Monday, April 20, 2015
Penemuan Baru : AMERIKA MERUPAKAN NEGARA ISLAM SEPERTI YANG DIKISAHKAN OLEH AHLI SEJARAH ISLAM
Thursday, April 9, 2015
KEMASINAN AIR LAUT
![]() |
KANDUNGAN JENIS GARAM DALAM AIR LAUT JAWA: SATU KAJIAN |
Semua jenis air termasuk air hujan,
mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air
mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih
kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh
dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang
sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500
kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal
larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat
proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan.
Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga
garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber
lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan
mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai
tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap
kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses. Pada permulaannya
laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih
kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan.
Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan
menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari
Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan
ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari
Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
| Air Laut yang mempunyai Kandungan Garam yang tinggi |
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan
dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan
magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan
berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini
disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai,
proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila
berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo , di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adalah Lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 o/oo hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
| Perusahaan Garam Laut |

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan
bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada
kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih
radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air
sungai ke laut.
Semua jenis air termasuk air hujan,
mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air
mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih
kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh
dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang
sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500
kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal
larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat
proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan.
Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga
garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber
lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan
mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai
tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap
kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses. Pada
permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda
dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan
batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh
aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang
mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak
225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan
dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut. Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion
tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang
sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami
kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan
input dan output secara seimbang.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan
dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan
magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan
berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan
oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses
sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku
pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adalah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adalah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan
bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada
kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih
radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air
sungai ke laut.Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada
pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33
o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo.
Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang
menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di
seluruh bahagian dunia.
Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen
garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan
laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk
membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan
tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu
karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun
dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan
subur.
.
| Air Laut yang masin tidak bercampur dengan air tawar |
Sunday, March 1, 2015
KEPENTINGAN TANAH
Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah
Jika kita mengambil segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.Seorang Doktor dari Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau Perancis, yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Invory Coast dan Kenya.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengganggap perkara tersebut sebagai penemuan yang mengagumkan.
Selepas itu, Dr Linda Williams juga mengesahkan tanah merupakat zat yang sangat bersih di mana bahan-bahan tersebut mengawal aktiviti mikrob yang pada akhirnya boleh melemahkan dan menghilangkannya.
Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata "Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu bumi dan sel-sel hidup, setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan yang steril !"

Para penyelidik mendapati beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak boleh dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal "New World" pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang dari makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini "sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!"
Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ini seperti berikut :
1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di dunia.
2 . Tanah dapat menghilangkan bakteria yang tidak dapat dihilangkan oleh bahan kimia.
3 . Tanah merupakan cara terbaik untuk membersihkan air.
4 . Tahan adalah bahan alami yang dimurnikan air.
5 . Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.
6 . Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik dihasilkan dari tanah.
7 . Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.
8 . Ruang yang terdapat di antara butiran-butiran tanah bersaiz 50 % dari saiznya.
9 . Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.
10 . Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit.
Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil, sebelum 14 abad tanah adalah benda suci sebagaimana kita mengetahui hubungan langsung antara sel-sel dan tanah, kerana kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.
Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda :
" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci "
Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air.
Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita mendapati kanak-kanak kecil suka bermain dengan tanah dan selalu cuba menggenggam tanah yang kelihatan kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang pembersih yang mengungguli fungsi sabun daripada jenis terbaik. Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.
Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang berasal dari Allah swt, tatkala berbagai penemuan-penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya, disebabkan keterbatasan ilmu dan cara mutakhir.
Dan di antara keajaiban-keajaiban ilmiah yang telah Beliau sampaikan kepada Ummatnya, iaitu mengenai keistimewaan Tanah.
Nota kaki :
( 1 ) HR.Muslim dalam shohihnya
( 2 ) Mu ` jam Kamus Muhith , hal 815 , penerbit Darul ma ` rifah 2005
( 3 ) HR.Muslim , Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ' anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ' alaihi wa Sallam bersabda :
" Sucinya tempat air seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah. "
Referens :
1 - Yogesh Chander , Kuldip Kumar , Sagar M. Goyal and Satish C. Gupta , Antibacterial Activity of Soil - Bound Antibiotics , American Society of Agronomy , Crop Science Society of America , and Soil Science Society of America , 2005 .
2 - Could mud from a volcano kill 99 per cent of superbugs ? daily mail , 29th October 2007 .
3 - Superbugs slain by soil antibiotic , New Scientist magazine , 17 May 2006 .
4 - Peter Tompkins , Secrets of the Soil , Earthpulse Press , 1998 .
5 - European Soil Data Center .
* Sumber jurnalhajiumroh.com
Tuesday, February 17, 2015
Penemuan Saintifik Disebalik Hukum Sebat Peminum Arak
Punca anda merotan tidak menggunakan rotan mungkin sebab tiada rotan. Sebenarnya Tok nak bagitau kalian bahawa cara merotan anak ialah dengan menggunakan rotan.
Sejak kebelakangan ini apabila guru2 disekolah dan guru2 ditempat mengaji tidak lagi menggunakan rotan akibat disaman oleh ibu bapa maka gejala anak2 remaja yang tidak takut melanggar sesuatu peraturan semakin menjadi2. Tahukan anda mengapa?
Sebab rotan terutama dibahagian ponggong sebenarnya adalah hukuman yang sangat baik. Hukuman ini ditentukan Allah ta'ala dan disebut didalam al Quran.
Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.
Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.
Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.
Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?
Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.
“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.
Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.
Hukuman Sebatan Bagi Peminum Arak
Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya :
“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.” ( Riwayat Abu Daud)
“Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)
“Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan.” ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)
“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai.” ( Riwayat Muslim )
Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.
russiannewsonline.com
Saturday, February 7, 2015
PERKARA PELIK BERLAKU DI USA.
Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah

Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.
Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah Al Quran sejurus berlakunya tragedi 911.
Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.
Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-
“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut.
Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-
“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” (Insya'Allah) ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan.
Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”
Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”
Sumber: Detik Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)