PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 12, 2013

TENAGA ALTENATIF DAN KECEKAPAN TENAGA DI MALAYSIA


Petikan dari surat khabar Utusan.

40 Peratus Bakal Sumber Tenaga Dari Suria

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak 40 peratus sumber tenaga yang boleh diperbaharui diluluskan di negara ini berpunca daripada solar, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada 520.48 megawatt yang telah diluluskan, 208 megawatt atau 40 peratus daripada jumlah kapasiti tersebut adalah daripada sumber solar.
Kelulusan tersebut adalah bagi kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015, katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah).
Dr Azman ingin mengetahui setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria.

TENAGA ALTERNATIF - CABARAN TENAGA GLOBAL  DAN  KECEKAPAN 
PENGURUSAN  TENAGA DI MALAYSIA.
Suatu ketika semasa saya melawat kota Singapura,  ketika menggunakan tandas saya terbaca satu peringatan di dinding " Save tree by using hand dryer". Ianya meminta kita supaya tidak menggunakan tisu sebaliknya mengguna alat pengering tangan, sebagai pengjimatan dari menggunakan pokok bagi menghasilkan kertas tisu. Terfikir di kepala saya, bagaimana alat pengering tangan juga adalah tidak efisyen dalam menjaga alam fizikal dan dari segi kecekapan pengurusan tenaga. Ini kerana tenaga yang digunakan masih lagi menggunakan bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Adalah lebih baik dan menjimatkan bila menggunakan sapu tangan sendiri atau alat pengering tangan berkenaan menggunakan tenaga altenatif seperti tenaga solar. Tag laporan berita yang diselitkan bagi menunjukkan pihak pemerintah adalah peka kearah penggunaan tenaga altenatif dan kecekapan pengurusan tenaga. Begitu juga video yang dipaparkan adalah kearah menggunakan tenaga secara mesra alam dan cekap iaitu tidak membazir.

Banyak pembincangan mengenai "Global Energy Project : "It 's time to make efficiency a habit. The smarter use of energy has many benefits. " Kecekapan tenaga ini merupakan satu tindakan secara global yang dapat memberikan kesan yang baik pada  ketersediaan sumber tenaga. Kita sendiri tentunya sudah memulakan beberapa kebiasaan dalam kehidupan harian untuk sedapat mungkin menggunakan tenaga secara cekap. Contohnya, menggunakan mentol lampu jimat tenaga dan mematikan lampu atau alat elektronik yang tidak diperlukan. Kes saya mengeringkan tangan tersebut juga merupakan contoh bagaimana saya berusaha untuk menggunakan tenaga secara cekap. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindakan kita dapat membuang tenaga secara percuma. Disediakannya tissue dan alat pengering tangan di tandas awam membuat kita refleks mengeringkan tangan menggunakan barang-barang yang sebenarnya fungsinya dapat digantikan dengan sapu tangan atau tuala kecil. Itulah mengapa dalam melakukan kecekapan tenaga, perlu dilakukan tindakan yang bijak dan disokong dengan pengetahuan yang cukup mengenai apa itu tenaga.

Mana yang lebih penting, kecekapan tenaga atau mencari tenaga alternatif ( alternative energy ), mungkin kalimat  ini dapat kita fikirkan baik-baik sebelum membahas mana yang lebih penting diantara keduanya:  "Our challenge is not just to adopt alternative energies. But to deliver the same benefits as oil and coal, with fewer costs, and as quickly as possible. Can it be done? "- Dr. Scott Tinker

Tenaga alternatif sebagai pengganti bahan api fosil merupakan isu yang sangat penting di dunia untuk saat ini. Pelbagai jenis tenaga alternatif mula  muncul seiring dengan keperluan tenaga pengganti bahan bakar fosil seperti biofuels, air, matahari, angin, natural gas, geothermal, hingga nuklear. Lalu, apakah dengan kemunculan banyaknya tenaga alternatif tersebut kita kemudian dengan mentah-mentah menggunakannya dalam kehidupan kita sehari-hari sehingga mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil? Tentu tidak. Kita perlu melihat terlebih dahulu, sejauh mana tenaga-tenaga alternatif tersebut dapat memberikan fungsi yang sama dengan bahan api fosil. Inilah cabaran yang sesungguhnya dalam proses pencarian tenaga alternatif. Tenaga pada dasarnya dapat dipindahkan dari media / bahan bakar apapun, sesuai dengan sifat tenaga yang kekal (Hukum Kekekalan Tenaga / Law of Conservation Energy ), namun sejauh mana tenaga tersebut boleh digunakan dan mempunyai fungsi yang sama dengan tenaga dari bahan bakar fosil, itulah yang paling penting untuk difahami.

Menurut Dr. Scott Tinker, terdapat 4 kriteria penting dalam memilih tenaga yang akan kita gunakan:affordable, available, reliable and clean (berpatutan, tersedia, boleh dipercayai, dan bersih). Apakah sumber tenaga alternatif tersebut sudah memenuhi kriteria tersebut? Mari kita bahas sedikit mengenai beberapa tenaga alternatif yang sedia ada di dunia ini.

Sumber Air 
Air merupakan sumber tenaga yang sudah teruji sekian lama sebagai penjana tenaga elektrik. Dengan membina empangan, dan melalukan air bagi mengerakan kincir air ( water propellar) Gerakan kincir air ini akan mengerakan generator yang akan menjana tenga elektrik. Maka tenaga dari air tersebut dapat ditransformasikan menjadi tenaga elektrik. Ini bicara dari segi tenaga altenatif. 

37jatiluhur6Menjadi tajuk utama bukan tenaga altenatif itu sahaja yang dijana tetapi yang lebih penting adalah kecekapannya. Bagaimana impaknya terhadap alam sekitar fizikal dan manusia?, bilamana empangan dibina. Tentu  untuk membina sebuah empangan dan kesan persekitaran memerlukan kos yang sangat besar. Bagaimana pula dengan iklim setempat adakah ianya menyediakan sumber air yang cukup bagi menjana elektik. Selain daripada itu apakah fungsi empangan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bekalan domestik, perindustrian dan pengairan kawasan sawah dan ladang. Kalau ini boleh dijawab secara positif, inilah yang dinamakan kecekapan pengurusan sumber dan tenaga. 


Sumber Angin
wind-farm-sunsetPenggunaan tenaga dari angin sudah cukup banyak dilakukan oleh negara-negara di Eropah dan Amerika. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh angin ini, dapat menghasilkan hingga 40 MW per-alat. Cabaran dalam penggunaan tenaga dengan sumber dari angin ini adalah proses penghantaran, penyimpanan tenaga yang dihasilkan ( energy storage ), material / alat penghantaran, dan pemanfaatan bahan serta infrastruktur.

Tenaga Solar
Penggunaan tenaga panas yang diperoleh dari matahari, sudah cukup banyak digunakan di dunia ini. Penggunaan tenaga suria tersebut sudah cukup banyak terbukti dapat menjadi pengganti bahan bakar lain untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Tidak seperti tenaga yang berpunca dari air dan angin, tenaga solar boleh digunakan dalam skala yang agak kecil, seperti di rumah. Beberapa kawasan di Amerika, sudah mulai memasyarakatkan penggunaan tenaga solar dengan menginstalisasi alat pemindahan tenaga tersebut di rumah-rumah.

solar-panel-housesWalau demikian, usaha untuk memaksimumkan penggunaan tenaga solar skala besar juga mula diusahakan di berbagai negara. Pemasangan peralatan dan teknologi untuk memanfaatkan tenaga solar berskala besar memerlukan kawasan yang cukup luas serta pembuatan tidak mudah. Penyimpanan tenaga ( energy storage ) juga  masih menjadi cabaran tersendiri dalam pemanfaatan tenaga solar skala besar ini.
00_ENERGY_shutterstock_67258750_solar_659px

Di Malaysia, tenaga solar juga sudah mulai dimanfaatkan. Salah satunya adalah untuk lampu jalan dan taman,  alatan semiconductor dan juga dalam rumah dan pejabat.

Pelbagai perkembangan tenaga alternatif yang masih terus dikembangkan di dunia ini mempunyai cabaran khusus dalam peranannya sebagai pengganti tenaga fosil. Tenaga dari air, angin, dan matahari merupakan beberapa contoh tenaga alternatif yang bersih dan terbukti boleh dipercayai, namun masih mempunyai cabaran dari segi kos, pembuatan, penyimpanan berskala, dan juga keberadaannya yang intermitten dan bergantung pada iklim. Tenaga alternatif lain seperti nuklear dan geothermal, mempunyai cabaran yang jauh lebih besar terutama dari segi ilmu dan teknologi.

300px-Tol_Sedyatmo_KM_24, 4Inilah cabaran terbesar tenaga secara global saat ini, terus mencari dan memanfaatkan ilmu dan pengetahuan dalam memperoleh tenaga alternatif dan kecekapan dalam penggunaan tenaga. Keduanya ianya harus berjalan seiringan. Hanya mencari tenaga alternatif, tidak akan menyelesaikan masalah tenaga secara global, kerana pertambahan penduduk di bumi jelas menggunakan tenaga yang semakin banyak. Paling penting dilakukan tindakan yang bijak dari setiap insan di bumi untuk menggunakan tenaga secara cekap.

Di Malaysia, kecekapan tenaga tersebut juga sudah menjadi isu yang cukup penting. Cadangan untuk menjimatkan elektrik, menggunakan pengangkutan awam, mengurangkan penggunaan bahan bakar, sudah sangat banyak diaplikasikan dan disosialisasikan. Mari kita bersama-sama dengan cara yang bijak melakukan kecekapan tenaga sebaik-baiknya. Dan tentu saja, juga terus aktif mengembangkan ilmu dan pengetahuan agar dapat mengembangkan tenaga alternatif sebagai bahan pengganti tenaga fosil.

Monday, November 11, 2013

TENAGA SOLAR DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Ovan memasak piza
Penggunan tenaga solar semakin mendapat perhatian dan sering digunakan oleh penduduk dunia. Banyak ciptaan baru dari teknologi yang menggunakan tenaga solar dalam masyarakat seperti lampu di taman, handpon, kenderaan dan pelbagai lagi.

Kali ini saya ingin mengutarakan satu lagi konsep baru menggunakan tenaga solar serta amat mudah disediakan dan amat praktikal untuk semua rumah terutamanya dikawasan zon panas dunia seperti Malaysia. 

Membakar kek dengan jimat dan enak dimakan.
Selain ianya menjimatkan tenaga sedia ada, ianya adalah bersifat mesra alam yang mana tidak mendatangkan masalah dan bencana kepada alam fizikal dan manusia pada masa kini. Sebagai contoh ovan yang menggunakan tenaga solar dapat memasakkan piza tanpa menggunakan tenaga elektrik atau bahan bakar lain. Selain itu rasanya lebih lazat kerana tidak ada bahan carbon dalam makanan. Ovan yang mudah dicipta boleh  berperanan membakar dan memasak apa sahaja tanpa perlu menggunakan bahan bakar sedia ada. Yang penting pancaran matahari mesti kuat terutama pada waktu tengahari.  

konsep ovan solar.
Disediakan rajah lakaran bentuk ovan menggunakan tenaga solar. Menggunakan alatan yang mudah, senang disediakan dan murah seperti kotak apa sahaja, aluminium foil dan kertas. Konsepnya mesti ada reflektor bagi memantul tenaga haba kesegenap bahagian dalam kotak dimana bahan yang hendak dibakar atau dimasak boleh mendapat suhu yang tinggi. Ianya selamat digunakan, malah banyak restoran di negara-negara barat dan Amerika Selatan menggunakan ovan tenaga solar bagi memasak atau memanggang sesuatu. Ini kerana permintaan pelanggan yang gemar masakan menggunakan ovan solar. 

Salah satu contoh restoran yang bernama Delicias del Sol, yang berada di kota Villaseca, Chile, menggunakan tenaga solat untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Semua masakan dan minuman yang dimasak dengan oven tenaga solar yang suhu mencecah  suhu 180 darjah Celsius. 

Pekara ini mereka lakukan bukanlah kerana suka-suka, orang-orang di desa ini beralih menggunakan oven bertenaga solar kerana kekurangan kayu yang semakin menjadi-jadi. Dahulu, orang-orang miskin di Villaseca terpaksa menghadapi kenyataan menyedihkan kerana setiap ahli keluarga perlu mencari kayu sebagai bahan bakar masing-masing agar mereka dapat makan makanan panas.Kemudian, seorang wanita bernama Rojas yang tinggal di the Elqui Valley beserta empat wanita lain terpilih untuk projek penyelidikan tentang tenaga solar yang dianjurkan oleh University of Chile. Mereka diberi oven khas yang boleh menangkap cahaya solar sekaligus dapat memasak makanan apapun di dalamnya. Idea ini pun diterima dengan baik, daerah yang gersang dan mendapat cahaya matahari lebih dari 300 hari dalam setahun. 

Kini , masyarakat di desa ini menjadi pusat perhatian kerana oven 'ajaib ' ditambah lagi mereka semakin sihat kerana makanan yang dimasak dengan ketuhar ini bebas karbon dioksida yang biasanya terdapat dari pembakaran kayu bakar. Merka menguji ketuhar selama empat bulan dan eksperimen adalah satu kejayaan . Makanan lazat yang boleh dimakan boleh disediakan dengan hanya menggunakan tenaga solar . Tetapi , selepas eksperimen itu telah berakhir , Universiti menuntut penduduk kampung mengembalikan oven tersebut. 

Berhadapan kekurangan kayu, ditambah pula bahan bakar yang semakin mahal membuat Rojas dan masyarakat desa berinisiatif mengumpulkan wang dan membeli oven sendiri. Namun , ketuhar tersebut jauh dari ekspetasi mereka. Benda itu tidak dapat di selaraskan dengan tepat untuk menangkap cahaya matahari dan masakan tidak sempurna dimasak. Oleh itu , Rojas dan suaminya menghabiskan bertahun- tahun membentuk dan mereka bentuk semula ketuhar dapat di selaraskan dengan lebih cekap .  Pasangan itu, bersama -sama dengan keluarga Villasecan lain, kemudian membentuk Association of Solar Artisans of Villaseca dan mendapat bantuan $ 10,000 daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di bawah Program Pembangunan Syarikat untuk membuka sebuah restoran yang unik di mana makanan akan dimasak hanya menggunakan ketuhar solar baru mereka.




Sunday, November 3, 2013

GEOGRAFI STPM PENGGAL 1 /2013

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]
Jawab  semua  soalan

1 (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan proses luluhawa?            [3]
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________

   (b)  Huraikan dua  jenis luluhawa fizikal.                                       [4]
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________

   (c)   Terangkan dua faktor  yang mempengaruhi proses luluhawa. [4]
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________        

   (d)   Huraikan kepentingan luluhawa terhadap aktiviti  manusia.    [4]
         ______________________________________________
         ______________________________________________
         ______________________________________________ 
         ______________________________________________


Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3

2  (a)   Huraikan lima kesan peredaran bumi mengelilingi matahari      [10]
    (b)  Jelaskan ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya 
           musim solstis                                                                          [15]

3  (a)  Terangkan tiga cara sungai menghakis alur sungai.                   [6]    
    (b)  Huraikan faktor  yang mempengaruhi hakisan sungai.               [10]
    (c)  Jelaskan tiga proses pembentukan muka bumi yang dihasilkan
          oleh hakisan sungai.                                                                  [9]




BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab  semua  soalan

4  (a)  Terangkan konsep pertambahan pendudukan.                      [ 3 ]
         ________________________________________________
         ________________________________________________
         ________________________________________________

    (b)  Huraikan tiga faktor  yang mempengaruhi penurunan kadar 
           kelahiran di sesebuah negara.                                                  [ 6 ]
            
         ________________________________________________
         ________________________________________________
         ________________________________________________
         ________________________________________________
        

    (c)  Huraikan tiga kesan negatif  pertumbuhan penduduk yang pesat 
          terhadap sosioekonomi sebuah negara.                                     [ 6 ]

         ________________________________________________
         ________________________________________________
         ________________________________________________
         ________________________________________________
         

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6

5  (a)   Huraikan tiga jenis migrasi dalaman.                                        [ 6 ]
    (b)   Terangkan lima faktor tarikan migrasi dalaman ke kawasan 
           destinasi.                                                                                 [10]
    (c)   Jelaskan tiga kesan migrasi dalaman terhadap kawasan destinasi [ 9 ]

6   (a)  Huraikan peranan  bandar dalam pembangunan  sesebuah negara. [12]
    (b)  Bincangkan enam kesan pembandaran yang pesat terhadap  alam 
           sekitar fizikal.                                                                             [13]                                              

GEOGRAFI STPM PENGGAL 3 - 3013

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
( 20 markah )

            Jawab semua soalan.

1.     a).  Apakah maksud ekosistem akuatik ?              [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

b). Lukiskan rajah satu rantaian makanan dalam ekosistem 
     paya bakau.                                                                    [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

c).  “Manusia adalah punca utama kemusnahan ekosistem akuatik”.
      Jelaskan pernyataan ini.                                               [4]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………...........

d).  Jelaskan dua kepentingan kitar karbon kepada kehidupan 
       manusia.                                                                        [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
.....................................……………………………………………….


2.     a).  Jelaskan satu sumbangan sistem hidrologi terhadap 
               sistem gunaan manusia.                                       [2]                                                                                                                      
 …………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
...........................................................………………………………..

b).  “Selain daripada langkah perhutanan semula, penggunaan 
       sumber tenaga mersa alam boleh membantu mengurangkan
       masalah pemanasan global”.                                        [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………






c).   Ketidakimbangan interaksi antara dua sistem di atas 
       telah membawa kesan buruk kepada kehidupan manusia. 
       Jelaskan dua kesan tersebut.                                       [4]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………














d).  Jelaskan bagaimana kehilangan tenaga berlaku antara aras 
       trofik II  dan III?                                                                          [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….


BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR MANUSIA
( 20 markah )

Jawab semua soalan.

3.     Berdasarkan satu kajian lapangan yang telah anda jalankan 
        di sebuah kawasan bandar yang berhampiran dengan tempat 
        kediaman anda,

a)   nyatakan nama kawasan dan kaedah kajian yang anda jalankan,[2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


b)   jelaskan bagaimana dua aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawaan
      tersebut menjejaskan kualiti alam sekitar setempat,                      [4]                                   

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

                                            
c)  cadangan dua  langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan
     pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut.                             [4]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


4.     a).  Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti 
               sumber air.                                                                             [2]

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


b). Jelaskan bagaimana dua proses pembandaran yang pesat 
      di bandar utama di Malaysia telah menyebabkan kemerosotan 
      kualiti sumber air.                                                                          [4]               

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


c). Huraikan dua cara bagaimana kemerosotan kualiti sumber 
     air dapat diatasi.                                                                          [4]                                                                                                                                            …………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

FADHILAT CIUM ANAK, SUAMI DAN ISTERI

1. Fadhilat mencium anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


 2. Fadhilat mencium suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.


3. Fadhilat mencium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Kesimpulan: 
Admin rasa seeloknya jika amalkan terus ketika baru berkahwin atau mendirikan rumahtangga agar tidak berasa kekok. Maka, rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami juga isterinya sendiri….

HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU

Terdapat beberapa hadis yang menggalakkan solat di awal waktu saperti:-
"Solat diawal waktu; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Tirmizi tetapi Albani mengatakan Mawdhu),  hadis yang lain  "Ditanyanya Nabi SAW, Apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi; Solat diawal waktu." ( Riwayat At-Timizi dan Abu Daud, Albani: sohih)

Pandangan Mazhab Syafie, adalah disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali solat zohor dimana disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya, pandangan ini adalah berdasarkan hadis Nabi di bawah.  Nabi SAW bersabda, ertinya  " Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahanam." ( Riwayat Al-Bukhari: Hadis sohih ).  

Umumnya, solat diawal waktu lebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi solat subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi solat Isyak dan menyejukkan bahang bagi solat zohor. Tanpa alasan dan maslahat di atas, maka semua solat adalah afdhal diawal waktu. 

Terdapat pertemuan sains dari segi spektrum warna, pada ketika waktu-waktu masuk solat yang boleh memberi beberapa kekuatan terhadap anggota tubuh badan manusia. Di bawah diterangkan perkaitan alam dengan solat yang difardhu oleh Allah SWT.  
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...