Journal of Plant Molecular Biologies, sebuah majalah sains internasional terkenal menyebutkan bahawa sekumpulan profesor yang diketuai oleh Prof. William Brown dalam penyelidikan mereka mendapati tumbuhan bersuara halus. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih iaitu "Oscilloscope". Hampir 3 tahun mereka mengkaji fenomena ini dan berjaya menganalisis denyutan atau bunyi suara tersebut dalam isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik. Mereka mengesan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat.
Walaubagaimana mereka tidak dapat mentafsir denyutan cahaya elektrik tersebut. Rakaman suara pokok telah diserahkan kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan Eropah, akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena malah semuanya hairan tidak tahu apa yang boleh diperkatakan.
Pada akhirnya, fenomena tersebut diserahkan dan dikaji oleh para pakar dari Britian, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penyelidikan ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan.
Ilmuwan Muslim tersebut mengatakan: "Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, malah sejak 1400 tahun yang lalu!"
Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.
Ilmuwan Muslim ini segera menyebut firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"... Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Isra': 44)
Tidak lain suara denyutan halus tersebut melainkan lafadz jalalah (nama Allah Subhanahu wa Ta'ala) sebagaimana kelihatan dalam layar.
Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi semua yang ada dimana ilmuwan tersebut berbicara.
Subhanallah, Maha Suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penyelidikan ini, iaitu Profesor William Brown menemui ilmuwan muslim untuk berbincang tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak boleh baca tulis) sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini.
Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah Al-Qur'an dan terjemahnya kepada profesor ini.
Selepas beberapa hari, Profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan: "Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang boleh menafsirinya. Akan tetapi satu-satunya tafsir yang boleh kita temui adalah dalam Al-Qur'an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan Syahadatain: "Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya".
Profesor ini telah mengumumkan Islamnya dihadapan para hadirin yang sedang terpegun.
Allahu Akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam!
No comments:
Post a Comment