PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, November 6, 2011

WHAT IS RADIATION ?

Apa itu Radiasi?                Radiasi adalah setiap proses dimana tenaga bergerak melalui media atau ruang yang pada akhirnya akan diserap oleh benda lain. Biasanya orang hanya mengenal radiasi ionisasi dimana radiasi tersebut adalah radiasi yang dihasilkan oleh senjata nuklear, reaktor nuklear, ataupun zat radio aktif. Jangan salah faham , didunia ini juga terdapat banyak RADIASI ELEKTROMAGNETIK yang lebih jauh berbahaya. 
Hal ini adalah kerana manusia zaman sekarang, tidak dapat menghindari dengan mengguna pelbagai jenis teknologi yang mereka gunakan sehari-hari, seperti telefon mobile, telefon rumah, television, komputer, laptop, IPod atau MP3, radio tape, dan  banyak lagi.




 




Didunia ini terdapat 3 jenis kekuatan radiasi:  Alpha, Beta, dan Gamma.
  • Radiasi Alpha   : radiasi radioaktif di mana inti atom dapat memancarkan partikel alpha, dan dengan demikian mengubah (atau ‘meluruh’) menjadi atom dalam  masa yang singkatl, sehingga memiliki massa partikel yang tinggi dan memiliki sedikit tenaga dan jarak yang rendah. Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

  • Radiasi Beta     : Radiasi radioaktif dimana partikel beta (Elektron dan Positron) dipancarkan. Radiasi Beta adalah radiasi yang kurang terionisasi dibandingkan alpha, tetapi lebih dari sinar gamma sehingga seringkali dapat disekatkan dengan beberapa sentimeter logam. Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

  • Radiasi Gamma : Sinar Gamma adalah satu bentuk tenaga dari radiasi elektromagnetik yang dikeluarkan oleh radioaktif atau proses nuklear atau sub- atomik lainnya seperti penghancuran elektron-positron. Radiasi gamma terdiri dari proton dengan frekuensi lebih besar dari 1019 Hz. Radiasi gamma bukan elektron atau neutron sehingga tidak dapat dihentikan hanya dengan kertas atau udara, penyerapan sinar gamma lebih efektif pada percantuman bilangan atom dan kepadatan yang tinggi. Bila sinar gamma bergerak melalui sesuatu bahan maka penyerapan radiasi gamma  proporsional dengan ketebalan permukaan bahan tersebut. Ia juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

  • Radiasi Neutron :  Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

    Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.
Tahap Merbahaya Radiasi.Tahap radiasi di stesen janakuasa Fukushima Jepun telah mencapai 400 millisieverts (mSv) setiap jamSatu sinar X dada biasa, misalnya, melibatkan pendedahan tentang 0.05 mSv, sementara sinar X perut melibatkan 0.6 mSv. Jumlah tahunan radiasi semula jadi secara kasar 2 mSv; had semasa untuk pekerja-pekerja industri nuklear ialah 20 mSv setiap tahun.


Menurut World Nuclear Association, 100 mSv setahun ialah paras terendah di mana sebarang kenaikan dalam kanser dengan jelas terbukti; penyerapan lebih daripada 500 mSv boleh menekan tahap-tahap sel darah putih. Setiap satu dos 1,000 mSv menyebabkan penyakit sinaran seperti rasa loya dan muntah, manakala setiap satu dos 5,000 mSv akan membunuh lebih kurang separuh daripada sel darah merah yang manusia terima dalam satu bulan.
Sinaran Matahari juga mempunyai radiasinya tersendiri yang turut merbahaya jika tidak ditapis oleh lapisan Ozon
 Sinaran Altra Unggu kalau boleh menenbusi lapisan Atmosfera bumi boleh mengesankan kepada kulit, mata manusia termasuk kepada binatang dan tumbuhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...