperti mereka sedang diperah atau didorong masuk. Anda boleh bayangkan bagaimana tekanan yang luar biasa yang di alami di Kedalaman Challenger dengan hampir tujuh batu di dasar laut- 16,000 pounds per square inch!
Tekanan air didalam Jurang Mariana 1000 kali dibanding dengan tekanan udara di mana tempat kita hidup sekarang ini. Namun hal itu bukan bererti di dalam Jurang Mariana tidak ada kehidupan, di dalamnya juga ditemui beberapa jenis ikan dengan bentuk pelik dan beberapa udang kecil.
Puncak Gunung Everest lebih kurang 8
kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang
Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna
kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.
Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.
Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.

No comments:
Post a Comment