PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, October 12, 2011

TIP UNTUK IBUBAPA YANG ANAK-ANAK AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN



 Petua Untuk Ibu Bapa Bagi Anak Yang Akan Menduduki Peperiksaan
           
Petuanya dilakukan sendiri oleh ibubapa. Kumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
“ Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha,  Allah yang memberi.
Semoga dengan petua ini, dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan.      Sekian..


TIP BAGI ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2011

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai, dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja,  sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.  Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Kesihatan diri jangan diabaikan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang   telah didoakan oleh ibubapa anda mencukupi. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita agar dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan esoknya, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan, Banyak Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
SEMOGA BERJAYA !!!    

Tuesday, October 11, 2011

SOLAT BOLEH SAJA DI MANA-MANA

Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks


Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam

Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.

Peter Casey

Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.


Tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.

Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey

Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.

Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.

"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.

Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "
KISAH DARI SEBUAH KEHIDUPAN DI NEGARA BARAT.

WAHAI ANAK-ANAKKU, NASIHAT SIAPA YANG ANDA DENGAR? IBU ATAU BOYFRIEND

Adalah anda mendengar nasihat ibu


Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.
Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.
Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.
Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.
Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa. Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati atau ibu bapa kita?
Atau Kekasih menjadi keutamaan

Situasi 1:
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.
****
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:
Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.
Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.
****
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????

-The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya. Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?
Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati.
Ingatlah anak-anakku yang dibangku sekolah maupun di menara gading, ungkapan kata-kata ibu dan bapa adalah nasihat yang ikhlas dan benar. Ianya datang dari sudut hati ibu bapa kita yang mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap kita.

Manakala kata-kata umpama nasihat dari buah hati mengandungi ungkapan iblis yang meruntuhkan kaum hawa. Ianya membawa bala dan kekesalan masa depan kecuali mereka yang mengharapkan redha Allah, biasanya melatak adap dan susila agama dihadapan.

Sunday, October 9, 2011

KELEBIHAN PENGGUNAAN KUASA HIDRO DENGAN KUASA SOLAR


KUASA HIDRO DENGAN KUASA SOLAR
Kedua-dua kuasa hidro dan kuasa solar merupakan sumber tenaga yang tidak mengambil sumber yang terhad tetapi sebaliknya merupakan sumber yang boleh diperbaharui - air untuk kuasa hidro dan matahari untuk tenaga solar - menggunakan mereka untuk menjana tenaga tanpa menghapuskan mereka dari kegunaan lain.  Kuasa hidro mahupun kuasa solar tidak menimbulkan pencemaran yang ketara atau sisa. Kuasa hidro lebih digunakan secara meluas, mencakupi kira-kira 6 peratus bekalan tenaga di Amerika Syarikat pada tahun 2008.Di Malaysia kuasa solar mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan kerana mendapat pancaran cahaya matahari tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

KEBOLEHPERCAYAAN
Kuasa hidro merupakan sumber tenaga daripada tenaga solar yang lebih dipercayai kerana ia mempunyai bekalan kuasa yang stabil, manakala kuasa solar merupakan sumber tenaga yang terputus-putus dengan tempoh masa apabila bekalan tenaga diganggu, seperti pada waktu malam dan pada hari-hari mendung. Untuk projek besar-besaran tenaga solar untuk bekerja, ia memerlukan bekalan tenaga tambahan untuk berkhidmat sebagai sumber sandaran dan untuk membantu apabila permintaan tinggi dan bekalan yang rendah.

KOS KEWANGAN DAN ALAM SEKITAR
Kuasa hidro merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling murah di Amerika Syarikat, termasuk kuasa solar .  Kuasa Hidro mewujudkan kesan alam sekitar yang  lebih besar daripada tenaga solar, bagaimanapun. Secara khususnya, kuasa hidro memerlukan empangan sungai-sungai dan anak sungai yang berfungsi sebagai sumber air, boleh menjejaskan habitat haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Manakala Kuasa Suria, sebaliknya, mempunyai kesan alam sekitar yang terhad, sebahagian besarnya terdiri daripada kos tenaga pembuatan sistem tenaga solar.

MOBILITI DAN FLEKSIBEL
Kuasa Hidro bukan sumber kuasa yang berdaya maju untuk peranti  kecil dan mudah alih cara kuasa solar. Tenaga solar boleh dijadikan sebagai sumber kuasa utama untuk lampu suluh, jam tangan, atau kalkulator kerana matahari adalah lebih mudah diakses untuk peranti mudah alih daripada sumber-sumber air. Sistem panel photovoltaic yang menjana tenaga matahari boleh agak kecil. Penggunaan kuasa hidro turbin dan sumber air menjadikan ia satu masalah dan mustahil  untuk peranti kecil dan mudah alih yang fleksibiliti permintaan.

ALTERNATIF PENGGUNAAN
Pemasangan kuasa hidro dapat menawarkan pelbagai manfaat luar pengeluaran tenaga, tidak seperti perkiraan kuasa solar. Secara khususnya, membuat takungan bahawa kemudahan kuasa hidro,  tersedia kepada orang ramai sumber rekreasi, riadah,  pusat untuk komuniti.  Empangan ini menyediakan takungan air bersih dan  segar, malah  menyediakan tempat-tempat yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti berenang, berperahu dan memancing. Di samping itu, takungan boleh meningkatkan bekalan air tempatan, termasuk mengukuhkan simpanan air untuk pengairan pertanian dan membantu usaha-usaha perlindungan banjir di kawasan tanah rendah.

DUNIA PULAU-PULAU BUATAN DI DUBAI SEDANG TENGELA M

DUBAI (Alarabiya.net) – Gugusan pulau-buatan manusia “The World” di luar pantai Dubai sedang tenggelam, menurut laporan sebuah akhbar harian di Kanada.
"The World" yang merupakan pembinaan pulau-pulau berbentuk peta dunia, sedang tenggelam semula ke laut, menurut bukti yang dikemukakan kepada tribunal hartanah, lapor Ottawa Citizen, Jumaat.

Pulau-pulau yang hanya boleh dikunjungi dengan bot itu, sedang mengalami hakisan tanah sementara terusan navigasi antara pulau-pulau itu pula sedang mendap, kata peguam Britain yang mewakili sebuah syarikat menentang syarikat pemaju tempatan, Nakheel, kepada para hakim. ''Pulau-pulau itu sedang mendap ke laut,'' kata Richard Wilmot-Smith QC, bagi pihak Penguin Marine.

Menurut Nakheel, 70 peratus daripada 300 pulau di The World telah dijual, tetapi kebanyakan pelan pembangunan sehingga kini gagal dicapai berikutan krisis kewangan yang melanda dunia. Hanya sebuah pulau sahaja – Greenland - yang setakat ini didiami, dan itulah pulau contoh yang dimiliki pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.

Syarikat tersebut adalah sebahagian dari Dubai World, iaitu konglomerat milik kerajaan yang terpaksa diselamatkan kerana menanggung hutang sebanyak $25 billion pada akhir tahun 2009.

Nakheel juga terlibat dalam pembangunan tanah berbentuk pokok kurma (gambar bawah) di luar pantai Dubai.

Beberapa villa di Palm Jumeirah, satu-satunya projek yang hampir siap, telah diberi kepada pemain-pemain bolasepak atau dibeli oleh bintang bolasepak terkenal, termasuklah bekas bintang England David Beckham dan Michael Owen, kata www.watoday.com.au.

Dan menurut Ottawa Citizen, terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie turut bercadang membeli projek pulau Ethiopia dalam “The World”.

Para pelabur yang telah membeli pulau-pulau tersebut memang terbukti tidak mahu atau tidak mampu lagi membiayai kerja-kerja selanjutnya selepas harga hartanah di Dubai menurun sehingga separuh.

John O'Dolan (gambar bawah), pemilik syarikat yang membeli pulau Ireland dengan harga $38.5 juta, telah membunuh diri, sementara Safi Qurashi, yang membeli Britain dengan harga $69 juta, dipenjarakan di Dubai kerana dituduh mengeluarkan cek tendang, kata watoday.com.au.

Penguin Marine, yang membeli hak untuk menyediakan pengangkutan bot ke pulau-pulau berkenaan, sedang berusaha untuk keluar dari kontrak melibatkan pembayaran yuran tahunan sekitar $1.6 juta kepada Nakheel.

BANYAK BANK-BANK KECIL AMERIKA SYARIKAT JATUH MUFLIS

Logo  Federal Deposit Insurance Corp (FDIC)
 
Pengawal selia bank USA telah menutup dua buah bank di negeri Missouri dan Minnesota USA, menjadikan jumlah penutupan  bank di negara ini tahun ini kepada 76 buah.

Pada hari Jumaat, Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) mengambil alih bank Keselamatan Sun Ellington, Missouri, dengan kira-kira USD 355,9 juta dalam aset dan USD 290,4 juta dalam deposit, dan Riverbank Wyoming, Minnesota, dengan USD 417,4 juta dalam aset dan USD 379,3 juta dalam deposit.

Great Southern Bank di Springfield, Missouri, menganggap semua deposit dan aset Keselamatan Sun Bank of Ellington. Central Bank of Stillwater, Minnesota, menganggap semua deposit dan aset Riverbank of Wyoming.

Kegagalan bank di Amerika Syarikat pada tahun 2011 menunjukkan masalah hadapan bank komuniti kecil, ramai yang telah teruk terjejas oleh ekonomi yang lembap di negara ini dan penglibatan mereka dalam pasaran harta komersil sebenar bermasalah.

Kebanyakan bank-bank yang telah gagal setakat  tahun ini mempunyai kurang daripada USD 1 bilion dalam aset.

Menurut FDIC, jumlah kegagalan bank adalah 157 pada tahun 2010, 140 pada tahun 2009, 25 pada tahun 2008 dan hanya 3 pada tahun 2007.

Sunday, October 2, 2011

DOKTOR TURKI BERJAYA MELAKUKAN PEMINDAHAN RAHIM PERTAMA DI DUNIA YANG HIDUP PALING PANJANG


Derya Sert (penerima organ rahim) dan Dr. Omer Ozkan bergambar sebelum melakukan  pemindahan rahim pertama yang paling berjaya di dunia
 
Sekumpulan doktor Turki telah melakukan pemindahan rahim pertama yang paling berjaya di dunia, mengambil  rahim daripada penderma yang telah mati lalu memindahkan kepadaseorang wanita muda.

Doktor di Hospital Universiti Akdeniz di wilayah selatan Antalya berjaya memindahkan rahimpada  9 Ogos, 2011,  kepada seorang ibu muda berusia 21 tahun, Derya Sert  yang dilahirkantanpa rahim.

"Pembedahan adalah satu kejayaan ... Tetapi kita akan berjaya apabila dia telah mengandung bayinya," kata Dr. Omer Ozkan, anggota pasukan pembedahan. "Buat masa ini, kami gembirabahawa tisu tranplant rahim masih hidup dan berfungsi." Operasi pemindahan rahim ketiga di dunia yang paling berjaya.

Operasi yang pertama telah dijalankan di Denmark pada tahun 1931 tetapi penerima organmeninggal dunia tiga bulan kemudian selepas badannya menolak organ yang dipindahkan.

Percubaan kedua dilakukan di Arab Saudi pada tahun 2000 daripada penderma kecacatanhidup. Percubaan gagal selepas 99 hari disebabkan oleh pembekuan yang berat, yangmemaksa pakar bedah membuang rahim yang dipindahkan. "Dalam operasi itu, urat adalahterlalu singkat untuk anastomosis, dan rahim tidak disokong dengan baik," tambah anggota lainpasukan Dr Munire Erman Akar.

Doktor Turki berkata mereka tidak mengalami apa-apa masalah dengan membuang tisu yanglebih luas di sekeliling rahim dan meletakkannya di dalam badan penerima bersama-samadengan organ rahim  yang lebih lama. Mereka menggunakan dadah immuno suppressant baru,yang telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu, juga menghalangpenolakan rahim dipindahkan oleh tubuh penerima.

"Rahim telah menjadi salah satu organ-organ saya sendiri ... Kami telah menunggu untuk sekianhari hingga hari ini, "kata Derya Sert, yang telah tinggal di hospital selama kira-kira enam bulandan berharap untuk menggandung bayinya sendiri melalui persenyawaan in vitro (IVF).


Prosiding baru ini telah membawa harapan kepada berjuta-juta wanita yang boleh menikmati prosedur pemindahan yang sama kerana kekurangan rahim, kecacatan yang berlaku hampir satu dalam 5000 wanita.

Doktor mengatakan rahim dipindahkan telah mula fungsi normal dan Sert telah mula haid, yang merupakan tanda yang penting bahawa rahimnya bekerja.

"Kita boleh melihat dari ultrasound bahawa lapisan endometrium sempurna," kata Akar yang menekankan bahawa ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6-8 bulan untuk pesakit mereka bersedia untuk prosedur IVF.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...