PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, March 16, 2012

SENSARANYA HIDUP DI BANGLADESH

Pendatang Bangladesh ke Malaysia walaupun melalui hidup susah sebagai pekerja ladang, kilang, pelayan kedai dan sebagainya merasa hidup yang berkali ganda baik berbanding hidup di tanahair mereka sendiri.  

Permukaan tanah yang ditimbun untuk petempatan
 Sesungguhnya, Bangladesh dari segi geografi adalah tempat yang rendah,  linangan air  ada di mana-mana iaitu hampir 30 % muka buminya dinaungi air. Kedudukan Bangladesh di kawasan rendah yang dikelilingi oleh negara India yang bertanah tinggi seumpama menjadi takungan limpahan air bagi sungai- sungai yang berpunca dari gunung-gunung bersalji seperti sungai Ganges dan Sungai Bramaputra. 

Sungai dan kawasan berpaya yang luas boleh di dapati di mana-mana, sudah tentu amat susah mendirikan petempatan dan jalan-jalan perhubungan yang baik kerana kawasan tanah yang tinggi dari kawasan berair amat terhad. Kalau adapun permukaan tanah perlu di baikpulih dan ditinggikan dengan cara mengorek tanah dari kawasan paya lalu ditimbunkan supaya permukaan tanah tinggi sedikit daripada air. Manakala perhubungan yang paling sesuai adalah dengan menggunakan sampan ataupun perahu.  Dari atas pesawat ketika hendak mendarat  maupun berlepas di Lapangan Terbang Dhaka, kita dapat melihat lopak-lopak air ada di mana-mana.
Tebing sungai padat dengan kawasan petempatan

Ternakan Kerbau Air, kegiatan ekonomi yang sesuai di sini
Kawasan pinggir sungai sudah tentu menjadi kawasan petempatan yang terlalu padat. Kira-kira 6 juta orang yang hidup pada tahap perlu beringat-ingat setiap hari, kerana banjir akan melanda bila-bila masa sahaja. Pada bulan Mei hingga september , angin monsun barat daya akan membawa hujan monsun yang lebat dan berkuantiti yang tinggi. Tambah burukkan lagi muka bumi dan rakyatnya adalah dengan kedatangan taufan @ ribut tropika yang berpunca dari Lautan Hindi yang memang merupakan kawasan pusat berlakunya taufan,  menyebabkan aliran air dari hulu sungai di India yang tinggi membanjiri  lebih banyak kawasan yang memang sudah rendah

Nelayan Sungai dan Paya
Ini memaksa kira-kira 600,000 penduduk melarikan diri, mencari tempat yang lebih tinggi (sering telah diduduki oleh orang yang tidak berfikiran terbuka mengenai tiba-tiba mempunyai jiran yang baru), atau untuk mencari cara-cara kreatif untuk mendapatkan tanah yang boleh menegak  ke atas dalam keadaan tergesa-gesa. Sampah sarap, dahan dan ranting kayu menjadi taruhan untuk tujuan berkenaan.

Bangladesh mempunyai kira-kira 700 sungai. Disebabkan oleh kehadiran sebilangan besar sungai, Bangladesh dikenali sebagai sebuah negara sungai. Sungai-sungai mempengaruhi gaya hidup rakyat  Bangladesh. PadmaJumunaMeghna dan Karnaphuli merupakan sungai-sungai utama Bangladesh. Sungai-sungai ini juga telah mendapat anak sungai dan ranting-rantingnya. Jumlah panjang semua sungai-sungai termasuk anak sungai dan ranting-rantingnya adalah kira-kira 22,155 kilometer panjang

Gambar menceritakan "Kesusahan Hidup"
Banjir adalah rutin hidup untuk golongan nelayan dan keluarga mereka yang tinggal di pulau-pulau di kiri kanan Sungai Jamuna. Dikenali sebagai penghuni arang, mereka telah menjadi pakar bertaraf dunia dalam menyesuaikan diri dengan apa sahaja kepayahan hidup dan perubahan iklim melampau yang mendatangi mereka. Jika kita bertemu dengan rakyat Bangladesh di Malaysia raup wajah  mereka melambangkan kepayahan hidup di negara mereka. Raup wajah yang menceritakan ketabahan dalam hidup setiap warga Bangladesh samada dalam susah maupun senang.
Menumbuk padi untuk dijadikan beras adalah kerja rutin harian

Ciri-ciri hidup tradisional masih membelengu hidup rakyat di Bangladesh. Hidup secara sara diri semada sebagai petani, nelayan maupun penternak sekadar cukup hidup. Sausana hidup dengan bentuk rumah dan pekerjaan melambangkan bertapa susah dan deritanya keadaan hidup mereka. Keperitan hidup melahirkan masyarakat yang berdikari dan saling tolong menolong antara satu sama lain. 

Kanak-kanak turut memahami derita hidup dan sering  membantu keluarga  untuk mencari rezeki. Banyak masa mereka diperuntukkan untuk mencari rezeki menyebabkan pelajaran kanak-kanak di Bangladesh terabai. Kadar buta huruf amat tinggi malah yang tertinggi di catatkan di Asia Selatan. 
Walaubagaimanapun kerajaan Bangladesh masih dalam menceriakan ruangan ekonomi negara dengan meningkatkan tarikan pelaburan luar, memajukan bidang industri, pertanian, perikanan dan memajukan industri kampung supaya rakyatnya yang miskin boleh keluar dari kepompong taraf hidup rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...